Cerita ceriti taik mata besar roti.Kikiki!

Teruja nak kongsi pasal Autumn Harvest Festival yang berlangsung kat Rockingham ni tapi apakan daya,handphone kesayangan panjang pula rajuknya.Dah takleh nak open dah.Charge pun dah tak masuk.Cancer apakah yg memakan sel-sel handphoneku ini.Picture during the festival semua I keep dalam handphone so rasa mcm dah boleh agak dah pengakhirannya unless kalau pergi kedai dia still boleh dapatkan balik my files.Hehehe!Tapi I pun dah malas nak berharap dah sbb takut frust menonggeng pastu tidur pun tertonggeng nanti.Kikikiki.

Itu kisah handphone,laptop Alienware terchenta pun dah merajuk jugak bila diserang virus gara2 anti virus yg dah expired.Inilah risiko laptop manja.Hahaha!Jaga pun kena teliti.Silap haribulan terbang fulusss.Tapi hati banyak sedih.Sebab laptop ni la isinya segala games I.Kalau nak tahu I ni memang gamer sejak sblm kahwin lagi.Jadi Dell Alienware memang antara laptop sesuai untuk gamer tegar.Hahaha!Laptop biasa bukan tak boleh tapi dari segi support tu kurang.Silap2 boleh jahanam part dlm.Jadi kalau anda gamer tegar,belilah Dell Alienware sbb berbaloi-baloi cuma tang berat tu takleh nak tolong la.Lebih kurang 5 kg.Kikikiki.Apalah nasib.Nak datang masalah sampai dua benda penting dan kesayangan yg rosak.Phew!

Hmmm....dah tak lama dah dibumi Perth ni.Kalau tak next week paling cepat,mungkin lagi dua minggu la kot kat sini.Owh!Now I dah mula rasa rindu nak balik ke rumah.Dah mula rindu Brisbane.Hehehe!Rindu cuaca panas kat Brisbane.Tapi taktau la still panas lagi ke tak ni.Sini pun kalau dah duk dlm rumah ni tak la rasa sejuk sangat sbb mmg pasang air cond sepanjang hari 22 degree.Tapi kalau keluar waktu pagi or dah nak ke Maghrib tu mmg sejuk la.Lagi la dengan dekat dengan laut ni.Semalam bawak bebudak ni main pasir kononnya,pastu Damia duk main air,basah skirt pun dah ketar-ketar balik rumah.Kalau cakap nak mamdi laut mmg kim salam jer la.Huhuhu!

I pulak dari semalam tekak dah rasa gatal2.Cecepat minum ubat batuk tapi sekejap jer ok.Harini rasa tak selesa balik pastu minum madu campur lemon.Harap2 tak melarat la.Jatuh sakit dengan cuaca mcm ni mmg makan hari la nak sembuh.

Aiii macam tak best pulak entry tak bergambar.Nak buat mcm mano.Kita bukan anak billionaire rosak satu handphone dapat ganti 10 terus yg baru.Kikikiki!Ni pun makan hari gak ni baru dapat yang baru.Itu kata kita la.Kalau suami cakap balik Brisbane baru beli,makan minggu oiiii!Bertabahlah.Tuhan nak kita spend masa lebih untuk anak2 la tu.Jangan duk sibuk sgt bersosial kat telepon.Skang ni pun guna laptop husband.Tp laptop pakcik ni berchenta sket.Tak laju mcm laptop kita.Jadi jenuh la duk tunggu.Itu yg kdg2 rasa malas aihhhh!Tapi bila bosan,usaha jugak bukak.

Jadi entry harini nak mengomel jer takde specific tajuk.Muahahaha!Random.

Tapi takpe.Takde handphone tak bermakna malas update blog.Camera kan ada.Haaa....baru gigih cari charger nak caj camera.Kikikiki!Tapi bila pakai camera pepaham jer la.Lambat la sikit processnya.

Dan cerita Ahad bebaru ni,berkesempatan jumpa Kak Umi. Kak Umi and family datang sini.Itulah I ada snap picture Damia dan anak Kak Umi main bungge jumping for kids tu tapi habis semua handphone takleh bukak.Dan terima kasih untuk Kak Umi susah-susah bawak buah tangan.Kak Umi bagi persimmon yg manis sangat,kiwi dan lemon.Skang kami duk ulang minum lemonade jer.Haaaa.....memang sesuai la batuk2 ni.Kurang sikit gatal tekaknya.Harap dapat bertemu lagi.Kejap sangat jumpa haritu.

Kalau Kak Umi baca ni,kalau saya nak contact akak via email jer la.WA takleh,texting pun takleh.Hihihihi!Call lagi la.Puff!Semua gone!

Sehari dua ni rajin sungguh duk menroti.Hahaha!Dah kebosanan sangat agaknya.Mahu tak bosan,anak bangun jam 6 pagi so I pun kena bangun sama la.So rutin harian start jam 6 pagi.Suami pulak jam 6 baru sampai rumah so leh bayang la betapa panjangnya masa setiap hari sampai ada hari mati kutu dibuatnya.Hahaha!Itu yg dah mula rasa rindu nak balik rumah Brisbane.Hari2 tanya suami bila project ni habis.

Nak keluar jalan2 rasa mcm tak ada keberanian sangat sbb takut sesat.Hahaha!Kat Brisbane tu dah biasa lain sbb kita dah hafal jalan2,laluan public transport segala.Sesat2 pun mcm haritu,senang je nak patah balik walau membawa anak2 bersama.Fuh!Berdikari betul.Hihihihi.

Tapikan dah ada rasa frust jugak bila suami cakap taktau ada masa ke tak nak jalan2 Perth dulu before balik Brisbane.Kalau tak sempat kita datang lagi.Ayat datang lagi tu la yg taktau bila.Hohohoho!Panjang bunyi lagu berdendang!Maklum la ticket flight company beli so mesti ngam2 habis project diorang akan beli ticket balik terus.Choi la sangatkan.Dah la datang sini jauh woooo!5 jam lebih naik flight.

Sebenarnya stay kat Rockingham ni seronok cuma kalau I ada geng yg boleh gi explore tempat ni mmg best la.Hehehe!My cousin Aimi dan-dan I datang sini dia pulak balik Malaysia.Nak ajak Hani dia ada exam pulak habis 27 Jun ni.Melbourne - Perth dah tak jauh dah.Tapi taknak la kacau dia suh datang on weekend walau dia willing nak ke Brisbane haritu on weekend kalau I ada kat rumah.Hmmmm.....

Jadi apa intipati entry ni?Hahaha!Takpe la.I citer sikit la pasal perjalanan kat sini.Sebab Kak Ros sayang,ewah!Nak datang Aussie katanya cuti-cuti Australia.Australia ni sebuah negara yg sangat besar.That's why kalau nak ke WA atau senang nak ke Perth la,orang akan stay dan jalan-jalan di Perth jer.Kalau ke Brisbane,pusing-pusing Queensland je.Queensland tu pulak state lain pulak tapi sangat besar dan satu2 tempat nak pergi tu pun jauh.Dan kalau ke Sydney or Melbourne,dua ni tak jauh sangat.So boleh la pergi dua-dua ni kalau stay lama la.Tapi jauh tak jauh pun,perjalanan berkereta tu pun hazab gak.Hahaha!Mcm my friend mintak tolong I carikan rumah sewa untuk kawan adik dia.Sekali dia cakap kat Tasmania.Pengsan I dengar.Memang tak dapek la nak nolong.Jauh giler.Hahaha!

Tapi kalau Kak Ros nak datang Brisbane ni,mmg dah tak jauh la nak ke Gold Coast.Dan di Gold Coast sana memang pusat taman tema la.Sangat sesuai kalau bawak family.Dan dah datang sini,lencong lagi ke Tasmania.Orang yang pernah pergi sana cakap memang cantik sangat tempatnya.Dan kalau pergi,don't forget your camera.Tapi kena naik flight la.

Nak cerita pasal Queensland ni,I tak pusing habis pun lagi.Boleh cerita setakat mana tempat yg I dah pergi la.Tapi my husband dah banyak tempat dia pergi tapi dia ni makhluk paling malas nak snap picture.Banyak dah experience dia selama lebih kurang nak masuk 3 tahun di bumi Australia ni termasuk pengalaman drive 2 hari ke tempat shutdown tapi OTW balik boleh dia decide nak naik flight sbb kejung bontot katanya.Hehehe!

Okie dokie.Next entry nak cerita pasal roti.Alolololo!Bestnya bunyi tajuk.Hahahaha!


Mini bun masuk semalam dah 4 kali buat.Muahaha!Permintaan tinggi sangat kat rumah ni.Hihihi.





2 comments:

rostina76 said...

patut rasa gatal telinga pagi tadi, ada org sebut nama…hahaha!!!!tq la for the info. dok bt lagi itinerary penuh cuma husb dah booked la mana2 yg patut. harap everything goes smooth & steady. lambat lg pun…..btw terernye meroti. comel2 je teringat roti paung stesen minyak shell batu buruk. adussss lembut gebus gebas cam gambar kat atas tu .

Unknown said...

Hehehe!Kak Ros ni nakal la.Roti paung kat shell batu buruk tu dah tak jd pujaan dah.skang dah tak sesedap dulu.skang kat permint jaya pulak roti paung yg duk 1st ranking.kikikiki

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You