Hari ini hari Isnin.Orang yang tak kerja macam I ni dia memang takde Monday Blues segala sebab everyday is fun day!Hahaha!
Sebut takde kerja atau istilah lain surirumah sepenuh masa,td pergi ke klinik doctor tu tukar yang I tulis 'unemployment",dia pi tukar as "housekeeper".Memana la doctor.Janji bahagia.Jangan pi letak as a "zookeeper" sudah sebab takde panda I nak tolong jaga kat sini.
Owh!Virus batuk dari Perth dan membawa sampai ke Brisbane.Hihihi!Tapi sehari dua ni makin teruk pulak dia.Itulah bahana tuan tanah makan tak pantang.Dah tau batuk sepoi-sepoi bahasa,pergi jugak makan kekacang konon jaga badan,lepas tu dari sepoi-sepoi bahasa terus la membawa ke angin taufan.Takleh tidur sampai dah dapat pakej migrain pulak.Sakit betul kepala.Batuk kuat sangat kot pastu non stop.Semalam pergi mall,beli paracetamol tak nyempat2 nak makan.Boleh nak telan pil pastu teguk ice crusher memang mencekik la kan.Vodo sungguh.Hihihi!Memang la tak jalan pil tu.Nasib tuan tanah tak tercekik pil semalam.Lepas tu baru gigih nak beli mineral water.
Tapi harini batuk sakit oiiii!Terus ajak cik abang pergi klinik.Ini kalau dah telan antibiotik tak jalan jugak ni taktau la.Sakit oiii!Bukan nak merungut tapi memang sedang merungut pun ni.Hihihi!Tapi I cuba ingatlah,sakit itu penghapus dosa.Alhamdulillah.
Ok.Harini lega suami tak jadi ke Adelaide.Tangguh pada tarikh yg akan diberitahu.Jadi Kak Kiah happy sangat harini walau batuk tak berenti,tapi semangat masak makanan fav suami.Memula I masak kuih Sekaya @ Seri Kaya @ Aku Kaya @ &^%%$**.Lepas tu masak nasik minyak.Tapi this time I masak Nasik Minyak Hujan Panas.Kalau nak tahu nasi ni femes la kat Pantai Timur ni.Apa yg best sgt dengan nasik ini?
Takde la X Factor sangat pun takat nasik minyak pastu upgrade sikit masukkan color.Tu jer pun.Ngeh!Ngeh!Ngeh!Dari mana pulak datang nama Hujan Panas?I don't know.Hahaha!
Tapi masak apapun,kalau boleh kat I memang semua nak short cut jer.Hehehe!Suka ubah resepi ikut kesesuaian.Maklum la kenkadang kalau tak cukup satu bahan,tak kuasa oiii nak pergi kedai beli.Hihihihi!Jadi manfaaat jer la apa yg ada.
Nasik ni kan,I masak dengan cara tanak bg kering sikit pastu kukus.Motif buat lagu tu?Hihihi!Sebab rasa syg setiap kali nampak nasik berkerak.Actually periuk mini yg ada kat rumah ni,kalau masak plain rice tu memang cantik la.Tp everytime I masak nasi ayam ke,nasi tomato ke,atau nasik minyak,nasik lemak kalau tak banyak,sikit pun mesti ada kerak.So rasa mcm tak suka la pulak.Jd I masak nasi ni selalunya I tanak dulu bg dah mcm kering sikit,pastu masuk dlm periuk kukus.Nasik pun jd cantik jer sebijik-sebijik.
Ramuan untuk nasi:
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Cengkih
Buah pelaga
Bawang besar (dipotong halus)
Bawang putih (potong nipis)
Daun pandan
Halia (samada ketuk atau hiris)
Halia (samada ketuk atau hiris)
Sos cili
Sos tomato
Garam
Gula
Susu cair (suku dari sukatan)
Air
Cara sukatan yg selalu I buat.Kalau 2 cawan beras,air pun 2 cawan jugak.I guna Brasmathi so takde risau nasik terlebih or terkurang air.Selalunya cantik jer jadi.Masuk mentega pastu campur minyak sikit then tumis bahan2 yg dihitamkan sampai naik bau.Lepas tu masuk la bahan selebihnya.Susu cair pulak,let say I guna 2 cawan beras,so susu setengah cawan then air 1 1/2 cawan.Gabung dua cukup 2 cawan.Betul dak?Garam dan gula agak2 la nanti dah masuk beras rasanya ngam2 sedap.Ok bila dah menggelegak,masukkan beras.Kacau2 la pastu dah nampak beras dan sebati dan kering sikit2 tu,masukkan dlm periuk kukus pulak then kukus until nasik tu masak sepenuhnya.
Color tu pulak,bila nasik dah masak,ambik 2 mangkuk kecil,letak 2 color berlainan.Pastu combine.Jadilah nasik minyak hujan panas.Tapi versi I nasik minyak hujan panas ribut petir.Hahaha!Terlebih meriah pulak dia.
Last sekali dressing dia I tabur sultana.I like!Tapi dua orang kat rumah ni tak suka pulak.Rajin diorang kutip sesatu pastu lambak dalam pinggan kita.Haish!
Untuk acar dia,ini my mother in law punya style.Sebab anak lelaki bongsu dia suka yg ini,so wife dia bikin ini.Tapi my husband tu takde spesifik sgt kegemaran dia sbb dia cakap dia suka semua apa yg I masak.Kombang kojap lobang idung den!
Just guna carrot dan kobis.Kalau malas grate jer.Hihihi.Pastu campur sos cili,sos tomato,garam,gula,cuka / lemon jus.Gaul rata siap.Nak pedas potong cili halus2.
Memula ingat nak masak ayam masak merah tp sekali beku wesss so udang la kot cepat sikit.Cara nak masak ni tumis macam biasa jer.
Ramuan:
Bawang putih (blend sesiap)
Bawang besar (blend sesiap)
Halia (blend sesiap)
3 ni tumis dulu dengan minyak sampai naik bau.Pastu masuk paprika sebab lada lumat takde stok dah.Tumis agak2 dah garing sikit pastu masukkan udang.Pastu masukkan sos tiram,sos cili,sos tomato,garam sikit,gula sikit,air sikit (nak bg ada kuah),lastly masuk kicap manis.Siap.
Ini sambal belacan wajib ada.Hihihihi!Kat Aussie ni nak jumpa cili kecik yg pedas bedesing tu kat pasaraya susah sikit.Kira nasib la.Kadang2 ada kadang2 takde.Tp kalau ke kedai oriental atau ke pasar,selalunya ada.Jadi pergi Coles haritu I borong jalapeno chilli.Actually chilli ni dia pedas jugak tp takde la sampai berdesing.Hahaha!Tapi orang sini memang diorg dah rasa pedas sesangat dah tu.Hahaha!
Jadi I bikin sambal belacan ni 100% guna jalapeno chilli tanpa campur cili besar.Pastu masukkan la belacan sikit,gula (lebih pun takpe),pastu cuka/jus lemon.I blend jer.Tak kuasa nak tumbuk sbb lesung sini mcm tak mesra pengguna la.Hahaha!Dia tak mcm lesung Malaysia.Kikiki!
Ok.Jadi inilah lunch family kita harini.Ops!Bukan takat lunch,membawa terus ke dinner.Hahaha!Tapi apapun,berbaloi penat masak sbb licin dua orang tu makan.Dah la makan bertambah-tambah.Kalau lagu ni la,walau tak berapa sehat,tak ralat la sangat gagahkan diri masak.Sebab everytime kalau kita masak sungguh2,pastu orang yg makan pun sungguh2,kita rasa reward pd diri kita.Rasa kepuasan sangat2.Hihihi!Apapun,alhamdulilllah.Hari Isnin yang nyaman,Isnin yg penuh barakah dan moga hari seterusnya juga begini.In sha Allah.
5 hari lagi nak masuk Ramadhan : )
No comments:
Post a Comment