Seminggu ni asyik nak menroti jer.Tapi banyak gak halangan sebenarnya.Walau pun IGA sekangkang kera dimana semua bahan-bahan nak buat roti tu dijual,masalah kat rumah ni pulak bila takde mixer.Dia ada provide mixer manual tu.Entah.Tak tau aihhh mak nak guna.
Jadi sebab perasaan yg meluap-lupa sangat nak makan bun,maka gigih la tanya pak cik google recipe.Tapi mcm tak simple sangat resepinya.Sekali haritu akak kita ada mintak resepi donut gebu tapi nak cara paling senang.Ai dah cakap nak yang paling senang,start enjin kereta,pergi beli kat kedai.Muahahaha!
Jadi semuanya bermula dari resepi donut gebu tu la tetiba dapat idea apa kata resepi yg sama kita try buat bun pulak.Sekali menjadi.Hewhewhew!
My 1st trial I buat bun ni I letak inti tuna tapi suami kita pulak nak yg plain.Jadi second time I buat bun plain pulak.Happy jer dia siap bawak bekal gi kerja.
Kalau kat tempat kita kan,asal bun mcm ni mesti nak cicah dengan tea or kopi.Kalau ada tetibe cakap ,"Ewwwww!" selagi dia bukan Europian,hahaha,kau sound jer takyah nak gedik sangat.Ini style makanan nenek moyang ni.Kikikiki!Ala!Kat obersea pun ada jer la omputessss celup mcm tu.Apa nak heran.
Menroti ni semua gara-gara rindu sangat kat roti paung kat Terengganu.Kalau roti paung dia ada yg letak inti kelapa dan inti marjerin.Sedap woooo kalau makan panas2.Dulu kalau beli tak reti nak beli sesatu,beli banyak2 pastu susun bertingkat.Maka dalam kalangan family kami,kita dah tak panggil roti paung dah,tapi panggil roti kondo.Hihihihi!
Dan bukan setakat rindu roti paung,I dua kali pregnant,stock bun mesti wajib ada.Dah mcm ganti nasik dah.Hihihi!Tapi jenama roti Sedap tu jer yg I lalu.Lain2 brand takmau.
I buat ni just taruk:
3 cawan tepung
2 sudu susu pekat
2 sudu butter (cairkan)
6 sudu gula
1 peket yis
1 cawan air suam
Tengok recipe,tak ke senang amat tu?
1st time buat mcm rentung sikit.
2nd time buat dapat jugak bagi Kak Umi Yumi rasa sikit.Hihihi!Maaflah kalau tak berapa sedap Kak Umi.
Ini dah third time buat.
Ini waktu kita bagi doh tempoh bertenang dulu sebelum masuk dalam oven.
Ini kali keempat.Uli besar sikit.Damia makan sampai 5.Itu waktu baru keluar dari oven.Mmg mahveles.
Lepas tu datang pulak idea lain nak try buat roti cheese.Tapi just tabur mozarella kat atas jer.Orait tak style I pusing2 roti tu.Kikiki!Gigih tau nak buat tu.
Tabur cheese lepas dah bagi dough beristirehat.
Inilah hasilnya.Rasa pun tak menghampakan.Tapi kalau tgk lepas bakar rupa mcm ni,baik takyah pusing2 tu.Hahaha!Hilang shape weh lepas bakar.
Dipendekkan cerita,resepi simple,senang gila nak buat pastu rasa pun sedap.Cuma kelemahan takleh simpan sampai 2,3 hari.Kalau masak harini,paling lama pun sampai esok jer.Itulah namanya homemade.Kalau kat kedai tu boleh tahan fluffy sampai seminggu sebab ada dicampur bahan tertentu nak bg tahan lama.Ok.Taknak cakap pasal makanan yg dikomersialkan.
Tapi ini memang terbaik la.Hihihihi!
2 comments:
Bagus bagus...aku gop sampai lening dok jadi jadi donut...huhuhuhu
Doh bila nk buat haa?
Post a Comment