Picnic - Rockingham Beach

Alhamdulillah dah berada di Brisbane tapi sbb rajin nak jugak cerita pasal Rockingham lagi.Hihihi.

Maka pada hari Ahad last week I mmg x expect yg kami akan balik ke Brisbane this week.Sbb ingatkan project postponed lagi tp last minutes suami diberitahu project dah tamat.

Jadi kena sangat la pagi tu bawak dua orang ni berpicnic.Happy kemain Damia tapi I tak bagi dia main air.Basah sikit pun dah mengigil.Sejuk betul pepagi kat sini.


Actually di Rockingham ni banyak jugak attraction cuma I tak sempat nak explore.Malas haih dgn nak bwk budak kecik 2 orang ni tambah lagi cuaca pulak tak menentu.Kadang2 sepanjang hari cerah,kadang2 hujan setengah hari.Kadang2 hujan kejap,pastu cerah balik,pastu hujan balik.

Jd memang rasa malas nak keluar.

Dan haritu tujuan asal turun bwh nak cari ubat batuk.Memang azab rupanya batuk dimusim ni sbb dia akan start batuk berterusan waktu malam.Siang hari orait jer.Mungkin sbb sejuk la kot.

So pergilah beli ubat batuk pastu tapau kat Chicken Treat.Sampai pantai bentang kain (cadar sebenarnya tu).Selamba jer.Pastu melepak la tiga beranak kat situ.Damia duk sibuk nak buat castle.Layankan jer la.

I pulak selain busy perati Dian yg asyik nak makan pasir jer,sibuk jugak duk halau seagull yg nak curik makanan kita.


Nyesal gak beli set mainan pasir tu.Iya lah walau $8 pun,I mmg ingat stay lama lagi tp sekali dah nak balik rupanya.Hahahaha!Tapi ni mmg tak angkut bwk balik.Tinggal jer kat apartment.Tak muat beg walau Damia menangis suh bwk balik.


Haaaa..........busykan tu si kecik ni.Tapi excited kemain dia.


Bajet orang tak perasan la tu datang slow2 mcm tu.


Pagi tu cuaca tak begitu cerah tp ramai jer orang duk snorkeling,main perahu layar,jogging,beriadah kat park etc.Tetiba pulak rasa rindu kat pantai ni sbb rasa mcm byk kali kot datang sini bwk Damia main kat playground.Dan walau 3 weeks kat sini I pun sempat lagi dapat kawan baru.Dan kat sini juga la dapat jumpa Kak Umi ( http://umiyumi2.blogspot.com.au/ ) : ) Kalau nak jalan2 ke Perth boleh rujuk blog Kak Umi sbb byk info.


Nun hujung sana yg nampak sikit bangunan tu,itulah apartment tempat kami menginap selama 3 weeks for us dan almost 5 weeks for my husband.Nautilus Apartment.Highly recommend.Memang serba lengkap.Nanti ada masa I review pasal apartment ni.Mana tau ada orang tetiba nak datang stay kat Rockingham ni.Kikikiki!

Kalau takde pun,ini boleh jadi sumber rujukan I sendiri di masa hadapan.


Di park kat sini sebenarnya banyak info yg boleh kita dapat.Kalau kat bench sepanjang laluan ni akan ada satu plat kayu yg tertulis ucapan pada someone yg dah meninggal dunia.I pun tak sure siapa orang yg begitu istimewa diberi penghormatan dapat letak tanda ingatan tu.Pastu kalau kat footpath tu pulak,plat petak besi tu pun ada info pasal Rockingham ni.History before or after kot.Tak sure sbb I tak sempat baca semua.This couple dgn anak dia ni diorang start baca dari hujung sana.Hihihi!Rajin betul.

Apapun cuma ada rasa ralat tak dpt jumpa Kak Umi lagi sekali sbb I ingatkan lama la lagi kat Perth ni so leh la plan nak pergi rumah Kak Umi.My friend Noot pun I tak sempat nak jumpa.Kami plan nak ke Perth City kononnya Girls Day Out.Memasing bawak anak,pastu jumpa kat train station sbb plannya nak bwk bebudak ni ke King's Park.Park ni mmg agak famous jgk la tp I sempat singgah malam sebelum balik ke Brisbane.Itu pun kawan my husband yg bawak kesana.Tapi as usual kalau malam2 kat sini,mmg takde apa2 la.Nanti next entry I jamu mata gambar city of Perth dimalam hari.My husband snap pic tapi semua tak cantik.I nak turun snap sendiri ngah menyusu anak.Dia punya confident cakap bagi jer kat dia.Dia leh snap lagi cantik dari profesional photographer kononnya.Sekali bila tgk balik gambar,sedeyyyyy hokey.

Ok la.Cau cin cau!


No comments:

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me