Pulut kuning

Semalam suami tanya I samada ada beli beras pulut ker.Hmmm....sabor jer la.Udah Kuih Lopes tu buat dengan beras pulut mau lagi ditanya.Hahaha!Lelaki.Tak alert langsung dgn apa yg dia makan.Hahaha!

Tapi rupanya tu soalan reverse psychology jer tu sebenarnya.Tahu sangat taktik sbb sebenarnya dia nak request I buat pulut kuning or kalau kat Terengganu orang panggil Nasi Kunyit.Haish!Jauh pusingnya tanya pasal beras pulut.

I bukan apa,bukan malas nak buat.Antara satu sebab adalah takde periuk kukus.Satu lagi mmg banyak la bahan2 yg tak cukup.Tapi takpe.Demi suami kita usahakan la.Dia ni jenis tak paksa kalau kita cakap tak boleh tp kalau dia request kita buat,memang berbuih mulut la nanti duk memuji.Senyum manjang la kalau yg dia nak tu dapat.

Jadi pagi ni apa-apa hal kita tanya pakcik Google dulu.Tapikan macam kena timing jer bila I type keluar satu link ke blog lupa pulak nak save link.Tapi tajuk dia mmg setepek atas muka.Tajuk dia bunyik macam ni."Tiada alasan kenapa takleh buat pulut kuning".Lebih kurang mcm tu la.Hahaha!

Actually I boleh jer tanya mak tapi I tak sure dia dah balik atau belum dari Vietnam.Kemain my mom.This year tahun bercuti agaknya.Awal tahun datang Brisbane.Sebulan lebih kat sini.Balik dari Aussie pergi Bali pulak.Minggu ni pergi Vietnam.Awal bulan Jun ni pergi Sabah pulak.Hamboih!

Tapi takpe.Mak takde kita boleh tanya abah jugak.Kalau nak tau abah kita kalau bab theory memang A tapi practical ke laut.Hahaha!Dia boleh bagi advise cara memasak tapi dia tak la terrer pun masak.Kakakaka!Jadi tadi call tanya dia then my dad cakap yes pulut kuning orait jer kalau tanak kat atas dapur gas style mcm nak masak nasik tu.Tarak hal!

Dah dapat segala list bahan yg perlu so rendamkan dulu beras pulut dengan serbuk kunyit dan asam gelugor @ keping atau nama saintifiknya Garcinia atroviridis.Haaa...tu dia.


Papehal kita alas perut dulu dengan bubur nasik semalam + ayam panggang dari Chicken Treat pun beli semalam.Muahahaha!Lauk recycle tapi sodap.

Time melintas depan kedai Chicken Treat rasa nak menyinggah tp bila fikir why not kita habiskan jer mana2 leftover yg ada kat dlm peti es.Dapat jimat duit.Btol tak?Walau harga satu set ayam kat Chicken Treat dlm $10 atau pada harga $14 dah dapat satu ekor ayam panggang,tp duit gak tu.Hihihihi!

Pandai control nafsu makan skang ni.

Pandai pulak berjimat cermat sejak duk jauh dari kampung halaman ni.Hihihihi!

Sebab Dian asyik nak memerap jer kan so jam 11 dah siap masak kari ayam.


Kari ayam tapi takde masuk daun kari sbb kat IGA sini takde jual.Jadi guna jer apa yg ada.Orait gak cuma kalau masak untuk orang2 lama atau otai mmg berguni la kena complain sbb tak cukup bahan la,tak cukup pekat mungkin,tak pecah minyak bla bla bla.Hahaha!sudah-sudah.Takde masa nak fikir dah.


Taaadaaa!Pulut kuning yg ditanak dlm periuk.Nasib apartment ni provide non stick punya periuk so takde kerak la.Cantek jer haaa pulut kuning kita cuma terlebih lemak jer sikit.Maklum la first time cuba buat jd banyak lagi la part yg kena improved tu.

Acar timun dengan carrot ada buat tp sekali lime dah takde.Cuka I tak beli la sbb rasa mcm tak berbaloi takat guna sikit jer.Jadi acar I just letak mcm tu jer la takde dressing apa.Suami cakap hokkey jer.Hihihi!

Jadi semalam sampai la hajat dia nak mkn pulut kuning.Puas hati tgk dia makan bertambah.Orait ah tu.Tapi jangan harini request nak makan nasik gulai kawah pulak.Mampusss!Muahahaha!


Resepi: Kuih Lopes derhaka resepi.Hahahaha!

Harini bangun pagi asyik duk teringat-ingat kat Kuih Lopes.Alahai.Kecur-kecur liur rasa.Tapi tak peknen ok so jangan buat spekulasi.Selagi Dian tak kenal taik ayam,I kena hold dulu nak bagi adik kat dia pulak.Walhal trauma lepas bersalin tak habis lagi.Muahahaha!

Jadi semangat pagi ni siap2 nk pergi beli bahan2.Apa-apa hal kita tanya dulu pakcik Google,IGA buka jam berapa harini.Kikikiki!Lupa dah td jam berapa IGA tu bukak tp yg pasti jam 8 lebih I dah muncul kat pintu IGA tu.Berlari-lari anak tolak Damia dlm stroller (Dian tinggal jap kat kwn my husband yg tak pergi kerja sbb batuk non stop).Waktu keluar jer dari bangunan apartment tetibe hujan renyai-renyai so I apa lagi terus la tekan kaki minyak pecut.Tapi boleh pulak budak Damia ni gelak pastu cakap,"Best la bonda tolak stroller ni laju-laju.Damia suke".Abah kau la suka.I ni dah mcm apa duk berlari-lari mcm org marathon.Haish!Ini sbb nak lari dari hujan dengan nak cepat sbb takut Dian nangis walhal tak pun.Bergumbira jer time I balik tadi.Hahaha!Tp no phone dh tinggal sesiap in case si Dian meraung.

List I dah tulis sesiap pagi tu so sampai IGA just ambik jer brg apa yg nak dibeli.Tak ambik banyak masa sgt sbb dah tahukan nak beli apa so rasanya dalam setengah jam jer kot td.

Jadi sampai rumah terus mulakan projek Kuih Lopes.

Link ni RESEPI ASAL kuih tu tp I terpaksa tukar tak follow pun.Hahaha!Derhaka kat resepi nenek moyang.Paling derhaka adalah,biasanya orang buat Kuih Lopes color hijau sbb orang letak daun pandan nak bg bau dan warna,tapi I yg mmg rebel ni buat color pink.Kikikiki!Nasib x amik color biru td.Takpun purple.Kikikiki!

Pastukan semalam suami ajak masuk kedai oriental so I sempat la ambik beras pulut dgn gula merah tu.Tapi apapun nissang Terengganu still the best pada I la.Gula merah ni kalau air kurang,kita masak pekat bila sejuk dia jd makin likat.Dua kali I kena panaskan tambah air balik.Sigh!

Pastu teringat semalam ada ambik kelapa muda sbb ingat nak bikin chicken curry makan dengan lempeng nyior uolllsss.Pastu suami suggest ambik jer sebijik kelapa yg dah dibuang sabutnya.Aiii pakcik ni.Tak fikir ke nak dipecahkan kelapa tu dah satu hal belum tambah nak kukur lagi.Ok fine kalau nak kukur tu I rasa boleh guna utensil yg boleh grate cheese tu.Tapi malas aih.Amik kelapa muda senang.Kalau tak dpt mewah isi kelapa tu at least ada rasa kelapa dlm lempeng tu dah kira orait apa.

Jadi untuk Kuih Lopes I ni,just guna desicated coconut.Walau agak keras tp rasa tetap ada.Trust me.Kalau dah terdesak apapun boleh.Kikikiki!Kalau duk kat kampung mmg tak pandang la desicated coconut ni bagai.Hahaha!


Resepi asal kuih ni kena kukus beras pulut tu tapi duk sini mana nak cari periuk kukus tu.Hahaha!So I tanak jer pulut tu pastu letak sesiap santan dengan garam.Hahaha!Sekali harung jer.


Good idea tak?Sebab menjadi jer.Kikikiki.Cuma api jgn besar.Slow and steady omputeh kata.Lepas dah masak I letak dlm tupperware petak pastu alas dengan aluminium foil.Biar sejuk dulu baru potong pastu gaul dgn kelapa td.


Taaadaaaa!Kuih Lopes pink yg siap untuk dinikmati.


Kuah gula merah yg agak pekat.Biasanya orang makan dengan kuah yg pekat la tapi I pulak prefer kuah cair sikit.Depends.


Puas hati dpt makan td.Fuh!Tercapai hajat nak makan.Suami balik keja td boleh dia ckp kuih sagu atau kat Terengganu panggil Bronok.Hehehe.Tapi suami tak suka sangat pun.Makan pun mcm just nak ambik hati bini jer.Hahaha!Tak kisah la sbb mmg dah tau dia kurang kuih manis macam ni.

Tapi time mkn td bila dah habis isi tu,duk hirup kuah tu terasa macam nak makan satu lagi kuih traditional orang Pantai Timur iaitu Kuih Lompat Tikam.Fuh!Nama mmg agak ngeri la.Nama kuih macam penjenayah.Hahaha!

Tgk la macam mana.Boleh nak cuba buat tapi tunggu balik Brisbane dulu la kot.Kat sini macam terhad sangat barang2nya.

Ok la.Itu jer la cerita harini.Dan mata kita dah OK dah.Takde rasa blur,pedih,gatal lagi.Alhamdulillah.Cepat recovernya.

Mata

Cerita semalam suami nak keluar jumpa kwn dia nak discuss pasal kerja.Dia ajak la I join,tapi malas aihhhh.Dah la dia nak overnite rumah kawan dia laaaaaagiiii la malas.Kikikiki.So I decide takmau follow tp suh dia bawak Damia skali.Jadi semalam mcm rehat sikit la.Just only me and little Dian kat rumah ni so bolehlah bersihkan,kemas-kemas apa yg patut.Yang kelakarnya semalam suami call ckp Damia nangis nak bonda.Takleh tidur.Pulak dah.Pening betul la budak ni.Dia ni kalau kat rumah takleh jauh dari bapaknya.I ni ibarat tempat dia nak bergaduh jer.Sekali bila I takde,tahu sedih nangis.Kikikiki.Entah ayahanda dia pujuk lagu mana ntah barulah tidur.

Pagi ni punya cerita,kami plan nak gi jalan2 tp nampaknya batuk kawan my husband makin teruk so diorang pepagi dah buat lawatan ke klinik.Pastu time diorang sampai rumah boleh Damia still pakai baju tidur dengan diapers lagi.I dah bekalkan baju dlm beg tapi tak jugak mandikan anak.Itu beza anak dengan mak,anak dengan ayah.Kakakaka!Dengan berbaju tidur tu la dia angkut anak dia ke kilinik.Dengan gigi tak gosok.Haish!Dia boleh pulak bersiap wangi2.Hahahaha!

Tapi lepas suami balik dari klinik tu kami gerak pergi tempat apa ntah td namanya.Td suami ada interview.Layanzzzz kan sajork la.Tak la lama tp bila duk tunggu dalam kereta dengan anak meragam segala memang rasa amatttttttttttttttttttt lama.Sampai tak tahan I called jer suami.Kena marah tau sbb suami cakap dah la dia ngah kena interview dari speaking omputeh tetiba keluar bahasa Terengganu.Muahahaha!Ok ok.Bini mu tak buat lagi.Hahahaha!

I called pun just nak tanya lambat lagi keeee???Kalau agak2 lama lagi I nak bentang tikar kat depan ofis ni,picnic.

Anak2 pulak tak hagak2 dalam kereta pun nak main gaya duk kat playground.


Ini sebab bosan la ni Dian post mulut ikan ni.Nak buat duck face tak reti.Hahahaha!

Pastukan hampa sangat sbb ingat harini boleh la ke Perth City tp suami tak larat dah.Dia ajak gi Rockingham Shopping Mall jer.Hmmmmmmmmmmmmmmm......takat masuk mall pastu shop lot dia pun sama jer dengan mall kat Brisbane takde beza pun.Hammpaaaa!

Tapi walau hampa ada happy jugak la bila time muncung2 tu tetibe dpt text dari Kak Umi Perth.

Dari rumah kami tak breakfast so kami lunch kat foodcourt kat situ jer la.Nasib ada stall yg HALAL.I mean selain dari kedai jual Kebab la.Takleh nak telan dah kebab rasanya.Huhuhuhu!Kami makan kat stall yg jual Indian Cruisine.Sedap la pulak dari nasinya,roti pastu I choose 4 jenis kuah.Chicken butter,meat khorma,dhal,pastu kuah kacang apa ntah,tp semua sedap I tell u.Ada peluang nak pergi makan lagi.Double sedap kalau nak compared kedai Indian Cruisine kat area rumah diBrisbane sana.Chicken Maryland jer best.Lain2 cam so-so jer.

Suami tanya kot la ada apa nak beli.Tapi serious wess mmg shop lot,supermarket totally sama jer mcm kat Brisbane so I cakap la taknak shopping just balik Brisbane nnt la kalau nak shopping pun.No mood la.Plus kalau I beli brg yg kat Brisbane pun I boleh beli,baik takyah.Buat berat luggage I jer nanti.

Tapi itu la kan udah namanya perempuan.Mulut jer ckp taknak beli brg.Dah nak keluar ke parking dah,tak tersengaja nampak clearence utk pan Wilton ni.Jenama Wilton ni kalau kat Malaysia leh tahan gak mahal.I suka beli sbb material elok.I dah ada beli satu dan everytime I bake cake/lasagna mmg cantik je tak melekat walau kdg2 lupa nak spray or spread mentega kat loyang tu.Pastu susah nak calar.


I nampak ini pada harga $6.99 terus ambik la.Suami ada tanya taknak loyang bentuk arnab sekali.Time tu rasa mcm taknak tp bila balik menyosal la pulak.Adeh la.Takpe la.Redho jer la.I amik ni sbb rasa mcm tak makan space sgt kalau sumbat dlm beg ni.Kikikiki!

Motif beli pan ni sbb balik rumah nanti nak cuba buat biskut lidah kucing tu.Nak cari loyang lidah kucing tu mana la ada kat sini so I rasa yg ni boleh kot.Tgk la mcm mana nanti.Kikikiki!Kalau berjaya,I share cerita.

Pastu td balik je ke apartment,berlakulah pulak tragedy May.Choi sangat.

I harini tak jumpa spek mata ntah kat mana letak lupa la pulak.Jd nak keluar td I pakai la contact lense.I ni mmg pakai lense yg daily sbb lense weekly (ada ke?),monthly semua tak jalan.Setiap kali pakai dah mcm kena allergic pulak.Pendek cerita mmg takleh pakai la.Lense daily ni pulak siap ukur diameter anak mata,buat memacam treatment baru jumpa yg suit.Tp ntah macam mana ntah dia bikin tragedy pulak harini.

Jadi mmg dari awal pagi lagi lepas pakai I rasa tak best.Mata sebelah kiri ni rasa cam kering sgt tp gagahkan jgk pakai.Bila balik td terus masuk toilet nak tanggalkan lense tu.Sekali I rasa dah tanggal tp takde pulak kat tgn.So I yg cepat panik ni terus la membuat cubaan demi cubaan nak tanggalkan tapi takleh tanggal.Ahhhhh!Sudah.

Tanggal yg sebelah kanan orait pulak walau rasa pedih sikit sbb mmg mata rasa kering taktau kenapa.Pastu I dah terloncat-loncat panggil suami.Panik sangat td.Suami duk tenangkan I pastu dia ajak pi klinik.Tp kwn dia ckp cuba try g optometris kat belakang apartment ni.Pastu terus la 4 beranak turun pergi ke optometris tu.

I terus terjah meja kaunter cakap takleh tanggal lenses.Tolong la saya.Saya panik ni.Wakakakaka!Pastu perempuan kat kaunter tu cakap sabor,sabor nanti dia try slot in antara patient doctor tu memandangkan I punya kes ni emergency.Kecemasan la jugak kira ni.Kikikiki!

Pastu bila sampai turn I,doctor datang panggil,cecepat masuk bilik doctor terus ckp mcm yg I cakap kat kaunter tu la.Boleh doctor gelak sbb dia cakap ramai gak patient dia mcm kes I ni.Hahaha!

Pastu doctor tu pun apa lagi.Cek la mata kita.

Hmmm....................dari masalah lain yg kita fikir rupanya dapat masalah lain.

Doctor tu teropong siap mata kita,lenses tu takde pun.Dan mungkin dah selamat jatuh kat memana time I bukak tu la.Dah mata agak kering so mungkin dia jatuh sendiri.Dan kesan dari tgn I yg membuat cubaan demi cubaan nak tanggalkan tu,terus meninggalkan kesan calar kat anak mata.

Jadi tak pepasal I kena letak eye drop 4 kali sehari pastu kena follow up balik dgn dia hari Jumaat ni.Arghhh!Inilah orang kata takde penyakit cari penyakit.


Sajer letak dgn kanggaroo.OZ kan.Hahahaha!

Lebur $54.Hmmm....balik tu kena bebel dgn suami.Next time dia suh jgn cpt panik.Sabar.Sabar.Sabar.Iyolah.

Tapi sempat lagi pow suh suami beli ayam goreng masa OTW balik td.Biasa la.Suami bebel I mana ada kesan.Lagi tambah selera nak makan ada la.Sentap sentap nan ado!



Sore

Kat sini kalau ikut jam sama waktu dengan Malaysia cuma yg bezanya adalah peralihan waktu antara siang ke malam tu adalah lebih awal.

Seperti yg I duk pung pang sblm ni,iaitu waktu di Queensland dengan sini pulak bezanya dua jam.Masalah budak2 ni pulak,diorang ni nak tidur ikut waktu Brisbane jadinya jam 8 malam diorang dah buat perangai sbb ngantuk.Jd boleh bayangkan la kalau tidur jam 8 mlm,jam 6 pagi dah buntang bijik mata dua2 orang ni.Awal gila bangun.So I mmg dah takleh nak sleep in la after Subuh.Selalunya kalau kat rumah time Damia tak ke kindy,jam 8.30 pagi baru diorang ni bgn.Ayayayaya!Dan hingga saat ini tak berubah lagi masa tidur diorang so dengan mak diorang la sekali kena jd morning person la skang ni.

Nak cerita sikit pasal jarak antara Queensland dengan WA ni perjalanan dari Brisbane ke sini dengan flight adalah lebih kurang 5 jam.Jauh tu.Kasi dramatik sikit.Jauuuuuuuuuuhhhhhhh tuuuuuu.Jadi toksah nak berangan dari Brisbane ke sini nak berkereta.Boleh tu mmg la boleh cuma berapa lama masa yg nak diambil tu taktau la.Hehehe!

Kalau nak ke Melbourne biasa jugak Malaysian kat sini pergi berkereta.Dua hari perjalanan katanya.Selalunya diorang akan singgah Sydney dulu pastu baru ke Melbourne.Setakat ni takde lagi dlm plan kami nak berkereta jalan2 cuti-cuti Ostolia lagu tu.Hehehe!Kejung punggung duk dlm kereta tp seronok juga sebenarnya kalau pergi ramai2.

Terbayang betapa fun kalau dapat jalan-jalan naik caravan.Ini antara aktiviti fav orang kat sini.Tp kalau tak silap nak ber caravan takleh sebarangan naik gerak mcm tu je.Ada rules and regulation dia jgk rasanya.Lps tu kalau tak silap caravan ada pitt stop dia.Takleh stop sesuka hati.Hehehe.Nnt la kalau I dpt info I share.

Esok suami cuti.Haritu cakap Khamis.Tup tup semalam cakap Selasa pulak.Isk!Memana la.Janji ada day off.Serious I rasa dah kejung otak sangat dah ni asyik terperap kat rumah.Nak keluar kalau just I dgn anak2 ni mcm malas sgt.Kalau ada suami sekali lain sikit feel dia.Muahahaha!

Dah la semalam I pergi park kat depan apartment ni.Lupa pulak haritu hari Ahad so mmg ramai la orang duk beriadah.Tang beriadah tu takde masalah tp tang beriadah sambil bwk anjing tu yang masalah.Masalah pada I la.

I duduk kat bench tepi taman tu riba si Dian.Pastu ada la satu uncle ni lalu kat depan sambil pegang anjing dia.Manja haish!Uncle ni stop tegur I,pastu sembang la kan.Tapi malangnya tuan sembang,anjing pulak nak bermesra.Dah la pagi tu hujan sekejap so sah2 la anjing tu basah.Duk gesel kat kaki I.Jadi mmg confirm kena samak la kan.Mana la nak cari tanah ni.Adesh la!

Tetiba teringat pengalaman my husband lagi dasyat.Dia nak ke tempat shutdown dgn kwn dia.Sekali kawan dia ajak singgah rumah dia kejap.So my husband turun la dari kereta.Cantik keluar dari kereta,dua ekor anjing peliharaan kawan dia tu datang nak gomol my husband kononnya nak greet tetamu la.Muahahaha!

I tergelak sakan time my husband called I sbb sumpah suara dia mcm nak menangis sambil bercerita kat I.Mmg satu kerja duk mencari tanah nak samak balik.

Manja haish anjing kat sini.Tapi kalau ada yg faham muslim takleh sentuh anjing tu,mmg cecepat la diorang jauhkan dari kita.Tapi masalahnya tak semua yg tahu.Sama mcm ada satu untie tu bila tgk Damia duk mengedik panggil Dog!Dog! Memang la dia datang suh Damia pet kan dog dia tu.Bebudak mmg tak tahu.Dah la anjing dia tu comel gila.Hahaha!

Tapi syukur anak untie tu tahu so cecepat dia cakap kat mak dia muslim takleh sentuh anjing dengan sengaja.Terus untie tu dukung anjing dia pastu tunjuk jer la kat Damia.I pun ada gak explain kat Damia tapi tang soalan dia,"Kenapa sentuh anjing haram bonda?".Hmmm.....mmg lama gak la duk fikir nak bg jwpn yg paling tepat bagi dia faham.


Ini pic jam 5 petang.

Esok entah apa plan suami tak tau la.Tp pagi esok dia ada interview.Lepas tu la kot baru keluar jln2.So esok I istihar hari dapur tak berasap.Hahaha!Dan esok pun kena shopping groceries jgk pastu nak ajak suami cari seafood la pulak.Dah naik wenggggg dah perut asyik melantak ayam jer setiap hari.Argghhh!Takleh tahan la.

Biasa la orang Terengganu nana nana Terengganu kiteeeee.Ikan always dihatiku.Muahhh!

Eh...tak habis lagi entry ni.Actually cerita byk nak di pot pet kan kat blog ni tapi bila ada masa,idea pulak takde.Tapi bila ada idea masa pulak takde.Lately ni Dian tak bg kerjasama sangat.Asal nampak jer I bukak lappy,mulalah gigih nak online sekali.Inipun dah byk setting yg lari gara2 tgn kecik tu jugak la.Habis benda diketuk2nya.Takleh ketuk dia jilat.Sabor jer la.I pulak letak lappy kat coffee table jer jd mmg mudah sangat la si anak nak serang hendap tiap kali mak dia takde kat situ.

Malam ni rasa free sikit siap leh kemas rumah,kemas dapur.Suami bwk Damia keluar so I leh la lepak2 kunyah kacang sambil tgk tv.Kalau ada Damia,jangan harap la nak tgk tv.Balik2 kena hadap cerita dia.Suami ajak follow sekali tp rasa mcm malas jer.Satu lagi sejuk kot pastu sian kat Dian la nanti.Dan yg pasti suami pergi jumpa kawan2 dia.Bohsaaaannnn la.Mesti I diam jer nanti.Malas ah.

Jadi itu jer la.Hahahaha!Sorry la kalau bosan baca.Next entry I cerita something yg ada info sikit.Muahahaha!Tapi entry ni pun mcm entry membebel jugak sebenarnya.Entry lepas perasaan.Hahahaha!

My childhood stories - My dream

Zaman kekanak dulu tipulah kalau kita takde impian.Betul tak?Impian kanak2 zaman I dulu la.Time tu takde la lagi dalam wish list nak masuk Ipad,x Box,PSP,PS 4,I Phone bagaikan.Usai nak jumpa komputer pun susah time tu.Kikikiki!

Jadi antara impian zaman kekanak dulu,tp ini bukan impian I la.Ini kira mcm impian kanak2 time tu la misalnya,nak pergi tempat yang penuh dengan gula-gula dan coklat.Motif dia kononnya nak makan segala gula-gula coklat tu sebanyak-banyaknya tanpa susah hati nanti kau sakit gigi.Hahaha!Iyalah.Impian bebudak.Itu kira dah best sesangat dah tu.

Image google!

Dulu pun I pernah jugak berangan.Tp tak consider as my wish la.I bayangkan I berada kat mall pastu berlaku gempa bumi bangunan pun runtuh.Nak dijadikan cerita tempat I terperangkap tu adalah area tempat coklat dan gula-gula dlm supermarket.Kononnya bila terperangkap mestilah takleh keluar pastu lapar jadi boleh jer la ambik mana-mana gula-gula coklat yg kita suka.Kalau ingat balik,bangangnya imaginasi I.Kalau dah terperangkap dlm bangunan runtuh,terperangkap pulak tu,usai nak mkn coklat,nak angkat tgn gerak badan pun belum tentu dapat.Adoi la.Tp itulah dinamakan imaginasi budak-budak.

Lagi impian kanak-kanak adalah mesti nak berada tempat yg boleh dikatakan syurga toys.Hahaha!Itulah kanak-kanak.Tak gula-gula,coklat,toys.Itu jer dalam kepala otak.Pastu dlm kepala otak tu kalau boleh nak main jer 24 jam.Hahaha!Teringat waktu kecik2 dulu kalau time balik raya ke kampung,esok nak raya,malam tu sure takleh tidur.Ada dua sebab biasanya.Bukan sbb imsonia hokkey.Satu sbb adalah kerana tak sabar nak pakai baju baru dan satu lagi rasa rugi kalau tidur.Hahaha!Kalau boleh nak main dengan sepupu-sepapat sepanjang hari takde stop tp apakan daya,jelingan ma abah adalah lebih ngeri dari cerita hantu kopek yg dikatakan berkeliaran kat luar rumah mencari mangsanya.Hantu kopek jalan sambil dukung baby tu.Time tu kira dah rasa seram sangat dah tu.Sampaikan kalau terasa  nak kencing memalam pun sanggup posponed until esok pagi.Wakakakaka!

Dan andai ditanya I la waktu tu,apakah impian I time budak-budak dulu.

Ok meh la I reveal hokkey.Kikikiki!

Impian I waktu budak-budak dulu,mmg teringin sangat-sangat taktau dah nak cakap mcm mana.Nak mintak ngan ma abah rasa mcm besar sgt permintaan tu sbb I mmg dah rasa diorang tak mampu tunaikan pun.Wah!Dan kalau I propose sekalipun time tu,samada tak kena ketuk kepala on the spot,I mungkin kena paksa tidur sejam lebih awal sbb mintak benda bukan-bukan.Hahahaha.Apa yg besar sangat impian tu.

Ok.

Impian I waktu zaman budak-budak dulu adalah nak 'Rumah sebelah dengan sekolah'.

Hahahaha!Apa ke tahap malas nau nak g sekolah sampai boleh masuk dlm impian.Kakakaka!Tapi serious itulah impian I.Memang ku pahat erat dalam diriku akan impianku yg satu itu.

Sungguh jealous hokkey dengan kawan2 rumah diorang berhampiran sekolah.Kikikiki.Mau tak jealous,tertinggal getah pemadam pun selamba jer balik rumah ambik.Itu belum campur mak tunggu tepi pagar hulur bekal waktu rehat.

Dulu I enjoy pergi sekolah cuma tak enjoy perjalanan pergi balik ke sekolah tu.Pastukan I dulu benci sgt kalau kena stay back kat sekolah.Biasanya kalau ada kelas agama petang dengan ko-kurikulum la.Tapi enjoy ke sekolah tu pun bukan sbb enjoy belajar,tp seronok main dengan kawan-kawan.

Kita throwback la cerita masa I darjah tiga.Hihihi!Ni relate dengan 'Kenapa saya suka rumah saya' eh bukan.Ini relate dengan 'Kenapa saya suka kalau rumah saya kat tepi sekolah'.

Waktu tu tahun 1993 kalau tak silap.I darjah 3 pastu skolah sesi petang.I ada sorang kawan baik.Nama cantik orang pun comel iaitu Rabiatul Adawiyah tp orang panggil Atul.Dia ni mmg tomboy betul tp manja.Acaner tu?Tomboy tp manja.Hahahaha!Maksud manja tu sbb cpt nangis la tp ganas nak mampus mengalahkan lelaki.

I ingat time tu waktu rehat.Jadi berebut-rebut la nak ke kantin.Sekali dia ni boleh sahut cabaran dari sorang budak lelaki ni lumba lari siapa dulu sampai ke kantin.Jadi berlari la dua orang ni.I rasa mmg I nampak la ada bdk pedajal dia dengan cara sepak kaki dia.Pastu si Atul ni hilang kawalan,golek golek golek,dupppp!Cantik punya landing dalam longkang besar.

Waktu tu I taktau samada nak gelak atau nak sedih.Kikikiki!Longkang tu ada air tau tak.Jadi bila dia keluar dari longkang korang boleh bayangkan la mcm mana dia time tu.Hihihihi!Ada extra bau seh.

Kebetulan ada sorang cikgu kat situ.Cikgu tu ada gak bebel2.Iyalah.Apa kejadahnya kau nak lari2 ke kantin.Pastu cikgu tu suh dia balik usai rumah dia mmg kat kawasan sekolah tu jer.I pun apa lagi.Cecepat la volunteer nak teman.Motif sangat.Jd balik la dia ke rumahnya ditemani I.Pastu siap leh mandi salin baju baru bagai then datang balik ke sekolah.Senangkan?

Jadi sejak haritu la I masukkan dlm my wish list I untuk ada rumah kat sebelah sekolah.Itu jer.Besar betul impian.Hahahaha!

Tapi apa yg pasti,sampai ke sudah impian tu tak terlaksana.


Rambling~

Hingga ke saat ini,saat I type entry ni jam 8.42 am,ewah,kami masih lagi terperap kat rumah.Dari start sampai Sabtu malam haritu hinggalah sekarang ni,paling jauh I pergi pun adalah ke IGA shopping groceries.Muahahaha!

Jauh berjalan kaki tu ada la dlm dua blok bangunan kot.Hahaha!Bangunan apartment tmpt kami menginap pastu cross jalan,pastu building depan tu la letaknya IGA.Jauh dak??Hahaha!

Haish!Khamis ni baru la kami boleh pergi ukur Perth City.Suami hanya cuti sehari lepas 13 hari keje.Gilo apo!Hahaha!Udah datangnya kerjakan so takleh nak complaint sangat la.Jadi isi jer la masa yg ada tu dengan anak2.Kalau duk kat rumah kat Brisbane pun kdg2 bosan jugak.Takkan asal bosan jer nak keluar ukur mall.Tak kuasa la I.Kalau si kecik Dian besar sikit dah boleh masuk cinema,gigih jugak bwk tgk wayang.Huhuhu!Pergi library pun sibuk nak makan buku.Hahaha!

Actually sebanyak-banyak kedai yg ada kat sini,satu dua jer I baru masuk.Lain2 tu tunggu pergi dgn suami la.Banyak kedai-kedai kat sini.Pastu kalau nak pergi mall,dlm 4 km kot dari sini.Sini ada kedai jual chocolate.Suami cakap kalau bosan tu pergi la.Dia cakap tak jauh pun.Tp bila I google,jauh seh.Hek eleh pak cik ni.Tp taktau la kalau kedai yg I google tu bukan kedai yg dia maksudkan.

Ok.Jadi perut lapar tp malas masak awal sangat so jom kita turun pergi tapau makanan.Kedainya tak jauh pun.


Turkish Restaurant yang menjual pizza dan kebab.Halal.

Mamat yg ngah duk goreng2 tu sebijik muka Melayu tp I taktau la kot la Melayu taknak ngaku.Hahaha!Tp cara cakap slang OZ la beb.Hahaha!Kat sini pun kalau aborigin tu pun kdg2 mmg nampak mcm Melayu jugak.Kalau ikut history pun,aborigin ni kalau tak silap asalnya datang dari kepulauan Indonesia.

Jadi kat sini memang memacam rupa dan orang la leh jumpa.Kalau white ppl pun belum tentu semua Australian.Ada gak dari negara2 lain.


Ini I google jer tp inilah kedainya.Bebetul depan bus stop.2 minit jalan dari rumah.Hahaha!Jadi kalau datang hari malas tu,turun sini jer la tapau.

Tapi skang ni I dah takleh hadap dah kebab.Dah lemau kebab dah rasa.So I order mixed meat with chips jer la.Harga $12.90,makan sampai nak pecah perut sbb banyak gila.Siap I simpan separuh bikin sandwich pulak.


Menarikkan?Hehehe.Sajer jer bagi terliur sesape yg baca entry ni.Hahaha!


Budak ni tak layan sangat.Dia mintak chips jer pastu selebihnya duk makan biskut jer.


Jadi takde apa nak dibuat so lepak kat balcony makan ni sambil baca buku yg baru beli tu ntah bila la boleh khatam.Mau tak baru satu muka surat anak nangis.Sambung lagi satu muka surat,anak panggil nak berak.Sambung lagi muka surat,anak nak susu.Haish!Kalau lagu ni 365 hari belum tentu leh habis.Choi sgt!


Story of my journey ~ Rockingham Beach

Rockingham from my point of view adalah sebuah bandar kecil yang sangat cantik.Tempat penginapan kami ni pun terletak betul-betul mengadap laut.Just a nice view when you woke up every morning,after Subuh prayer and having a cup of tea.Pagi2 bising la bunyi burung-burung.Laut depan apartment ni tak berombak sbb kat depan sana dah ditambak.

Kalau tak silap mengadap tempat penginapan kami ni pun adalah pangkalan tentera laut dan kapal selam Australia yg terbesar.Tempat tu nama Garden Islands.Jauh jugak cuma dari apartment ni boleh la nampak.

Industri kat sini maritim la usai dah lokasi kat tepi laut.Sepanjang pesisir pantai Rockingham Beach ni sangat la bersih.Anjing tak dibenarkan memasuki kawasan pesisir pantai.Kalau bwk jugak kena denda $100.I pun taktau kenapa tp ada bagus gak.So takde la risau sgt nak letak si Dian main pasir.Sebelum ni waktu kat Nudgee Beach,penuh dgn tapak kaki anjing jer.I bukan risau apa.Risau hasil kumuhan dia tu.Kalau ada owner yg concern,lepas anjing dia poo poo diorang akan kutip najis tu dgn plastik pastu buang.Tp kalau yg jenis tak concern dgn orang lain,diorang biar jer.Satu lagi anjing ni suka kencing merata.Jd rasa mcm tak best la pulak nak duduk atas pasir tanpa beralas.

Nama Rockingham adalah dari nama sebuah kapal layar Rockingham iaitu salah satu kapal layar yg dibeli oleh Thomas Peel bagi tujuan penerokaan ke Australia Barat pd tahun 1830.Itu jer la serba sikit psl bandar ni.Kikikiki.

Makanan pulak mestilah fish and chips sbb I tgk mana2 kedai ada plus kat sini kalau tepi pantai jer automatik fish and chips la.Ada la jgk yg lelain tu tp yg paling highlight menu ni la.Ala mcm Malaysia gak la.Asal tepi laut mestilah seafood.Kalau di Terengganu,ikan celup tepung.Dulu kini selamanya agaknya.Goreng-gorengan surimi,nugget,daging burger tu I taktau bila start fenomena tu.Kikikiki!Dan jgn lupa keropok lekor dan air kelapa.Upgrade sket,Coconut Shake.Shake it shake it!Oh yeah!


Tempat kami menginap untuk beberapa minggu ini.Ini kalau weekend mmg penuh la dengan orang.Tu belum kalau ada apa2 event lagi.I ada baca banner 1st June nnt ada event kat taman depan apartment ni.Cantek la.Leh la turun cuci mata.


Area sini mmg byk lot kedai mcm ni.Mcm2 kedai.Kedai kebab halal pun ada so kalau malas nak masak tu,I skip tapau jer.Tapi takleh hari2 la sbb tak murah jugak harganya.Muahahaha!Sbb kawasan tarikan orang ramai datang kot.Kikikiki!Nak kata mahal gila tak la tp tak murah mana la.Habes mcm mana tu?Hahaha!Tengah2 senang.Muahahaha!


Menatang tu I taktau merujuk apa tp I assume sbb ni kawasan maritim kan so sauh gergasi tu macam relevan la jgk.


First time la ni si Dian bulat ni sentuh pasir pantai.Tp x sentuh air lagi.Sbb sejuk.Ini pun dia dah mcm menggigil dah.Nasib ada bawak towel boleh balut dia.Haritu kat Nudgee Beach nak letak budak kecik ni atas pasir pun cuak usai penuh dengan tapak anjing je pastu pasir dia hitam.Ini lebih mcm pasir pantai kat tempat kita.Ngeeee!

Apapun pantai sini sangat cantik.


Ini budak hari2 duk berdondang sayang ajak main kat playground.Walau letaknya mengadap apartment jer tp malas jgk nk turun hari2 sbb kdg2 leh tahan gak sejuknya.Sian kat bdk kecik la.Damia ni mmg takde hal.Satu lagi mmg mak dia malas pun.Lama lagi kot duk sini so takyah beria sangat la Damia oiiii!


Ini batang pokok ni ada penerangan dia tp lupa nak snap pulak.Hahaha!Kelakarkan tetiba tetengah alam ada satu batang balak ni.Kikikiki!


Small town with a very nice view.


Ini baru jam 5 lebih mcm tu.Tp Dah nak maghrib dah ni.Pusing2 kejap,menyinggah beli ice cream (boleh lagi makan ice cream ngah sesejuk ni.Layanzzz)


Budak ni satu penyakit pulak asal nampak lopak air nak lompat buat splash!Splash!Splash! katanya.Sabor jer la.

to be continued...........................

The journey just begun.Hahaha!

Phew!

I just want to share my experience travelling with a kids. I know it's not fun at all but I keep reminds myself this is the best moment ever.Hahaha!Sampai mcm tu sekali.

Jadi pagi tu I dijemput Faiz dan Amirul.Actually the idea to asking them to come and pick me up to the airport, I tak setuju sebenarnya sbb rasa mcm susahkan diorang tp my husband berkeras jgk nak diorang hantarkan.Sbb I boleh jer ambik taxi.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiii.................................tolong la dengar cakap suami.Hahaha!

Dan I pun syukur diorang tolong hantarkan haritu.Bayangkan membawa dua budak kecil satu 4 years old yg kdg2 tak makan saman,dan satu lagi 7 months old yg mmg takde perasaan dan tak faham arahan pun.Huhuhuhu!Luggage yg I bwk dan habis fikir dh nak minimize barang yg nak bwk akhirnya satu beg besar dan satu beg kecil yg I bawak.Hands carry pulak satu bagpack isi my laptop dan satu beg kecil Damia isi Dian's stuff as usual la mcm diaper,baju salin for both of them,segala mak nenek kelengkapan kekanak yg ngah flu tu.Ada cream taknak bg kulit kering,Vasseline in case ada bdk tu ngadu bibir kering,saline spray disaat si Dian tetiba hidung tersumbat,nasal aspirator,Vicks etc.Banyak tau.Adeh la.

Jadi pagi tu I masak la lasagna dan mmg niat nak habiskan segala mince beef,grated cheese,fresh milk segala.Benda tu kan semua tak tahan lama once kita dah bukak dia punya plastik.Jadi dapat dua bekas.Malam sebelum I ada buat agar2 sagoo (takleh share sbb disaster) dan agar2 roti (tak disaster).Hahaha!Kuih2 ni nak bagi kat Kak Asma.Dia host usrah hari Sabtu bebaru ni so I mintak tolong Kak Dina datang ambik kat rumah.Pagi tu Kak Dina datang so settle satu hal.Hal kedua pergi hantar mana2 bahan makanan yg tak tahan lama kat rumah Mbak Rifa pulak.

Bebudak tu pulak kata sampai kol 12 so I pun membuta la kejap kononnya.Zuhr pulak kol 11.45 am.Tapi tup tup jam 11.45 am diorang sampai.Alah kasssimmm.So berkemas jer la terus then suh diorang lunch dulu la.Dan mmg baki lasagna tu I niat bg kat diorang jer.

Jadi gerak dari rumah dah nak jam 1 kot.

Sampai airport Damia dah start buat perangai.Nasib la Dian diam jer duk dlm stroller.See??Tambah lagi satu brg.Stroller.Alahai!

Pastu si Amirul tolong bwk luggage then Faiz just tunggu dlm kereta jer sbb parking kat airport sini mahal.Tak berbaloi.Amirul tolong hantar I sampai la nak ke tempat custom.Dari nak check in semua dia tolong I.Tolong dukung si Dian while I duk pot pet pot pet si Damia ni.Adeh la.Time mcm ni la nak perangai.

Sampai kat custom duk beratur tu mmg hazab gak la dgn nak fold stroller lagi sbb itupun kena scan.Teddy Damia pun kena scan.Tapi takpe la udah procedure dia.Tp mmg bila kita selalu doa kat Allah swt mintak dipermudahkan urusan,DIA mudahkan.Tengah duk terkial2 nak keluarkan handphone,laptop segala,seorang white man dtg tolong I.Dia pun ngah beratur jgk.Tengah I terkial2 nak tutup stroller,datang seorang Chinese man tolong lipatkan dan angkat masuk ke tempat scan.Settle.Dan lepas scan time nak bukak balik stroller,pengawai dia datang tolong dukung si Dian.Phew!Settle.


Here we go!


Budak meragam tak cukup tidur ni pandai jer manipulate mak dia.Katanya kalau nak suh dia diam kena belikan something utk dia dulu.Ayayaya!Kena pow dulu ngan anak.Novel tu pun hasil rembatan gak kat bookstore kat airport tu sbb nampak mcm best jer.


Kecik ni bagus well behaved cuma nak membuas tu yg tak tahan tu.Tapi mak dia bagus orangnya.


Letak jer kat atas lantai.Hahaha!Lantak kau la nak nak round-round kat mana.Hahaha!


Satu kerja tau tak nk membawak si teddy tu.Damia la berkeras nak bwk jugak.Skang ni kemana-mana kena angkut teddy tu.Alahai!Double kerja hoih!

Berkampung kat lantai sudeyyyy.Tak kuasa nak duk atas kerusi usai bebudak ni mana reti duduk diam.Ada lebih kurang sejam kot duk lepak area sini.Tapi tak ramai sgt orang haritu.Pastu ada sorang white guy ni duk pandang2.I ingat dia pelik kot asal letak anak kat lantai mcm tu jer.Tapi sekali dia join sama.Tp dia teruk lagi sbb baring terus kat lantai tu sebelah jer ngan kitorang.

Dah mcm picnic pun ada.Usai sejam ada masa,I bukak jer la laptop pastu online.Handphone takleh bukak dah.Battery dah RIP.

Airport sini kalau penerbangan antrabangsa dengan domestic dia separate bulding.Sama mcm KLIA jgk la bila international kena naik train dulu apa cuma sini takde la naik train semua.Tak besar mana pun airport dia mcm KLIA tu so takde la menapak jauh sgt.

Then time dh masuk dlm flight tu,dah rasa lega sikit la tp ada gak duk membebel si Damia ni.

'Damia tolong duk diam gok siket.Buas sunggoh la awok ni.Orang kate dari td bukang nok dengor cakak orang'.Leteran ibu mithali.Pastu mat-mat salleh depan belakang duk pandang-pandang.Yes!Terengganurian on board.Hahaha!

Haritu bau makanan diorang sumpah bau cam kuah singgang.Hahaha!Kalau dah gannu tu gok.Kikikiki!Mmg double lapar la.Dah la makan lasagna je sblm bertolak dari rumah.Then tak lama pastu sampai la Halal Meal kitorg.Special tu siap tulis nama kitorang.Hahaha!

Dan apa yg diorang serve pd kami haritu adalah fish with tomato sauce pastu ada la steam vegetables tp rasa agak plain.I ni jenis jaga kesihatan pastu takde segan silu amik garam tabur atas sayur tu.Huish!Menjaga kesehatan sgtkan?Hahaha!Mmg mahveles la.Kakaka!.Pastu ada soya milk,muffin and bun.Cukup la tu.Lepas tu tak putus2 duk offer memacam tp ice cream banana and coconut dia sedap la pulak.Kikikiki!Kalau MAS di bagi ice cream Magnum.

I kan haritu takmau si Dian ni meragam I cecepat BF dulu bg dia tdo.Pastu bila stewardess nmpk I BF,laju jer dihantar mineral water even tak request pun.Hehehe!

Jadi hadap la kami 5 jam lebih in flight tp x bosan sgt.Satu sbb ada movies la tp takleh nak layan jugak.Jd sementara si Dian tidur,I pun tonton la satu movie ni.Tajuk dia All is Lost.I pilih movie ni sbb diorang mark as a Qantas choice.Tp ntah la.Taktau nak citer camner.Kahkahkah!Dlm citer ni pelakon dia sorang jer.Pastu kalau dah sorang-sorang,haruslah kau nak sembang ngan siapa?Jd boleh dikatakan takde dialog pun kecuali setengah jam cerita kot ada la dia sebut 'S.O.S' sbb tetibakan dapat signal nak mintak bantuan.I post story line la.Mcm malas lak nak citer panjang.Kikikiki!

Deep into a solo voyage in the Indian Ocean, an unnamed man (Redford) wakes to find his 39-foot yacht taking on water after a collision with a shipping container left floating on the high seas. With his navigation equipment and radio disabled, the man sails unknowingly into the path of a violent storm. Despite his success in patching the breached hull, his mariner's intuition and a strength that belies his age, the man barely survives the tempest. Using only a sextant and nautical maps to chart his progress, he is forced to rely on ocean currents to carry him into a shipping lane in hopes of hailing a passing vessel. But with the sun unrelenting, sharks circling and his meager supplies dwindling, the ever-resourceful sailor soon finds himself staring his mortality in the face.

Tp tak tgk sampai habis sbb budak kecik bangun.Jd haritu flight tak penuh so stewardess pun mcm ada free time sikit la.Siap ada sorang ni ajak Damia buat bracelet dari getah.Haritu dlm flight ada 3 orang jer bebudak.Sorang lagi baby anak orang Burma tp dah jd citizen sini.Mak dia duk belakang I tp sbb anak dia duk nangis sangat,terus dia lepak sebelah I sampai la landed.

Dan ni tips dari I la.Kalau bawak baby kecik sebolehnya pilih la seat yg tak jauh dari toilet sbb mmg kena ulang-alik punya.Kalau tak mak yg nak terkuncil,anak pulak.Hahahaha!Ntah berapa kali ntah ulang-alik toilet dan stewardess pulak happy kemain dapat dukung Dian siap mintak kejap nak main.Tp x kejap jgk sbb I siap leh rehat.Diorang duk main ngan Dian kat belakang.

Pastu sini stroller takleh bwk sampai ke pintu masuk.Kalau MAS boleh.I mean park sampai pintu so diorg simpankan.Tp bila dh sampai,dont worry sbb diorg akan provide stroller diorg so xder la kalut sgt nnt nak ke tempat nak collect luggage.



Inilah dia bracelet getah tu.

Dah sampai kat pintu sblm nak turun tmpt collect luggage tu kena stop lagi sbb geng2 stewardess ni sambung gomol si Dian.Hahaha!Angin apa ntah budak Dian tu chicky kemain bila org duk agah dia.

Dan satu lagi trolley kat sini kalau domestic kena bayar dlm $4.Guna mesin.Dah settle semua I amik cab jer.Dapat pulak driver taxi yg ramah kemain so takde la bosan sgt perjalanan sbb almost 1 hour gak rasanya.Kalau tak 1 hour dlm 40 minutes mcm tu la.Actually driver taxi ni orang Bangladesh tp dah jd citizen sini.Muslim.Dan dia siap bg discount lagi kat kita sbb sesama Islam katanya.'You are my sister'.Fuyoo!

Harga sepatutnya kena dalam $120 ++ tp dia amik $100 jer.Memang mahal la jgk.Taxi bermeter plus maybe on weekend kot atau mmg dah range harga dia mcm tu.Tp kalau naik train or bus mmg lagi murah la cuma I berangkut dgn ank2 ni mcm malas la pulak.

Jadi destinasi kita adalah ke Rockingham Beach.Next entry kita citer detail.Stay tuned!


Caught in action

Lama dah rasanya tak story pasal bebudak ni.

So harini nak cerita pasal milestones si Tengku Dian Soraya ni.Panjang haish nama.Kat rumah kami panggil Dian.Kat luar mat-mat salleh ni diorang prefer Soraya.Memana la.Suka hati la.Janji jangan tetiba keluar Zaiton sudah sbb takde dlm ic dia nama Zaiton.

Anak2 ni diorang punya pencapaian tak akan sama antara anak sulung,kedua,ketiga,keempat pastu si bongsu yg no sepuluh.Hamboih!Agagagaga!

Memang beza jd harini nak cerita milestones  si Dian peha ayam KFC ni.

Jadi budak kecik ni dia dah boleh meniarap iaitu pusing badan masa umur masuk 3 bulan.Budak ni time dlm pantang lagi tubuh dia dah keras.Maksud keras tu,kepala dia dah boleh tegak takyah pegang dah sbb normally baby under 40 days leher dia mcm belum boleh support kepala sepenuhnya.Jadi tak hairan la kalau masuk 3 bulan dah boleh meniarap pastu siap leh golek-golek.

Tinggal kat atas katil tanpa divider mmg bahaya.Hahaha!

Pastu masuk 5 bulan dah boleh melunjur.Pastu dah mula buat lawatan tapak.

Masuk 6 bulan,angkat punggung,pastu kepala kebawah.Suka bebenor buat lagu tu tapi takleh merangkak lagi.Kalau meniarap,humang aiiiii!Laju betul.Kekejap kat dapur,kekejap dah depan pintu toilet.


Dan skang baru masuk 7 bulan.



Akhirnya dah boleh merangkak.Tapi still takleh duduk dengan sendirinya sbb baru pandai merangkak.Baru dalam 3 hari kot.

Tapiiiiiiiiiiiiiii....................................................



Ini semalam ni.Kemain kau dah ada cubaan nak bangun pulak.Ini khusyuk ngadap tibi.Dah la tgk citer documentary pasal Ladyboy kat Bangkok.Huhuhuhu!Nasib tak reti membaca lagi.I yg tengok semalam,dah rasa nak pitam tgk.Mesti dia duk fikir,ape ke bende la ni.Hahaha!


Tak berhenti setakat tu.Akhirnya dah boleh berdiri dah tanpa bantuan.Ayayayaya!

Harini jer 3 kali dah jatuh terjelepuk.Dia ni mana la boleh balance badan lagi tapi berani sangat.Erm.Kena letak bantal keliling rumah dah ni.Kalau lagu ni 9 bulan dah boleh berlari agaknya.


Dan nampaknya skang I dah ada pembantu la untuk tolong I kemas rumah.Sigh!

Susah jugak bila nama panjang~

Ooooo......sejak datang sini I rasa mempunyai nama yg pendek adalah lebih practical.Ini adalah kerana diorang tak prefer nama pepanjang ni baik dalam semua urusan.Jd tak pepasal nama kena cut.Duh!

Jadi skang ni dengan penuh bergaya I lebih dikenali sebagai Mrs. Syafinaz Ali.Huyoooo!!

Urusan bank,urusan segala mak nenek yg memerlukan data diri biasanya I letak either Syafinaz Ali atau Umi Ali.Yang kedua ni lagi ringkas gila.Tapi normally diorang senang nak sebut Umi jer or panggil I as Ali.Hehehehe!Ada sorang kawan I kat sini,dia dari Japan.Katanya maksud nama I dlm Japanese adalah Ocean.Hihihihi!Ok la ocean.Kurang2 takde la yg mengarut2 tu.

Nama anak2 pun problem.Skang baru menyesal asal la tak letak nama anak satu jer.Anak first Tengku Nurin Damia tp kat sini I letak Damia Sy***** je.Senang 1st name,last name.Kalau Dian pulak I letak Soraya Sy*****.Motif letak Soraya sbb orang sini suka panggil Dian as Soraya.Cantik katanya.Huahuahua!

Jadi semalam 1st time beli ticket flight kat sini.Jenuh duk mengedit bukan sbb maklumat penting lain tak lengkap,tapi ada dekat 4,5 kali jugak keluar notification suh I adjust nama yg panjang sangat katanya.Choi sangat.

Pastukan jgn salah faham tiap kali I put comment keluar Tengku Damia.Itu sbb I create second akaun takde idea nak letak nama apa yg lain dari 1st akaun,itu yg letak nama anak tu.Kikikiki!

Dan kali ni juga 1st time la naik Australia Airlines untuk penerbangan domestic.Dan jangan risau pasal makanan sbb kita boleh buat special request utk Halal (Meal).Ini ada disediakan.Phew lega!I bukan apa,penerbangan nak ke Perth lebih dari 5 jam jugak so mmg sah2 la lapor weh.

Dan satu lagi nk choose seat pun takde charge cuma diorg tak guaranteed la kita akan dpt seat tu tp probability utk dapat as per request tu mmg besar la.Kalau Malaysia Airlines ada charge sbb I mmg biasa pilih seat sbb taknak duk jauh dari suami.So caj dia RM50 jugak per person.AA takyah cerita la.Serba serbi kena caj.

Jadi itu jer la nak cerita.

I tamatkan entry ni dgn pic makanan yg I order untuk hari Ahad bebaru ni.Mahveles.


Nasi kerabu walau tak cukup korum lagi ni.Wahahaha!Nasi kerabu yg cukup korum adalah bila ada jeruk bawang putih,sarok lada (isi ikan yg orang masak dengan kelapa parut pastu letak dlm cili besar yg color putih susu tu,sumbat byk2 sampai nampak macam org bunting,pastu kukus),ulam-ulaman ni pun tak cukup sebenarnya,daging bakar,ikan celup tepung,sambal tumis belacan.Hoi!Banyak oiii.Tapi itu la style nasik kerabu Terengganu.


Dan jangan lupa letak BFF,anchovies sauce.Curlassss gitewww!.Hahaha!Tak letak nanti karang,kecik ati dia.


Dan yg ni pun order gak.Chocolate cakes cheese katanya.$5.Sedap!

Satu lagi popia bersira.Yg tu 8 keping I makan sorang.Sedap sangat.


 3 set beli.Satu set ada 4.Melampau sgt.Pastu bg Mbak Rifa satu set.Kikiki.

Ok tata titi tutu.

Cuti-cuti Australia ~ tapi tak bermula lagi!Hahaha!

Ahh..haaa...,

Kita sinonim dengan cuti-cuti Malaysia.Betul dok?Tapi tu kalau kat Malaysia la kan.Dan kali ni I nak ajak,moh la kita cuti-cuti Australia pulok walau hakikat bukan holiday yg sebenar pun tapi lebih pada menyelam sambil telan air glup glup glup!

Ok.Here we go.

Let's go to the zoo....owh bukan.Let's go to the airport.Today I dan anak-anak nak ke Perth following my husband (tp dia dah pergi 2 minggu awal).Lama gak kami kat sana nanti.Lebih kurang sebulan.

And this is my very 1st time handling two kids without my husband for a long distance journey.5 jam lebih tu kira lama la jugak.Tapi tambah lagi 3 jam,boleh balik Mesia.Hahaha!Brisbane to Malaysia dekat2 8 jam hokkey.Ni Brisbnae to Perth,5 jam lebih.Usih!Lamonya.

Dan beza masa antara WA dgn sini dalam 2 jam.Masa kat sana sama dengan Malaysia.

Takpe.Flight jam 3 petang.Chill man.Chill.Estimate sampai sana jam 5 lebih mcm tu la.


So ada masa lagi nak fikir apa lagi yg perlu dikerjakan.

Dan harini jugak I tak dapat attend usrah kat rumah Kak Asma'.Takpo la maybe next time.Dah la rumah dia 200 meter jer dari rumah I.Boleh pergi jalan kaki jer.Memang haritu plan nak ke Perth weekdays so leh la join tp cancel pulak bila suami suh beli ticket on weekend pulak.Jadi moh la kita.

Kali ni awal sikit I packing.Maklum la bwk bebudak kecik ni,dengan dengar katanya cuaca kat sana sejuk baru bermula,so banyak pulak barang yg kena consider perlu dibawa.Siap g shopping baju anak2 barang sehelai dua.Bukan baju apa pun.Cari baju yg boleh buat diorang rasa selesa.

Kat Brisbane ni seminggu haritu jer rasa sejuk sangat.Skang dah rasa mcm biasa pulak cuma takde la panas pun.Still dingin.Skang kipas semua dah tak pasang dah.Heater kadang2 kena gak pasang sbb cuaca sejuk tu kadang2 mcm tak menentu.Tp I still sok sek sok sek gak nak selsema.Dah tau cuaca sejuk cepat nak dpt flu,pergi makan nasik cicah budu pulak,memang mendapat la kan.Hahaha!Flu,hidung gatal campur sekak kepala.Ada resdung agaknya.

Jadi seminggu ni I busy betul duk cuci cadar la,cuci toilet la,sental dapur kasi kilat la,pastu suami dah pesan sesiap mana2 sayur,bwg2 segala kalau tak habis,suh bagi jiran.Hmm.....nak suh clear peti es la tu.Tp ada betul gak.Dari dibiarkan makanan tu rosak takde org makan,baik bagi jiran boleh jugak dia guna.

Jadi banyak kerja sikit la minggu ni.Dah la dua kali kena pergi mall.Sekali mmg sbb shopping baju anak2,lagi sekali cari battery handphone.Akhirnya my Samsung Notes yg dah berjasa almost 3 years,dah kopak sana sini calar-balar,kdg2 stuck tetibe (dah tua la tu maksudnya) mula tunjuk belangnya.I syg sgt phone ni tau.Takmau tukar lain kalau boleh.Handphone ni I beli masa memula keluar haritu.Banyak jasanya.Bior la dah tak IN dah ngan trend skang sbb skang dah keluar triple canggih dah,tp handphone ini tetap dihati.Bior la besor pun.Huhuhuhu!Bior la takleh swipe guna censor pun.Huhuhu!Bior la kadang2 I nak snap pic tetibe kuor warning FORCE TO CLOSE.Huhuhuhu!Sadis sangat tau.Kalau main Candy Crush lama sikit,tetiba color kat screen jadi satu tone.Kau mampu??Hahaha.Ok.Lupakan pasal handphone.

Owh lagi dah takde apa dah kot bila semuanya dah settle so tinggal rumah dengan senang hatinya.Nanti balik rumah dengan lega hatinya sbb rumah dah clean and clear.Yg tinggal kalau balik bercuti biasanya kain baju busuk sajer ler jawabnya.Hahaha!Tp this time I nak make sure I balik tak bawak baju busuk.I nak cuci sesiap.Tengok la berjaya atau tak.Hahaha!

OK.Then tata titi tutu la especially untuk pokok2 I yang tercinta.Pokok kari,daun pandan,dan kunyit.Pokok yg tumbuh mekar..............
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Ekkkkk!Bye pokok herbs ku.Jangan notty-notty.Huhuhu!

(Tak tinggal rumah pun lagi pokok dah mampuih)

Bebelan hari Khamis.Esok Jumaat tau!Sajer nak gtau.

Harini banyak pulak kerjaan yg nak dikerjakan.Handphone battery buat hal.Dah beli baru burn $69 pastu tup tup balik rumah tak menjadi.Esok kena pergi balik tukar yg lain.Adoi!Stressnya mak.Dia bagi masa within 3 days kalau nak tukar baru.Ini yg part paling malas ni.Arghhhh!!Kenapa la suami tak cakap nah ambik duit ni alang2 pergi tukar battery tu,g shopping skali.Ya ya ya.Dalam mimpi.Choi sangat!Jd nak taknak kena jgk pergi sbb Sabtu dah nak ke Perth.So takde masa dah.Dah la packing tak settle lagi.I ni mmg suka buat kerja last minutes tp kalau membawa anak pun nak last minutes mmg ada la nanti benda tertinggal.Huhuhuhu!Itu mmg susah benor nak ubah.Mcm abah I cakap la.Terlampau cool sangat susah gak.Hahaha!I ni memang jenis takde perasaan sikit.Kikikiki!Sangat la opposite dengan my sister.

Ingat zaman sekolah dulu,my sister akan bangkit awal,bersiap awal dan dia mesti nak sampai sekolah awal.Kiranya tak langgar peraturan sekolah la.Baikkan dia??Heks sangat.Hahaha!

Dan I pulak,ada aku kesah nak sampai awal ke tak?Hahaha!Takat denda kutip sampah tiap pagi tu apa la sangat.Dah mmg jadi part time job dah.Jadi benda tu kalau tak banyak,sikit tu ada gak I bawak sampai sekarang.Hihihi!Suka buat kerja last minutes.Time exam pun mcm tu gak.Esok ada paper malam tu baru nak pulun segala.Kau ingat kau ada Doraemon boleh mintak roti ingatan.Ambik roti tampal kat nota pastu makan.

Baik dari sekolah,kolej pastu universiti.Sama je tak berubah.Tapi,tuhan tu Maha Adil.I ckp mcm tu sbb dia bagi I pasangan yg opposite dengan perangai I.So melengkapi antara satu sama lain la.Suami I perangai dia macam my sister la tapi dia tak garang.My sister rimau akar,suami kita kitten comel.Muahahaha!

Cerita ini hari,Damia ada sesi bergambar kat kindy harini.So pakai cantik sikit la.Selalu I bagi dia pakai baju2 yg lusuh jer.Sbb gila nak bagi pakai baju yg baru kalau setiap hari balik ada 1001 satu benda spot kat baju.Kikiki!Pagi dtg kindy comel jer,tp balik comot gila.


Besor dah anak dara kita.Ini on the way balik dari kindy ni tp dah kat area kawasan rumah dah ni.Tergelak jer orang2 kat tepi jalan tgk I tolak Dian dengan stroller pastu si kecik belakang tolak bear dia dalam stroller jugak.


Kalau dah namanya budak perempuan.Sikit sebanyak mesti ada naluri keibuan tu.Mesti nak main mak-mak.Hehehe!Takpun main kahwin-kahwin.Tp kalau zaman dolu2 anak balik citer main kahwin-kahwin,mak kita senyum jer.Zaman sekarang jangan main.Kecut perut baca cerita pepelik bebudak zaman skang.


Ini mood ok layan la kalau kita nak snap pic dia.Kalau moody jgn harap la.Dia bagi kita gambar gegor.Esok last day school pastu mak dia cutikan dia selama sebulan.Bahagia la kau nak takyah g kindy sebulan.Tp Damia suka pergi kindy.Memang la suka sbb asyik duk main jer.Kalau kindy kat Malaysia pun dia suka jugak cuma biasa la bebudak bila sekolah 5 hari seminggu mmg ada la hari malas sedunia dia.Tp kindy sini 2 dan 3 hari jer seminggu.Dia rotate la sbb ada dua group.Actually dia ada offer yg straight 5 hari cuma I malas la nak daftarkan yg staright 5 hari tu.Malas nak ngantor salah satu la,pastu I taknak dia cepat rasa bosan ngan sekolah sbb tahun depan dia dah kena masuk prep.Prep tu dah macam pra sekolah dah.Jadi this time I nak dia enjoy jer dulu takmo bg presure pun.

Skang ni pun dah byk benda dia belajar kat kindy tu.Actually I tak berbahasa Inggeris sangat kat rumah.Kalau ingat baru guna,tak ingat,bahasa Gannu jugak la adanya.Hihihihi!.Itu yg mcm kelakar jer bunyi bila Damia tanya,'Guaner ni bonda?'.Pekat giler.Hahaha.Suami jer yg rajin duk practice dgn anak

Tapi walau bahasa Inggeris bukan bahasa utama kat rumah,hambik sekarang Damia pun dah speaking dengan I.Setiap hari makin improve.Bagus la nak.Sbb tu I tak risau sbb budak2 ni dia cepat jer belajar.No worries.

Sebut no worries teringat tadi ada satu white guy ni.Memula time I lintas jalan tu dia pandang.I syak la dia ni duk tgk Damia yg gigih duk tolak stroller so malas nak amik port sangat.Tapi rupanya pandang ada makna.

Tup tup dia datang rumah duk promote saloon dia.Iya.Saloon kat belakang rumah I ni jer.Dia tunjuk la pakej dia,walk in like a VIP tu.Tapi sekali tgk harga nak tersembur balik roti yg I ngah makan td.Kurang $30 kot nak seribu.Tapi ada lagi la special offer dalam $100++ tu.Actually saloon tu byk gak offer service dia.Menarik tu mmg la menarik tapi rege tu yg tak tahan tu.Dia cakap la bila lagi nak spoiled kan diri.Hamboi!Spoil abah kau la.Kalau spoil kau start offer $50 dulu tak la kecik hati sangat.Ini mahal oiii!Dia cakap la boleh bayar guna kad.Sekali lagi I bagi.Kad abah kau la.Hahahaha!

Pastukan start la dialog sedih cubaan selamatkan diri.I pun cakap la still new here,kad bank pun takde.Seme harap laki jer.Laki yg settle segala.Dah la tak kerja,duk rumah jer kira bulu.Haaaaa!Tapi terkesan la dialog drama swasta I td.Dia pun mcm give up jer nak pujuk I submit pakej yg dia offer tu.Tak kuasa mak.

Satu lagi I pun buat sendiri jer part2 menjaga kecantikan ni.

Ni pun muka I nampak berseri-seri ni pun sebab ambik air sembahyang jer.






Hehehehe!

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You