Little Dian turn 6 months old

Tadi terperasan kat birthday ticker tulis Dian is 6 months & 1 day old terus I macam,eh,bukan anak I baru 5 bulan.Ke salah letak info nih.Tp bila double check,ya Allah.Budak kecik peha KFC tu mmg dah turn  6 months today.No wonder la duk gigih angkat dada instead of angkat vontot sbb nak meniarap.Kata gemuk jd bila angkat bontot tu mmg nampak mcm kelakar la pulak sbb normal cara nak merangkak angkat dada dulu.

I tak tau kalau baby orang lain tp kalau I punya baby,everytime nak beralih bulan mesti ada jer la benda berlaku.Mcm Dian selalunya kalau tak selsema dia akan jd susah nak tidur.Normal routine si Dian,tidur banyak kali tapi sekejap2.Pastu jenis bangkit awal dan akan tidur balik selepas dimandikan.Mandi pagi la.

Tapi harini semua routine tu tak berlaku.Dah la harini dia bangun lambat.Satu lagi mata dah ngantuk sgt2 tp sanggup tahan.Pastu merengek taktau nak apa.Stress jugak mak dia.

Bila berjaya tidurkan dia,fuh,punyalah lama sampai mak dia pulak kejap2 pergi spot check.Mcm tak percaya pun ada sbb rasanya ada dlm 3 jam kot.Siap I boleh basuh baju 3 trip harini.Banyak bunyinya sbb ada orang terkencing kat katil semalam.Jd cuci cadar la kita.

Pastu termasuk cuci baju2 orang2 rumah ni.Jumlah 4 org jer tapi baju membukit.I rasa I cuma selang 2 or 3 hari je untuk basuh.Tapi byk dia membukit baju dlm bakul tu.

Dan lepas membasuh dan mencuci dan menjemur,siap boleh preapre lunch lagi pastu siap boleh santai baca novel.Perghhh!Indahnya.Sebab lately I kalau baca novel mmg bercinta betul la.Susahnya nak tukar page sbb byk sgt gangguan.Novel tebalnya tak seberapa tapi rasa mcm berkurun dah tak khatam2 lagi.Dian lak tidur dgn lenanya.

Jadi kita letak pic cik mek molek yang dah masuk 6 bulan ni.


Senyum jer dia.Tapi mmg dia ni senang melontarkan senyuman.Tak takut sgt dgn org mcm ahkak dia.Setakat ni kalau dia tak ngantuk,tak lapar,sesape jer boleh dukung.

Sebab suka senyum ni la yg dapat nama tu dgn orang sini,"Little Aussie".

2 comments:

Rafhani said...

Olololo tomel tomel dian.Bila blk sini dia besor doh...mesti tamboh nge aku...

Unknown said...

Dont worry.Dian tak takut orang.Hihihi

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You