Resepi:Daging black pepper

Masih mengira hari tunggu suami balik.Lama pulak dia out station.Syukur project tak delay.Kalau delay nanti I call boss dia marah.Hamboih!

Dan biasalah isteri solehah bila suami tiada,tak solehah mana la dia sbb bila suami takde je dia jadi malas nak masak beria.Jadi bila malas nak masak beria dia duk makan la nasi + kicap + ayam goreng.Pastu menu tu la dia duk ulang sampai 3,4 hari last-last muka pun dah mirip sangat dah ngan kicap.

Sebenarnya lauk ni lauk yg Damia selalu request.Jadi alang2 ada permintaan dengan mak dia sekali hadap lauk sama.

Tapi gitulah.Pendek kata makan apa ada jer la.Janji simple dan senang nak prepare.

Tak larat gak duk hadap lauk tu saban hari sbnrnya.Kadang2 tu mmg best la.Padankan pulak ngan telor mata.Mmg perghh la.Tapi kalau selalu sangat rasa hilang satu nikmat makan nasik.Huish!Tp ada la jugak bikin mee ke apa.Tapi yg pasti nasik goreng boleh dikatakan selang sehari.Wahahaha!

Jadi harini kita ringankan sikit badan tu masuk dapur prepare something yg lain sikit dari lauk yg so lame tu.Wahahaha!Lame pun sodap!

Tapi masak pun lauk mudah yg sangat simple as A,B,C.Ke ada yg tak reti A,B,C?Hahaha.


Ini bahan2nya cik puan,abang,adik dan kakak.

Ikutlah nak sebut ikut putaran jam ke lawan jam ke.I just nak cakap dah masak daging black pepper mestilah kena ada dagingnya.Hihihihi!

Ok.

I guna daging,halia,chilli (optional),celery (buat tambah rasa.Lagi sedap kot bila taruk ni.For me la),bawang putih,bawang besar,black pepper.Eh,takde dlm tu tapi kena letak tau.Nak letak serai pun lagi okey kot tp sbb serai I ada ngam2 satu jer,jd kedekut so I tak taruk la.


Mudah amat membuatnya.Letak minyak sikit,tumis segala terus senang kecuali celery sbb dia cpt layu ditasik madu.Naik bau terus masuk daging.

Kau saute la agak2 nak lagu mana.Ikut selera.Saute jangan sampai jd satay.Hangit tak best pulak.


Ni dah nak masak dah ni.I letak sesudu black pepper sauce dgn osyter sauce pastu garam sikit just bg rasa.Tambah lagi black pepper.Done.


Dah nak masak tu gatal pulak tgn taruk chilli flakes.Tak letak pun takpe sbnarnya tapi sbb tuan tanah gatal tgn,dia letak jugak.

Abaikan kuali berkerak.Kikikiki!


Jadi jom makan.Beria menghidang macam nak masuk pertandingan.Hahaha!Nak lagi mahveles pergi goreng telur dadar.Itu takyah recipe semua org dah pandai.

1 comment:

~ini mini~ said...

pandainya dia masakk....hehe...

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me