Jiran

Actually rumah yg kami menyewa ni boleh dikatakan mcm rumah teres la.Kikikiki!Sebab berhimpit tiga cuma takde pagar yg nak divide tu rumah kau,ini rumah aku.Hahaha!

Jadi kekdahnya sesuka hati jer la anak jiran nak datang ketuk pintu jam berapa pun takde halangan berpagar.Usai I boleh yooo hoooo jiran sebelah pakai laung jer so boleh bayangkan la yerk stail mana rumahnya.

Jadi deret I ni ada 4 buah rumah.3 rumah design sama jer pastu satu tu mungkin besar sikit kot tapi duk kat level dua sbb level satu dia adalah garaj kereta bagi setiap rumah termasuk rumah I la.Boleh bayang tak macam mana?Ahhh....malas la nak ekspress pakai lukisan lagi.Kikikiki!

Jadi rumah I no 4.Paling last,paling hujung,paling best sbb sebelah rumah tanah lapang pastu kat situlah tempat ke empat2 rumah ni punya kawasan ampaian baju.I pulak menjemur kat situ jarang2.Biasanya sidai kat belakang rumah dah cukup dah kecuali ada hujan dalam rumah malam tu (kes kencing atas tilam la ni),mmg wajib kena jemur kat situ la sbb byk kot yg nak dijemur.Haish!

Tak nak masuk dlm dryer sbb sayang kain.Byk kali masuk dryer kain baju cepat rosak.

Rumah no 3 kosong,rumah no 2 jiran Indonesia dan jiran nombor 1 Aussie.Suami ada cakap sebelum ni mmg Ausssie jugak yg duk rumah no 1 tu tapi dah pindah dan semalam masuklah orang baru.

Actually I secara tak sengaja pun tercongok kat depan pintu sekali duk perati ada kereta masuk.Sekali keluar sorang perempuan dari kereta pastu lambai kat kita cakap dia jiran baru.Baru masuk pindah ni.Lebih kurang lagu tu la ayat dia.

Pastu kebetulan I nak ke kedai jadi terfikir la apa kata beli something pastu bagi kat jiran baru tu.Kononnya pergi greet jiran baru la ala-ala Desperate Housewives yang kepoochi tu.Jadi trying to be nice kita bawak la something.Ewah!

Jadi I beli Orange Cake.Sebenarnya terliur jugak tgk kek ni tapi sekali takleh makan pulak sbb ada lemak haiwan.Sigh!Memula ingat nak beli cake Sara Lee jer tp entah mcm mana last minutes ubah fikiran.


Jadi potong cecantik masuk dalam bekas pastu tutup la ngan plastik.Pastu pergilah kat rumah jiran baru tu.Anak teruna dengan suami dia yg sambut.Hihihihi!Dah sesi kenalkan diri apa bagai,blah la weh sbb tuan rumah sibuk nak kemas rumah.Banyak tu barang2 dia.Isk,kepoochinya aku.Semua nak tgk.Hahaha!

Jadi lepas ni kalau terserempak ke apa tak la segan sangat nak Hello Hello.Hahaha!

Tapi gitulah hidup berjiran tambah lagi kat tempat orang.Kena mannnissss dgn semua orang.Hihihihi!Walhal hidup kau sedeyyyy kan sbb takde kawan.Hahaha!

Kawan baik dah balik Mesia nak beranak.Kawan sembang yg ada takat mak-mak kawan-kawan Damia kat kindy.Kalau bosan tahap gaban,ada la sesekali gi tayang muka kat rumah jiran Indonesia tu.Hahaha!Sedeyyyy betul haku.Jadi kita luaskan sikit la coverage memanjangkan silaturahim tu.


Pastukan tadi time maghrib slow jer bunyi orang ketuk pintu.Owh rupanya anak jiran Indonesia tu datang hantar satu tin biskut.Hahaha!Ini kes balas pemberian pagi tadi kot.Mmg cantik punya timing diorang nak keluar I pun suh Damia pi hantor chocolate cake.Takde niat what I give,u must give back pun.Dah ada byk so tak salah bagi jiran2 sikit.

Tapi entah kenapa tadi rasa happy sangat walau dapat biskut jer pun.Entah.Tak tau nak cakap.Hahaha!

Mungkin rasa terisi sikit kot sbb lepas my friend balik tu mmg I ada la sikit rasa sedih.Kikikiki!

Jadi sekarang kita tahu yg kita sebenarnya masih ada KAWAN.Hihihihi!

4 comments:

rostina76 said...

huhu!!!!feeling org2 merantau….kros pun actually walau org2 brunei ni lebih kurang mcm malaysian tapi adat dorg xde bergaul sosial kejiranan sgt tau. jmp pun time ada jemputan kenduri jelah…sib baik my neighbour yg anak sebaya dgn my daughter tu sudi jadi jiran kami yg very the close gitu….blh kata tiap2 hari berkunjung sapa (bebudak ni laaaa). padahal rumah dia jauh sikit, compare yg jiran berdekatan yg jarang2 bersapa. pepepun walau di mana kita dicampak, ada bertegur sapa mmg kena jaga & praktikkan. baru org suka kannnnnn

SUwithlove said...

Awak yg stay kat ostrolia tu mmg patut la.... Saya yg tinggal kat malaysia ni pun xder banyak masa nak berkawan dgn neighbours.... Kalau sempat dpt la sembang dgn mak mak kat kindy..... Sampai anak kata... "Mama sekarang dah banyak kawan.... " anak pun perasan mak dia dulu x banyak kawan... Hehe

Tengku Damia said...

Owh macam tu.Tp at least ada sorang yg close tu pun dah rasa rahmat sgtkan kak ros?hihihi.mcm saya ni mmg jenis takleh memerap jer dlm rumah.nak kena juga keluar bersosial walau takat bertegur sape je.hihihi.maklum la jenis org suka bercakap.kikikiki

Tengku Damia said...

Hihihihi!Tapi kalau jiran2 yg kebanyakan bekerja suami isteri mmg susah la nak jumpa unless weekend kan?dulu masa saya tinggal kat shah alam mcm tu jgk.sewa umah apartment,pintu rumah saya dgn jiran betul2 sebelah menyebelah takde gap pun,tp susah nak bertemu mata.masin2 keje,busy hal masing2 until saya pergi ketuk pintu hantar nasi ayam.hahaha.time tu baru kenal jiran : )

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me