Cake chocolate disaster

Banyak dah barang kena re-stock.Dalam fridge tinggal mana yang basic jer.Bini solehah mmg macam tu.Rasa suami tinggal haritu penuh peti tapi bila suami nak balik sepi jer peti es.Hahaha!Memang manfaat bebetul la.Walhal isteri tak sabar nak keluar shopping groceries.Itu yg usaha jugak tu guna segala.Hahaha!Itulah perempuan.Takde terapi lain yg paling mujarab nak hilangkan stress selain dari shopping.Kalau I la,tak shopping baju,tak shopping handbag sekalipun,shopping groceries pun leh rasa happy.Hahaha!

Malam semalam roti tak sempat habis dah expired berkulat.Hmmm...roti kat sini mmg cpt berkulat.Ni expired pakej berkulat bagai ni.Kalau expired tak berkulat in sha Allah tuan rumah bedal lagi.Kikikiki!

Jadi termenung hamba di dapur duk memikiorkan bekal apa nak bagi Damia esok.Nak masak pasta awal2 dia reject.Sekali ting!Apa kata kita bikin cake coklat.Tapi kena kukus la sbb oven I tak test lagi.Nak tunggu cik abang resmi dulu eleh padahal takut nak try.

Jadi semalam dengan dibantu,tak dikacau sebenarnya lebih tepat,jadi start la dua beranak buat kek cekelat.Mcm I cakap la,I pakai anggar jer.

I letak 2 cawan tepung,1/2 sudu kecil soda bikarbonat,1/2 sudu kecil baking powder,esen vanila (tak taruk pun lps perasan essen vanila yg I beli haritu ada 34% alcohol.Buang tak sempat guna pun),1/2 cawan minyak sayuran (tak kisahlah minyak apa cuma jangan guna minyak lepas goreng ayam sudeyyy) tapi boleh jer ganti ngan butter tapi sbb smalam takde butter so takyah susahkan diri,hahaha,2 biji telur (sebab semalam ngam2 ada 3 biji telur je yg ada.Save sebiji nak bikin nasik goreng untuk esok),secawan serbuk coco (I guna Cadbury punya brand),1/2 cawan susu pekat,1/2 cawan gula,secawan fresh milk.I humban semua tu sekaligus tak agak2 pastu kacau manual.Takde guna mixer pun.Agak2 dah sekata semua tu,masuk dlm loyang.


Inilah rupanya tapi belum bakar.Kemain sapu marjerin kat loyang dgn harapan nanti senang nak keluarkan cake dari loyang.


Sebab kukuskan so taknak air kukusan tu merosakkan tekstur cake jadi wrap dulu dgn aluminium foil.Jadi tang mana disasternya????

Haaaaa.........

Jadi nak dijadikan cerita periuk kukus I tu tak la besar mana atau mmg tak besar pun sbb tak muat pun nak sumbat loyang tu.Jadi kiranya nanti I just letak kat atas jer la tapi kira orait la sbb loyang tu akan menutupi periuk kukus tu sepenuhnya.

Sebab confident sgtkan I pun dum letak macam tu jer loyang I tu kat atas periuk kukus tu (dah la siap isi adunan sesiap),pastu dummm loyang I tu masuk terus dlm periuk kukus berisi air menggelegak.Ayoyoyoyo!

Nasib tak panik.Hahaha!Walau masa cubaan selamatkan kek tu dah macam tipis dah dan ada probability masuk tong sampah semua,tp sebab rasionalkan,hahahaha,I pun koyak balik aluminium foil tu pastu buang la air yg dah masuk dlm tu,pastu yg mana dah takleh nak buang tu I gaul balik bg geng dgn adunan.Pastu alas periuk kukus tu balik then letak balik loyang.Kukus dlm setengah jam mcm tu.



See????

Tak menghampakan la.Sedap jugak dimakan.Tapi I rasa kalau I topping dengan coklat or kalau malas sgt,topping dgn nutella,mementang sini murah.Hahaha!$6 jer utk yg size besor tu.

Atau,

Topping dengan white chocolate,perghhh!Mahveles la pendek citer.Hihihihi!

Dan mmg tak sesia buat sbb anak dara makan beria tp separuh kita dah bagi jiran la.Gila nak habiskan sebijik tu sbb besar juga weiii!Tuan rumah pun risau gak naik badan.Hahaha!

No comments:

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me