Picnic at Nudgee Beach yeeezaaa!Hahaha!

Outdoor activity yg I mmg really enjoy adalah picnic.Hehehe!Sebab apa ek?Ada makan2 kot.Kikikiki!Aktiviti ni tak tunggu datang duk sini pun baru beria nak buat tp dari duk tanahair sendiri lagi mmg suka.On weekend pastu berkumpul reramai.Cari remis la,kalau takde remis kita pulun main layang-layang.Seronokkan.Maklum la orang Terengganu yg membesar di kawasan yg berhampiran dengan pantai.Dari kecik sampai besar,tak pernah bosan dengan laut.

Maka hari Ahad haritu after Zuhr kami ke Nudgee Beach.Dalam 26 minit dari rumah.Ini invitation dari bebudak Aviation MAS.Ada BBQ katanya pastu as usual la pot luck.

Pagi tu pergi ke pasar kat Inala tp sampai rumah dah around 11 am dan mmg nak kena masak cecepat la sbb masa tinggal dlm 2 hours jer kot sblm nak gerak ke sana.Jadi nak senang I masak nasi lemak kukus dgn masak merah /sambal ikan tenggiri.Aksesori nasi lemak mcm telur rebus pun tak sempat dah nak bikin.Tp dessert sempat jugak buat tapi itupun yg paling simple iaitu Puding buah peach.Buah peach in syrup tu mcm dah lama sgt dalam pantry pastu for the first time pulak baru cuba buat puding guna agar2 serbuk.Selama ni pakai agar2 tali biasa tu.Rupanya guna yg serbuk ni lagi mudah sebenarnya cuma perlu tahu la berapa sukatan air dia.Terlebih letak serbuknya,terkurang air,nanti keras pulak pudingnya.Mcm haritu I buat mmg just nice.

Dah siap masak packing semua.Jom kita.Hehehe!



Nudgee Beach.

Pantainya berpasir hitam.Kiranya kalau buat comparison pantai tempat kita yg crystal clear blue water,white sands bagai mmg kita punya pantai mmg lagiiii cantek la tapi mentaliti sesetengah orang Malaysia yg kelas ketiga suka buang sampah merata-merata,yg cantik itupun jadi tak cantik.Memang sayang.

Kat sini pulak pantainya biasa2 ajer dengan pasir hitam tapi sbb bersih takde sampah-sarap so nampak cantik la.

Sayang seribu kali sayang.Walau campaign byk dibuat tp kebanyakan orang kita ni mcm tak amik port.Rasa nak buang,campak jer macam tu.

Sama la jugak after picnic.Kalau yg ada kesedaran mmg akan bersihkan balik tmpt diorang berpicnic tu,tp ada sestengah lantak la.Datang pandai pilih tempat yg bersih,tp dah balik,biar jer segala sampah2 mcm tu jer.

Ehehehe!Panjang pulak bebel haku ni.


Nasik lemak kukus masak secara segera.Hahaha!I tanak kejap dlm periuk biasa kat atas dapur biasa,agak2 kering sikit air dia semua,I masuk dlm periuk kukus.Siap.Ini cara nak cepat la.Cara lambat ada dan yg pasti rasa lebih mabeles tp cara segera ni pun sodap jugak.


Masak merah / sambal ikan tenggiri.


Inilah pudingnya.Datang elok jer rupa bulat mcm donut tp jd mcm ni bila kaki Damia hempap.Alkisahnya suami letak ni atas seat belakang je,sekali tak sangka pulak Damia nak baring.Huhuhu!Puding disaster.Bila gtau bebudak ni diorang cakap,kaki pun kaki la kak.Hahaha!Tapi licin diorang makan.

Pastu menu lain mcm ayam yg dah marinate dengan BBQ sauce,sausages,bread semua diorang bawak.Tukang membakar pun diorg jugak.Kami makan jer yg dah siap.Hehehe!


Kemain merenung jauh.....................hihihihi!Walhal tengah BF.Kikikiki!


Damia yg beria nak main pasir tp I tak bagi.Penuh ngan tapak kaki anjing plus udara sejuk la pulak.Nasib ada bawak blanket.Boleh la balut si Dian.


Just pandangan tak kiri,kanan.Hehehe!


Cek Mek Molek yg 1st time sentuh rumput.Tak suka dia.Geli kot.Hahaha!Tapi jenis I tak kesah anak nak letak mana pun cuma suami jenis tak boleh sikit.Damia main korek2 tanah kat depan rumah pun dia tak bagi.I okey jer.Main la nak.Jangan kau makan pasir tu sudah.


 Tekun masak.Bau dia pun perghhh!Semerbak seyyy!

Kat sini I perasan kalau diorang masak BBQ mmg tak tinggal grill sekali dengan bawang besar.Itu yg bau dia lagi menusuk kalbu tu.

Dan port nak masak BBQ ni boleh dikatakan ada dimana-mana park.Bersih.Kalau tak confident nak grill direct boleh cover dgn aluminium foil.Sini sesiapa guna pun,lepas guna diorg akan bersihkan balik so orang yg seterusnya boleh guna takyah nak bersih2 dulu.Mcm tu la seterusnya.

Tmpt kita boleh provide mcm ni jugak cuma tak larat nak tukar baru la sbb hilang.Kikikiki!Usaikan penutup longkang yg besi tu orang boleh curi,inikan bebenda macam ni.Hahaha!

Bayangkan rumah kosong takde penghuni,segala benda orang boleh ambik curi,potong kabel la bagai,benda2 terdedah mcm ni lagi la kan.Mcm my parents punya rumah yg ditinggalkan kejap masa diorang datang sini pun ada cubaan org nak pecah masuk.Tp tak berjaya.Sempat kopek jer.Itu gunanya ada kunci rahsia.Hihihihi!Hmmmm....taktau la.Pecah rumah skang ni kat tempat I mmg makin menjadi2.Entah sbb desakan hidup,hobi dah takde rasa takut kat Tuhan atau apa,taktau la.


Jadi inilah dia.Tengok,kan busy tu semua.Muahahaha!

Ok la.I rasa banyak membebel pulak entry ni.Hahaha!Gambar mmg tak byk sbb snap gitu2 jer.Hahaha!Sibuk nak makan jer.Sbb tu kurus.Eh!

2 comments:

rostina76 said...

cantik tempat BBQ dia….kat brunei pun ada merata2 park gak tapi jenis yg batu bata tu la….tapi bersih juga park dorg. huhu!!!tu la klu kat msia cam sedih je la apa2 letak nak2 yg cantik2 sure lesap. bila hari2 bukak FB mesti ada citer xbest kes2 jenayah kat msia, xtau la nape ekk lately ni makin menjadi2. desakan hidup la belaka tu

Unknown said...

Itu la kan kak ros.kalau buka berita online tu,hari2 asyik citer kes jenayah jer.naik risau gak sebenarnya especially pd family kita la.betul la.lately makin menjadi2.mintak jauh la dari kita2 dan keluarga.

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You