Bila Cik Abe Ke Dapur

I memang suka masak.Dan bila dah kahwin,suka atau tak suka tetap juga kena masak.Hehehe!No excuse kata omputeh.

Tapi walau suka macam mana sekalipun,tipulah kalau takde sesekali datang perasaan nak tengok periuk tu pun kalau boleh taknak pandang pun.Hahaha!Sawan apakah ini?

Dan itulah yang dirasakan oleh tuan rumah pada hari ini.Sebenarnya dari semalam lagi tapi rasanya tak berpanjangan kot mood swing lagu ni.Sesekali datang sepoi-sepoi bahasa.

Jadi semalam dah buat hint kat suami,pastu laju pulak suami pergi tapau KFC.Paling sedap sangat la tu makanan yg boleh beli kat luar almaklum la sini tak banyak choice macam kat kampung sendiri.Uhuk!Tetiba rindu.

Jadi semalam dinner kami KFC la.

Tapi harini bila dah nak petang sikit tu,datang balik mood malas nak masuk dapur.Kalau boleh nak dapur tu bersih jer takmau nampak berkecah.Perubahan angin apakah ini.Wahahaha!

Jadi tak semena-mena cik abe kita volunteer nak masak walhal kat dalam kepala hotak bini teringin pulak nak makan tempura dgn sushi (bkn fav pun tp terasa nak makan).Actually kat sini ada satu Japanesse Restaurant yg halal.Last time my dad makan ramen kat situ pastu my dad cakap mmg sedap la.Eh,tetibe jd dad pulak.Abah kita la.

Then td suami ada jer offer tp bila tgk muka dia rasa macam tak sampai hati pulak nak suruh dia keluar pergi beli.Tak sampai hati tapi ada hati lagi duk main tarik2 tali.Hahaha!

Jadi itu yg buat suami dan-dan volunteer nak masak tu.Jadi I pun bagi can la kat dia tunjuk skills terpendam.Dia ni kalau ada I manja sikit.Takmau masak2 walhal almost two years dia di Brisbane ni boleh pulak survive masak sendiri tanpa isteri.Cuma kadang2 dia ada gak rely kat bebudak ni mintak tolong masakkan.I agak mesti si Faiz tu yg selalu jd mangsa.Hihihi!

Kalau I ada,nak masak maggi sendiri pun takmau.Pastu rela la duk berdondang sayang kat tepi telinga bini.Jadi dinner malam ni,silakan cik abe bersilat di dapur.I mmg dari awal lagi cakap takmau tolong apa2.Nak tunggu hasil jer.


Lauk yg dia masak tadi,ayam masak merah dengan udang goreng kunyit.Not bad hokkey.Boleh tahan sedapnya.Ini bukan sbb suami sendiri masak so kena bias ke apa,Hahaha!Tp mmg sedap.

Cuma nasik jer failed sbb guna brasmathi so suami mcm letak air ngam2.Actually brasmathi ni kalau kurang air mmg rugi la sbb selalunya I masak 2 cups kecik tu pastu letak air lebih,mmg penuh satu periuk siap ada leftover boleh buat nasik goreng for two.Biasanya utk bekal suami kerja keesokan harinya la.Tapi td suami letak air sikit jd beras mcm memalu nak kembang so jd sikit jer la.Cukup utk kami berdua takde berbaki.Dan tekstur nasik pun macam keras sikit.

Tapi takpe la.Effort nak masak tu patut bagi 10 bintang.Hahaha!Eh tak.Nora bagi 4 bintang.Boleh?Hihihihi!~

No comments:

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me