Still mood school holiday.Actually start jer school holiday I dah kena buat plan tp sebab malas bertingkek-tingkek jd delay.Bila duk tangguh,banyak la benda yang missed.
Hmmm.....actually kat sini start jer school holiday diorang dah provide memacam activity utk bebudak sekolah ni tak kiralah activity yg kena keluarkan duit mahupun FREE.Hihihihi.Sajer highlight.Saper tak suke benda FREE Senah oiiiii!
Kalau ikutkan mmg exciting sangat la aktiviti dia cuma antara ada masa dgn tak jer.Memandangkan suami kerja so sah2 la outing kami on weekend jer la.
So lepas dah breakfast segala harini,I baru terhegeh-hegeh nak open website Brisbane Kids. Sbb lambat so dah missed Barbie punya concert.Ayoyo!Rupanya dia dah start dari semalam.Disney on Ice tu pun maybe in June tak tau la dapat pergi ke tak.Damia la yg request nak pergi Barbie Concert tu tapi dia tak minat sgt Barbie sebenarnya so bila I cakap dah tak ada,dia pun macam orait jer la.
Jadi ngah duk melepak tengahari td,tetibe ting,idea datang.Hahaha!Terus usul cadangan ajak suami pergi makan cekelat.Hihihihi!Ala.Bukan jauh pun.Kat South Bank tu jer.So suami cakap OK jadi lepas Asar kami gerak.Naik fery jer a.k.a Citycat.Senang.
Lama tak posing.Cuaca haritu panas la jugak tp takde la panas terik sangat pun.Kira ok la cuma takde angin sangat tp tak la berpeluh lencun baju.
Soraya rileks jer dlm stroller dari pakai cardigan dah kena tanggal balik sbb dia macam rimas kot.
Ini budak panjang akal kuat menjawab.Hari2 buat mak dia terbakor.Sabor jer la.
Silang kaki seh.Santai habis bulat kecik ni.
Ini dah sampai kat South Bank.Ramai gak orang haritu.Mungkin sbb cuti sekolah kot.
Geng2 bunny nak pergi mana taktau.Easter by next week.Sana sini boleh nampak bunny.I tak kisah sgt ngan bunny tu,yg I kisah SALES sana sini tu eiiiiiii bestnya.Semalam baru shopping baju bebudak ni.Rasa lebih dari 10 helai beli semalam.Tapi percaya atau tak,total dlm $100 jer kot.Heaven betul la bila musim SALES kat sini.Kat Malaysia mmg tak dpt la dgn nilai RM100 tu nak dapat 10 helai baju.Kikikiki!
Inilah tempat yang nak dituju.Max Brenner Chocolate Bar.I'm not sure kat Malaysia ada atau tak tapi kat Singapore ada.Actually duk kehulu kehilir selalu sgt depan kedai ni tapi tak pernah menyinggah.Jd memandangkan dah plan dari rumah nak ke sini,so kesini terus la kita.
Tapi tadi ramai oiiii orang.Beratur panjang kot sebelum nak dapat giliran mengorder.Hmm..cuti sekolah.Mcm tmpt kita jugak.Musim cuti mmg penuh la orang dimana-mana.
100% pure chocolate katanya.
Sian bulat bonda,Tengku Dian Soraya.Pandang jer orang makan pastu menjejeh-jejeh ailio.Kalau sua mmg confirm dia bukak mulut punya.Sabar dik.Tak lama dah.Masuk jer 7 bulan,bonda bagi makan solid food.Bonda bukan apa,nak esklusif BF 6 months tu la.Hahaha!
Jadi suami la yg tukang order.Kita tukang cop tempat.Cooooppppppppppp!
Ini kita punya."Chocolate souffle"
Damia la ni.Beria nak ni."Chocolate fondue for two" kami ambik.Dip strawberry,banana,cake pisang kot,marshmallow.Tp Damia tak makan pun marshmallow.Chocolate dua versi,dark chocolate & milk chocolate.
Ini suami punya.Taktau tajuk.Lupa.Tp cookies chocolate tu mmg sedap.Kat tgh tu vanila ice cream je.
OK.One more time.Krik!Krik!
So lepas makan je,terus blah.Kita pusing2 night market dulu.Tp takde apa yg menarik pun.Lebih kurang mcm sebelum2 ni jugak.
Cuma ada la satu dua bertambah stall baru macam stall ni.Just a brilliant idea utk tanam pokok.
Suka tgk stall ni sbb colorful.Teringin nak beli tapi suami beria nak cari kat Roxy je.Hmmm...tapi sampai laaaaaaaaaa niii tak beli lagi swimming suit anak2.FYI,Roxy tu brand Aussie so tak la mahal sgt kat sini compare to Roxy kat Malaysia.
Antara stall yg menjual barangan yg agak unik tp biasa la kalau jenjalan dengan suami.Cara jalan macam dia dtg sorang.Nak belek sesatu,sedar2 dah tak nampak kelibat dia so malas laaaa.
Lepas tu stop beli jagung.
Lepas tu tunggu Damia main kat playground.
Lepas tu balik.Apa lagi.
Rasa mcm tak sampai 2 jam kot kami kat sini.So balik cecepat sbb dah nak masuk maghrib.
Daaa!
1 comment:
Bestnyeeee cekelat ituuuuu....huhuhuhu
Post a Comment