Library

Kita selalu dengar orang lari dari masalah,
Kita selalu dengar orang  lari dari traffic jammed,
Kita selalu dengar orang  lari dari kesibukan kota,
Dan biasa sangat dengar orang lari dari rumah,
Ececece...................

Dan kami kat sini pulak............................................................
Kami lari dari LALAT.Ewwwwww!
Stress tau tak.
Tak tau la kenapa dan mengapa waima bagaimana.

I bangun pagi macam biasa (macam selama ni bangun pagi luar biasa),pastu Damia panggil cakap kat luar banyak nyamuk.

Ermmmmmmmmmmmmmmm......I kalau dia sebut nyamuk tu tau sangat la lalat.Dah berbuih I betulkan antara lalat dan nyamuk.Still jugak salah.Tp memula ingat biasa2 jer,tapi sekali ya Allah,byknya.Ingatkan dari sampah.Check2 takde.Jadi ptg tu kepochi sikit sanggup pergi rumah jiran survey.Hahaha!Rupanya rumah dia pun sama.

Taktau apa punca.Samada sbb nak tukar musim atau apa,atau mmg taktau la.Mana yg berpengalaman tu tolonglah cerita.Kikiki!Suami I tu nama jer 2 tahun sini,tak membantu pun.Jawabnya sama jgk macam org baru sampai sini.

Jenuh la I ke hulu ke hilir dgn spray.Nampak jer spray,zuppp........zupppp....zupppp.Nasib spray tu bau dia tak kuat sgt.Lepas tu bergelimpangan la lalat2 tu semua habis nyawa.R.I.P.

Actually bukan before this tak pernah ada lalat.Ada jer.Selalunya time buka pintu depan atau bukak pintu dapur.Pantang tau buka pintu.Berduyun masuk tak bagi salam.Tapi yg masuk pun still tak banyak la.Tapi semalam punya,adeh la.Naik stress pulak rasa.

Jadi konon nak lari dari lalat la pagi tu terus plan pergi mall la eh,pergi library.Library tu dalam mall.Jangan salah faham pulekss.

Tapi nak dijadikan cerita,I tersalah naik bus.Number dah betul cuma silap ambik route.Boleh?I sepatutnya kena cross jalan pergi bus stop yg opposite dengan bus stop near my house tu.Kikikiki!

Confident tau naik bus tu pastu rasa asal jalan ni menuju ke city?Hati mcm cuak jugak tp buat slumberrr until sampai la bus tu stop kat satu tempat tu,dimana semua orang dah takde dlm bus.Nasib driver tu sangat membantu bila dia tanya nak kemana sebenarnya.Bila I explain terus dia cakap I silap ambik bus bla bla bla.Kebetulan ada satu bus jugak kat depan so driver tu siap turun tanya driver ada pergi tak ke tempat yg I nak pergi tu.Dia suh I stay jer dulu dlm bus sbb ada aircond.Biar dia jer g settle.Memula I ingat nak ambik cab jer tapi sekali driver bus tu cakap they will charge u $30 ++ bla bla bla.Dia cakap naik jer bus and luckily bus kat depan tu mmg pergi ke tempat yg I nak pergi tu la.Phewww!Nasib baik.

Nak cover sbb salah amik bus,pot pet pot pet la cakap still new kat Brisbane ni bla bla bla.Tapi driver bus tu punya bagus dia cakap takpe la silap pun at least I dah belajar something harini.Dan sesat kat sini tak takut sgt sbb nak pulang ke pangkal jalan tu tak susah pun.Hahaha!Signboard byk plus direction mudah dan org sini pun sangat membantu.Satu lagi tak guna la kalau pakai semat pong tapi tak manfaat aplikasi yg ada tu.

Jadi harini jalan pusing city la sampai tertidur Damia.Hahaha!Eleh macam jauh sgt bunyinya.Kejap jer pun.

Dah sampai kat tempat dituju,Damia pulak lapar nak makan walhal sblm keluar tu dah bagi breakfast dah.Bagus gak dia mintak nak makan sbb budak ni mmg jenis susah nak makan.

Jadi pepaham la kat sini makanan halal terhad so nak taknak ke KFC la kita.Eksaited pulak anak dara maklum la even kat Malaysia pun I jarang bwk dia or belikan KFC.

Jadi tanya anak dara nak makan apa sekali mintak nak burger ngan ayam.Terkejut gak sbb dia jarang mintak burger.So layankan jer la.

Dan mmg dia makan pun dan satu I perasan sejak masuk kindy ni dia dah start makan sayur.Kalau kat rumah dia dah mula request nak brokoli dan carrot.Haritu up sikit dia dah start makan cabbage.Pastu dah mula nak try makan bawang tapi kena caramelized dulu la.Dan td dia makan salad kat dalam burger tu.Alhamdulillah.Slow2 la train dia makan sayur.Tapi kalau buah dah tak tolak dah.Sekarang dia mmg makan.Mungkin bila dah setiap hari bekal buah,kawan2 makan buah,so bila dia rasa buah-buah tu,baru kau tau rasanya not bad.Kalau tak sebelum ni,bergaduh la nak suruh mkn buah dan sayur.Ini baru penangan rakan sebaya.Kikikikiki!


Lepas makan jom ke library.Kat level 4 tak silap betul2 sebelah cinema.Lepas ni boleh la buat plan kalau ada citer cartoon yg best dan seswai utk Damia,suh husband pergi dgn Damia so I dan Dian leh lepak kat library.Byk seh buku2 best kat sini.Kena register jd ahli ni.Leh pinjam buku.Phew!


Ruang untuk kids.Besar la jugak.Buku pun banyak.Kalau datang awal harini,around 9 am ada sesi story telling.Tapi I keluar tadi dah lewat dah.Around 11 am kot.Dah nak masuk zuhr dah.Next time la kot.Mesti Damia suka.Sebab selalu balik cerita kat school dia ada sesi bercerita.


Soraya si kecik ni pun sibuk jugak nak membaca.


Happy face dapat belek banyak buku.Suh baca jer laju jawab,"Damia mana reti baca lagi".Itu la.Mak nak ajar takmau.Banyak alasan.

Lepas duk melepak kat library tu,ke Target jap cuci mata.Eh,beli barang.Ada la sikit2.Kahkahkah!

Dalam jam 3 kot baru balik.Kita cuti harini so tak risau sgt psl nak solat tu.Kalau tak mmg keluar awal balik awal la.



No comments:

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me