Dreamworld,Gold Coast

Cuti masih berbaki 3 hari jadi suami decide nak bawa kami semua ke Dreamworld,Gold Coast.To be honest I sebenarnya lagi prefer kalau kami just jalan2 ke park atau picnic di pantai,tapi suami beria nak pergi jugak ke theme park,so ikut jer la.

My impression kuat mengatakan mmg lebih kurang mcm Movie World jugak.Yeah.Lebih kurang sama jer.Actually theme park yg dah kami pergi sebelum ni adalah Movie World dan Sea World.Kalau Sea World mmg I highly recommend la.Sbb mmg a lots of fun and very exciting.Tp bukan la maksudnya either Dreamworld or Movie World tu tak best,still best hokkey.Kalau tourist yg membawa anak-anak kecil dan remaja tu tempat ni kira tempat kena masuk list la kot.

Tapi setakat ni kami tak pernah pergi theme park yg splash splash splash.Hahaha!Taman tema air.Tak kuasa la dengan cuaca agak panas ni nak main air.Tp nnt time sejuk pun rasa tak pergi jugak pastu alasan sama je,tak kuasa la nak main air sejuk2 ni.Hahaha~

Tiket kalau ikut plan asal nak beli online jer.Tak byk beza pun harga antara beli online dgn walk in.Beza $10 jer.Tp kalau mmg pulun nak visit all the parks segala,purchase la tiket yg offer package.Mcm kami setakat sekali jer nak pergi pastu rasa mcm takde dah kot nak pergi lagi sekali unless kalau ada family datang sini.Sbb harga tiket walk in mcm kami beli hari tu mahal jugak.$99.99 / person or $89.99 / person pastu kids $69.99 or $59.99 rasanya.Tapi lebih kurang harga tu la.Tapi I tak sure la berapa pulak harga kalau datang bercuti dengan agent package bagai.

Nilai tu I boleh beli periuk dan memacam baking stuff yg cute hokkey.Huhuhu!


Orait.Sampai jugak kita.Dalam 45 minit perjalanan dari Brisbane ke Dreamworld yg letaknya di Coomera.

Malam tu tidur lambat so pagi tu pulak rasa mcm malas nak prepare bekal dengan harapan mudah la nak mencari makanan kat sana nanti.Tapi tak sebenarnya so my advise sesapa yg nak datang sini,bwk la bekal.Kalau taknak bwk food yg heavy sangat standby sandwich pun ok especially kalau yg datang bwk anak2 or parents.I mmg menyesal tak prepare bekal.Memang la takleh bwk masuk any foods or drinks tp pepandai la yerk.Hihihihi!


Depan main entrance.Waktu kami sampai tu dlm jam 9 pagi.Kononnya mcm awal sgt sampai sbb diorg open jam 10 pagi.Tapi sekali dah beratur panjang hokkey.Dah penuh orang tambah lagi school holiday pulak.


Masuk jer dalam cari tempat mkn dulu.Gila satu family tak breakfast.Tp malangnya x byk choice atau lebih tepat mmg takde choice pun.Haru.Ini jer yg mampu kami beli nak alas perut pagi tu.


Ini area dari pintu masuk.Tempatnya tak la besar sangat.Tak sempat nak semput pun.Hahaha!Pandangan biasa theme park.Bangunan yg cute,kedai souvenir etc.Tapi pada yg mmg jenis suka naik rides yg ngeri2 tu,hahahaha,inilah tempatnya.I yg tak naik just tengok dari bwh ni je pun boleh kecut perut,entah yg naik tu lagi double la kot.Memang lagi ngeri dari rides yg ada kat tempat kita mcm Genting Highland,Times Square bla bla bla.

Dan Gold Coast ni selain pantai ,attractions lain dia adalah theme park.Tapi mcm kami,dari ketiga2 theme park yg kami pergi,satu roller coaster pun kami tak pernah naik.Tapi deep down in my heart,ewah,teringin gak sebenarnya nak naik helicopter dengan hot air ballon.Tapi kalau yg terjun mcm bungee jumping,sky diving tu,kirim salam jer la yerk.Tak hendaknya kome.Hahaha!Tak teringin pun.


Store yg menjual bermacam jenis coklat dan gula-gula.Hmm...sejak duk sini dah mcm tak excited tgk coklat dan gula-gula sbb coklat dan gula-gula kat sini sangat murah so dah mkn memacam jenis,jd dah tak teruja dah.Skang ni coklat orang bagi pun makan minggu jugak nak dihabiskan.Tp masuk jugak la store ni semata nak cuci mata tu orait la tp masalahnya ada yg tak cuci mata.Hahaha!Damia kalau dia pujuk mcm mana sekalipun mmg I tak beli especially yg ada coloring.Silap gaya sok sek sok sek la dia.Alah kot dgn coloring.Dia cpt dpt selsema sekali pakej phlegm.


Lupa pulak kawasan ni panggil apa tp bangunan dia semua ala-ala cowboy town gitu.Sangat la nice.


Sebelah kanan tu punyalah mengimbau ingatan kat tempat sendiri.Skang kat kampung byk lagi kedai yg rupa mcm ni.Selalunya yg mcm ni adalah kedai yg jual makanan pagi.Hihihi!Haish!Teringat pulak gerai Long Mat kat kampung I.Mcm ni la kedai dia.Nasik lemak seringgit dia walau bilis boleh kira dengan jari,atau ikan tongkol yg just letak secubit jer kot,timun sekeping tapi combination sambalnya mmg terbaik.Takde sebungkusnya kalau I.Mmg confirm 2 bungkus wajib.Hihihihi!


Ramai orang masuk sini sbb sini laluan nak naik roller coaster yg mmg ngeri giler.Ada amik video tp malas la nak upload sini.Antaranya roller coaster yg stok tinggal jantung kat atas tu.Wakakaka!


Ini store special buat si gadis.Hahaha!Mmg rambang mata la bila budak perempuan masuk sini.Ada la jugak beli beberapa barang utk Damia.

Kebetulan kat luar tu ada face painting.Yg free kami dah terlepas.Suami la yg beria sangat.Pastu nak pilih butterfly.Tp separuh muka jer.I pulak fikir alang2 $10 sekali lukis baik I pilih yg ni.Sekali Damia nak.So inilah rupanya.Datang anak orang,balik anak singa.Hahaha!

Sekejap jer bdk lukis.Zup zap zup zap,siap!


Ini mmg wajib masuk la.The Wiggles.Kat Aussie ni,ini antara show kanak2 yg agak famous.Damia mmg duk hadap ni la setiap hari.Sampai mak dia pun boleh ingat lagu diorang.Hmmm.....


Ada berani???


Ini waktu tunggu show Madagascar dan lepas photo session dengan menatang2 tu semua.Hihihi!


Biarlah orang cakap tak berjiwa besi pun.Tgk besi ni pun tetiba boleh sakit perut.Last roller coaster yg pusing kepala ke bawah yg I naik adalah kat Time Square.Cukuplah pengalaman tu.I mmg takleh la.Lepas naik makan jam nak hilang shaking dia.


 Ini kat pintu masuk.Sebelum ramai serbu,kita serbu dulu.


Sebenarnya banyak jugak rides yg Damia naik dgn bapaknya haritu tp malas la nak letak sini.Hihihihi!Rides standard bebudak la mcm bumper car,merry go round,ada la yg mcm roller coaster yg standard bebudak tu tp Damia pulak tak lepas ketinggian so takleh naik.Pastu chain swing rides I yg terliur sebenarnya nak naik,tp memikiorkan duk bwk Dian ni terus kensel.Damia mmg sah2 la tak lepas.Pastu mainan bebiasa la utk bebudak.


Dah habis round and round lapar la pulak.So kita stop la satu tempat ni pastu just order fish and chips.Itu jer yg confident nak makan.Lain2 nan ado.


Dian dah start rimas dah pastuh merenggek2.Cuaca haritu pun panas sebenarnya tp takde la panas terik.Dah angin sejuk2 dah.Nak masuk Autumn dah kot.The signals the end of hot summer tempreture and the start of cooler crisp days and nights.Alhamdulillah.Tak rentung dah kulit pasnih tp kering la pulak nanti so jangan lupa sapu cream banyak2. 


Fish and chips makan berebut-rebut.Lapor sangat agaknya.Hahaha!


Sebelum pulang kita beli snow cone dulu layan tekak.Hahahaha!

Dah habis semua kedai masuk pastuh ada la beli sikit2 brg utk kenang-kenangan,semua tempat dah pusing,tunggu apa lagi.Jom la kita pulang.Jadi itulah cerita hari Sabtu kami.

Esok pulak Ahadnya,ada orang ajak picnic.Ber BBQ katanya kat Nudgee Beach.Ala2 pot luck so kena la bwk something.Jadi mai kita pulang dan fikir apa yg nak dibawak nanti.Chow!


2 comments:

rostina76 said...

heheh!!!!korang boring je ekk dah dpt masuk. kami xsabooooo nak tg akhir thn ni gedik2 ke sana. biasa klau bekal mknan tu ada ke yg dia buang@suruh tinggalkan kat luar? masa g HK disneyland dulu makanan kami lepas tapi ada local yg security btl2 check

Unknown said...

Setakat ni tiga2 theme park yg kami pergi tu diorg tak check pun.boleh jer bwk masuk letak dlm tupperware sumbat dlm back pack.hehehe.alahai kak ros nak dtg akhir tahun.akhir tahun start bulan 11 sampai bulan 2 kot panasnya ya rabbi.tak tahan kak ros.terbakor.hehehe.tu bulan2 hutan2 kat sana terbakor tu.

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You