Bunny and eggs chocolate

Ester jatuh pada hari Isnin.Jadi kat sini kalau cuti jer memang cuti betul la.90% kedai tutup kot.Alahai omak!Kikikiki!

Semua tahukan Easter tu perayaan Kristian so takyah cerita panjang la.Tapi malam tu barulah I nampak beberapa rumah meriah dgn kunjungan tetamu.I taktau tradisi kat sini macam mana.Maklum la baru sgt duk sini.Tapi masa hari Good Friday haritu pun sepi jer.Tp malam before or after Easter haritu (lupa lak) ada la beberapa rumah keliling rumah I ni dikunjungi tetamu,pastu diorang duk sembang2,makan2,gitu la.Dengar la dari rumah ni kemeriahan dia tu.Baru nampak rumah2 diterangi lampu until 10 malam kot.Kalau tak after Isyak,skang Isyak jam 6 lebih,kebanyakan rumah dah sepi.

Kat tempat kita kalau cuti perayaan atau hari2 tertentu mall open mcm biasa.Sini tutup.So Isnin tu sepanjang hari la duk melepak kat rumah.Udah la sepanjang hari siaran tv tak best langsung.Ntah apa yg kami buat taktau la sepanjang haritu bagi isi masa.Hahaha!

Tup tup maghrib tu jiran datang hantar coklat.Hihihi!

Suka la kami dapat coklat free.

Sedap pulak tu rasa dia.Pulun la makan sampai tanggal gigi.Sekarang ni memang diorang dah buat jualan murah besar-besaran coklat2 nimemandangkan Easter dah berlalu tapi takde la nak membeli walau kalau tgk dia punya packaging tu mmg rasa ringan jer tgn nak sambar beli tapi bila fikirkan nnt siapa nak makan?Kalau ada kakak kita takpe.Dia hantu coklat.Hantu betul pun dia jugak.Muahahaha!


Budak merangkak macam askar ni terus serbu.Cara serbu mcm dah boleh makan.Sian dia.


Kakak dia apa lagi.Terus ngap sebijik.Tapi tak sempat habis pun terus surrender.Besar sangat.


Adik pun nak kerjakan jugak.Sampai menjejeh air liur.Pandai pulak pilih bunny.


Itulah jer ceritanya.Tak la menarik sangat pun.Kikikiki!Tang dapat coklat free tu jer macam menarik sikit.

Malam tu I masuk dapur dah nak tidur dah time tu tengok segala coklat tersusun macam ni.Tapi kita ingatkan Damia punya kerja.Tapi rupanya bapak dia punya kerja.Mmg takde kerja betul la.Rajin duk susun atas meja ikut turutan pulak tu kecik depan besor belakang.Mcm nak amik gambar satu kelas zaman sekolah dulu.Kikikiki!

Dulu time skolah bengang jer sbb asyik kena duk depan maklum la petite.Ye ke?Hahaha!Skang tak dah kot.Dah membesar bagaikan juara.Kikikiki!Sama gak kalau beratur time assembly.Kena duk baris paling depan.Kita beria nak duk belakang sbb boleh sembang.Hahaha!Haish!

Wordless Tuesday

Harini takde apa yg nak cerita cuma satu jer iaitu setiap hari Selasa ayam KFC dia $1 seketul.Heaven tak?Mih!Mih!Mih!

Layak ke kalau nak letak wordless Tuesday ni??

Boleh la yer.

Layan gambar Tengku Dian Soraya dengan patung dog dia yg mati2 mak dia ingat bunny masa beli tu.Kesian mak mcm ni sbb takleh beza antara dog ngan bunny.Huhuhu!


Picnic at Nudgee Beach yeeezaaa!Hahaha!

Outdoor activity yg I mmg really enjoy adalah picnic.Hehehe!Sebab apa ek?Ada makan2 kot.Kikikiki!Aktiviti ni tak tunggu datang duk sini pun baru beria nak buat tp dari duk tanahair sendiri lagi mmg suka.On weekend pastu berkumpul reramai.Cari remis la,kalau takde remis kita pulun main layang-layang.Seronokkan.Maklum la orang Terengganu yg membesar di kawasan yg berhampiran dengan pantai.Dari kecik sampai besar,tak pernah bosan dengan laut.

Maka hari Ahad haritu after Zuhr kami ke Nudgee Beach.Dalam 26 minit dari rumah.Ini invitation dari bebudak Aviation MAS.Ada BBQ katanya pastu as usual la pot luck.

Pagi tu pergi ke pasar kat Inala tp sampai rumah dah around 11 am dan mmg nak kena masak cecepat la sbb masa tinggal dlm 2 hours jer kot sblm nak gerak ke sana.Jadi nak senang I masak nasi lemak kukus dgn masak merah /sambal ikan tenggiri.Aksesori nasi lemak mcm telur rebus pun tak sempat dah nak bikin.Tp dessert sempat jugak buat tapi itupun yg paling simple iaitu Puding buah peach.Buah peach in syrup tu mcm dah lama sgt dalam pantry pastu for the first time pulak baru cuba buat puding guna agar2 serbuk.Selama ni pakai agar2 tali biasa tu.Rupanya guna yg serbuk ni lagi mudah sebenarnya cuma perlu tahu la berapa sukatan air dia.Terlebih letak serbuknya,terkurang air,nanti keras pulak pudingnya.Mcm haritu I buat mmg just nice.

Dah siap masak packing semua.Jom kita.Hehehe!



Nudgee Beach.

Pantainya berpasir hitam.Kiranya kalau buat comparison pantai tempat kita yg crystal clear blue water,white sands bagai mmg kita punya pantai mmg lagiiii cantek la tapi mentaliti sesetengah orang Malaysia yg kelas ketiga suka buang sampah merata-merata,yg cantik itupun jadi tak cantik.Memang sayang.

Kat sini pulak pantainya biasa2 ajer dengan pasir hitam tapi sbb bersih takde sampah-sarap so nampak cantik la.

Sayang seribu kali sayang.Walau campaign byk dibuat tp kebanyakan orang kita ni mcm tak amik port.Rasa nak buang,campak jer macam tu.

Sama la jugak after picnic.Kalau yg ada kesedaran mmg akan bersihkan balik tmpt diorang berpicnic tu,tp ada sestengah lantak la.Datang pandai pilih tempat yg bersih,tp dah balik,biar jer segala sampah2 mcm tu jer.

Ehehehe!Panjang pulak bebel haku ni.


Nasik lemak kukus masak secara segera.Hahaha!I tanak kejap dlm periuk biasa kat atas dapur biasa,agak2 kering sikit air dia semua,I masuk dlm periuk kukus.Siap.Ini cara nak cepat la.Cara lambat ada dan yg pasti rasa lebih mabeles tp cara segera ni pun sodap jugak.


Masak merah / sambal ikan tenggiri.


Inilah pudingnya.Datang elok jer rupa bulat mcm donut tp jd mcm ni bila kaki Damia hempap.Alkisahnya suami letak ni atas seat belakang je,sekali tak sangka pulak Damia nak baring.Huhuhu!Puding disaster.Bila gtau bebudak ni diorang cakap,kaki pun kaki la kak.Hahaha!Tapi licin diorang makan.

Pastu menu lain mcm ayam yg dah marinate dengan BBQ sauce,sausages,bread semua diorang bawak.Tukang membakar pun diorg jugak.Kami makan jer yg dah siap.Hehehe!


Kemain merenung jauh.....................hihihihi!Walhal tengah BF.Kikikiki!


Damia yg beria nak main pasir tp I tak bagi.Penuh ngan tapak kaki anjing plus udara sejuk la pulak.Nasib ada bawak blanket.Boleh la balut si Dian.


Just pandangan tak kiri,kanan.Hehehe!


Cek Mek Molek yg 1st time sentuh rumput.Tak suka dia.Geli kot.Hahaha!Tapi jenis I tak kesah anak nak letak mana pun cuma suami jenis tak boleh sikit.Damia main korek2 tanah kat depan rumah pun dia tak bagi.I okey jer.Main la nak.Jangan kau makan pasir tu sudah.


 Tekun masak.Bau dia pun perghhh!Semerbak seyyy!

Kat sini I perasan kalau diorang masak BBQ mmg tak tinggal grill sekali dengan bawang besar.Itu yg bau dia lagi menusuk kalbu tu.

Dan port nak masak BBQ ni boleh dikatakan ada dimana-mana park.Bersih.Kalau tak confident nak grill direct boleh cover dgn aluminium foil.Sini sesiapa guna pun,lepas guna diorg akan bersihkan balik so orang yg seterusnya boleh guna takyah nak bersih2 dulu.Mcm tu la seterusnya.

Tmpt kita boleh provide mcm ni jugak cuma tak larat nak tukar baru la sbb hilang.Kikikiki!Usaikan penutup longkang yg besi tu orang boleh curi,inikan bebenda macam ni.Hahaha!

Bayangkan rumah kosong takde penghuni,segala benda orang boleh ambik curi,potong kabel la bagai,benda2 terdedah mcm ni lagi la kan.Mcm my parents punya rumah yg ditinggalkan kejap masa diorang datang sini pun ada cubaan org nak pecah masuk.Tp tak berjaya.Sempat kopek jer.Itu gunanya ada kunci rahsia.Hihihihi!Hmmmm....taktau la.Pecah rumah skang ni kat tempat I mmg makin menjadi2.Entah sbb desakan hidup,hobi dah takde rasa takut kat Tuhan atau apa,taktau la.


Jadi inilah dia.Tengok,kan busy tu semua.Muahahaha!

Ok la.I rasa banyak membebel pulak entry ni.Hahaha!Gambar mmg tak byk sbb snap gitu2 jer.Hahaha!Sibuk nak makan jer.Sbb tu kurus.Eh!

Dreamworld,Gold Coast

Cuti masih berbaki 3 hari jadi suami decide nak bawa kami semua ke Dreamworld,Gold Coast.To be honest I sebenarnya lagi prefer kalau kami just jalan2 ke park atau picnic di pantai,tapi suami beria nak pergi jugak ke theme park,so ikut jer la.

My impression kuat mengatakan mmg lebih kurang mcm Movie World jugak.Yeah.Lebih kurang sama jer.Actually theme park yg dah kami pergi sebelum ni adalah Movie World dan Sea World.Kalau Sea World mmg I highly recommend la.Sbb mmg a lots of fun and very exciting.Tp bukan la maksudnya either Dreamworld or Movie World tu tak best,still best hokkey.Kalau tourist yg membawa anak-anak kecil dan remaja tu tempat ni kira tempat kena masuk list la kot.

Tapi setakat ni kami tak pernah pergi theme park yg splash splash splash.Hahaha!Taman tema air.Tak kuasa la dengan cuaca agak panas ni nak main air.Tp nnt time sejuk pun rasa tak pergi jugak pastu alasan sama je,tak kuasa la nak main air sejuk2 ni.Hahaha~

Tiket kalau ikut plan asal nak beli online jer.Tak byk beza pun harga antara beli online dgn walk in.Beza $10 jer.Tp kalau mmg pulun nak visit all the parks segala,purchase la tiket yg offer package.Mcm kami setakat sekali jer nak pergi pastu rasa mcm takde dah kot nak pergi lagi sekali unless kalau ada family datang sini.Sbb harga tiket walk in mcm kami beli hari tu mahal jugak.$99.99 / person or $89.99 / person pastu kids $69.99 or $59.99 rasanya.Tapi lebih kurang harga tu la.Tapi I tak sure la berapa pulak harga kalau datang bercuti dengan agent package bagai.

Nilai tu I boleh beli periuk dan memacam baking stuff yg cute hokkey.Huhuhu!


Orait.Sampai jugak kita.Dalam 45 minit perjalanan dari Brisbane ke Dreamworld yg letaknya di Coomera.

Malam tu tidur lambat so pagi tu pulak rasa mcm malas nak prepare bekal dengan harapan mudah la nak mencari makanan kat sana nanti.Tapi tak sebenarnya so my advise sesapa yg nak datang sini,bwk la bekal.Kalau taknak bwk food yg heavy sangat standby sandwich pun ok especially kalau yg datang bwk anak2 or parents.I mmg menyesal tak prepare bekal.Memang la takleh bwk masuk any foods or drinks tp pepandai la yerk.Hihihihi!


Depan main entrance.Waktu kami sampai tu dlm jam 9 pagi.Kononnya mcm awal sgt sampai sbb diorg open jam 10 pagi.Tapi sekali dah beratur panjang hokkey.Dah penuh orang tambah lagi school holiday pulak.


Masuk jer dalam cari tempat mkn dulu.Gila satu family tak breakfast.Tp malangnya x byk choice atau lebih tepat mmg takde choice pun.Haru.Ini jer yg mampu kami beli nak alas perut pagi tu.


Ini area dari pintu masuk.Tempatnya tak la besar sangat.Tak sempat nak semput pun.Hahaha!Pandangan biasa theme park.Bangunan yg cute,kedai souvenir etc.Tapi pada yg mmg jenis suka naik rides yg ngeri2 tu,hahahaha,inilah tempatnya.I yg tak naik just tengok dari bwh ni je pun boleh kecut perut,entah yg naik tu lagi double la kot.Memang lagi ngeri dari rides yg ada kat tempat kita mcm Genting Highland,Times Square bla bla bla.

Dan Gold Coast ni selain pantai ,attractions lain dia adalah theme park.Tapi mcm kami,dari ketiga2 theme park yg kami pergi,satu roller coaster pun kami tak pernah naik.Tapi deep down in my heart,ewah,teringin gak sebenarnya nak naik helicopter dengan hot air ballon.Tapi kalau yg terjun mcm bungee jumping,sky diving tu,kirim salam jer la yerk.Tak hendaknya kome.Hahaha!Tak teringin pun.


Store yg menjual bermacam jenis coklat dan gula-gula.Hmm...sejak duk sini dah mcm tak excited tgk coklat dan gula-gula sbb coklat dan gula-gula kat sini sangat murah so dah mkn memacam jenis,jd dah tak teruja dah.Skang ni coklat orang bagi pun makan minggu jugak nak dihabiskan.Tp masuk jugak la store ni semata nak cuci mata tu orait la tp masalahnya ada yg tak cuci mata.Hahaha!Damia kalau dia pujuk mcm mana sekalipun mmg I tak beli especially yg ada coloring.Silap gaya sok sek sok sek la dia.Alah kot dgn coloring.Dia cpt dpt selsema sekali pakej phlegm.


Lupa pulak kawasan ni panggil apa tp bangunan dia semua ala-ala cowboy town gitu.Sangat la nice.


Sebelah kanan tu punyalah mengimbau ingatan kat tempat sendiri.Skang kat kampung byk lagi kedai yg rupa mcm ni.Selalunya yg mcm ni adalah kedai yg jual makanan pagi.Hihihi!Haish!Teringat pulak gerai Long Mat kat kampung I.Mcm ni la kedai dia.Nasik lemak seringgit dia walau bilis boleh kira dengan jari,atau ikan tongkol yg just letak secubit jer kot,timun sekeping tapi combination sambalnya mmg terbaik.Takde sebungkusnya kalau I.Mmg confirm 2 bungkus wajib.Hihihihi!


Ramai orang masuk sini sbb sini laluan nak naik roller coaster yg mmg ngeri giler.Ada amik video tp malas la nak upload sini.Antaranya roller coaster yg stok tinggal jantung kat atas tu.Wakakaka!


Ini store special buat si gadis.Hahaha!Mmg rambang mata la bila budak perempuan masuk sini.Ada la jugak beli beberapa barang utk Damia.

Kebetulan kat luar tu ada face painting.Yg free kami dah terlepas.Suami la yg beria sangat.Pastu nak pilih butterfly.Tp separuh muka jer.I pulak fikir alang2 $10 sekali lukis baik I pilih yg ni.Sekali Damia nak.So inilah rupanya.Datang anak orang,balik anak singa.Hahaha!

Sekejap jer bdk lukis.Zup zap zup zap,siap!


Ini mmg wajib masuk la.The Wiggles.Kat Aussie ni,ini antara show kanak2 yg agak famous.Damia mmg duk hadap ni la setiap hari.Sampai mak dia pun boleh ingat lagu diorang.Hmmm.....


Ada berani???


Ini waktu tunggu show Madagascar dan lepas photo session dengan menatang2 tu semua.Hihihi!


Biarlah orang cakap tak berjiwa besi pun.Tgk besi ni pun tetiba boleh sakit perut.Last roller coaster yg pusing kepala ke bawah yg I naik adalah kat Time Square.Cukuplah pengalaman tu.I mmg takleh la.Lepas naik makan jam nak hilang shaking dia.


 Ini kat pintu masuk.Sebelum ramai serbu,kita serbu dulu.


Sebenarnya banyak jugak rides yg Damia naik dgn bapaknya haritu tp malas la nak letak sini.Hihihihi!Rides standard bebudak la mcm bumper car,merry go round,ada la yg mcm roller coaster yg standard bebudak tu tp Damia pulak tak lepas ketinggian so takleh naik.Pastu chain swing rides I yg terliur sebenarnya nak naik,tp memikiorkan duk bwk Dian ni terus kensel.Damia mmg sah2 la tak lepas.Pastu mainan bebiasa la utk bebudak.


Dah habis round and round lapar la pulak.So kita stop la satu tempat ni pastu just order fish and chips.Itu jer yg confident nak makan.Lain2 nan ado.


Dian dah start rimas dah pastuh merenggek2.Cuaca haritu pun panas sebenarnya tp takde la panas terik.Dah angin sejuk2 dah.Nak masuk Autumn dah kot.The signals the end of hot summer tempreture and the start of cooler crisp days and nights.Alhamdulillah.Tak rentung dah kulit pasnih tp kering la pulak nanti so jangan lupa sapu cream banyak2. 


Fish and chips makan berebut-rebut.Lapor sangat agaknya.Hahaha!


Sebelum pulang kita beli snow cone dulu layan tekak.Hahahaha!

Dah habis semua kedai masuk pastuh ada la beli sikit2 brg utk kenang-kenangan,semua tempat dah pusing,tunggu apa lagi.Jom la kita pulang.Jadi itulah cerita hari Sabtu kami.

Esok pulak Ahadnya,ada orang ajak picnic.Ber BBQ katanya kat Nudgee Beach.Ala2 pot luck so kena la bwk something.Jadi mai kita pulang dan fikir apa yg nak dibawak nanti.Chow!


Daiso

Cuti panjang yang start dari Jumaat until Isnin.Tapi kalau ikutkan kindy Damia tutup almosts two weeks dah straight terus sampai cuti Easter.Bila anak cuti rasa biasa jer,tapi kalau bapak dia cuti rasa teruja dia satu macam.Hahaha!

Memandangkan hari Khamis si bapak ada induction so awal la pulangnya ke rumah.Jadi bila balik awal terus I ajak pergi mall.Motif dia apa lagi.Beli barang la.Tapi mmg timing cantek la bila akhirnya dapat jugak buat lawatan ke Daiso.Lalala!


Dan inilah 1st time jejak Daiso.Kakak  kita kemain lama meracun kita suh pergi Daiso kat Sunway Pyramid tu tapi sampai ke sudah I tak pernah pergi.Bukan tak berminat tp bila bukan tinggal kat rumah sendiri tu jadi mcm malas sikit nak beli barang sbb bilik I kat rumah my parents tu pun sampai dah tak tahu nak sumbat mana dah.

Actually I ingat Daiso yg baru bukak ni kat tempat lain tapi sekali suami tunjuk ,"Haa tu kedai yg dinda nak pergi sangat tu".Eh eh eh!Kat sini jer rupanya.Kat Indooropilly Shopping Center je.Aish!Panjang kaki la lepas ni.Huhuhu!

Jadi lepas jengah masuk tu baru la I tau macam mana store dia.Hmmm....no wonder la ramai yg suka.Sbb mmg best pun.Bebarang pun cute yg amat pada harga $2.80.Jadi start la duk amik benda yg takde pekdah.Suami cakap buat kumpul junk la tu.Hahaha!


Ini barang emaknya.Barang2 anaknya ada lagi ni.

Tapi nasib suami ada kan so dia la mampu control bini dia dari amik trolley yg kedua.Kalau tgk ni tak byk mana sgt sbnrnya tp yg aim next time datang lagi rasa mcm byk jugak.Wahahaha!

Barang2 pada harga yg sangat murah.Tp kena pandai pilih jugak tau.Jangan pakai ambik jer.Tapi takat ni I rasa yg beli tu semua puas hati sbb condition tip top.Dan sbb itulah sesuatu brg tu tak semestinya murah tu kualiti low dan yg mahal tu kualiti tip top.Pendek citer,kita sbnrnya yg kena pandai membeli.

Pastu habis cerita hari Khamis.

Esoknya hari jumaat sambutan Good Friday bagi mereka yg beragama Kristian la.Ingatkan cuti kononnya nak pergi beli groceries tp choi sangat la sbb kebanyakan kedai tutup even kat mall.Mmg beza kat tmpt kita.Kat tempat kita tak kira la hari perayaan besar sekalipun,mall tetap bukak mcm biasa.

Tp suami gigih jugak ajak ke Wolies kat DFO Brisbane.Dan bayangkan,Wolies kat situ jer satu2nya yg dibuka di Queensland pada haritu.Itu apa yg staff dia cakap la.Kalau tak betul pi la marah dia sbb bg info salah.Hahaha!

Kebetulan staff dia tu orang Malaysia gak datang follow isteri yg buat PHD kat sini.Diorg takde anak lagi so bosan kat rumah katanya,itu yg dia kerja tu.Actually kami selalu jer jumpa dia everytime datang sini.Baik dan sangat peramah.

Dia pun boleh perasan kami lama tak kesana.Hmmm.....itulah.Suami asyik outstation jer kan pastu skang byk shopping groceries kat area dekat2 rumah je.

Lepas shopping groceries terus balik rumah la sbb mmg dah taktau nak pergi mana.Sepiiiiiii oiiii city tengahari tu.Petang sikit baru mcm sibuk sikit.


Otw balik rumah.

Art class with mommy

Bukan susah sangat nak buat anak happy.Apa yang diperlukan hanyalah sedikit masa dan creativity.Kalau tak mampu nak create creativity sendiri,byk kedai kat luar sana yg boleh membantu.Apa yang perlu hanyalah sediakan $$$ ini.Masalah pun selesai.Hihihi!

Jadi untuk ibu yang teringin nak bikin macam2 aktiviti dengan anak tapi ada sikit malas campur kedekut.Malas tu sbb banyak kerja lain pastu sibuk hal sendiri jugak,jd taktau time bila nak selit masa tu utk buat aktiviti dengan anak.Plus nak buat ni bkn 15 minit siap.

Haritu masuk kedai jual barangan utk craft tapi apa-apa hal kita serbu kotak utk mana brg yg nak clearance dulu.Hihihi!


Dapat la satu kotak ni dalam $2 gitu.Orait la so tak la terkesan sgt kalau beli beberapa kotak.Ahaks!


Jadi lets start our project. Color tu takleh guna langsung.Keras dah masuk angin agaknya.Maklum la beli barang reject.Hiks!Nasib I ada marker color2 tu.


Budak ni mmg happy dan excited sangat sbb dia mmg suka buat aktiviti craft mcm ni.Nak hantar masuk kelas rasa mcm tak berbaloi pulak sebab berkemungkinan nanti sebulan kami ke Perth.Tapi tak confirm lagi.Itu yg duk main tarik tali tu.


1 dog 1 cat yg dah ready mcm ni.Tunggu kita make up bg cantik je lagi.


Mmg bersungguh-sungguh dia buat.


Then siap.Korang mesti boleh agak la kan mana satu yg I buat mana satu yg Damia buat.Tapi bila dah siap mcm ni,terus dia ngaku yg dog tu dia buat,yg cat tu I yg buat.

Suka hati kau la anak.


Self reminder

Biasa tak bangun pagi dengan perasaan yang bercelaru?

Lepas tu satu-satu datang ingatan pada orang2 yg pernah ada dalam hidup kita tak kiralah adanya itu buat kita gembira mahupun duka.

Bohong kalau I takde semua tu cuma I panjatkan syukur sbb I tak ada musuh.Hihihi.

Setakat ini yg I rasa orang yang pernah berselisih-faham dengan I pun paling last adalah masa kat UMT.Before tu takde.Semua dah angkat bendera.Siap sekarang ni mana yg pernah bermasam muka dulu dah jadi antara teman baik dah.Alhamdulillah.

Apa yg pernah berlaku kat UMT tu pulak lebih pada sifat manusia yg jenis sakit hati tgk orang lain.I admit mungkin I ada salah tapi apa salahnya beritahu jer.I rasa because I buat project assignment last minutes kot itu yg orang marah plus beberapa kali tak dpt attend group discussion.I dah byk kali gtau buat waktu siang hari sbb rumah I jauh dengan universiti tp still buat malam.Bila kita tak dpt attend mulalah nak butthurt,mulalah nak kutuk belakang.Pastu group assignment pulak dah bila tanya jwb OK walhal tak OK.Tp sebab jenis suka bising kat belakang tu yg payah tu.Lama2 jd kudis.Pastu mula la bila kita bercakap,tanya satu jwb satu.Hmmm...susahkan?

Dan ada sorang ni pulak jenis sakit hati takleh tgk org lain lebih.Haish!Penyakit apalah ini.Apa yg nak dengki sgt tak tau la usai dia pun tau I masuk universiti husband tanggung,takde loan.Standard la orang dah kahwin mestilah mampu nak beli itu ini udah ada suami yg mampu support segala macam.Lain la kalau I ni time masuk tu umur 20,amik loan PTPTN,dtg dari kelurga susah and nothing.Logik la nak sakit hati sbb sama taraf dgn dia usai manusia mmg akan ada yg jenis ni.Busuk hati kat orang.Tp kalau ikut rasional perlu ke nak rasa macam tu?Perlu ke nak rasa sakit hati sbb orang lain lebih dari kita?Tak perlu kot I rasa.

Malas nak layan sbb budak2 kot.Dia lupa yg usia I dgn dia tu punya la jarak dah mcm adik kakak.Entah la.Mmg jenis bangsa hati busuk kot.Entah2 adik beradik dia sendiri pun dia sakit hati jugak.Susah nak move on la orang mcm ni.Tak kemana la gayanya.

Actually benda sama yg berlaku waktu dikolej.Orang tend to benci kita tanpa sebab walhal kita tak kenal rapat pun dengan orang tu.Alasan sebab nampak kita lagi best dari dia so dia rasa sakit hati.Walhal I tak pernah layan buruk pun dia.

Ini mmg berlaku waktu I di kolej.Tak kahwin lagi.Ada seorang budak perempuan ni,course lain.Orang susah datang dari kampung yg agak terpencil.Nak jadikan cerita dia roomates dengan I punya coursemates.Takde angin takde ribut,tetiba claimed benci tgk I.I pun taktau.Jenis I pulak,bila orang tak suka,I akan cuba layan dia se 'nice' yg mungkin hingga dia malu sendiri.Everytime I ke bilik diorang I akan sapa budak ni.Sekarang bdk tu dah OK dah ngan I cuma sbb dah ada history dulu dia mcm malu nak tegur I sgt walhal I buat biasa jer.Itulah.Benci kat orang sekarang dah malu sendiri : )

Tapi I pernah admit kat orang tu andai I salah I mintak maaf.Tp disebabkan diorang ego tinggi sgt,diorang just ignore me pastu memacam la duk kutuk I.I tak kesah pun.I maafkan diorang plus on my side,I pun dah mintak maaf andai I salah.

Lepas tu sifat I pulak jenis cakap jer apa yg I rasa without knowing yg sesetengah MELAYU tak boleh mcm tu.Cakap kena berlapik pastu kalau nak menegur kena fikir the best words taknak bg orang kecil hati.Susah gak macam tu.Orang2 macam ni kalau la datang duduk luar negara ni,I rasa makan hati ulam jantung setiap hari kot.Sebab apa.Orang dari luar kepompong MELAYU ni diorang cakap pakai lepas je.Kau nak kecik hati,marah ke,marah je time tu pastu 0 - 0 balik.Takde masa diorang nak mengumpat kat belakang plus sekurang-kurangnya takde la nanti kita nak merangkak-rangkak kat akhirat duk cari orang yg kita umpat tu semata-mata nak mohon maaf.Baguskan macam ni?So time tu je kita rasa menyirap lepas tu OK balik.Tak simpan dalam hati dah.Pastu berkawan macam biasa.

Kat sini,kau salah tetap salah.Kau betul,betul la.

I berkawan dengan Aida budak Bosnia tu dalam 2 semester.Dia jenis pakai boom je kalau ada rasa tak puas hati tp jenis tak simpan dlm hati.I rasa sifat mcm ni buat hubungan kami jd bertambah rapat.Dan perkara sama jugak dengan my bestfriend Rifhan.Kalau tak sebab sifat kami mcm ni tak akan bertahan hubungan kami sampai sekarang ni dah nak masuk 19 tahun.Kenal dari usia 11 tahun.Ada rasa something luah.Tak simpan dlm hati.Tak bg bernanah sampai kita tend to jauhkan diri.Tak pernah.


Tapi apapun seperti quote kat atas,I never regret knowing people yg pernah melukakan hati namun lagilah bersyukur sbb I dapat belajar daripadanya.


Tapi apa yg paling penting adalah ini.MEMAAFKAN.

Lega dia taktau macam mana nak describe.

But I tak letak kebencian pada orang2 yg pernah lukakan hati I.Don't worry kalau ada yg terbaca ni.

I cuma nak cari ketenangan hidup sbb bila kita tahu yg kita pernah berantakan dengan orang lain,kita tak akan rasa aman.Jd jalan mudah,I MAAFKAN semuanya.

Hidup bukan utk mencari musuh.

So live your life to the fullest.Semua orang deserved untuk berbahagia selamanya.

Tapi ada satu benda.I nak luah jgk la.I berjumpa seorang perempuan yg sangat mirip dengan seorang kawan yg telah meletakkan tembok batu tu.Hihihihi!Actually dulu I mmg rapat dengan bdk perempuan ni.Tp disebabkan ada org ketiga yg duk hasut sampai bdk perempuan ni jd tak suka I.Entah kenapa everytime I pandang perempuan yg baru I kenal ni,tetiba I jd teringat kat kawan yg dah convert jd musuh tu.Tp ingatan I bkn kebencian la.Mungkin sbb kami pernah bersahabat baik jd ia bg sedikit kesan pada I.Mungkin rasa rindu.Sbb kami byk good time bersama.Study sesama kat library.Sama2 cari soalan spot utk exam.Do assignment together.Keluar lunch sesama and sometimes dia selalu temankan I keman-mana.Tapi tak apalah.Nak benci pun benci la.On my side,doa I moga dia sentiasa dibawah lindunganNYA dan sentiasa diberkati.Moga ALLAH swt memudahkan laluan hidupnya sbb I tahu dia orang susah.Tapi I know this girl can do it sbb dia jenis kuat berusaha.

Amin.




Resepi:Guacamole

What was that???

Kat atas ni adalah soalan my husband.Thats for sure.Hahaha!

Ok.

Apa benda guacamole tu?Hahaha!Meh nak cerita serba sedikit.Guacamole ni kalau tak silap I la ia adalah salah satu Mexican Cuisine.Tapi sudah melaui transformasi dimana ia dah jadi sangat la famous di America dan negara2 lainnya.

Kalau kat Aussie ni,nak cari makanan macam ni memang teramat la mudah.Baik stall atau restaurant,mmg ada dimana2.Tunggu Halal dengan tak jer tapi rasanya setakat ni tak jumpa lagi yg halal.

Jadi kalau ke supermarket,store yg jual fruits and vegetables,mmg selalu nampak la benda ni yg dah siap diletakkan dlm container sesiap kat dalam peti es.Tapi bukan ni aje,banyak lagi jenis2 lain,tp semuanya stok2 makan secara dip atau pun masuk dalam salad.

Dulu time muda remaja,ewah,I pernah baca satu novel yg duk cerita betapa sedapnya Mexican Crusine tu.Apa yg dia duk highlight dalam tu adalah Tacos and Burritos.I pun duk la membayangkannya sampai tak sedar kecur liur.Jd simpan la impian,one sweet day,I mesti try makan.Hahaha!Tapi setakat ni tak dapat lagi la exactly sama mcm yg digambarkan dalam novel tu cuma kalau teringin sangat nak makan Mexican Cruisine boleh la try kat Chilli's.

Tacos and Burritos tu ada jer sini cuma nak confident lagi better bikin sendiri.Ini isu halal la.Tp I google recipe mcm tak susah pun nak buat burritos tu.Kalau nak tacos ada jer jual kat kedai.

But for today,I nak try buat guacamole dulu.Banyak cara nak makan guacamole ni antaranya dengan dip dengan tortilla chips atau sewaktu dengannya.Mcm I haritu I makan dengan water cracker.Ada juga orang masuk dlm tacos,ada orang letak dalam wraps dan ada jugak orang letak dlm burger.Ikut selera.Takde rules pun how to eat guacamole.So toksah cari buku How To Eat Guacamole for Dummies.Hahaha!

Recipe guacamole ni kalau google mmg banyak gila.Lain2 cara maklum la dah di improvised berjuta kali tapi tak la lari sgt dengan resepi asal.Yg I nak buat ni,I choose yg paling simple dan apa yg penting semua bahan ada kat my kitchen.


Guacamole yg ready untuk di ngap tanpa rasa bersalah.

Resepi asal dari SINI 

INGREDIENTS

  • 2 ripe avocados
  • 1/2 teaspoon Kosher salt
  • 1 Tbsp of fresh lime juice or lemon juice
  • 2 Tbsp to 1/4 cup of minced red onion or thinly sliced green onion
  • 1-2 serrano chiles, stems and seeds removed, minced
  • 2 tablespoons cilantro (leaves and tender stems), finely chopped
  • A dash of freshly grated black pepper
  • 1/2 ripe tomato, seeds and pulp removed, chopped

Resepi atas ni yg I tak masukkan grated black pepper dan cilantro (daun bawang sbb suami tak suka) dan yg I tambah based on the other recipe adalah onion,garlic.Ada resepi letak cumin tp I tak letak.Ikut selera memasing.




Make sure avocado yg guna tu adalah yg sedia dimakan atau yg dah masak bebetul.Potong macam ni pastu korek guna sudu.


Lenyek jgn tak lenyek.I guna utensil utk goreng burger tu.Hahaha!Kalau buat cekodok pisang pun lenyek pisang guna ni jugak.


Lepas tu tambah la sesatu bahan2 tu sehingga semuanya selamat bersatu.


Potong mcm ni tau.Bawang tu jangan mayangkan pulak.Hahaha!


I guna ni tapi I rasa kalau tortilla chips lagi sedap kot.Tapi kalau malas nak guna tu,kau beli jer chips Nachos.Settle.

Ok.Tang nak rate rasa tu for me sedap la jugak kalau nak dimakan sekali sekala bila terasa nak ubah selera.Hihihi!Tapi kalau tahap sampai nak craving tu mmg tak la.

Sebab lain orang lain selera.Teringat one of my Bosnian friend.Kalau bab rasa makanan ni I selalu bergaduh dengan dia sbb I selalu rasa kebanyakan makanan fav dia adalah tasteless and vice versa.I kalau makan certain foods I takleh kalau tak pedas.Tak kick orang kata.Tapi dia pulak sangat anti dengan makanan yg pedas.Hahaha!

Tapi kalau tang dessert manis2 terus sahabat baik sbb dua2 suka makan dessert yg manis2.

Unikkan bila lain negara lain taste makanan dia.Mcm di Aussie ni utk Asian mcm kita takde masalah sangat sbb makanan kita sangat mudah nak dapat kat sini.Kat sini pun orang dia makan jer nasi so nak cari beras tu sangat la mudah.Dan oleh kerana lambakan orang Asia yg agak ramai kat sini,jadi lambakan barangan Asia pun banyak la.So takde la homesick sgt sbb biasanya duk merantau ni selain ingat mak ayah adik beradik family segala,yg paling orang duk rindu adalah makanan la.Hihihi!

Dan zaman skang pun orang Melayu makan sushi,orang Jepun dah pandai makan nasik cicah budu (ni cerita betul.Depan mata I tau I tgk one Japanese ni makan nasik cicah budu).Hahaha!Well,well well!

So guacamole ni no harms trying pada yg teringin nak cuba la.Untuk I mmg I suka.Mcm pagi td I makan ni jugak letak atas french toast pastu letak mayo sikit,sweet sauce sikit.Mat salleh pun garu kepala kalau tgk I makan.Ni mmg dah pengaruh taktau yang mana original ni.Pakai hantam sajolah.Hihihi!

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You