Sebelum kita mulakan entry ni kita laung dulu "Oiiii orang Berlin.Daun kesum ada dok sane???Hihihi",gelak tutup mulut.Lebih sopan.
Hujung minggu haritu takde angin takde ribut tetiba rasa nak makan Laksa Penang.I bukan apa,bukan takleh beli tp rasa tu tak ikut standard mulut ni.Kikikiki!
Ayat mudahnya,"Payah oiii nak jumpa Laksa Penang yg sedap".Takyah cakap la kalau nak sedap sila pergi sebelah utara sana.Aku cakor muka tu karang.
Jadi kita pun buat la list kat abah kita suh pergi pasor cari bahan2.Dah complete bahan2,kita pun tung tang tung tang kat dapur.Sebab lama sangatkan teringin nak makan,dan sekali siap tu memang menikmati betul la sampai poluh-poluh.
Nikmatnya kuah yg pekat dengan ikan,rasa bunga kantan (walau sebatang RM4 I don't care),dan ulam-ulaman yg mewah siap guna telur puyuh hokkey.Sila makan hati.Kalau tak sebab I dah terbaca keburukan makan telur puyuh2 dengan byknya,memang I bedal terus 10 biji.Apa kesedap betul la si telur kecik ni.Eh!
Cuma haritu terpaksa reducekan sedikit kepedasan sbb tuan tanah sakit perut beberapa hari ekoran bedal makan sambal pedas tak ingat yg perut sendiri tu sensitip.
Jadi inilah Laksa Penang kita.
Mangkuk tuang tanah.
Resepi ringkas yang boleh dicuba.
Ini sukatan untuk 1 kg laksa
1/2 kg ikan kembung/selayang - rebus kemudian asingkan isi ikan dan tulang.Rebus dengan air biar tenggelam ikan, masukkan beberapa keping asam dan sedikit garam.
Kupas sebiji bawang besar,5 biji bawang merah.
3 sudu cili kisar/giling
Sedikit belacan
Kisar kesemua bahan diatas bersama dengan isi ikan.Tuang dalam periuk.
Tulang ikan dan air rebusan boleh dikisar sekali tp jangan lupa asingkan dahulu asam keping.Tapis air rebusan td dan tuang dlm periuk.
Kepekatan kuah ikut selera masing2.Nak pekat kurangkan air.Nak kuah cair lebihkan air.
Masukkan sedikit garam dan sedikit gula.
Masukkan daun kesum dan bunga kantang beserta asam keping sebanyak 5 keping dan masukkan juga asam keping dari rebusan ikan.
Nak ada rasa pedas masukkan cili burung.
Ada sesetengah orang masukkan sengkuang tapi saya hanya letakkan sedikit nenas sebagai perasa.
Siap.
Untuk ulam:
Saya suka letakkan telur puyuh/ayam, salad, hirisan nipis bawang besar, nenas potong nipis, timun diracik halus dan perahan limau nipis.Inginkan rasa pedas yg lebih just tabur cili yg dipotong.
Laksa Penang yang sedia dinikmati.
5 comments:
oi apa ni oi... ya Allah tertelan telan liur tengok ni tau... tak baik la awak. eh daun kesum magiknya ada tau sini, tapi...bunga kantan tak pernah nampok. waduhh sejut sejut ni nyaman kot dapat pekena laksa semangkuk dua.
datang balik ngecek bahan.. hahaha
Ada daun kesum sana.Wah bestnya.Kalau aussie daun kesum dari vietnam kalau tak silap.Rasa tak semahveles daun kesum malaysia.Kira orait la daun kesum ada tp kalau bunga kantan tu aussie pun nehi he.buat jangan tak buta.sedap ni.hihihihi
Ngecek bahan lagi 3 hari up la tu gambor laksa kat n3 dia.best best best.nak gak tgk laksa berlin.hihihi
sedapppnyeee...makanan kegemaran tu...
nk kene try ni..
jemput ke blog saye..
http://norzuryati.blogspot.com
~perkongsian ttg kehidupan, anak2, tips kesihatan, kecantikan, tazkirah dll..
Moga bermanfaat :)
Post a Comment