Jeruk mempelam asam boi tapi isi cerita takde kena mengena.Hahaha!

Tadi baru berblog walking kat page Kak Zue ( We Tell Sweet Stories ) katanya ada orang bising dengan apa yang dia blog sbb banyak sangat cerita pasal masakan yg dia masak katanya.Hai orang orang orang.Mcm takde kerja lainkan duk sibuk pasal blog orang,suka hati orang la nak tulis apa.Sejak bila memblog ni kena ada Terma & Syarat ni?Kikikiki.Rasa lucu pulak.

Dalam dunia blog ni memacam jenis blog ada.Tak suka orang byk cerita psl family jangan la follow orang tu.Udah ada orang suka cerita pasal anak jer manjang,ada orang suka cerita pasal makanan jer manjang,ada orang bercuti jer manjang,ada orang sampai ke sudah duk cerita pasal kucing.Hello?????Itu blog diorang suka hati diorang la nak cerita apapun.Isk Isk Isk Isk!

I ni dah bertahun baca blog Kak Zu.Punya la suka baca setiap cerita dia sampai tepek kat sidebar.Very inspiring.Tapi iyalah.Kita ni manusia walau baik mcm mana pun mesti ada hati yang tak senang.Haters tu dimana2.Takyah jadi retis nak ada haters.

Bila ada kelompok yg takde kehidupan ni,dan kerja dia duk cari buruk orang atau cuba menonjol tapi dengan menggunakan medium orang lain.Sebab tu kdg2 kalau kita sharing gambar,kalau takde watermark kdg2 orang boleh sesuka hati jer amik gambar kita pastu claim dia punya.

Sebab tu la walau gambar I just nak tunjuk jeruk asam boi je tp tetap nak letak watermark.Muahahaha!

I ingat ada sorang blogger ni jugak,sampaikan pic dia kat FB (pic gambar air minuman dan lempeng dia) tapi ada orang amik gambar tu pastu claim dia punya tepek kat FB dia pulak dengan caption yg sama cuma nama je lain.Scary kan?Taktau samada nak nangis atau nak gelak.Ada jugak manusia yang jenis ni?Dah la perempuan pulak tu yg buatnya.Apa sedih sangat ke hidup kau sampai tergamak buat mcm tu?

Asal tak google banyak2 gambar pemandangan seluruh dunia lepas tu claim "Percutian ke luar negara saya setiap tahun".Biarlah pic kita takde dlm tu pun.Sedih tau kalau fikir orang2 mcm ni.Kenapa nak berusaha sangat pada benda yg kita tak mampu pun nak capai.Apa kata cari side life kita yg terbaik dan share.Tak perlu menipu dengan ambik gambar orang lain,copy paste entry orang lain lepas tu claim semua tu diri sendiri yg punya.

Taktau la apa yg difikirkan orang2 mcm ni.Jangan sampai satu tahap pic anak kita pastu dia amik claim tu anak dia.Mampuih!

Actually I pun ada berdepan dengan orang mcm ni cuma tahap dia tu suam2 kuku je la dan takde la menakutkan sangat.Dia ni mcm suka copy paste apa yg I buat.Mcm mana anak2 I panggil I,macam mana I panggil my husband dan mcm mana I tulis status dan kalau I up gambar anak dengan caption,dia akan up gambar anak dia dengan caption yg lebih kurang cuma situasi jer berbeza.Sampai cara kita tulis pun nak follow.

I kenal budak ni tapi tak rapat.I pernah unfriend dia tapi dia add balik tapi I approve blk sbb malas la tetiba nak ada musuh dlm diam.Dan apa I buat kau follow la aku sampai kau rasa penat.

Background kami memang totally berbeza dan tak perlu la I tulis pasal comparison tu cuma apa yg I rasa dalam hidup ni kenapa nak nampak kelebihan orang lain lepas tu trying hard nak jadi mcm orang tu hinggakan kita taknak bagi peluang langsung untuk diri kita sendiri menonjol.Carilah side terbaik diri kita dan create la satu kelainan kalau kita rasa nak suruh orang suka kita.Apa yg penting BE YOURSELF.

Ini contoh la.Kalau kita lahir dikampung,cerita la side menarik kehidupan kampung.Kita lahir sebagai anak yg lahir dibandar,cerita la side kehidupan bandar yg kita suka.Kita tak mampu buat cara tak mampu.KIta berkemampuan,tunjuk la memang kita mampu tapi sedihnya bila kita tak mampu tapi usaha jugak nak suruh orang nampak kita mampu.Tak penat ke?

That's why I suka quote ni,


Kalau I jd blogger2 famous yg pernah kena tu, bila orang copy paste gambar2 diorang pastu claim diorang punya serious I rasa %44^322$$!#*9(& (Sampai mcm tu sekali nak impress orang sampai sanggup menipu.Itu yg jenis cilok gambar orang.Tapi kalau yg spesis dia tak cilok gambar orang tapi dia berblog walking lepas tu duk condemn tulisan orang lain kat blog.Rasa nak kutuk buruk2 dia tak tinggal la jejak sbb takut jgk tuan blog tu cari balik.Kikikiki!

Sedih sangat agaknya hidup dia sampai mcm tu sekali nak sakitkan hati orang.Mungkin dengan menyakitkan hati orang tu ibarat terapi pada dia kot.Dapat buat dia happy kot.

Dan dalam hidup ni pun kita kena letak dalam otak kita bahawasanya ada jenis orang2 yg mcm ni.


Scary kan.Moga kita jauh dari sifat mcm ni.Live our life to the fullest.Rasa hidup tak cukup bagus,berusaha la hingga berjaya dan bukan dengan cari peluang jatuhkan orang lain atau kutuk2 sesedap rasa sebab end of the day kita tak dapat apa-apa pun dari perbuatan kita tu selain dari dosa je.
Apa yang penting jangan jadikan orang lain sebagai imej kita pada cermin.Nak nampak orang lain boleh itu pun kalau kita nak follow dia sebagai sumber inspirasi pada kita dan bukan trying hard untuk jd mcm orang tu.Cuba jadik sebijik2 mcm orang tu mampusss la kau.Memang la tak dapat.Lepas tu kau pulak jadi frust,keciwa bla bla bla. 

For me,I takde masa nak menonjolkan diri sendiri sampai tahap nak ikut2 orang.Kiranya just the way I am la.Buruk ke,capek ke,comel ke bla bla bla.Jadi diri sendiri.Lebih atau kurang,this is me and this is my life.Orang suka kita,terima kasih.Orang benci kita,terpulang.Kita bukan mampu nak suruh semua orang suka kita pun.Tapi masalah orang kita,dah la benci orang,terang2 tunjuk pulak tu pastu lama2 kena penyakit hati.Penyakit hati ghaib takde luka ni berbisa tau sbb boleh merosakkan diri sikit demi sikit.Kah Kah Kah!

Ala kat entry I yg lepas2 pun ada je Anynomous yg komen buruk2 tp malas la nak publish sbb anggap la yg tulis tu orang yg tengah jiwa kacau.Kesian tau dengan orang mcm ni.Lepas tu kalau perasan asal nak komen buruk2 atau komen2 yg offensive sikit mesti taknak tinggal jejak.Hai,ni jenis baling batu sorok tangan.Kalau betul2 rasa diri tu betul,tinggal la jejak at least boleh la discuss.


Biarlah kat atas tu duk membebel.Kat bawah ni nak cerita pasal Hot Stuff seminggu dua ni.Jeruk mempelam asam boi katanya.

Caranya mudah jer,mempelam,asam boi,cili padi potong2 halus,tabur garam,tabur gula banyak2.I punya berair sikit tp dah buang dah air tu.Buat kering lagi sedap kot.Maksudnya jgn taruk air.

No harm trying sbb kalau peminat tegar asam memang akan ulang buat banyak kali.Itu kalau rajin buat.Kalau malas boleh jer order sbb ramai yang jual skang ni.

Ok bai!

4 comments:

Nastyna said...

I ada baca kat blog MamaTiaMia baru2 ni, sedih kan orang2 yang sebok pasal kehiduan orang lain iri hati la tu. another pesen manusia yang agak merimaskan adalah dengan komen "mempertikaikan" apa kita tulis or buat, sebab mungkin pada mata saya takder masalah, tapi bila orang pertikai, I tak tau apa punca masalah, so tertanya2 jugak, tu yag buat rimas.

Syafinaz Ali said...

Betul tu.Bukan maksudnya takleh pertikai langsung tp tgk la keadaan.Ni jenis yg pertikai tapi intention dia nak suruh orang sakit hati.Hmm...pelik la jugak.

babYpose said...

ada jugak macam tu ye Syafinaz, moga dilindungi kita semua. suka balang tu :)

Syafinaz Ali said...

Mason jar tu ramai yg tegur cakap cantik.Kita beli kat giant jer tau.murah banget.rasanya dlm tiga hengget kot.hihihi

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me