Hard Rock Cafe Surfer Paradise

Berkurun lamanya berada kat draft.Tetiba rasa nak publish pulekss.Kikikiki!Ini dah mcm throwback la ni tapi takde la sampai makan tahun.Makan bulan jer.Ha Ha Ha Ha!

Ini cerita sebelum balik Malaysia tempoh hari.Time lagi nak seminggu balik Malaysia,kami reramai plan pergi Gold Coast.Modus operandi shopping la apa lagi.Muahaha!

Bebudak MAS Aviation dah grad dah sebahagiannya so tinggal lagi sebahagian tak grad lagi.Jadi memana yang grad waktu puasa tempoh hari diorang punya flight memang seminggu before Raya la.Jadi konon2nya sebelum balik Malaysia for good ni nak la jugak shopping finale punya.Kikiki!

Ada la tu bebarang yg nak dibawa pulang kat family memasing.Mcm kami ni pulak,persiapan Raya memang dah settle before puasa.Persiapan baju anak2 la.Hihihi!Kami dah bershopping sakan sebelum my husband fly ke Adelaide selama 2 minggu.Jd time pergi Gold Coast ni barang2 anak memang takat beli kasut untuk diorang jer la.Kami pulak just shopping lite-lite je.Nak beli hape.Bukan ada juai baju kurung songkok sampin pun sini.Biskut raya memang mustahil la.Hihihi!

Jadi kami keluar di awal pagi konvoi dua kereta.Takde sarapan sebab puasa daaa.Duk kat sini kalau nak keluar shopping silalah keluar awal sbb jam 5 ptg kedai dah tutup.Bukan mcm Malaysia kedai tutup jam 10 malam.




Hello Gold Coast!


Sepanjang jalan haritu kami takyah pasang radio sebab kami ada radio hidup ni.Dia punya dondang sayang memang sepanjang perjalanan sampai la battery kong baru diam.Itu handphone bapaknya yg dipegang sampai tertidor.

Inilah bahana bila tak ajar anak duduk dalam carseat sedari masih tak kenal lagi mana susu botol mana nenen.Muahahaha!

Udah undang2 kat sini memang wajib penggunaan carseat jd bertabah la kami suami isteri.Nasib takde yg tumpang.Kalau tak tekanan jiwa la penumpang tersebut sbb kami suami isteri dah kalis bunyi.Kikikiki!Anak meraung la macam mana sekalipun tetap kami mampu bersembang bersuka ria bergurau senda.Sweet gittewww!

Kan dah cakap td ini bukan misi utama kami ke Gold Coast untuk bershopping.Jadi bila jejak kaki ke Harbour Town kami pun mcm blur2 ayam.Tapi berpecahlah dengan bebudak lain sebab diorang ada agenda diorang dan kami takde misi yang nak dicapai pun so layankan jer la anak2 pastu ada la grab kasut sepasang dua dan mana boleh tak masuk kedai Tommy Hilfiger yg tengah buat sales sampai 50%. tu.Salahkan mata kenapa cepat sangat tertarik dengan iklan potongan harga ni.Haish!Ada la beli sesikit cardigan,khakis dgn baby T.Murah sangat la wesss time tu.Isk Isk Isk!Butik lain pun ada sales tp kami tak masuk semua.Pastu suami isteri terjebak jugak akhirnya dengan snickers eh sneakers Onitzuka.Comel la.Tak tahan.Ok.


Dan waktu duk pusing2 tu tetiba Damia nampak ni.Actually first time Damia main denga bungee jumping ni waktu kat Perth haritu dan Kak UMI belanja.Thank u Kak Umi.Second time ni dia dah mcm makin confident dah takde takut2 lagi.Memandang bebudak yg que tak ramai so Damia dapat la lompat lelama sikit.Bayar lupa pulak berapa tp rasa mcm $10 jer kot.


Tapi walau takde shopping sakan takat pusing2 jer,masa memang mencemburui bila sedar2 dah dekat nak jam 5 dah.Bila dah dekat nak jam 5 bermakna dah hampir nak masuk waktu berbuka puasa so kami pun decide nak break fast kat Kofte Burger (Halal Restaurant).Highly recommend.Sedap dan staff diorang pun sangat friendly.Lupa nak cakap,kat Harbour Town ada bilik solat so jangan risau kalau nak solat.Takyah sesusah cari tmpt nak solat.Bilik yg disediakan teramat la selesa dan tempat berwudu' pun disediakan siap baju solat,sajadah pun ada.

Berbuka kat situ sebelum gerak ke Surfer Paradise sebab ada kawan nak ke Hard Rock Cafe mencari souvenir yg dikirim dari Malaysia.Dan itulah kali pertama kami lepak lama gila dalam tu mcm banyak sangat brg yg dibelinya.Hahaha!



Hard Rock Cafe Surfer Paradise.



Ini geng yg dah settle membeli pastu kebosanan pastu mula la duk bangun duduk,pusing,belek,tengok handphone bla bla yadda yadda ha ha ha!



Pastu bila bosan start la duk snap pic.Ni photo bomb betul la time orang nak bergambar ni la dia nak belanja gambar muscle sendiri sampai tertutup muka kita 1/4.Isk Isk Isk!

Dan alang2 kat sini tetiba I pulak terjebak beli jugak T shirt walhal dah ada tapi lupa letak kat mana so beli lagi sekali.Untuk ND pun beli jugak lagi sekali tp beli yg size besar sikit la dari yg pertama.Untuk DS takde.Suami pulak memang dari dulu dia tak minat.I don't know why.

Pastu ni yg my cousin cakap la.Kalau nak tau shirt Hard Rock tu original atau fake,yg original dia  letak nama tempat tp kalau nama negara tu fake.But I don't know sbb zaman sekarang ni yg ciplak tu memacam kot.


Dah settle kat situ jom la keluar ambik angin sambil buang angin.Hihihi!

Tapi sempat lagi amik gambar barang seketul dua.Ini budak mana belajar ntah buat gaya macam ni.Bajet Australia Next Top Model agaknya.Kemain gaya ngan boot Doc Mart dia.Duk sana dia nak pakai tp balik Malaysia menangis taknak pakai.Panas katanya.Muahahaha!


Belanja gambar sendiri sekali-sekalaHa Ha Ha.Me dengan my cousin Honey.Datang la banyak2 kali pun kat sini tapi tetap nak amik gambar berlatar belakangkan pintu gerbang tu.Kikikiki!Nak gtau kami ni ada kat Surfer Paradise Gold Coast.Kikikiki!

Time ni muka je nampak maintain mcm orait jer tp hakikat dah kesejukan dah ni.Paling kesian DS la walau dah pakai 3 lapis balut dengan carrier pun,dah rapat ngan badan kita tp tetap tak jalan.Time ni dia dah merengek-rengek menangis.Sua apapun semua tak jalan.Dan kami kat situ pun tak lama sbb mcm hujung minggu biasa jugak.Show dia sama jer.Kalau tak tgk orang baskin,ada orang buat magic show tp sama je trick dia so mcm malas la nak tgk lagi.Selain tu segala mak nenek pub semua penuh la.Hujung minggu la katakan.


Dah belanja makan pizza lepak duk sini jap sebelum diorang pakat masuk kedai pergi beli coffee.Sejuk sangat oiiiii!Tak menahan.Tambah lagi ngan angin dari pandai.


Sempat buat photoshoot cover album kat sini.Ha Ha Ha Ha!Ingat ada night market tp dah lewat sangat kot jadi dah nak tutup.Lepak kejap sini amik angin lepas tu decide balik la.Dah satu hari jalan2 semua dah mcm battery nak habis dah.Penat + ngantuk.Serious letih gila.

So itu jer la ceritanya.sekian terima kasih.


No comments:

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me