Sejak balik Malaysia ni kan,I pulun la layan TV almaklum la Astro tu kan konsep dia ulang tayang siaran sampai lebam.Jadi melayan la kau mengisi masa lapang walhal bukan lapang sangat pun masa tu tapi sajer jer berlagak hidup mcm takde komitment.Uikss!Hihiihi!
Apa rancangan favorite korang?Haish!Tanya mcm ada yg hadap nak menjawab.Kikiki!I ni pulak universal.Dari Astro Movies sampai ke Astro Vaanavil I layan.Janji rasa best.
Ekcelli kalau masa kat Aussie,I ada gak follow ada satu cerita bersiri ni iaitu Resurrection.Citer ni memang best tapi yg tak bestnya seminggu sekali jer.Jadi jenuh la aku duk tunggu depan tv jam 8.30 mlm kalau tak silap,Selasa malam.I ingatkan I jer kemaruk duk tgk citer ni,tp rupanya orang rumah pun sama.Waktu dia ke Gladstones ada shutdown,bila I tanya buat apa,siap gtau ngah layan citer tu jugak.Tapi yg tak bestnya,dari seminggu sekali tup tup jadi 2 minggu sekali.Apakahhhhh????Entah la.Kami yg tertinggal kapal atau tak tau la time bila dia ubah siaran,tapi pengakhiran adalah,sampai ke sudah tak tonton habis.Taktau apa ending pun.Dah la siri last yg kami tgk meninggalkan banyak tanda tanya sampai boleh berdiskusi laki bini.Hebat betul penangan.Tp sebab itu bkn siaran berbayar,jd kami pun taktau ada ulangan atau tak,dan kalau ada pun takde la sekerap Astro punya ulangan sampaikan kita yg tgk ni boleh hafal skrip sama.
Dan hari Ahad bebaru ni,punya takde kerja boleh pulak melayan tengok Akademi Air Mata eh bukan,Akademi Fantasia.Dan memang betul bagai yang dikata.Itulah mungkin kali pertama dan yang terakhir la kot I tgk utk tahun 2014.
Eyyyyyyy!Takleh nak describe la perasaan time tonton tu.Kalau tak memikiorkan kotak televisen tu kalau aku karate pecah dua,banyak jugak duit nak pakai kalau nak tukar baru,mmg dah la lama la aku haippp!Sumpah annoying tgk jantan menangis hanya sbb emak call.Adeh!
Kau ingat kau kena kuarantin kat Venezuela sampai nak home sick lagu tu.Pastu kau ingat kau keluar akademi tu bawak segulung PHD ke?Arghhhh!
Lepas tu ada sorang perempuan yg pakai tudung spek besor tu.Entah nak terkuncil agaknya duk tergedik-gedik tergedik-gedik.Dan I syak host pun mcm meluat gak agaknya tp kena control kalau tak nampak mcm tak profesional pulak.
I bukan apa.Reality tv omputesss pun ada gak nangis2 emosi bagai ni tp takde la se drama yg kat Malaysia ni.Dah la nampak mcm dibuat-buat.Oiii!Apa korang dibayar jugak ke nangis2.gedik2 tu bagai.
Eh ni entry mcm mengutuk la pulak.Tapi takpe la.Melempiaskan sedikit rasa stress.Hahahaha!Fuh lega dah lepas.Lega tu ibarat berjaya lepas kentut yg mana angin lama sangat bergumpal dlm perut.
Motif entry ni?Nan hado.Sebab takde cerita nak diceritakan.Jadi mengarut je la yg lebih.Lepas2 ni I akan cuba tulis entry yang lebih bermanfaat.Kalau tak berlaku tahun 2014 ni,mungkin 2015 penulisannya lebih bermanfaaat.Takpun 2016.Muahaha!Jadi nak jugak ucap Selamat Berhari Minggu Semua.
Berani betul nak lari.Hihihi!
No comments:
Post a Comment