Resepi: Kek Karamel

Lately memang mcm takde idea sangat nak menulis.Jadi from this time....ewah!Kalau takde idea kita share recipes jer la ok?Hehehehe.Mana la tahu tak berguna untuk si A tapi bermanfaat untuk si B dan mungkin diperlukan oleh si C tapi tak dikisahkan langsung oleh si D.Hehehe!


Actually Mommy Monster tu nama group I kat FB.Group untuk mak-mak tapi ada jugak si bujang trang tang tang join.Tak kesah la janji ahlinya adalah WANITA.Hihihihi!

I ni jenis suka share resepi kat FB tapi kdg2 kalau makanan yg memang tengah hot dipasaran ni yang orang pakat duk jual-jual memang fikir dua kali jugak nak post resepi maklum la ramai kengkawan kita yang menjual.Mungkin ada yang tak kesah cuma di jiwa nurani ku ini takut ada yang rasa tak best.

Moto I,kalau boleh avoid drama dan haters dalam diam ni,better jauhkan.Kikikiki!Kalau kat group senang sbb mmg I kenal semua ahli.Muahahaha!So takde timbul isu siapa makan hati.

Resepi asal cedok dari internet jugak cuma 1st time buat tak jadi bila karamel dia pecah.I check balik resepi tu takde mention masukkan tepung kastad.Kalau ikut logik akal,takde tepung kastad mesti adunan tu mcm lembik sikit.Betul tak?Tapi I tak tau la kalau resepi yg org share takde kastad tu pun karamel menjadi jugak.Tapi apa yg pasti,my first attempt buat memang totally DISASTER.Second time cuba lagi,berjaya tp yg tu I tambah kastad dan cari resepi orang lain pulak.

Dan yg kat atas tu cobaan kali yg ketiga.Cantik jadinya cuma ada kisah jugak.Kalau yg sebelumnya I masak guna oven pastu pakai kaedah water bath,tp semalam I buat I try kukus biasa jer.Boleh setengah jam I masukkan loyang tu,tetiba rasa nak pergi jenguk,baru perasan gas habis.Serious time tu ingat disaster jugak kali tapi luckily tidak.Phew!Lega.

Ini pun nasib baik sel otak berhubung bila time tu jugak dapat idea cepat2 pindah masuk oven guna teknik water bath.Teknik ni I taktau cara org lain,tp I ikut cara yg orang suruh letak air panas dalam loyang yg lebih besar pastu baru letak loyang kuih tu.Gitulah kekdah.

Resepi dan cara nak buat,

Step 1:
Asingkan 6 biji telur ( putih & kuning )

Ambil loyang dan panaskan diatas dapur dengan api perlahan dan masukkan 2 sudu gula.Masakkan gula hingga perang dan ratakan.
Step 2:
Siap adunan karamel

1 tin susu cair
3 kuning telur + sebiji telur
2 sudu makan tepung kastad
1 sudu kecil esen vanila
Setengah cawan susu pekat
Gaul rata jangan sampai berbuih
Kemudian tuang ke dalam loyang

Step 3:
Bahan untuk kek

140 g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder 
70 g gula kastor
135 ml air
45 ml minyak masak
3 biji kuning telur

Step 4:
Meringue
Pukul putih telur hingga kembang
Masukkan 70 g gula kastor
Pukul hingga putih telur bertanduk

Step 5:
Kemudian gaul rata dengan campuran dari step 3.Gaul dengan menggunakan senduk sahaja.Tidak perlu digaul dengan menggunakan mixer.

Step 6:
Pembahagian warna mengikut kesukaan.Kemudian tuang dengan perlahan ke dalam loyang bercampur karamel td.Nak dapatkan corak cantik, tuang secara berselang-seli dibahagian tengah adunan.
Jangan risau.Karamel dan campuran kek tidak akan bercampur.
Kukus selama 40 minit atau sehingga masak.
Jika hendak di masukkan didalam oven, gunakan teknik water bath dengan cara mengalas loyang td dengan bekas yg lebih besar berisi air panas.Bakar selama 45 minit pada suhu 160°c.

Selamat mencuba.

4 comments:

Nastyna said...

kan... selagi boleh elak ketidakpuasan hati manosia, better elak..terbaik. i ni... nak buat caramale bodo2 pun tak lepas lagi, inikan berkek pelangi-pelangi pulok. apo kato, mung mai berlin ni huhuhu

Unknown said...

Haa...boleh boleh.Jap nak check ticket jap.Hihihihi!

Mince4AM said...

tahniah umi

Unknown said...

Hehehe!Terima kasih utk ucapan!

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You