My lil ND ke Islamic Kindergarten so dia dah pandai beberapa do'a pendek mcm doa makan,doa selepas makan dan doa tidur.Alhamdulillah.Walau baru sebulan masuk kindy tu tapi byk dah dia dapat.Membaca pun dah separuh buku dah dan I harap sangat dia dapat membaca dengan lancar before we are going back to Australia nanti.Tinggal beberapa bulan jer lagi.Haritu teacher dia bg jaminan 3 months secara intensif dan In sha Allah dia boleh membaca dan I pun rasa mungkin mencapai target kot kalau tgk dari segi effort dia nak pandai membaca tu.
I bukan apa.Memandangkan kami bukannya nak migrate ke Australia like forever,dan akan pulang juga ke tanah air,jadi I takmau la dia tak fasih berbahasa Melayu.Once dia dah pandai membaca nanti,I dan husband dah plan akan bwk balik sebanyak mungkin buku2 dari sini ke sana untuk ajar dia supaya lebih fasih dan teacher dia pun janji akan bekalkan I seberapa banyak kelengkapan mengajar nanti.Hamboi!
Dan kalau boleh taknak la si Jemah yg sound I waktu Raya haritu marah kalau anak I takleh berbahasa sebab dia ada cakap " Aku meluat hokkey kalau anak2 asyik nak speaking je pastu taknak berbahasa Melayu.Kikikiki!I senyum jer la tapi dalam hati ada gak terdetik "Hamboi,bila tang anak orang sesedap tabur jer ajinomoto tu.Kau yg duk panggil anak kau suh dtg kat kau tu duk sebut COME COME tu takkan bahasa Sanskrit kot".Kikikiki.
Tapi takpe la.Lain orang lain penerimaan.Kalau tak takkan kawan maya I cakap lain padang lain belalang,lain orang lain ragamnya.Ewah!
Takpe takpe.I is cool jer.Moto I senang.Bercakap la selagi mulut tu mampu bercakap.Kikiki!Complaint la selagi ada rasa tak puas hati.Amacam?Orait?
Dan kat kindy ND ni pulak bukan takat belajar membaca jer tp sekali belajar mengaji.Kalau mengaji ni I memang tak mampu la nak mengajar dia sbb yang nak diajar tu 10 minit jer.Lepas 10 minit dia pulak nak mengajar kita.Lepas tu bila marah,mula la sentap.Bila sentap kalau sebut Alif dia hantam Ba.Mau mak dia tak naik darah.Dengan bapak dia pun sama.Kami memang surrender.
Itulah kan kalau dikenang I adik beradik belajar mengaji dengan abah I jer.Belajar sampai lancar baca.Kira sampai tamat la.Tapi perjalanan nak tamat Quran tu toksah cerita la berapa byk air mata kami adik beradik ni mengalir.Takat songkok terpelanting pastu kena merangkak kutip balik tu biasa (ini abang I yg kena).Patut la dah besar ni kdg2 mcm wayar putus pun ada jugak dia ni.Muahahaha!
I ngan kakak I ada jugak kena tp tak seteruk abang I sbb abang I ni spesis suka lawan arus.Sama jugak kalau Abah I ajar membaca.Dah elok2 sebut SA KU - SAKU tapi tetap jugak dia nak sebut SAGU.Memang mendapat la.Kikikiki!
Hai anak oh anak.Keluar satu pattern ni,keluar dua pattern lain pulak.Dia tak sama walau datang dari satu mould.Muahahaha!Mcm DS takleh nak cakap lagi la sebab kecik lagi tp kalau tengok dari membuas tu memang champion la kalah kakak dia.Urut dada I.DS boleh berjalan bertatih umur 9 bulan.Betul2 dapat lesen "P" jalan masa dia genap setahun.Skang setahun sebulan dah pandai panjat sofa pastu joget2 pulak.Alahaiiiiii!Semput haku tiap kali tengok.Turun dari katil cekap tau.Cara dia turun kaki dulu.Bijak tak?Ini lepas dua kali dia buat gimnastik jatuh katil.Alahai!Semput lagi haku.
Kalau kakak dia setahun 2 bulan baru nak bertatih so boleh bayang la umur berapa baru nak pandai rock climbing ni.Tapi kalau part manja,si adik ni mmg champion.Kalau ND dia mcm berdikari sikit.Tapi kalau adik dia takleh tgk I.Nak memerap jer kerja.Dia takleh I hilang dari mata sampaikan I nak solat,mandi,makan semua kena delay.Kalau tak dia meraung nangis mcm kena dera.Sepanjang masa nak kita ada kat sebelah dia je.Bangun sikit dah start la gelabah.Kdg2 nampak I bangun terus campak toy kat tgn.Takut nau org tinggal dia.
Itu yang si kakak macam berbulu sangat kat adik tu.Hihihi!
I can feel you......
No comments:
Post a Comment