Harini teringin nak makan tempe.Jadi tak yah fikir panjang hantarkan sahaja khidmat pesanan dan kejap lagi sampailah tempe idaman.Ia la kan.Bagi mengekalkan kecantikan raut wajah tanpa cela setanding dengan botox,rahsianya adalah dengan makan tempe katanya.Hihihi!
Jadi harini bikin tempe masak kicap je.Lepas tempe masak kicap masak,5 minit lepas tu zuppp rasa teringin nak makan tauchu pulak.Isk!Selera apakah ini.No wonder la badan makin membadak.
Dan tadi tengah duk goreng tempe,tetiba a friend of mine a.k.a my BFF call ajak teman dia pergi sepital.I is orait jer sbb skang ni Soraya dah boleh ditinggal-tinggalkan barang 2,3 jam.Maka I beritahu emak nak keluar kejap selama satu jam tapi berakhir dengan 4 jam sebab balik dari sepital kami pergi ke Optical Shop bahasa buku atau kedai spek bahasa aku.
Sajer jer kan drag masa.Hihihi!Walhal amik kesempatan keluar ngan BFF sbb lama dah tak jalan2 dengan dia.Dia pun baru balik dari UK.Takpe.Panjang lagi masa.
Dan td pergi kedai spek yg memang selalu pergi tu la dan I mana reti nak pergi kejap2 dan motif pergi sebab kawan I nak tukar lense spek dia.Calar kat lense dia tu dah tahap mcm lap dengan kertas pasir.I simpati dengan beliau kerana terpaksa bertabah pakai spek sambil ada garisan-garisan tambahan iteww.
Sementara tunggu kawan settle urusan,I pulak meroyan pergi pilih2 spek baru.Sebenarnya niat sudah lama nak tukar spek baru iaitu spek bingkai plastik.Sebab itu jewww yg sesuai dengan diri ini yang agak sophisicated takde kena-mengena.
I tau suami pasti tak setuju sebab spek yg I pakai sekarang adalah spek yg baru je buat sebelum balik Malaysia haritu.Sebenarnya dah pakai beberapa bulan ni,ada satu yg buat I tak selesa iaitu rasa sakit kat tepi hidung.Mungkin hidung mancung sangat agaknya Ah!Tak leh blah pulak rasanya dengan statement ini.Abaikan.
Spek yg jadi pujaaan hati adalah spek yg I dah pakai almost 2 years tapi mungkin cinta kami sampai takat tu je bila ia menghilangkan diri waktu I kat Perth sumpah jenuh duk cari merata tapi tak jumpa.Panjang benar rajuknya.
Dan itulah spek yg ketiga berbingkai plastik yg paling best digunakan sbb sikit tak risau kalau tetiba anak ambik pastu campak kat dinding bagi menguji ketahanan dan I pun sikit takde rasa bersalah bila kadang2 tu letak ia kat bawah bantal.Sbb tahan lasak beb.Kental.Tapi dekat2 dia nak merajuk tu memang ada la mcm senget2 sikit tapi I is OK lagi dengan dia.Sebab cinta kan so everything will be ok trust me honey.
Jadi tadi dah tersangkut kat satu spek ni.Ermm...rasanya ayat sangkut tu mcm tak sesuai dah guna kat sini sbb hakikat I dah selamat beli pun tp mintak nak amik lepas raya walau dia cakap "Esok siap maa".
Motif amik minggu depan sbb takut terlupa sekali I terpakai pastu amik gambar pastu pi post kat FB pastu suami pun nampak,pastu suami pun soal siasat memacam.Eh,bukankah dengan cerita kat blog ni suami boleh baca dan rahsia itu sudah tidak menjadi rahsia lagi.Ehehehe!Takpe.Dia memang takde masa nak baca pun sbb dia ada kat site skang ni 16 hari straight kerja.Weeehooo!
Tapi tak baik tawww membelakangi suami buat spek tak gtau tapi takpe la.Dah I rasa memang penting pun spek baru tu pada I.Hahaha!Amat memerlukan dan tak larat dah everytime bukak spek pastu ada nampak spot mcm jerawat baru nak tumbuh.Tak suka!Tak suka!Dah la kadang2 tu sakit gak.Hmmm....haritu time buat beria nak yang frameless tapi memikirkan lagi kena hati2 jaga.Motif nak yg frameless sbb seumur hidup tak pernah ada tapi last2 atas nasihat salegirl kat situ amik la yg frame separuh.I ekcelli tak suka sgt frame separuh sbb rasa mcm ada dua eyebrow setiap kali pakai.Tapi kedai kat Indooropilly Mall haritu tak byk sgt pilihannya.Kalau nak yg frame penuh pun stok2 tak lawa langsung.
Skang nak show off spek baru tak dapat.Nyesal lak tak snap picture walau beria yg duk jual tu suh amik gambar.Selfie katanya.Maaf la.I ni kekok sket selfie2 ni.Tak gheti sangat.Hahaha!
Tadi I amik jenis Lunor.Katanya spek pilihan Steve Jobs.Motif nak sama?Harap la mewarisi genius Steve Jobs walau kawan kita cakap pakai ni nampak la macam genius walau tak genius pun.Isk!Isk!Isk!Sangat berterus-terang.I sumpah jadi mengkarung baru tau.Muahahaha!
Tapi I pun baru tau psl cap tu.Kikikiki!Tapi rasa mcm boleh recommend la walau bukan sbb Steve Jobs yg pakai tp sbb material dia yang wallah.Ringan dan nampak eksklusif.Dan apa yang penting selain dari kerjasama,mestilah sbb nak selesa.Itu yang paling penting.
Jadi I harap itulah spek yg bakal berjasa denganku untuk masa yg lebih lama sbb tak kuasa wesss nak duk tukar spek jer kerja,
Contact lense pulak I bukan taknak pakai tapi sbb I ni jenis yg nak mudah jer jd tak pakai sgt lense dan satu lagi masalah I pulak,takleh simply test power mata pastu beli.Ngak boleh.Cerewet betul la mata perempuan ni.I kena ukur diameter dulu pastu baru choose mana yg ok.Setakat ni yg OK sikit la I boleh pakai yg daily.Monthly takleh pakai langsung sbb sangat tak selesa setiap kali pakai.Pakai daily punya tu pun tak selesa jugak tp buat2 tahan la bila ada hari yg nampak mcm tak sesuai jer nak pakai spek.
Jadi memang dah nampak sangat la say goodbye awal2 kat lense color2.Takde jodoh kita nampaknya.Baru teringin nak feeling2 mata omputessss.Tak pun contact lense yg buat mata nampak mata bosar mcm barbie doll tu.Tak boleh jugak.Nehi.
Haish!Dan bulan 12 ni,takde aral I akan buat appointment utk bikin contact lense tapi ni yang customade punya.Ini yg tahan sampai setahun baru tukar lain.Nanti dah siap kita share cerita sbb yg tu jenis special sikit.Dah la appointment dia until nak siap dapat tu mkn 2,3 minggu jugak.Lama tu sbb akan ada seorang optometrist khas yg didatangkan erm I don't know dari mana sbb lupa nak tanya.Tapi bukan dari planet Marikh la.Dari Kolumpo kot.
Itu mcm menarik jugak nak dikongsi tp tunggu I siap buat la.So tungguuuuuuuuuuuuuuuu!Dan contact lenses jenis tu kat luar memang dah ramai yg pakai cuma kat Malaysia ni dia mcm still baru lagi.
Jadi dari cerita spek kita berbalik pada cerita tempe tadi.Sebab rasa mcm nak share resepi pulak. (Bajet dia masak sedap sangat lettewww!)
Kalau dah dari awal sebut tempe,bahan utama mestilah TEMPE.
Ini bahan2 I guna untuk menumis tadi.I taktau nak start from left to right or right to left.Tapi I mention jer la yer.
Cendawan butang
Halia hiris nipis
Bawang putih hiris nipis
Cili potong nipis
Bawang besar hiris nipis pendek kata semua hiris nipis la
Serai ketuk dengan ulu lesung tapi itu tak bermakna rumah takde lesung pastu taktau nak guna apa.Guna jer otak eh,guna la apa yg sesuai.
Satu kiub ayam tp guna separuh jer sebab nanti bila tumis semua bahan ni guna minyak sikit jer,api perlahan jer,kita nak masuk sos tiram,gula dan kicap manis.Last sekali sedikit air sbb nak bg ada kuah sikit.Kalau letak satu kiub ayam tu,jadi masin pulak.Tak best.
Tadddaaa!TEMPE goreng kicap yang wallah.Makan dengan nasik panas2.Ini amik gambar separuh ni sbb feeling seni sangat la ni.Hihihi!
No comments:
Post a Comment