Bila sel otak tak bersambung

Hi tetiba teringat last time ada la sekali tu asyik naik je kat newsfeed pasal Che Ta ditaja untuk bersalin.Kecoh woi pastu berduyun-duyun la orang yg mengomen asal nak taja orang kaya,kenapa tak taja orang miskin je bla bla bla bla.Hmmm.....kadang2 terfikir juga.Woiii!Korang ni kenapa?

Ha Ha Ha Ha!

Kenapa bila nak emo korang mesti silap medium?Why oh why?Boleh tak bagi sel otak tu bersambung sikit biar pandangan tu luas sikit?

Ini tidak.Lagi mau hentam kau hentam.Pastu merepek-repek jer bagi point.

Pertama,I bukan peminat Che Ta.Tp kalau benda remeh mcm ni pun nak jadi topik nak diskusi memang tak kena tajuk la.Ibarat orang bagi tempoyak,tetiba kau nak buat biskut.Misalnya la sebab mana ada orang buat biskut guna tempoyak?Ok.Tak kelakar.

Sebenarnya kita kalau nak hentam sesuatu tu kena la fikir dulu tapi kebanyakan kita ni nampak highlight tajuk je pun tapi cecepat nak komen walhal isi dalam tak baca pun lagi.Baru nampak tajuk dah nak buat conclusion.Dah la di Malaysia ni jenis2 yg melaporkan tu tak kesah la surat khabar ke,majalah ke,blog ke semua stok2 nak bg nampak hebat punya tajuk walhal isi cerita hampesss.

Ha Ha Ha Ha!

Berbalik cerita Che Ta ni pulak yang nak menaja tu sepital swasta.Kalau sebut SWASTA mana la diorang nak fikir kebajikan.Mesti la diorang letak keuntungan dulu kat depan.Jd dengan menaja perempuan ni bersalin mestilah salah satu marketing strategy diorang.Iya la.Takkan diorang nak taja orang yang ntah sesape.Orang yg tak dikenali.Diorang pun nak nama jugak.Diorang nak lariskan sepital diorang.

Entah la.I pun kdg2 tak faham ngan manusia ni.Kalau bab pertikai hal orang memang laju je.Suka cari kesalahan,kelemahan bla bla bla.

Pastu yg duk panaskan cerita of cos la Media Hiburan tak kesah la dari medium mana pun.Takleh salah mereka sebab memang kerja mereka.Dan hobi mereka juga barangkali.Lapor berita,kasi tambah perencah bagi panas cerita,mengadu domba,melaga-lagakan bla bla bla dah memang makanan diorang.Nak buat lagu mana.

Ala.Usah kata Che Ta.Ahli ulama,orang beragama,ustaz & ustazah pun kita2 ni boleh komen benda yg buruk2 sebab nak suruh nampak buruk.Betul la manusia ni mana la sempurna tp takkan la mcm tu sekali nak diburukkan.Sebab itulah kdg2 datang juga rasa fed up kat berita2 kat FB ni tp bila bosan bukak jugak.Kalau kita tak share org lain share masuk jugak kat newsfeed kita.Sebab tu I punya FB mmg betul2 private.Friendlist I memang tak ramai.Hanya terhad kawan sekolah rendah,menengah,kawan kolej dan kawan sekerja dulu.Selebihnya family dan ada la kawan2 yg kita kenal dalam selama hidup ni.Bebudak universiti sorang I tak masukkan sbb I create akaun lain.Skang je lepas dah tamat belajar ni baru la I approve beberapa orang tapi tak semua la.

Motif dia sbb universiti sahaja dah beratus so I rasa better kalau I ada another account.Kalau takde langsung nanti lost contact pulak.Tak bley tak bley.Tp skang account tu I dah permanently delete.

Sekarang ni motif apa I tulis entry ni?Hahahaha!Motif dia nak gtau kita kalau nak menghentam sekalipun tgk la dulu jangan pakai sedap type je.Kikikiki!

Sama la jugak bila keluar isu pasal kerajaan.Amik contoh pasal kebajikan rakyat misalnya.Bagi kebajikan tu kerja kerajaan.Pada I kalau kita setuju kerajaan biaya PANDA sampai beratus juta,kita sebenarnya tak layak nak bercakap pasal bantuan pada golongan miskin.You get my point?Malas ah nak ulas pepanjang.Dah bosan dah dengan isu sama je skang ni.

Paling benci nak hadap ayat "Tak suka kerajaan sekarang boleh pindah negara lain".

Hmmmmm.....entah sejak bila la bumi Allah swt ni jd hak manusia.Sesuka hati je nak halau-halau orang.

Isk lama dah takde entry marah2.Kikikiki!

Baru seminggu dua ni duk muhasabah diri nak avoid drama.Ok ok.Esok start.

Ha Ha Ha Ha Ha!


No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You