Kita letak hari kek sedunia sbb haritu jer rasa nak muntah pandang kek.Kikiki!
Sehari sebelum Eidul Adha I ada ambik tempahan kek.Motif sebab nak cabar diri sendiri.Actually I ni bukan la baker dan setakat baking utk family kira orait la dan kadang2 jadi bidan terjun tu still consider lepas la.Dan ini pun kes bidan terjun gak ni.
Kisahnya wife my friend nak celebrate birthday anaknya dan mintak contact ngan I kotnya la I ada tahu mana2 baker yg mmg bikin kek ikut tema.I bg contact my friend tp dia xnak ambik sbb dah full katanya.Dan I pulak sbb rasa kesian terus offer diri sendiri.Luckily wife kwn tu boleh letak kepercayaan pada kita.Hihihi.Kalau uolls mesti fikir banyak kali dulu sblm decide nak tempah ngan kita.Hihihihi!Sebab I ni bukan baker berpengalaman pun.
Jadi my customer,ewah,dia nak rainbow kek dan theme birthday party anaknya tu pulak theme Safari.Memula rasa cuak jugak nak membuatnya tp I cuba cabar diri sendiri.Yes.I boleh buat.Bayangkan seminggu hokkey fikir nak deco lagu mana.Dan yang paling ngeri takut tak menjadi seperti yg dikehendaki oleh customer.
Dah la first time nak buat rainbow cake dan resepi of cos la dari internet.Dan idea nak deco tu pun ambik dari hasil carian google jugak dan terus link pd page Kak Azlita Masam Manis.Jadi idea tu dtg dari situ la.A million of thanks pada Kak Azlita yg byk kongsi ilmu masak-masak ni.Memang terbaik la.Dan resepi rainbow kek tu pulak I amik dari blog Kak Azie Kitchen.Takleh nak letak link sbb guna phone je ni tapi siapa tak kenal blog Kak Azie.I boleh cakap antara the best blog la selepas blog Mat Gebu.Hihihi!Memang terbaik la diorang.
Udah la bukan mudah tau nak buat ni sbb 3,4 hari sebelum tu si Soraya demam straight 3 hari tak kebah2.Manja tu toksah cerita la sampaikan rasa nak senget tulang pinggang ni duk kendong dia.Dan hari Sabtu sehari sebelum raya tu,hambik kau,dah nampak apa punca si Soraya ni demam.Rupanya nak kena demam campak.Ikutkan hari Sabtu tu dah mcm putus asa dah sbb maklum la buat kek ni dia kena fokus jugak.
Bayangkan benda yg boleh siapkan dlm beberapa jam je,I haritu sampai setengah hari baru siap.Nak bentuk2kan animals tu kena daya fokus yg tinggi.Itula time buat tiger tu tetiba nampak rupa babi.Terus I buang.Kikikiki.Buat lion la senang.Jadi yg berjaya I buat adalah zirafah (terrer tak trick buat leher ngan kepala je?hehehe),hippo,lion dan ular yg membelit tu.Gajah dengan monyet tu I beli yg dah siap.
Hasil berperang dengan anak yg tak sehat dan inilah hasilnya.Ikut tuan tanah sangat berpuas hati dengan pencapaian diri sendiri cuma kena lebih praktis lagi ni.Maklum la amatur.Kikikiki!
Dan I pulak tak reti nak bajet untuk frostingtu sekali terlebih buat daaaaa.Jadi nak buang sayang so berakhir dengan bikin red velvet kek tapi guna tepung yg segera tu la.Hihihi!Sedap jugak.Nampak mmg comot la sbb ngam2 je cream tu takde berbaki langsung jd manfaat je la setiap ruang yang ada.
Dan pavlova ni pun termasuk dalam tempahan tp yg ni tak risau sangat sbb senang je nak buat cuma kalau ikut sepatutnya I letak strawberry tapi pagi tu suh abah pergi ke Giant sold out pulekkssss.Petang tu baru ada tapi consider sudah terlambat la.Jadi I just letak anggur dengan mempelam.Hihihihi!Tapi orait jugak la plus segala mak nenek beries ni tak mudah sgt nak dapat kat Terengganu ni.Kadang2 nasib ada,kadang2 takde.
So itu la ceritanya.Kepala berat dah ni.Dah nak ting tong maklum la baru lepas buat latihan ilmu hisab.Keskeskes!
6 comments:
Salam kenal, pandai buat pavlova, sedap tu.
giler kau tak hebak macam ni! Kalau dekat memang I tak pikir banyak kali wei, confirm tempah ngan u. my tangan is batu, usahkan nak deocorate natang ni semua, nak spread jam evenly on toast pun tak mampu.
Boleh jer nak tempah babe.I post la dari aussie ke german.keskeskes!
Salam kenal juga.Pavlova ni antara dessert yg mudah dibuat.Try la.
Mmg berbakat la... cantik2 kek... jom kita share cake deco
Beres je Kak Sue : )
Post a Comment