Kudap-kudapan

Selalu-selalukan apakah kudap-kudapan yg anda sua untuk anak anda?Junkfood?Ice cream?Cekodok bawang?bla bla bla yada yada etc.

Mcm I ni bad parenting sikit la mcm sesetengah orang yg suka label tu sebab I ni sua je anak I makan junk food.Takde la strict sgt sampai takleh sentuh langsung.Sampai ada tahap haramkan terus.Tapi itu atas memasing la.Masing2 ada pendapat masing2.Tapi mcm I bagi tu mmg bagi cuma masih kawal la pengambilan sebabnya anak kita alah dengan coloring.

Mcm mana tahu alah dengan coloring adalah everytime dia makan ice cream yg terlalu byk coloring atau gula2 yg meriah dengan color2 tu,keesokan harinya mesti sok sek sok sek kena selsema.Selsema kalau pengambilan tak banyak tp kalau pengambilan agak banyak ia akan didatangkan dengan pakej batuk sekali.Itu kalau ND la.Ibaratnya coloring menggalakkan penghasilan kahak berlebihan pd dia.Gitu la ceritanya.

Tapi kalau DS I taktau la sama ke idok dengan kakaknya sbb DS ni perut tak tercemar lagi dengan segala junk food ni bagai.Sbb dia baru pandai nak mkn.I start solid food pd dia pun time dia 10 bulan kot walau orang cakap 6 months tu dah leh start.Tp I tak bg time 6 months dan I drag until 10 months mcm tu la baru bg.Jadi skang ni dia tak berapa cekap lagi nak makan tp makan barang2 hasil kutipan kat lantai cekap pulak.Muahahaha!

I kalau boleh memang taknak bg langsung junk food pd anak tp rasa tak unfair pulak sbb I laki bini kdg2 selamba je buat stok kat pantry.Bila terasa nak mkn buat keluar lepas tu anak tgk.Hahaha!Nak makan nyorok2 rumah kecik weiii usai nak main menyorok pun takde feel.Hahaha!Takkan nak makan dalam toilet.Kikikiki!

Nak diharamkan terus kadang2 anak tekak rasa teringin bukan anak yg teringin jadi ada la jugak stok walau tak banyak.Tp bila dah dari awal kuantiti dikawal so anak I pun mcm takde la addict sgt.Cuma once in awhile dia ada la jugak mintak.Kenkadang bagi la jugak udah buat muka penyu kat depan kita mohon simpati.Cair la jugak.Ini selalunya drama setiap kali singgah supermarket,kedai atau time isi minyak kat petrol pump.Heran aku.Asyik kena tol jer.

Tapi kalau kat Aussie I ajar ND makan kekacang.Kat sana nak jumpa hazelnut,walnut,almond dan segala kekacang ni mmg mudah.Mudah maksudnya yg boleh dimakan terus tu sbb orang sana kekacang tu pun diorang mkn as a kudap-kudapan jugak.Bukan maksudnya Malaysia ni takde,tp harga agak mahal.Macam kat sana agak murah la.I suka beli yg mixed nuts sekali dengan segala jenis berries kering tu.Dicampur sekali.Suka sbb dah la rasa tu mmg best,boleh kenyang pulak tu.Jd selalunya kalau I makan benda tu dulu,time makan nasik takde la byk sangat.Maklum la nafsu makan sama level ngan dinasour.Kikikiki!

Kismis pun I suka.Paling suka sultana tp ND tak berapa berminat sehinggalah td I jumpa kismis organik ni dekat kedai jual makanan organik kalau dah terang2 tulis organik.Mihmihmih!

Harga agak mahal utk satu satu tin ni tp didatangkan dengan pakej berkembar iaitu dua tin pd harga RM25.I try la beli nak bg ND makan ni sbb I rasa makan ni lagi bagus dari dia duk makan Twisties,Double Decker bla bla bla sambil tgk tv.Dan td I bg kat dia dan luckily dia suka.Yeay mak happy!Tapi jangan la sekali hadap satu tin wahai anak.Sebab dari suka boleh jd duka.Muahahaha!Nanti karang habis duk beli supply benda ni jer karang.


Tapi serious la sedap.Lain dari raisins yg biasa beli tu.Sangat lain dan size pun agak besar sebijik2 tu.Skang ni bukan takat ND je suka,DS pun suka.Lagi haru bila atok diorang pun suka.

Emak?

T _ T

Bye~

4 comments:

Rafhani said...

Tang part atok suka tu dok tahan..hahahahahha

Unknown said...

Pengsan.Hahaha!

Nastyna said...

junk food jenis ckedis tu kami kurang bagi sebab kami sendiri kurang gemar, tapi ada la once in blue moon beli terasa nak bermsg hahaha. betul kan.. kat sini pun selalu kami beli kekacang ni nama dia "studentenfutter" maksudnya kudapan pelajar hahaha.. boleh pandai kan makan kacang.

Unknown said...

Oho "studentenfutter".Eh u mmg byk belajar kan perihat disana.I ni merangkak-rangkak lagi nak adapt sepenuhnya segala benda disana.Hihihi!Bagus la u.I like.

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You