Kembali bersiaran dengan story yang tak la menarik sangat pun tapi nak jugak cerita.Hehehe!Cerita di hari Jumaat yang mulia ini adalah pagi tadi pergi test.Tp alhamdulillah I rasa mcm confident jer menjawabnya maklum la pulun study dua hari ni sampai tak cukup rehat.Itu pulun study dua hari boleh jawab mcm tu,kalau pulun study 20 hari mau takyah buka soalan dah tau dah jawapan.Muahahaha!Tapi result taktau lagi sbb kalau confident menjawab sekalipun belum tentu betul semua jawapan tu.Keskeskes!
Dan lepas habis test tadi terus meronggeng ke Giant cari barang sikit.Dalam fikiran kotor suci ini,di hari Jumaat tambah lagi dekat2 time kaum lelaki yang beragama Islam sepatutnya ke masjid solat Jumaat,mesti lenggang Giant.Itu tanggapan sendiri namun ternyata meleset.Ramai giler hoiii orang sampai naik stress I yang beratur nak bayar barang yg tak sampai 10 items pun ni.Actually tadi pergi shopping barang junk.Hahaha!Kenapa cakap junk sbb selalunya every month I memang akan spent satu hari untuk beli barang yang ntah hape2.Ntah hape2 itu adalah pergi shopping semua process food seperti jus dlm kotak,susu dalam kotak,biskut,roti,coklat bla bla bla bla pastu ada la selit buah-buahan,cheese,yogurt dan selalunya barang2 yang takde kaitan ngan dapur tapi ada kaitan ngan perut tuan tanah.Makanan2 ni kadang2 boleh hilang stress tapi tak berapa mampu nak hilang lemak.Hahaha!Makin tambah lemak ada la.
Tapikan masa nak masuk pintu Giant tu bertembung la dengan adik angkat abah kita.Ni bukan abang angkat adik angkat mcm bebudak sekolah ni,tp ni family angkat yg mana abah kita pernah stay kat rumah parents dia dan sampai sekarang kami masih rapat.Itu cerita masa abah kita muda remaja tak kahwin lagi dengan mak kita sampaikan kecik2 dulu kitorang confius mana satu tok tokki kandung.Muahaha!
Tapi takleh ingat td dia ada request nanti kalau I satu family nak balik Australia dia mintak tinggalkan si Soraya dengan dia.Dia willing nak jaga katanya sebab dia almost 20 years kahwin tapi belum ada rezeki zuriat.I tau dia melawak tapi dalam kereta td mcm duk terfikir jugak mcm mana la perasaan ibu bapa yg serah hak penjagaan anak pada orang lain.Tak kisah la sebab terpaksa atau suka-suka (ada ke?).Hmm...mcm jiran kat rumah I ni,orang susah so last year isteri dia bersalin anak ke 8 kalau tak silap,jd sebab kesempitan hidup dia terpaksa serahkan anak tu pada org lain.Tp rasanya sedara-mara diorang gak yang ambil cuma ada gak I dengar mcm lepas bersalin tu terus serah sbb takut emak baby tu ubah fikiran.Sampai mcm tu sekali.Sedihkan?
Sudah2.Kita takmau cerita hal-hal sedih ni.Ni I nak tanya daging qurban last week yg bertingkat2 kat dalam freezer tu bikin apa?
I kat rumah ni boleh tahan jugak banyak daging yg dapat sampaikan hari kedua Raya Qurban tu dah start mabuk daging.Kikikiki!Overdose.
Ni nak share recipe mudah yg boleh dibuat dengan daging2 tu.Haritu yang ini sampai dua hari duk ulang buat.Simple tp sedap.Kena pulak makan dengan nasi putih panas2 memang mahveles la.Usai mertua lalu kat belakang tak sedar,mertua bagi salam pun mampu jawab dlm hati jer sbb fokus sangat makan nasik tu.Itu pun kalau dengar la dia bg salam.Kikikiki!
Daging panggang yang I marinate berjam2 bagi menghasilkan impak rasa yg awesome.Kikikiki!
Sos perap I bantai letak:
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Kicap manis
Kicap masin
Garam
Gula
Madu
Serbuk lada hitam
Serbuk lada sulah
Serbuk kunyit
Rosemary
Thyme
Buat anggaran jer nak letak banyak mana jangan terlebih jangan terkurang.Cook with your heart.Ngeeehhh!Lepas tu gaul dengan daging dan boleh la perap.Simpan dlm peti es seeloknya.
Air asam:
Air asam jawa (buang biji tapi kalau nak ambik biji terpulang)
Masukkan sedikit gula
Sedikit garam
Sedikit belacan (optional)
Potong dadu bawang besar
Potong dadu tomato
Potong cili ikut kesukaan (I letak byk sgt haritu.Time makan memang la mahveles tapi dua hari menderita pedih perut)
Nak masam lagi perah asam limau tp I rasa mcm no need dah sbb air asam jawa tu dah mcm lengkap dah.
Daging I panggang dalam oven.Suhu 200 darjah celcius selama 40 minit ngam2 cantik sekali dia garing cantik.Dalam loyang tu sebelum letak daging boleh la letak sikit butter atau minyak masak.Jangan letak minyak petrol.Tragedi karang.Mentang2 la minyak naik doplohsen.Ok sekian terima kasih.
Sila la jamu mata eh jamu selera kalau rasa rajin nak bikin.selamat berjaya!~
2 comments:
semalam baru kami kenduri dagim, hak beli punyerrr huhuhu.
kan... i terfikir kekadang sejak ada anak ni, canner la ibu tu mampu kereaskan hati tinggalkan or serahkan anak pada org lain. I tak boleh wei, gi jamban 5minit pun dah rindu huhuhu.
Tu la kan.Rindu wooo.Tapi gitu la kehidupan ni.Owh masak apa yukk dagingnya?Tak buat burek lagi?hehehe.Ala lucah betul la.Lucah pun sedap rasanya.Kikikiki!
Post a Comment