Welcome to 2011

Mengikut kalendar barat,esok adalah Tahun Baru so Happy New Year to all.Kalau sblm ni aku dah sibuk celebrate tahun baru (1 Muharram) haritu esok pun aku nak wish jgk.So goodbye to 2010 and say hello to 2011.

Kalau diingat balik rasanya aku tak pernah celebrate New Year pergi mana2 dan jauh sekali nak countdown bagai kecuali adalah sekali dalam tahun 2002 rasanya dan that time ngah lepak dekat kedai mamak dgn Kak Yus and my sister Kakak.Waktu tu semua org sibuk sembang tetiba semua diam bila dkt tv waktu tu live from stadium merdeka kalau tak silap dan ngah countdown.Semua org sibuk counting dan pastu jerit Happy New Year,pastu tepuk tgn ramai2 dan lepas tu semua org diam balik then back to normal sambung sembang.Mcm kelakar la pulak.Tapi rasanya itu je la kenangan malam tahun baru.Selebihnya kat rumah jer walau dulu aku pernah stay kat Shah Alam sbb kerja kat sana tp still tak keluar jugak balik2 tekap muka kat tingkap tengok bunga api tapi dari kejauhan je la.

Tapi bila masuk tahun baru bermakna umur naik lagi satu angka.Ini yg tak bestnya.Huhuhu!Sila sedar diri sekarang.

Tapi rasanya tomorrow tak ada apa yg nak dicelebratekan kot.Urm...cukuplah wish sahaja sbb rasanya en.suami dah kopak nak beli present.Ini angkara Year End Sale la ni.Mula nak salahkan YES.Hahaha!Sikit pun taknak salahkan diri yg overspent.Tapi kalau ada ni pun rasanya dah cukup.Nak jugak.Uhuk!




Tapi ada jgk yg tak bestnya lahir tahun baru ni walau dlm i/c tulis 1 Jan tapi ramai jgk yg sibuk question betul ke tak sbnrya tarikh tu or waktu lahir sbnrnya hari sebelum tapi sbb nak tarikh best (tuju kat bapak kita) terus mintak nurse tulis 1 Jan.Kalau dah dengki tu mmg dengki la.Hahaha!So,sila rujuk my i/c.Ala kalau betul pun apa yg nak dikisahkan sgt.Bukan jadik kudis pun.


Namun mengimbau kembali tahun 2010 rasanya banyak juga kenangan sedih,manis,pahit,masam,tawar etc.


2010 meningalkan kenangan bila:


1)Selamat melahirkan Damia secara normal pada 13 Jan.
2)Ngah pulang ke rahmatullah krn kanser.Al Fatihah.
3)Dapat anak saudara Syahirah Rafhanah,Tengku Saif & Tengku Bilal Hisbul Rahman.
4)Start sem 3 setelah bercuti hampir 8 bulan.
5)Apa lg ek????aku lupa la.

Apa pun "Selamat Tahun Baru".Chow!

Walk n ride versi Damia



Baby kita dah masuk 11 bulan.
Harini nak cite pasal milestone dia yang paling latest.
Kejap je masa berlalu nak berlari dah anak kita.
Sebenarnya dari 9 bulan lagi dia dah start nak berdiri siap lepas tangan u tapi time 9 months tu mcm sikit2 jer la.
Bila masuk 10 months tu mcm hardcore sket.Isk!Ada ke.
Tapi sikit tak takut jatuh tersembam muka ke lantai.
Kalau serik takkan boleh pecah bibir berdarah sebab jatuh.
Tapi yang bagusnya nak usaha juga dia.
Bagus2.Keep it up bebeh!


 Pantang nampak kerusi mesti laju je tujunya.Ini waktu tak pandai nak seimbang badan lagi.
Skang dah expert dah siap joget tepuk2 tangan lagi.
Jobo btol! (pinjam script Amani)

Discuss dengan bapaknya.
"Moh ler kiter beli ala menatang apa tu yang 2 in 1 ride tu.Mula2 practice tolak dulu then bila dah boleh lari mcm lipas kudung tu,boleh tukar jadik beskal pulok.Transform gitu.Ingat Bumble Bee je leh tukar kejap jadik robot kejap jadik kete".


 Jadik kita godek2 la kat internet.Tapi kalau ikutkan dah lama dah tgk kat Toy us r.Kecur liur nak beli.Pantang nampak mainan best sikit.Bak kata doktor,"Sindrome anak pertama".Heh!Tapi bapak dia cakap,"Biar dulu la".

Tgk harga adalah dalam rm100++.Tapi kalau jenama Fisher Price tu macam mahal sikit la.Ini Playskool punya.

 Ini bila dah terrer jalan,lipat boleh jadik macam ni pulak.


 Tunggang pusing keliling rumah.Ish!Dah mula berkira2 ni nak beli.Mak dia pulak macam tak sabar2.Lebih2 pulak dia.

Tapikan...ntah macam mana tetiba jer kita ubah fikiran balik.Sebab dia apa tau...Scroll down please..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

 Hehehehe!Tak sangka pulak anak kita ni kreatif rupanya dia.Tak sempat beli mainan tu dia dah buat mainan sendiri.Kreatif jugak sbb dia guna tupperware isi beras jadik Walk n Ride dia.Satu dapur dia pusing siap gelak sorang2 tak tahan tu.Teruja sangat agaknya.Lantak ko la nak.Jimat gak duit macam ni.Kalau lagu ni takyah beli la benda tu.Hehehe!Tunggu ko besar sikit kita upgrade beli beskal terus.Senang.Hehehe!

Konpem tak tertonggeng sbb beras tu dah jadik as a pemberat.Stabil lak tu.


Stop kejap.Macam stop kat RNR la pulak.Kasik rehat kejap sambil tegur kucing kat belakang rumah.Say "Hi" dulu kat kucing tuh.
 Pandai pulak Damia parking bekas beras tuh comel je kat belakang dia.

P/s:Skang dah pandai melangkah tp paling max pun baru 2 langkah.Takpe la.Itu pun dah mcm satu kejayaan untuk ayah dan bonda.Love u baby!

Salam Maal Hijrah

Salam Tahun Baru 1432 Hijrah.Salam buat semua umat Islam seluruh dunia.Tiba juga tahun baru kita.Moga usia hingga saat ini sentiasa diberkati olehNya.1 Muharram menjelma.Tahun baru bermakna azam baru.Macam tu ek?Biasanya macam itulah.Untuk diri sendiri,mmg setiap kali masuk tahun baru,harus ada azam baru.Dan untuk azam tahun ini haruslah cuba melakukan yang terbaik (klise ayat artis kau).Heh!

Tidak..tidak...harus lebih baik dari semalam.Dan mungkin adalah lebih baik dari semalam.Atau extra baik dari semalam.

Memandangkan kini aku sudah bergelar isteri,ibu,anak,pelajar,rakyat Malaysia,seorang Islam maka tanggungjawab yang dipikul sememangnya banyak.

Kalau begitu harus ada azam.Maka,dengan ini aku berjanji moga aku
-
-
-
-
-
-
-

1-Menjadi lebih matang (sebelum ni matured juga cuma kdg2 ada mcm fius terbakar sket,alignment lari sikit)
2-Seorang yang lebih komited
3-Harus lebih penyabar (jika tidak tahu aku sebenarnya seorang yg agak pemanas sebenarnya bkn water heater tau.Hehehe!Sorry tak kelakar)
4-Harus extra rajin
5-Lebih teliti
6-Kurang zzzZZZZ (terlalu selesa)
7-Berjimat cermat
8-Lebih focus (sebelum ni banyak main2)
9-Super woman to my husband
10-Super mommy to my daughter
11-Superman oh!bukan.Super ape ek?Anak yang super la untuk my parents jika andai sebelum ini aku lebih pada Suparman.Hoh!
12-Kurangkan berangan walau tak kena bayar
13-Kurangkan buang masa walau best sebenarnya
14-Kurangkan bercakap benda yang tak ada manfaat
15-Praktikkan fikir dulu baru bercakap (selalu pakai ckp lepas je)
16-Lebih bersopan dalam tingkah laku (sila kurangkan angin suka cari gaduh)
17-Kurangkan mencarut
18-Kurangkan psycho diri sendiri bila bosan tak tahu nak buat apa
19-Kurangkan fikir yang bukan2 yang melangkaui akal kdg2
20-Stop create drama sedih
21-Kurangkan main games sbb selalu alpa pastu anak tertonggeng tak sedar 
22-Kurangkan gula dalam minuman (bkn sbb gula naik harga tp sbb genetik disoder maka harus alert)
23-Kurangkan tgk E! (tak ada faedahnya kagum dgn kehidupan org kafir)
24-Minimizekan ketidak hadiran ke kuliah
25-Kurangkan sikap suka cari alasan
26-Lebih mesra alam
27-Rajin baca buku
28-Rajin cari duit lebih (nanti senang nak shopping ada duit extra)
29-Dan apa yang penting moga aku menjadi hamba yg lebih taat hanya padaNya.

30-Dan akhir sekali semoga aku juga menjadi yang terbaik untuk mereka ini



Sekian terima kasih!

Kakak Damia

Pejam celik pejam celik..jangan pejam tak celik-celik,umur baby gurl kite dah masuk 10 bulan.Kejap jer masuk berlalu.Masa berlalu yang terlalu pantas atau aku sebenarnya yang terlalu banyak buang masa??Heh!

Tapi kocik lagi dia ni..ini bkn sebarang kocik tau..ini kocik dh boleh harap.Dah boleh jaga baby.Nak adik ke??Oh!Not now bebeh!Please try again later. 

Pic Damia dgn Rafhanah-Dibawah pengawasan sebab si kecik ni bukan boleh harap sgt.Mula2 sentuh jer...2 minit lepas tu kebarangkalian nak duduk atas si Rafhanah tu amat besar so be careful la yer Ibu Long.
 Cuit-cuit manja dulu

Tepuk-tepuk dulu siki-sikit





 Hambik!Semakin berani.

 Duduk jer sebelah.....pic sebelum tak sempat snap sbb amat ngeri.Ini adalah pic selepas kejadian.

Moral of the story:Sabar dulu la kot ye pun nak adik dalam masa terdekat nih.Huhuhu!

Akhirnya...baru boleh bernafas lega..tp sikit jer la...

Alhamdulillah makanya 25hb Nov baru ni settle la sudah final examnya...
Dengan segala kepayahan,kesusahan,kelam kabut segala (sendiri bikin) maka selesailah sudah..
Result dia belakang cerita...huh!

Mai sini tengok pic bawah
-
-
-
-
-
-

Cuba ko cakap macam mana aku nak focus kat exam kalau lagu ni la dia....


Cari alasan incase result remuk jiwa leh salahkan si kecik kat atas nih..huhuhuhu!

Takpe..tolong study untuk mak dia..apa salahnya..kata kongsi segala..

Facebook Oh!Facebook!

Facebook oh! Facebook!Skang ni dah mcm trend dh.Bkn mcm trend dah tp mmg dah trend pun.Ko takde FB ko mmg tak up to date.Hehehe!Sana sini org duk cerita psl FB.Nk cari kwn lama pakai FB,nak cari kwn baru pn pakai FB,nak cari gf/bf,bini/laki,stok geli2,peluang bisnes etc semua pakai FB.Mmg hebatlah penangan FB ni sampai tahap asal on pc je mesti nak bukak FB dulu.Kalau tak bukak sehari mcm tak lengkap pulak hidup.Isk!Dasyat2!

Apa motifff aku ni???!!

Tak adalah.Sebenarnya saja je aku nak tulis sbb aku rasakan yang org kita ni dh salah tanggapan dgn FB ni.Kalau dilihat boleh dikatakan FB ni dh jadik mcm diary bergerak pulak.Sbb aku rajin sket mlm ni,saja aku nak pjgkan bebelan aku ni.

FB sbg medium cari kwn baru,track kwn2 lama,sambungkan balik silaturahim yg lama putus,silap2 boleh buat reunion balik,tmpt berkongsi cerita/idea/nasihat,bisnes,forum bla bla bla-pada aku BAGUS!

Tapi dlm canggih2 tu ada juga beberapa makhluk yg tak berapa nak canggih bila FB ini silap pulak cara implementasi dia.

Tapi ada bagus jugak andai mak cik jual pisang goreng kat umah aku ni ada FB sbb leh aku order pakai FB je.

"Mak cik pisang goreng dua hengget kol pat karang ambik"-canggih siot!

Berbalik pada citer td tak tau la kalau aku je yg perasan atau korang je yang buat2 tak perasan bila:

Situasi utk laki bini - Pada aku setakat nk share cerita psl anak2,newly wed,family,aktiviti etc ok jer nak dilayan cuma bila masuk bab discussion antara laki bini yg pada aku dlm bilik/rumah pun boleh discuss tp nak jugak tanya kat FB.Contohnya,perlukah korang:

1-Tanya laki/bini korang harini nak msk lauk apa/nnt plan bercuti family nak pergi mana bla bla bla-Apa tak ada hp ke?
2-Tanya laki/bini perasaan cinta or asal gaduh jer bising kat FB tp bila baik start la sajak2 syahdu kat FB jugak.Sng je org nk detect kita gaduh laki bini silap jd bahan ketawa org.
3-Perlukah seorg isteri nak inform laki dia outstation/OT balik lmbt kt FB.Tak ke bahaya andai la ada org nk ambik kesempatan dh tahu kita duk sorg2 kat rumah.

Situasi orang keje opis

1-Bosan dgn keje luah kat FB
2-Marah bos luah kat FB
3-Tak dpt cuti benggang dgn bos luah kat FB
4-Bosan staff lain ramai cuti tinggal dia sorg2 kat opis luah kat FB
5-Takleh settle keje sbb diri sendiri kurang bijak luah kat FB-aku sound direct je sbb dr korg sibuk berFB baik korang surf internet cr solution nak settle task korang tuh mcm mana lagi baik
6-Sampaikan bos block FB xleh bukak kat opis pun nak marah luah kat FB-whatdaheck??hahaha

Apa korang keje ni ikhlas ke tidak sebenarnya???Kalau tak ikhlas nasihat aku better quit job jer la.Senang.

Situasi GF/BF

1-Nak kejut gf/bf pun nak pakai FB
2-Nak remind bf/gf pun nak pakai FB

Apa korang takde hp ke yg boleh sms bagai x pun call??Tapi mungkin tak ada la tu kot sbb tu pakai FB (think positive)

3-Sng citer cintan cintun dlm FB la yg kdg2 buat org lain loya tekak baca.

Dan the worst skali tanpa sedar kdg2 niat kita hanya update status nak luah perasaan (kata "what's on your mind?")tapi secara x sedar kita menunjukkan kelemahan diri sendiri dimana org lain boleh take advantage pada kita.Tak ke bahaya tu.

Dan ada juga yg suka tunjuk brg2 yg ada,kete mewah yg ada,umah yg besar gedabak yg ada (sbb umah kwn lain tak sehebat umah sendiri),brg apa yg selalu beli bila g shopping bla bla bla.Iyelah,kwn2 lain tak ada.Time ni la nak riak sikit kan tp bahaya la andai ada tetiba ada yg aim kita kan?Zaman skang ni semua benda kena hati2.Ragut,rompak,ceroboh,bunuh..nauzubillah.

Tapi bila fikir balikkan,aku ni dh jadi mcm org sibuk pulak.Dah page diorg lantak diorg la yg aku nak sibuk tu asal??Betul tak??Aku bkn nak sibuk cuma aku rasa dalam hidup ni pandai2 la beza apa yg patut dgn apa yg tak patut tu.Sbb selama ni yg aku nmpk kebanyakan org lebih suka ikut kepala sendiri dr fikir kesan akan dtg.FB salah satu medium untuk bersosial,so gunalah ia secara berpada2.


Kot ye pun addict sgt jgn la sampai jadi tahap mcm ni *Ihsan google

Owh stress!

Harini agak stress.Kalau rasa apa penyebab rasanya tak terlist sbb esok belum tentu habis.Tapi apa yang pasti aku still lg dalam mode exam.Lagi tinggal satu paper.Paper last ni mmg hardcore.Lagi dua hari sblm nak mengadap paper Managerial Economic.Rasa nk meroyan pun ada jugak nih.Cool!Cool!Tak rock la kalo mengelabah (terapi menyedapkan hati sendiri.Hehehe!).Tapi dlm duk asyik dup dap dup dap tu,sempat lg dtg fikir asal la buku sekolah tuh tak sebest membaca buku kat bawah nih??Kalau la seasyik mengadap buku ni mau Dean's List aku every semester.

Hah!Kalau nak tahu walau umur aku dh 26 tahun tp ni adalah antara fav aku.Baca buku Harry Potter.Berkali2 khatam dah.Abah aku cakap takde kejeeee.Bahasa Melayu lak tuh.Ala..otak yg seharian penat bekerja kadang2 memerlukan sesuatu yg ringan.Baru la rehat sikit.Buku2 sekolah aku semua dlm bahasa omputih.Sbb dari omputih la td exam tiba2 dtg dwibahasa tergagap-gagap aku nak menulis last2 aku campur dua bahasa,Melayu/English nasib tak tetiba keluar Arab.Lagi haru you.Sah2 laju jer tangan lecturer campak paper aku tu terbang masuk tong sampah.Tetiba lak terfikir,"Boleh ke buat dwibahasa mcm tu???".Lantak ah.Brg yg lepas usah dikenang (terapi diri yang ke 2.Hukhuk!)

Berbalik pd buku td,ini bkn nak promote,tapi just nak gtau sbnrnya buku2 ni amatlah best kalau baca time makan nasik.Mesti korang tertanya2 apa kena mengenanya baca buku ni dgn mkn nasik??Takde kena mengena sbnrnya cuma just nak gtau cambest jer la untuk aku.Tapi pada aku ok apa kalau nak compare ngan akak aku yang pernah baca buku sejarah form 4 time makan nasik.Tu lagi psycho.Hahaha!

Bercerita bab Harry Potter ni aku ni sememangnya peminat setia la dari siri 1 lagi sampai siap mimpi2 tu daftar masuk sekolah Hogwart.Tapi tu kisah dulu.Kisah sblm aku jadik mak Damia.Tapikan kalau la andainya sekolah lagu tu ada la kat Mesia ni dan aku leh grad sampai boleh jadi ahli sihir hebat mcm Prof Dumbledore tu,aku ingat aku nak sihirkan kete laki aku tu la kasik tukar jadi Bentley lak.Fuhh!!Tingginya cita2.Tak tercapai akalmu.Hahaha!

Tapi apa yang saya inginkan tekankan disini adalah,MEMBACA ADALAH AMALAN MULIA.So marilah membaca.Dan2 tukar jadik saya.

Stress yang seterusnya adalah berkait rapat dgn anakanda tercinta pula.Harini adalah julung2 kalinya tinggalkan dia dgn akak ipar aku.Sbbnya,mak aku dgn abah aku nak pergi mkn angin jd LU PIKIR LA SENDIRI! (ala Nabil pun xleh fikir sendiri.Hahaha!Merujuk gosip dlm paper semalam.Sempat lg selit!Selingan jap!)

Bayangkan aku jwb exam sambil kepala ingat anak.Menangiskah dia?Histeria ke dia?Atau sipi2 sikit jerk lagik nak meroyan??Sampai terganggu konsentrasi aku nk menjawab (padahal takleh jwb soalan essay tiba2 cari alasan)Hehehe!Time balik aku drive macam lipas kudung balik rumah.Tiba sampai kat rumah,report yg diterima,anak aku tu happy jer sebenarnya time aku takde.Tak menangis pun tp aku jer yang mengada lebih risau bagai.Chait!Tapi risau  yang lain adalah risau pada hobi anak sendiri yg amat gemar mengutip benda2 asing yang kalau mata kita tak perasan pun tapi dia nampak.Yang tensionnya,semua nak masuk mulut.Itu la yg cukup aku risau sbb baru2 ni dia ada try mkn sarang anai2 celah pintu.Jilat tayar basikal tu toksah nk citer la.Tu belum campur dgn sesi merasa lantai perisa apa.Tolonglah Damia!Ur mom teramatlah letih nk mengorek mulut anda yg skang ni dah pandai gigit la pulak.Sabor jer la!

Ini baru dikatakan jalan2 cari makan bukan tapi carik pasal sebenarnya nih ini budak!

Sasaran dikenalpasti.Takde keje lain.Menyelit jer mana2 yang boleh selit!Ini mesti ada benda yg dia nmpk la ni.Usaha juga nk korek.

Buah hati pengarang jantung gue!Rilek jer kau yer time bonda tiada dirumah.Kalau bonda ada,5 minit sekali kau meraung mintak dukung mintak nenen!Adui!Sabor jer la.....

Birthday Amani!

Harini birthday anak sedara I
Plan last minute so preparation pun laksana pekerjaan last minute juga la
Pikir2 punya pikir...buat chocolate cake la
Kata "tokey" dah sekarang
Masuk sana tambah sini kacau sinun
Tung...tang..tung...tang...
Inilah hasilnya air tangan kite

Letak huruf "A" je sbb nama birthday girl harini Amani...
Memang dasar mak sedare pemalas..
Penat dowh!Anak tak sehat..semalamam tak cukup tido
Ok la..kalau Secret Recipe tgk ni mau nangis nih!Hehehe!


So let's celebrate...jemputan tak ramai pun...maklum la majlis ala kadar jer pun.Menu harituh Pasta Creamy Carbonara,Salad,Sandwich Telur,Keropok Lekor (x leh tinggal),pencuci mulut - Buah Nangka???? sungguh tak relate dgn menu lain yg ala2 western gitu.Hahaha!Lantak la.Janji majlis jalan.Hohoho!

Niat azam tahun baru Part 1

Tinggal 2 bulan jer lagi umur dah nak masuk 18 ops silap 2*.Hehehe!Birthday aku jatuh time tahun baru.Jadi kena start buat list azam tahun baru la ni.Tapi satu yang aku aim adalah untuk belajar hukum tajwid semula.***Serious

Tapi perangai dok lagu tu juga.....

Haritu ada sembang dgn abah..

Aku:    Bila la orang nak start belaja hukum tajwid ni.Nak mengaji balik,betul bacaan.
Abah:  Tunggu awal tahun ni la.Tahun baru.
Aku:    Mengaji pon kena tunggu tahun baru jugak?
Abah:  Yelah.Apa mu ingat time orang nok pasang azam je nok tunggu tahun baru?
Aku:    Hek eleh!
(*Abah aku mmg boleh jadi makhluk paling poyo kalau kena hari dia macam citer minggu lepas waktu OTW aku nak p final MIS)

Abah:  Abah bila doh pencen nanti abah tak mboh apa2 pun dari mu semua.

Aku berpaling pandang sayu kat wajah abah aku.Serious aku rasa sayu giler time tu.Rasa nak nangis pun ada.

Beberapa minit dia diam,dia sambung balik.

Abah: Cuma satu jer abah mitok...
Aku:   Apa dia? (slow je nada aku)
-
-
-
-
-
-
Abah: Mu beli abah Volkswagen Golf sebijik orait gok.Takat nok round pusing kampung petang2.

Dah..dah..buang karan jer aku emo tadi...Terus juling mata aku...kena p buat balancing balik nih!Hadui!

Test..test..test

Sebenarnya aku tak ada apa nak citer pun krn ia adalah sekadar menge'test' kemampuan diri yg agak kejakunan bila mana org lain dh lama gile update blog pakai handphone bkn hand free tp aku harini br nak cuba alang2 dpt wireless free kat UMT nih.I like.

Sakit tumbuh gigi & kesakitan tersepit pintu~Sian Damia

Anak dara kite br masuk 9 bulan,eceh!macam comel je guna words anak dara eh!macam tua la pulak pakai words anak dara.Tapi tak apalah.Mana2 ajer.Tua ke muda ke mcm la ada yg kisah.Kdg2 kisah juga sebenarnya.Tapi lain la kalau kita ni artis.Asal tanya umur je segan nak gtau.Balik2 ayat klise,"No komen".Lantak la sbb kite bkn nk citer pasal umur artis ke apa tapi kite nk cite pasal anak dara kite.Bkn anak dara awak.

Anak dara I baru tumbuh gigi.Sebenarnya gigi tu dah mula keluar 2 minggu lepas tp gigi bawah dulu dan baru beberapa hari lepas satu lagi gigi tumbuh kat bhgn atas.Baru perasan bila nmpk mcm ada putih2 dkt gusi dia then bila rasa mmg ada la tanda gigi nak keluar.I mmg excited ok.Satu rumah I gtau.Mesti ada yg ckp,hek eleh!Anak tumbuh gigi pun nak kecoh.Hello!Suka hati I la.Gigi anak I.Sila rasa menyampah sekarang.

Dan yang nak dijadikan cerita,tak tau asal bila gigi atas tu nak keluar maka anak I ni pun demam.Gigi bwh tak ada demam pulak.Lama2 I fikir mungkin sbb saiz kot sbb yg atas saiz dia besar sikit dari yang bawah.Mungkin itu la punca yg menyebabkan dia demam.Iyelah dah yg besor nak keluar mesti sakit sikit.Buat teori sendiri.

Bila masuk bab demam ni,ini yang I lemah sikit.Cuma setakat ni amat syukur sbb anak I ni jenis yg jarang demam jadi bila demam maka kelam kabut la jadinya.Dalam dua hari tu asyik main thermometer je.Kejap2 nak check suhu sampai anak sendiri rimas.Padahal jakun sebenarnya sbb pinjam kakak punya dan thermometer dia adalah sama dgn yg kat klinik pakai,ala yg just letak kat telinga tu je.Itu yg kejap2 nak guna bkn sbb lain sbnrnya.Yg selama ni I pakai yg pakai selit celah ketiak yg mana boleh dikata tak accurate langsung sbb kdg2 tak perasan betul ke selit celah ketiak atau sebenarnya sasaran tersasar kat tmpt lain sbb ank sendiri tak reti duduk diam maka suhu yg diperoleh pn lain la.Pastu mulalah buat andaian sendiri walau yg demam ngah gigil gile tp kita ckp tak demam pun sbb suhu biasa je.Hehehe!Tu br yg letak kat telinga belum lagik yg keluar lampu merah just spot kat dahi tu.Kalau ada yg tu berganda lagi la kejakunan I.

Tapi kalau dh suhu kejap 38 kejap 39,kena bwk pergi klinik juga la.Risau juga.

Agak confius juga.Ini demam ke tidak ni?Demam pun senyum je manjang.Yg kat kepala tu time dia tido cantik la terlekat.Kalau dia jaga jer tak sampai 5 minit benda alah tu pasti beralih kedalam mulut jua akhirnya.Urm!Semua benda nak rasa.
Ini waktu hari ke2.Memang sgt kesian.Suhu agak tinggi dan I mmg tak lena tidur.Kejap2 basahkan kepala dia letak towel.Sayangnya kat anak.Anak nnt nak buat ke tak agak2 bila I demam time tua2 nnt?Entahlah.Kalau dia malas jaga I time gigi I dh tak cukup corum nnt,siap la.I smack dia tp persoalannya larat lagi ke time tu nk backhandkan dia???!!

Namun syukur alhamdulillah,demamnya tak lama.Cuma satu ni I nak cerita yang buat I rasa sedih giler sbb kealpaan I juga psl sibuk sgt nak online pastu confident je letak anak dlm walker then biar anak main dgn cousin dia.Anak I pun satu,dah la paling kecik tp nak ikut main dgn org besar.Salahkan anak sendiri.Hehehe!Krn kealpaan itulah jari anak I telah tersepit pintu bilik.Mmg tragedy.Kalau ingat balik time tu,muka anak I mcm terpingga-pingga antara nk nangis dengan tak.Mak sedara dia selamba je buat andaian member tu sedih sbb org tak ajak masuk bilik sekali tapi rupanya anak I nk gtau jari dia kat celah pintu.Eh!Lupa.Anak I mana buleh berkomunikasi lagi selain dr bahasa dia la taaa..taaa..taa..tahhh...blurrrrr (sembur habis bersepai air liur).Bila I pandang,tetiba jantung berdegup kencang.Kasi dramatik sikit.I rasa lain mcm jer bunyi anak I nangis.I pun apa lagi,terus menerpa dan dummmmm! I terajang tolak pintu tu.Nasib la anak sedara I tu tutup slow2 dan andai la dia tutup dengan menolak sekuat hati pintu tu,kau bayangkan la hazabnya kesakitan tu.Nauzubillah!.Masa tu la tangisan yang mmg saper dengar memang nak nangis sekali sbb bukan takat anak je nangis tapi mak dia nangis sekali.Mana tak nangis kalau dah jari anak sebatang dh kemek kau.Diulang,KEMEK!Aku pun dah start meroyan waktu tu.Ops!Ikut hati time tu jugak I nk bawak anak I pi hospital.Tapi abah I ckp sabar,jap lagi jari tu akan kembali pada bentuk asal sbb dia baby.I dah start meroyan balik.Peluk kuat anak sambil menyalahkan diri sendiri dan sumpah kalau bapak dia call time tu mmg pura2 tak dgr  la bunyi phone pastu pakai alasan lapuk,'Sayang tertidur'.Hehehe!Serious I takut giler time tu.Gigil.Mau tak gigil anak tu dh la kecik.Kita yang besar ni kalau kena pun dah rasa nak terajang org inikan baby.Aduh!Dalam 10 minit,jari dia dh bulat balik tp still kemerahan dan lama2 makin biru.Nasib tak kena atas kuku dia.Ada la garisan lebam tmpat kemek tu cuma tak berdarah.I sapu minyak ubat,bg dia susu terus dia tidur.Dan sepanjang mlm I tak tidur sbb rasa trauma plus rasa bersalah yg teramat sgt.Airmata toksah citer la asyik mengalir sampai tak sedar kol brape terlena.Esok baru I citer kat bapak dia tp itupun time tu dah tak parah mcm semalam.Hehehe!Nasib hubby tak marah.

Beberapa jam selepas kejadian.

Sehari selepas.Just lebam cuma kesian sbb bila mlm jer dia merengek susah nak tidur.Mungkin time malam bila sejuk sikit,tmpt bengkak mungkin berdenyut2.Sian amat kat my baby cinta hati.

Bonda promise u it won't happen again.Ignorekan tulisan pd baju.Hehehe!

Nota kaki: Abaikan penggunaan kejap I kejap kite.Penulis kdg2 tidak berpendirian tetap.

Bila stress jer time nak final...time nak final jer mula la stress.Uhhh!

Minggu ini adalah minggu yang agak stress bagi aku.Totally exhausted!Mahunya tak stress dengan carrymark aku yg tidak berapa nak mengembangkan lubang hidung ditambah lagi dengan banyaknya subjek nak kena cover untuk final ni.Serious aku teramatlah stress dan yang paling membuatkan aku lagi stress bila teringat kat final exam tp tak ada pulak usaha nak ambik buku terus study tapi balik2 duk insaf menginsafi diri je lebih namun tiada effort pun dibuat kesan dr keinsafan tersebut.Urm!Tak tau la apa nak jadi dgn aku.

Bila pikir balik kadang2 betul gak ckp mak aku.Statement maut Kak Ani setiap kali aku mengeluh,"Itu ah dulu doh molek keje galok nok sambung blajo.Bila masuk blajo branok pulok!".

Isk!Statement pertama aku boleh terima tapi yang kedua tu buat aku marah.Aku smack kang baru tau.Eh!Marah mak sendiri.Sah2 ciri-ciri anak derhaka aku ni.Maafkan anakmu.Urm!Dah nak buat mcm mana,udah rezekinya.Takkan aku nak tahan2 pulak.Hilang satu nikmat dunia.Huks!Maka utk membuktikan kata2 mak aku tu tiada benarnya maka aku pun dengan berkobar-kobarnya mula pasang azam.Korang jgn ingat time tahun baru jer baru nak pasang azam.Berazam hari2 pun takpe.Tarrak hal.Teringat tahun baru,birthday aku 1 Jan.Ehehehe!Saje remind takut ada yg terlupa.

Maka aku pun mula la muhasabah diri dan step 1 yang aku ambil adalah dgn print jadual exam dulu.Sila abaikan gambar bodoh kat jadual tu sbb aku tension gile time tu bila fikir kenapa la aku tak tukar setting time nak print dan yg keluar adalah jadual exam dgn tulisan yang maha kecik ibarat taik hidung aku lg besar dr tulisan tu.Sabor jer la sbb kena tenung lama br nmpak kejelasannya dan sah2 tak leh nak highlightkan sbb sekali aku highlight,confirm 4 courses skali masuk.Isk!Kalau semua exam tu aku amik,aku mmg genius tahap Albert Einstein la dan mungkin lg hebat dari dia.Wakakaka!Nk print balik karang,printer pinjam.Printer kat umah segan nak beli ink baru.Bkn yg jenis suntik2 masuk,ini yg jenis tukar catridge (btol ke x aku eja ni?lantak ah!).Malas la aku.Minggu ni aku kopak sket so tak kuasa mak nk layan.Jadinya drp aku kena sound free,baik aku redhakan jer la.

*Asal pic bwh sekali tu nak lukis pic bear tp terlukis binatang alah tu pulak.Dah mcm pic b**i jer aku tgk.Heks!

Berkobar2 betul semangat aku siap tanya member2 apa lagi yg belum settle moh kita settlekan.Semannngatt giteww but as usual it is just like a warm warm chicken shit je la,pastuh hurmm!Tapi ada la satu minggu tuh aku mmg struggle gile.Sedikit bangga dgn keupayaan diri sendiri.Waktu tu setiap apa yg lecturer ckp musti aku take note la sampai tahap kerajinan melampau tu dpt dinilai bila dgn confidentnya aku buat pengiraan utk revision Statistic kat atas note Managerial Economic (sbb lupa bwk note pad) dan konon2 lepas kelas nak salin balik dan sekali tu lecturer kutip latihan tu dan mahu tak mahu zapppp!selamat tinggal note.Isk!Agak terkesima sbb risau pasnih mesti takleh study sbb note tak complete.Dan2 jer walau sebelum ni tak pernah heran pun kalau note tak lengkap.


Khuyuk jer aku time buat kerja Statistik ni.Ignorekan background sbb time ni aku buat kat dlm bilik hostel coursemate aku.Time buat garisan laju tapi time mengira,jeling sebelah sbb compare jawapan sama ke tak.Hehehe!Diam2 je ngah copy paste sebenarnya.Hehehe!

As usual aku tukang sibuk jer.Kat depan bilik lecturer ngah antar assignment.Sempat lagi bergelak ketawa.Sikit pun tak ada riak kecut perut ingat final.Tapi itu time duk melepak sambil buat lawak bangang tapi bila ingat final selalunya akan  diam kejap pastuh gelak balik.Apa motif aku pun tak tau.

Tapi betullah penangan final ni sampai terbawa-bawa dalam tidur.Jadi memandangkan study week pun bakal bermula,aku pun pasang la azam untuk study dengan bersungguh-sungguh.Namun dari dulu sampai sekarang sebelum nak start study aku ada satu habit yang mana aku sendiri takleh nak lari iaitu kemas bilik dulu sebelum start study.Aku tak suka bilik tak kemas sbb ia boleh buat aku hilang konsentrasi.Misalnya kain baju yang tidak berlipat,mainan anak yg bersepah dan juga habuk yang ada dimerata tempat.Bak habuk ni aku sendiri pelik sbb bilik aku ni cepat sgt berhabuk walhal kedudukannya bkn kat tepi jalan pun.Dan plss jgn nak tuduh aku sebenarnya pemalas.Hihihi!Maka,get ready la utk vakum bilik.

Ok.Dah siap kemas semua baru rasa lega sikit dan ambik kesempatan rehat kejap kat atas katil pastu tgn gatal pulak nk on tv.Mula2 layan AFC.Aku suke tgk Chuck's day off-dah la ensem pandai msk lak tu,hehehe,pastu bila habis lyn channel lain lak mcm tak best terus bukak E! pulak.Layan Kimora kejap.Best betul la hidup minah ni.Maklumlah duit banyak.Hmm berangan kejap kalau aku la sekaya Kimora.Eh,takleh jadi ni.Berangan saje dh mkn banyak masa walau berangan tu bkn kena bayor pun.Terus bingkas bgn.Aku ni selalu sgt menyimpang dr niat asal.Belek2 jadual exam balik tgk tarikh bila start sbb berkira-kira 12hb Nov nak turun KL.Sempat lagi tu.

Balik pada tujuan asal.Weh!Aku nak study la.Fikir nak start subjek apa dulu.Lilau2 mata nampak pulak buku mcm tak teratur,susun buku dulu la ikut saiz yang kecik depan yang besor kat belakang.Ngah susun terjumpa pulak buku resepi utk anak.Browse kejap ah tgk esok nk msk apa utk dia.Ok siap,tutup buku.Ler asal la stationery aku sepah ni.Belek2 dulu pilih mana yg ok mana yg tak.Tak ok terus campak tong sampah jugak masuk.Pastu time tu la pulak baru teringat list brg anak yg nk dibeli tak buat lagi.Sebelum terlupa,buat list dulu.Tengah syok duk fikir,baru teringat anak.Eh??Anak akuuu.Mana pulak perginya.Aish!Cari anak kejap.Hambik kau.Kat sini rupanya dia.Diam2 jer duk dalam tu.

Cuba korang cakap mcm mana aku nak concentrate study kalau lagu ni sbb pantang biar sikit ada jer projek mega dia.Ni sah2 takleh keluar sendiri punya.Aku jugak yg kena keluarkan.Postponed dulu la study.Settle anak dulu biar dia tido apa semua baru start study.Dah tido nnt senang sikit.Aman pun aman leh concentrate lebih sikit.Time tu bolehlah aku buat revision sikit.Ingat nak buat note ringkas apa semua,buat latihan sikit ke apa.Banyak tu.Semangat la katakan.

Setelah bertungkus lumus selamat juga dia tidur.
Minum susu-Checked
Tukar pampers-Checked

Berjaya aku.Hah!Apa lagi.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Aku pun tido la skali.Penat dowh.Esok jer la aku start study.................

Chocolate cake with strawberry

Dulu sebenarnya niat asal berblog ni adalah nak berkongsi resepi ringkas dgn kengkawan dan sebab itulah nama blog sendiri yang amatlah tak cool sebab pakai nama pengat durian *fav ever.Tapi lepas lama lepas lama blog dah tukar jadi lagu lain,ah lantaklah!Tapi hari ni nak share jgk lagi satu resepi chocolate cake walau I tahu kat luar sana ramai je yang tahu buat tp I peduli apa.I nak letak I letak la jugak.* Sila ambik hati sekarang.Nama atas tu sajer jer letak kasik nampak havoc walau rasa belum tentu sehavoc nama.Kukuku!

Haritu taktau la angin apa yang dtg tetiba rasa nak buat chocolate cake.Perasan sedap sebab sendiri masak pastu sendiri makan.Tapi sebenarnya chocolate cake ni one of the hubby I punya fav tapi tau jer la saiz suami sendiri yang segan nak gtau,sbb kalau mkn sah2 one slice jer tu pun kdg2 tak habis semua.Nak buat mcm mana,mkn bkn suatu yang digemari balik2 bini sendiri juga tolong habiskan sbb takut membazir dan balik2 juga pinggang dia maintain tp pinggang bini kejap ala model uhuk!kejap mcm tong air.

Let's check it out the recipe:

The ingredients:

1 cawan serbuk koko (suka hati nak pakai jenis apa.I suka Van Houten)
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur-pukul sampai kembang.

Cara nak membuatnya:

Gile malas nak terang I pakai guna ikut color ok.Siap periuk,korang masuk dulu bhn yg tulis biru tu.Yg tulis kuning korg ayak dulu kasik kuar yang halus mulus jer.Pastu campur skali kat dlm periuk.Api kecik jer tau takyah besar sangat sbb bkn nak bakar sampah pun.Telur masuk last then kacau la bagi sekata segala.

Get ready periuk kukusan.Ambik loyang,tuang bhn2 atas tadi dlm loyang pastu cover atas dgn aluminium foil (taknak air masuk nnt tukar jadik cake air pulak).I suka alas dulu loyang tu pakai aluminium foil sbb senang nak remove cake bila msk nnt.Atau kalau nak nmpk class lagi guna la loyang yg boleh bukak atas tu.Rumah I tak ada buat masa sekarang.Sigh!malu.Kukus selama satu jam.Sesambil tu,kemas la dapur tu <---tips bijak didapur.Hahaha!

Untuk topping (kalau suka)

Susu segar dan coklat masakan.Masak dgn mengunakan teknik double boiling dimana amik periuk isi air pastuh letak loyang (agak2 la saiz) kat ats periuk td dan masak sampai coklat cair semua dan ngam dh dgn susu segar td.Tuang atas cake bila dah msk.Hiasan tu ikut kreativiti la.


Taaaaddddaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...inilah hasilnya.....

Set gelas tuh saje jer I cilok Kak Ani a.k.a my mom punya nak kasik pic lawa la kononnya.Chait!

Yg bakal masuk dalam perut sendiri.

Masak cake ni tak amik masa yang lama sangat pun dan apa yg pasti ketiak korang tak sempat nak lencun dgn peluh pun.Amat sesuai dihidang time minum ptg sesambil dok santai dgn family atau sewaktu tetamu dtg bertandang.Chewah!Selamat mencuba.

P/s: Teringat dulu penah I usha resepi nak buat benda alah ni kat seseorang tp dia ckp takleh kasik sbb rahsia walau I tahu dia berniaga cake ni.Takut potong line ke?Tak kuasa mak.Ok fine.Mcm la kalau I dpt resepi dia I bisnes jual dpt untung juta2.Busuk2 pun kenyang perut laki sendiri juga atau difikirkan semula kalau nak berniaga.Itupun tunggu tahap confident level diparas yg betul dulu.Huks!.Tp tak mengapalah.I hormat pendirian dia.Sekali I dpt dr yang baik hati,I terus publish sini kasi satu Malaysia tahu walau hakikat korg dh tahu pun.Huhuhu!Cakap nota kaki tp pjg dh mcm artikel.Ok chow!~

Damia's diary:Happy food

Semalam Damia dah masuk 9 bulan. So it's time for me to start planning for her meal.Tapi bkn bermakna sebelum ni dia tak pernah mkn.Dia dah start mkn nestum seawal 4 bulan dan itupun atas nasihat doktor sebab that time dia totally reject susu  formula.Damia cuma nak susu bondanya sahaja namun nak buat macam mana,gudang jer besar tapi stok kurang.Ops!Besar ke??Tapi alhamdulillah,lepas dia start makan,dia dengan sendirinya nak minum susu botol.Or terpaksa sebenarnya sebab susu badan tak banyak,awak tu makin hari makin besar,tak cukup kenyang la tu!Huks!Berbalik pada makan ni,maka I kena la rajin sikit untuk sediakan makanan untuk dia.Maklumlah I kalau boleh nak ajar dia makan makanan yang dimasak oleh I sendiri.Nak ajar makan healthy food la katakan.Say no to fast food,process food and etc.Tapi I akan usahakan la.Kalau dah tak boleh nak lari sangat nak buat mcm mana.Sah2 nestum one of the process food.Hehehe!Ni azam ni.Hahaha!Kita tolak cerita tu,pendek kata biarlah dia makan makanan air tangan bondanya.Setakat ni I tak boleh lagi nak follow dengan routine for breakfast,lunch,snack & supper sebab buat masa sekarang just bagi makan sekali sahaja dalam sehari.Selebihnya bagi susu.Tengok la lepas jumpa dengan paed nanti,nak minta pandangan dia dulu macam mana.Actually Damia tak ada apa masalah sampai nak jumpa paed segala,cuma I saja jer nak biasakan dia biar dia tak fobia sangat dengan doktor.Ikut plan I dgn hubby,we choose 9 months untuk buat fully chek up untuk Damia bagi memastikan dia sentiasa healthy.Next mungkin kitorg ambik 1 thn pulak kot.Depends!So nanti jumpa lagi la Doktor Farid (the same doktor yang check up Damia waktu lahir & doktor yang advise I waktu I dah putus asa sangat susu badan tak ada<---ini pun nak frust menonggeng.Eh,mestilah!dah niat dr dulu kalau boleh nak fully BF sampai Damia 2 years namun apakan daya stok cukup2 kenyang jer)

Happy food for my little one

So here we go.Inilah dia nasi & sup yang sudah dikisar halus sebab anak dara I tu tak ada gigi lagi.

Ini adalah bahan2 untuk sup.Sangat simple.We start dengan potato,carrot,chicken,onion,cinnamon,cloves,bunga lawang,yg putih tu I lupa nama dia,then last sekali garlic.

Tumis jer bhn atas dengan sedikit olive oil kemudian masuk air,then masuk carrot dgn potato.Dan sedikit garam mineral (tak payah secukup rasa sebab ni nak bagi mkn baby,bkn nak masuk mulut sendiri).

Sup yang siap bersama nasi bubur.Rempah ratus tu buang la,jgn blend sekali pulak.Sebab tu I suka kira berapa yg I letak sbb senang nak remove.Heks!

Wajah yang teruja.Maklumlah time makan dia.Tak sabor2.I tau la I masak sedap.Uhuks!

Ni buat I selalu hangin satu badan.Orang taknak kasi kotor baju dia.Kalau mkn kunyah elok tak mengapa,ini siap sembur segala ingat bomoh ke apa??!Usaha jugak nak tanggalkan benda alah tu.

Dah suap masuk mulut pandai pulak senyap dia.

Eh!Buat muka pulak.Ingat comel la tu.Tapi mmg comel pun.Huk!Puji anak sendiri.Perasan!

Yang ni sila berhenti sekarang.Kalau dah tangan start naik,tolak2 sudu,sembur2 segala....tandanya dah kenyang la tuh.Maka selesailah sesi pemakanan Damia untuk hari ini.Sekian terima kasih!

P.s: Sila abaikan kain biru yg bertindak sebagai alas tu.Kotor gile!Baru perasan.Hehehe!

Asal nak cerita benda lain,tapi lain pulak yang keluar....

Cinta oh cinta!Definisi cinta itu luas tapi kali ni aku nak cerita kisah cinta antara dua makhluk Allah yang berlawanan jantina.Sebut pasal cinta aku rasa bersyukur sangat sebab aku mungkin antara insan yang bertuah kerana bertemu cinta hatinya.Chewah!Ilebiu!

Dua tahun tau aku menyulam cinta dikolej (tak ada hasil dan baik aku sulam baju,ada gak hasil.Hoh!),sampai org panggil hot couple (hot ke?)huuuuuuuu,panasnyeeeeeee!!!!!Tapi mmg time tu semua org tahu drp lecturer,makcik cleaner,pak guard,hingga ke abang kafe sampai Mas Joko yang buat bangunan tu pun tau.Gile femes aku time tu.<---Ini aku tambah sendiri buat sedap cerita.Dan pernah la sekali terjadi satu kes dimana suami aku pernah tersilap hantar sms pada lecturernya sedangkan sms tersebut sepatutnya dihantar pada aku.Nampak sangat teringatkan aku doplopatjam sampai tidur pun musti terbayang2 punya la.Dua minggu jugak suami tahan malu dek krn diperli lecturernya.Bila diingat semula mcm kelakar juga.

Sms ringkas yang berbunyi ,"Bee tunggu sayang dekat library".Lecturernya itu adalah lelaki (Encik Musa kalau tak silap aku la).Nasib lecturernya tak balas cuma dia gtau time hubby aku jumpa dia.Jwb lecturernya,"Kalau wife saya baca mahu perang dunia ketiga".Lebih kurang macam itulah bunyinya.Ambik kau.Itulah dia,penangan cinta.

Waktu dkt kolej kami mmg selalu berdua berteman kemana,dan tak mustahil kalau ada yang turut berbulu mata.Hehehe!Namun syukur kerana kami ke jinjang pelamin jua akhirnya.Aku bkn apa,waktu kolej dulu ramai juga kwn2 yg bercinta sama2,tp mungkin tak ada jodoh,terkandas ditengah jalan jua akhirnya.Tapi yang comelnya,roommate aku 4 org semuanya termasuk aku.3 drp kami bercinta sesama kolej,dan satu single mungkin sbb kriteria putera idaman tak ada kat situ kot.Hehehe!(sorry Su.Taste ko tinggi sgt!hehehe!).Dan ketiga2nya termasuk aku berkahwin juga dgn buah hati masing2 yang satu sekolah kolej tu dan sekarang masing2 dh ada anak.Siti & Harma-anak dh 2,Mastura & Hafiz-baru jer mendapat cahayamata.Semua kami adalah satu kolej,satu course cuma suami masing2 la yang berlainan course.Apapun,last semester kita sebilik,korang mmg best.Walau korang bertudung labuh,geng2 usrah lak tu cuma tinggal aku jer minah kental yang memang totally different dr korang tapi kita satu kepala.Serious aku cakap korang mmg rocks dan alhamdulillah hubungan kita masih rapat sehingga sekarang dan banyak kenangan manis waktu kita sebilik dulu.

Dan sampai sekarang aku ingat lagi satu hamba Allah yang sanggup pujuk korg jgn terima aku masuk bilik tu dan sanggup create cerita buruk psl aku.Punyalah benci dia kat aku dan cuma aku shj yang tahu kenapa walau terang2 bkn salah aku.Tapi malas la aku nak buka mulut.Tapi time dia baik dgn aku selalu dia nasihat aku dan rupa2nya ada udang disebalik mee.Tapi syukur la korang tak nilai org secara membabi buta.Korang terima aku dan lepas tu kita jd geng kamceng gila walau aku sorg jer yang kontra.Hehehe!Hasilnya,budak tu sampai sekarang malu muka dengan aku.Tapi aku dah lama maafkan dia.

Kalau fikirkan pasal kenangan kita sebilik rasanya kalau aku nak taip,esok pun belum tentu leh settle.Dan untuk Siti,sampai sekarang kalau aku recall balik kenangan waktu kau terpaksa join kitorg pergi jamming siap kau pakai jubah lagik mmg aku takleh lupa.Terbahak-bahak kita ketawa sbb byk mata yang memandang tapi yang bestnya kau cool jer.Dan satu lagi kisah waktu korang sibuk nak pergi surau sembahyang Isyak tapi aku sibuk nak berdating segala sampai lupa nak tinggal kunci dkt tempat rahsia kita sampai korang terpaksa tunggu aku sambil lepak tepi koridor tapi dalam gelap pulak tu.Moralnya lain kali even korang nak pergi surau pun tolong la standby tudung sbb dgn 3 makhluk Allah yang tak berapa nak seksi itu dengan berpakaian telekung smayang,duduk dalam gelap dkt koridor pulak tu mana la tak buat orang yang memandang lari pecut 100 meter.Sumpah waktu korang cerita aku gelak giler.

Kalau aku nak cerita satu2 mmg banyak cerita kita.Semua tinggal kenangan yang aku pasti tak lupa sampai bila2.Dan lagi time bdk2 asrama yang kena histeria tu.Aku tak faham kenapa orang cari kita.Seumur hidup aku tak pernah aku berjaya ubatkan orang histeria.Sebab tu la aku selamba je main games tp bila dh kronik sgt,aku la sebenarnya yang call panggil bebudak lelaki time tu suh tolong.Giler!Aku mana tahu apa2.Hahaha!Siti kau punya nasihat kat bdk2 tu panjang lebar mmg aku tabik giler ah tapi time nak ketandas ajak aku teman tu yang tak tahan tu sebab agak2 la jam waktu tu baru pukul 9 malam,takkan kau dah gigil kot.Hehehe!Dan mesti korang ingat juga Mastura paling berani dlm group kita bila sikit pun tak jejas dengan hal2 mistik ni tapi aku kesian gile sbb hanya krn aku sorang jer yg takut tidur kat katil sendiri tak pasal2 korang semua kena tidur bawah angkut tilam segala sampai habis semester.Seronokkan waktu tu.Sblm tidur mesti ada jer cerita kita dan paling kurang pun lawak masuk air ntah hapa2.Dan Siti,masihkah jua kau ingat ada satu malam kau sakit perut pastu kejutkan aku minta teman tapi time aku baru sarung selipar kau dah laju berlari ke tandas sorang2.Kalau macam tu baik kau pergi sorang jer sbb apa fungsi aku teman kalau aku juga kena lintas sorang2 bilik gelap kat tepi koridor tu.Aku tttaaakutttt!

Kenangan waktu kita konvo tahun 2007-dr kiri aku,Siti,Mastura dan Su.Abaikan lelaki dibelakang.Dia bkn geng bilik kitorang.Hehehe!

Agak2 korang ingat lagi tak kuih faveret kita,kudus??hehehe.Gila hardcore nama.Dan games faveret kite The Sim2 sampai rebut2 computer sbb aku dgn Su je yang ada computer best dan yang lain semua pakai laptop.Ayat berlagak dari aku "Apa barang laptop kalo takleh install games power!".Dah bangga gile ah time tu walau aku akui 3 kali motherboard aku pernah meletup sbb aku gile nak upgradekan sgt computer yang hakikatnya hidup segan mati tak mahu tuh.Ahaks!Gelak sopan.

Tetiba jer rasa asal menyimpang jauh sangat cerita aku dari permulaan entri. Kata nak cerita pasal cinta.Ah,lain kali jer la aku sambung cerita bab cinta.Tiba2 idea hilang entah kemana.Hahahaha!Cerita lain pulak yang keluar.


Pic konvo aku dgn suami.Waktu ni kitorang baru kahwin.Newly wed la katakan.Tu yang romantik habis tu.

P.s: Aku sebenarnya tengah serabut giler tapi taktau asal boleh menulis pulak.Tiba-tiba jer.Hahahaha!

Diary Damia #1

Rasa macam baru semalam I peluk si kecil ini.Pejam celik pejam celik lagi tinggal sehari nak masuk 9 bulan.Cepatnya masa berlalu.Masih terbayang2 saat nak lahirkan sikecik ni walhal yang paling I takleh lupa betapa kelam kabut time nak keluarkan dia ni.Dulu keluarnya dia 2.53 kg aje tapi skang dah nak 9 kg.Patutlah I sakit pinggang selalu.Hukhukhuk!Ramai tanya I,I kasi mkn apa la kat anak I ni sampai besar gedabak macam skang?Entahlah.Susah I nak jwb sebab kalau ikut genetik mak bapak dia,kitorang stok2 slim punya.Aih!Slim sgt.Betul I tak tipu.Kalau tgk ayah dia lagi la.Malas la I nak explain.Harini lagi dia gtau dia cuma mkn 2 bijik karipap siap petang tadi pi main futsal lagi.Mlm br carik nasik.Gile kau karipap 2 bijik boleh kenyang satu hari.Scroll down everybody.............kita layan pic anak dara I.


                                      
Buah hati pengarang jantung.Kocik jo time ni.Baru beberapa jam kuar dari perut I.Fresh from oven.

Yang terbaru,ini haa.Komen sendiri..malas aku nak ulas.Ni bkn berita sukan.Gile ah dagu berlapik!Hihihi!

 
Sekarang juga sudah pandai sendiri pegang itu botol susu.


Sekarang sudah pandai respon sama itu kamera.

Time ni tak senyum sebab tak ada mood,ngantuk!

Tika sedang bersuka ria.Senyum sampai kecik hidung.Perhatikan mainan diatas.Sudah selamat diremove sbb suka hati dia jer buat tempat bergayut ingat sarkas ke?Dan demi memikirkan benda alah itu bukanlah dibeli pakai air liur,maka baik cabut dulu dengan harapan adik-beradik dia sampai cucu sekali sempat pakai.Hehehe!


Muka penat raya sampai orang usik pun buat dek jer.Muka tak ada perasaan.

Ini sajer la I nak tunjuk beberapa milestones Damia:

Duduk tanpa support walau kadang2 tumbang juga akibat beberapa kesilapan teknikal.

Sudah pandai ikut arahan macam tunjuk lidah.Bkn suruh jelir lidah tau.TUNJUK LIDAH!

Merangkak tapi tak macam merangkak.Style dia kot.Hehehe!

Tulis diary luah perasaan tak puas hati kat bonda dia.



 Merangkak pun tak expert lagi tapi dh nak berdiri dah.Siap lepas satu tangan tu.Berani betul la!

Itu antara beberapa la.Tak termasuk kepakaran mencari benda yang sekecil2 benda dan paling fav habuk pastu masuk mulut,merangkak ala komando,sesi jilat menjilat lantai (mungkin juga untuk menguji tahap kebersihan lantai) dan juga sesi merasa semua benda yang ada kat tangan termasuk juga menjilat segala kerusi meja dan tayar basikal selagi ada peluang,merosakkan mainan sendiri dgn membuat ujikaji tak bertauliah,sepahkan baju dlm box (hangin jer I sbb kena kemas banyak kali),dan paling terrer cabut smart card dr dekoder astro.Yang ni I xtau apa yang best sangat duk main dengan menatang alah tu.Milestones lain setakat ini adalah rempit time duk dalam walker serta sesi meng'explore' segala tong sampah yang ada termasuk tarik mana sahaja kain yg nampak terjuntai serta adjust pasu2 bunga uminya.Hoh!Apa pun sabor jer la untuk diri sendiri.Dia pun dalam proses pembelajaran jadi rajinkan la diri mengenal pasti apa yang bahaya apa yang tak kat dalam rumah itu untuk si kecil anda.

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You