Asal nak cerita benda lain,tapi lain pulak yang keluar....

Cinta oh cinta!Definisi cinta itu luas tapi kali ni aku nak cerita kisah cinta antara dua makhluk Allah yang berlawanan jantina.Sebut pasal cinta aku rasa bersyukur sangat sebab aku mungkin antara insan yang bertuah kerana bertemu cinta hatinya.Chewah!Ilebiu!

Dua tahun tau aku menyulam cinta dikolej (tak ada hasil dan baik aku sulam baju,ada gak hasil.Hoh!),sampai org panggil hot couple (hot ke?)huuuuuuuu,panasnyeeeeeee!!!!!Tapi mmg time tu semua org tahu drp lecturer,makcik cleaner,pak guard,hingga ke abang kafe sampai Mas Joko yang buat bangunan tu pun tau.Gile femes aku time tu.<---Ini aku tambah sendiri buat sedap cerita.Dan pernah la sekali terjadi satu kes dimana suami aku pernah tersilap hantar sms pada lecturernya sedangkan sms tersebut sepatutnya dihantar pada aku.Nampak sangat teringatkan aku doplopatjam sampai tidur pun musti terbayang2 punya la.Dua minggu jugak suami tahan malu dek krn diperli lecturernya.Bila diingat semula mcm kelakar juga.

Sms ringkas yang berbunyi ,"Bee tunggu sayang dekat library".Lecturernya itu adalah lelaki (Encik Musa kalau tak silap aku la).Nasib lecturernya tak balas cuma dia gtau time hubby aku jumpa dia.Jwb lecturernya,"Kalau wife saya baca mahu perang dunia ketiga".Lebih kurang macam itulah bunyinya.Ambik kau.Itulah dia,penangan cinta.

Waktu dkt kolej kami mmg selalu berdua berteman kemana,dan tak mustahil kalau ada yang turut berbulu mata.Hehehe!Namun syukur kerana kami ke jinjang pelamin jua akhirnya.Aku bkn apa,waktu kolej dulu ramai juga kwn2 yg bercinta sama2,tp mungkin tak ada jodoh,terkandas ditengah jalan jua akhirnya.Tapi yang comelnya,roommate aku 4 org semuanya termasuk aku.3 drp kami bercinta sesama kolej,dan satu single mungkin sbb kriteria putera idaman tak ada kat situ kot.Hehehe!(sorry Su.Taste ko tinggi sgt!hehehe!).Dan ketiga2nya termasuk aku berkahwin juga dgn buah hati masing2 yang satu sekolah kolej tu dan sekarang masing2 dh ada anak.Siti & Harma-anak dh 2,Mastura & Hafiz-baru jer mendapat cahayamata.Semua kami adalah satu kolej,satu course cuma suami masing2 la yang berlainan course.Apapun,last semester kita sebilik,korang mmg best.Walau korang bertudung labuh,geng2 usrah lak tu cuma tinggal aku jer minah kental yang memang totally different dr korang tapi kita satu kepala.Serious aku cakap korang mmg rocks dan alhamdulillah hubungan kita masih rapat sehingga sekarang dan banyak kenangan manis waktu kita sebilik dulu.

Dan sampai sekarang aku ingat lagi satu hamba Allah yang sanggup pujuk korg jgn terima aku masuk bilik tu dan sanggup create cerita buruk psl aku.Punyalah benci dia kat aku dan cuma aku shj yang tahu kenapa walau terang2 bkn salah aku.Tapi malas la aku nak buka mulut.Tapi time dia baik dgn aku selalu dia nasihat aku dan rupa2nya ada udang disebalik mee.Tapi syukur la korang tak nilai org secara membabi buta.Korang terima aku dan lepas tu kita jd geng kamceng gila walau aku sorg jer yang kontra.Hehehe!Hasilnya,budak tu sampai sekarang malu muka dengan aku.Tapi aku dah lama maafkan dia.

Kalau fikirkan pasal kenangan kita sebilik rasanya kalau aku nak taip,esok pun belum tentu leh settle.Dan untuk Siti,sampai sekarang kalau aku recall balik kenangan waktu kau terpaksa join kitorg pergi jamming siap kau pakai jubah lagik mmg aku takleh lupa.Terbahak-bahak kita ketawa sbb byk mata yang memandang tapi yang bestnya kau cool jer.Dan satu lagi kisah waktu korang sibuk nak pergi surau sembahyang Isyak tapi aku sibuk nak berdating segala sampai lupa nak tinggal kunci dkt tempat rahsia kita sampai korang terpaksa tunggu aku sambil lepak tepi koridor tapi dalam gelap pulak tu.Moralnya lain kali even korang nak pergi surau pun tolong la standby tudung sbb dgn 3 makhluk Allah yang tak berapa nak seksi itu dengan berpakaian telekung smayang,duduk dalam gelap dkt koridor pulak tu mana la tak buat orang yang memandang lari pecut 100 meter.Sumpah waktu korang cerita aku gelak giler.

Kalau aku nak cerita satu2 mmg banyak cerita kita.Semua tinggal kenangan yang aku pasti tak lupa sampai bila2.Dan lagi time bdk2 asrama yang kena histeria tu.Aku tak faham kenapa orang cari kita.Seumur hidup aku tak pernah aku berjaya ubatkan orang histeria.Sebab tu la aku selamba je main games tp bila dh kronik sgt,aku la sebenarnya yang call panggil bebudak lelaki time tu suh tolong.Giler!Aku mana tahu apa2.Hahaha!Siti kau punya nasihat kat bdk2 tu panjang lebar mmg aku tabik giler ah tapi time nak ketandas ajak aku teman tu yang tak tahan tu sebab agak2 la jam waktu tu baru pukul 9 malam,takkan kau dah gigil kot.Hehehe!Dan mesti korang ingat juga Mastura paling berani dlm group kita bila sikit pun tak jejas dengan hal2 mistik ni tapi aku kesian gile sbb hanya krn aku sorang jer yg takut tidur kat katil sendiri tak pasal2 korang semua kena tidur bawah angkut tilam segala sampai habis semester.Seronokkan waktu tu.Sblm tidur mesti ada jer cerita kita dan paling kurang pun lawak masuk air ntah hapa2.Dan Siti,masihkah jua kau ingat ada satu malam kau sakit perut pastu kejutkan aku minta teman tapi time aku baru sarung selipar kau dah laju berlari ke tandas sorang2.Kalau macam tu baik kau pergi sorang jer sbb apa fungsi aku teman kalau aku juga kena lintas sorang2 bilik gelap kat tepi koridor tu.Aku tttaaakutttt!

Kenangan waktu kita konvo tahun 2007-dr kiri aku,Siti,Mastura dan Su.Abaikan lelaki dibelakang.Dia bkn geng bilik kitorang.Hehehe!

Agak2 korang ingat lagi tak kuih faveret kita,kudus??hehehe.Gila hardcore nama.Dan games faveret kite The Sim2 sampai rebut2 computer sbb aku dgn Su je yang ada computer best dan yang lain semua pakai laptop.Ayat berlagak dari aku "Apa barang laptop kalo takleh install games power!".Dah bangga gile ah time tu walau aku akui 3 kali motherboard aku pernah meletup sbb aku gile nak upgradekan sgt computer yang hakikatnya hidup segan mati tak mahu tuh.Ahaks!Gelak sopan.

Tetiba jer rasa asal menyimpang jauh sangat cerita aku dari permulaan entri. Kata nak cerita pasal cinta.Ah,lain kali jer la aku sambung cerita bab cinta.Tiba2 idea hilang entah kemana.Hahahaha!Cerita lain pulak yang keluar.


Pic konvo aku dgn suami.Waktu ni kitorang baru kahwin.Newly wed la katakan.Tu yang romantik habis tu.

P.s: Aku sebenarnya tengah serabut giler tapi taktau asal boleh menulis pulak.Tiba-tiba jer.Hahahaha!

2 comments:

-QasEh- said...

hehe entry ni mcm terr..sama lak ngan komen kt tepi 2..hehehe juz recall jer..but mmg tabik springg la kt kak fie n abg t.s..dh ttp da sume mlt2 jahat 2...=)

best tgk korg bahagia..sy mmg x tkenal dlu but ske ikuti pkembngan senior2..x mcm dak2 tati skrg da x knl mne senior n junior..
btw semoga bahagia hingga syurga jannah...

contenganjalanan said...

salam~
nice story..^_~
kak su,kak mas n kak ct mmg baik..huhu,,even x sempat se'TATI' dgn mrk, tp dorang sangat baik dgn sy smpai skrg..
(kami berkenalan selepas mereka dh grad)..

anyway, salam perkenalan utk kak fie.. ^_^

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You