Rasa macam baru semalam I peluk si kecil ini.Pejam celik pejam celik lagi tinggal sehari nak masuk 9 bulan.Cepatnya masa berlalu.Masih terbayang2 saat nak lahirkan sikecik ni walhal yang paling I takleh lupa betapa kelam kabut time nak keluarkan dia ni.Dulu keluarnya dia 2.53 kg aje tapi skang dah nak 9 kg.Patutlah I sakit pinggang selalu.Hukhukhuk!Ramai tanya I,I kasi mkn apa la kat anak I ni sampai besar gedabak macam skang?Entahlah.Susah I nak jwb sebab kalau ikut genetik mak bapak dia,kitorang stok2 slim punya.Aih!Slim sgt.Betul I tak tipu.Kalau tgk ayah dia lagi la.Malas la I nak explain.Harini lagi dia gtau dia cuma mkn 2 bijik karipap siap petang tadi pi main futsal lagi.Mlm br carik nasik.Gile kau karipap 2 bijik boleh kenyang satu hari.Scroll down everybody.............kita layan pic anak dara I.
Buah hati pengarang jantung.Kocik jo time ni.Baru beberapa jam kuar dari perut I.Fresh from oven.
Yang terbaru,ini haa.Komen sendiri..malas aku nak ulas.Ni bkn berita sukan.Gile ah dagu berlapik!Hihihi!
Sekarang juga sudah pandai sendiri pegang itu botol susu.
Sekarang sudah pandai respon sama itu kamera.
Time ni tak senyum sebab tak ada mood,ngantuk!
Tika sedang bersuka ria.Senyum sampai kecik hidung.Perhatikan mainan diatas.Sudah selamat diremove sbb suka hati dia jer buat tempat bergayut ingat sarkas ke?Dan demi memikirkan benda alah itu bukanlah dibeli pakai air liur,maka baik cabut dulu dengan harapan adik-beradik dia sampai cucu sekali sempat pakai.Hehehe!
Muka penat raya sampai orang usik pun buat dek jer.Muka tak ada perasaan.
Ini sajer la I nak tunjuk beberapa milestones Damia:
Duduk tanpa support walau kadang2 tumbang juga akibat beberapa kesilapan teknikal.
Sudah pandai ikut arahan macam tunjuk lidah.Bkn suruh jelir lidah tau.TUNJUK LIDAH!
Merangkak tapi tak macam merangkak.Style dia kot.Hehehe!
Tulis diary luah perasaan tak puas hati kat bonda dia.
Merangkak pun tak expert lagi tapi dh nak berdiri dah.Siap lepas satu tangan tu.Berani betul la!
Itu antara beberapa la.Tak termasuk kepakaran mencari benda yang sekecil2 benda dan paling fav habuk pastu masuk mulut,merangkak ala komando,sesi jilat menjilat lantai (mungkin juga untuk menguji tahap kebersihan lantai) dan juga sesi merasa semua benda yang ada kat tangan termasuk juga menjilat segala kerusi meja dan tayar basikal selagi ada peluang,merosakkan mainan sendiri dgn membuat ujikaji tak bertauliah,sepahkan baju dlm box (hangin jer I sbb kena kemas banyak kali),dan paling terrer cabut smart card dr dekoder astro.Yang ni I xtau apa yang best sangat duk main dengan menatang alah tu.Milestones lain setakat ini adalah rempit time duk dalam walker serta sesi meng'explore' segala tong sampah yang ada termasuk tarik mana sahaja kain yg nampak terjuntai serta adjust pasu2 bunga uminya.Hoh!Apa pun sabor jer la untuk diri sendiri.Dia pun dalam proses pembelajaran jadi rajinkan la diri mengenal pasti apa yang bahaya apa yang tak kat dalam rumah itu untuk si kecil anda.
No comments:
Post a Comment