Salam Tahun Baru 1432 Hijrah.Salam buat semua umat Islam seluruh dunia.Tiba juga tahun baru kita.Moga usia hingga saat ini sentiasa diberkati olehNya.1 Muharram menjelma.Tahun baru bermakna azam baru.Macam tu ek?Biasanya macam itulah.Untuk diri sendiri,mmg setiap kali masuk tahun baru,harus ada azam baru.Dan untuk azam tahun ini haruslah cuba melakukan yang terbaik (klise ayat artis kau).Heh!
Tidak..tidak...harus lebih baik dari semalam.Dan mungkin adalah lebih baik dari semalam.Atau extra baik dari semalam.
Memandangkan kini aku sudah bergelar isteri,ibu,anak,pelajar,rakyat Malaysia,seorang Islam maka tanggungjawab yang dipikul sememangnya banyak.
Kalau begitu harus ada azam.Maka,dengan ini aku berjanji moga aku
-
-
-
-
-
-
-
1-Menjadi lebih matang (sebelum ni matured juga cuma kdg2 ada mcm fius terbakar sket,alignment lari sikit)
2-Seorang yang lebih komited
3-Harus lebih penyabar (jika tidak tahu aku sebenarnya seorang yg agak pemanas sebenarnya bkn water heater tau.Hehehe!Sorry tak kelakar)
4-Harus extra rajin
5-Lebih teliti
6-Kurang zzzZZZZ (terlalu selesa)
7-Berjimat cermat
8-Lebih focus (sebelum ni banyak main2)
9-Super woman to my husband
10-Super mommy to my daughter
11-Superman oh!bukan.Super ape ek?Anak yang super la untuk my parents jika andai sebelum ini aku lebih pada Suparman.Hoh!
12-Kurangkan berangan walau tak kena bayar
13-Kurangkan buang masa walau best sebenarnya
14-Kurangkan bercakap benda yang tak ada manfaat
15-Praktikkan fikir dulu baru bercakap (selalu pakai ckp lepas je)
16-Lebih bersopan dalam tingkah laku (sila kurangkan angin suka cari gaduh)
17-Kurangkan mencarut
18-Kurangkan psycho diri sendiri bila bosan tak tahu nak buat apa
19-Kurangkan fikir yang bukan2 yang melangkaui akal kdg2
20-Stop create drama sedih
21-Kurangkan main games sbb selalu alpa pastu anak tertonggeng tak sedar
22-Kurangkan gula dalam minuman (bkn sbb gula naik harga tp sbb genetik disoder maka harus alert)
23-Kurangkan tgk E! (tak ada faedahnya kagum dgn kehidupan org kafir)
24-Minimizekan ketidak hadiran ke kuliah
25-Kurangkan sikap suka cari alasan
26-Lebih mesra alam
27-Rajin baca buku
28-Rajin cari duit lebih (nanti senang nak shopping ada duit extra)
29-Dan apa yang penting moga aku menjadi hamba yg lebih taat hanya padaNya.
30-Dan akhir sekali semoga aku juga menjadi yang terbaik untuk mereka ini
Sekian terima kasih!
1 comment:
bagus2..doakan aku sekali.hehehe
Post a Comment