Resepi:Roti Jala

Assalamualaikum.......

Last two week entah apa yang merasuk tetibe teringin nak makan roti jala.Jadi kalau teringin tu takyah la duk berdondang sayang kat tepi telinga suami sbb sini mmg takde kedai jual benda alah ni.Kalau nak kena tempah sbb ada orang Malaysia yang jual cuma kena order dulu.

Tapi si isteri ni pulak spesis kalau nak,time tu jugak dia nak.Hah!Gitulah kekdahnya.Jadi nak tak nak kena masuk dapur la bersilat bikin sendiri.Seriously inilah 1st time kita buat roti jala ni.

Jadi tak tunggu resepi gugur dari langit,kita cecepat refer masalah kita pada pakcik google.Taip jer,berkoyan-koyan resepi yang keluar.Jadi I pilih yang mana senang la.

I follow SINI.Kenapa pilih sini adalah sbb I mengalami dilema yg sama dgn tuan blog tu iaitu takde acuan nak bikin jala.Hahaha!

Kalau tgk dia guna botol air mineral,I pulak guna botol sos tomato yg plastik tu.Sbbnya adalah I sampai sudah tak jumpa paku nak tebuk lubang botol mineral.Resepi semua 100% follow kat link atas.

Kita copy paste dari resepi asal:

Berikut adalah resepi Roti Jala Mudah.

Bahan-bahan:

  • 150gm atau 1 cawan tepung gandum
  • 1biji telur.
  • 75ml air
  • 75ml susu segar atau boleh digantikan dengan santan
  • 3 sudu mentega cair
  • Secubit garam
  • Secubit serbuk kunyit

Cara Membuat:

  1. Masukkan susu, air, telur, garam dan kunyit ke dalam blender dan blend seketika dan kemudian masukkan tepung dan blend lagi sehingga sebati. Tapiskan adunan dan masukkan ke dalam acuan. Boleh gunakan botol minuman air mineral yg ditebuk penutupnya.
  2. Panaskan kuali leper, atau non stick pan dan letakkan sedikit minyak
  3. Kiraikan di atas kuali leper. Apabila roti kelihatan kekuningan dan agak garing boleh gulungdan hidangkan.


Botol sos tomato pun botol sos la,janji nampak jugak rupa roti jala.Yeeehaaaa!

Jadi kita kahwinkan roti jala dengan kari daging.Yummeh!

Jemput makan.Sila2.Dua kali tau ulang buat sbb tetiba petang tu ada tetamu.So kita jamu ini jugaklah.Suami pulak walau tak biasa makan,tp alhamdulillah berselera dia haritu.Bukan apa,suami kita tu fussy eater.

Apapun,mmg berbaloi-baloi bikin sendiri.Terus masuk list la untuk menu kalau tetamu nak datang ke atau untuk puasa nnt.Bukan apa,sbb senang gila nak membuatnya.

Try la!

1 comment:

adam said...

wife saya pun ada buat roti jala ptg td. rupanya ke laut rasanya blh tahan sedap

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You