Singapore - Part 2

I is lupa pernah update atau tak Singapore part 2.
Tapi kalau tak pernah,inilah sikit cerita bosan-bosan pasal trip ke Singapore haritu.
Melampau pergi January,September baru nak cerita.Hahaha!
Tapi nak jugak cerita sebab rasa macam takde cerita.
Mata tak ngantuk pulekksss!
So layan jer laaa............


Lepas sesi berhu-ha di Universal Studio Singapore haritu atau USS pendeknya....hahahaha!

Around pukul 7 dah balik bilik dan malam tu tapau KFC je untuk dinner dan KFC situ HALAL
Punya gedabak papan tanda HALAL dan sedap pulak nasi ayam dia.Tak agak2 walhal lapar tapi serious mmg sedap dan ayam yang sangat fresh.Yummeh!


Second day di sana,pagi tu bangun Damia demam

Memang panas betul,tapi kami suami isteri selamba je nak keluar jalan-jalan cari makan ke town sana
Sekali staff dia tegur "Anak u ni mcm tak sehat".Dia siap rasa lagi then suggest kami bawak Damia ke clinic dulu.
Rupanya kat dalam Pulau Sentosa ni ada perkhidmatan klinik tapi kat basement hotel
Terus dapat naik kereta kecik tu diorang hantar ke klinik
2 jam jugak nak selesai semua dan ini just advise jer la untuk parents yang bawak anak kecil ke luar negara
Kalau duit cash tak bawak byk sgt,please stand by at least satu credit card yang boleh di access di overseas untuk saat2 tak terduga macam ni
Ambil iktibar kes ibu dan anak yang demam stuck kat airport Vietnam tu
Iktibar dia,duit cash atau credit card perlu utk cover the cost kalau tetiba kena tahan mcm diorang
Ini shopping punya pasal tak henggat sampai duit licin ngam2 belanja nak balik jer 
Kang dah kena menangis pastu orang kena contribute sikit sorang
It's not good ok dear papa and mama


So ini waktu kat klinik,39 darjah suhu badan dia.1st time setinggi ni.Cuak kami suami isteri.




Muka tak larat asyik merenggek jer..............
Larat tak larat,parents awak lapar nih
Lepas selesai kat klinik tu,kami terus zooommmm ke Arab Street mencari apa yang best untuk dimakan
Hahahaha!


Cari punya cari,restoren ini jugak menjadi pilihan dan yang pasti tak mengecewakan.
Sedap jugak.Kena dengan selera orang yang perutnya takleh tak makan nasik.Hihihihi!


Serious muka Ariey dapat nasik.Yummeh!



Tapi dia pilih sikit jer.Maklum la tangki kecik.



Tapi tangki perut bini besor.



Cendol yang mahveles dikala cuaca panas terik di sini.Eh!Memang agak panas la kat Singapore ni.Sebab pulau kot.




Damia yg tak aktif banyak nak tidur jer.



Lepas makan jalan2 kat Arab Street tu sampai kat Masjid Sultan patah balik,pergi beli baklava,lepas tu chow!
Masuk bandar Singapore?Suami isteri saling pandang aku tengok kau,kau tengok aku.
Ok.Tak payah.Cuaca panas so moh la kita balik hotel tapi nak bagi thrill sikit kita naik kete kabel dulu.
Hahahaha!
Iya.Kami mmg memang pasangan yang bosan malas nak explore sangat.
Tambah lagi anak demam beb.So mmg berat sikit la nak sightseeing di Singapore ni.



Boleh snap pic time I ngah pot pet pot pet.......



Ini street best sebab banyak restaurant yang offer turkish cruisine.I tak craving kebab tapi craving for baklava...
Alhamdulillah dapat dan sangat la sedap!Sama sedap dengan yang kat Brisbane sana.


Lepas tu as usual cari souvenir untuk family and friends.


Pilih jangan tak pilih.



Then settle semua,ambik cab terus cari port kete kabel.



Camwhore kejap sambil tunggu kete kabel datang.



Ini Damia nampak macam sihat sikit.
Dan nak join bergambar.
Seronok dia sebab nampak banyak character angry bird.



Let's jom kita sightseeing Singapore.



Tapi I lupa berapa check point kami lalui.



Port kot.I guess.



Ini yang masuk dalam building tapi memang tinggi la jugak kereta kabel ni dan untuk yang gayat mesti kecut telur.Hahahaha!



Ini dah masuk area Pulau Sentosa.



Pulau Sentosa.



Spot hotel yang kami menginap?Hard Rock Hotel Singapore.

Nangis lagi dan taktau la kena apa time ni.Tapi bila sampai hotel dia macam dah sihat sikit so kami apa lagi,
Pergi bergembira la pulak kat taman tema dalam area hotel tu pulak
Banyak jugak permainan dia kat dalam tu
Dan puas hati la
Tapi taman air tak pergi,tengok wayang pun tak,zoo pun tak,aquarium pun tak,pemdek kata banyak yang tak pergi.
Takpe la.Ada rezeki kita datang lagi tapi memang I highly recommend la bawak family ke sini.
Seronok!

Lepas berletih-letihan,masuk bilik solat then pakat zzzzZZZZZZZ!

Malamnya kami dinner kat Malaysian Street.Sekali tak banyak kedai yang offer makanan halal.Kat area globe USS tu ada Chillis tapi utk kepastian tanya dulu halal ke tak sbb nampak ada jer muslim yg makan (based on tudung) tapi staff dia ckp Non Halal.

Pusing punya pusing,no choice kami makan nasik lemak jer.Ini jer gerai halal.Taktau la kalau ada lagi kami tak nampak.




Simple tapi sedap!



Muka redha jer makan apa yang ada.



Tak lama sangat mood elok budak ni.Elok jer selesai makan,dah merengek-renggek.



Gambar blur la pulak!



Sebelum naik bilik,kita ronda2 dulu.Damia ni nampak je store Candylicious,terus hilang demam.


Seronok sangat bila kami bagi chance pilih la apa yang kami nak.
Selalu tak dapat peluang macam ni.
Tapi haritu your parents adalah baik hati sangggattttt!


Dah settle bayar,buat perangai takmau duk dalam stroller.
Malam tu ice cream stall ni buat happy hour.Mmg happy la!Hahaha!



Snap pic ni sementara menanti ada orang ngah hisap rokok : (



Lepas tu ada show lampu lip lap lip lap



Layankan jer la kejap!




Bulat pulak I time nih.



Damia dah makin layu so kami decide lepak kat bilik jer la.



Ini jer yang dibeli selain dari fridge magnet,t shirt dan barang yang ntah hape2.Ini nak check in luggage 64 kg?Hahahaha!



Ini last day di Singapore,cousin Ariey iaitu Kak Sham ajak breakfast kat Arab Street so pergi la memandangkan flight kami jam 1 kalau tak silap.
Cousin Ariey offer next time datang lagi stay rumah dia pulak.Dia kerja dengan BERNAMA dan mmg tinggal di Singapore.
Tapi takleh nak sembang lama jugak.Selesai breakfast,kitorang gerak ke Changi Airport.
See u next time Singapore.
Rasanya mmg akan datang lagi sebab Ariey punya saudara mara ramai jugak yang duk sini.
Plus tak berkesempatan nak meronda-ronda Singapore.
Mesti plan lagi sekalilah kalau macam ni.
In sha Allah.

Ok.Itu sahaja untuk part 2.Takde yang menarik sangat pun.Hewhewhew!

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You