House for rent

Assalamualaikum........

Tajuk entry macam I ni dah ada title tuan tanah naik ke daun jer macam ibu yang garang tu.Beli rumah baru?Owh tidak!Belum lagi menjadi milik.Masih dalam proses.This time pun rumah yang dah siap juga menjadi pilihan.Lagi best siap renovate lagi.Kalau ada rezeki adalah.Kalau tak ada,next year cuba lagi. Bikin rumah sendiri?Belum lagi kot walau lokasi dah ada.Tunggu dah balik Terengganu for good nnt baru kami akan fikir pasal tu.

This time adalah,misi mencari rumah untuk disewa.Owh!Sememangnya memerlukan sedikit pencarian dimana isteri kat sini cari melalui website,encik suami disana pergi membuat inspection dan tengok condition rumah sama tak dengan yang terpapar kat dalam website tu.Huhuhuhu!Selain tu dia pun kena tgk lokasi seswaiii ke tak.

Biasalah,apa yang terpapar dalam website nak yang jelita-jelita ajer.Once tengok yang real terus keluar air hingus dulu baru air mata.Terbalik dah kot!

Hmmm!Standard of living in Brisbane I tak pasti nak cakap high or low sebab we are never been in any state in Australia before.Just based on experience saudara-mara or kawan-kawan.This time we are so lucky sebab we are not alone in Australia.My dear cousin baru jer start her study in Melbourne,and cousin Ariey pun ada satu family di Melbourne plus their parents selalu datang ke Aussie dan memang kalau suruh datang ke Brisbane memang takde masalah punyalah sebab diorang memang biasa travel ke Australia.Rasanya dah banyak tempat kat Australia ni diorang dah sampai.Maklumlah si adik bongsu my late father in law tu dia memang suka travel ke overseas.Sampaikan walau diorang tak pernah menetap kat sana tapi dah expert sangat selok-belok kat Aussie tu.Cayalah Ayah Cot dan Ucu.

Then my auntie and my cousin pun ada kat Perth.Phew!

Rasanya dalam January nanti my cousin nak datang stay at our house sebab cuti semester time tu kalau tak silap dalam 3 months.So dia decide nak datang Brisbane plus encik tunang dia ada di Brisbane.Hamboi!Menyelam sambil minum air nampak gayanya.I pun suka sebab Damia suka my cousin tu.Maklum la suka melayan Damia.

Ok.Berbalik pada cerita mencari rumah untuk disewa,I harap kalau ada yang terbaca mungkin boleh ambil sikit la beberapa info dia.Walau tak banyak,sikit-sikit pun jadilah.Hihihihi!

Nak menyewa di sini seperti biasa dia tengok kapasiti penghuninya.Tak macam kat tempat kita.Lantak la kau nak sewa rumah satu bilik 10 orang duduk sekalipun.Takde kesah tapi disini,YES!aku kesah.Hihihihi!

Jadi kalau just pasangan husband and wife takde masalah kalau menyewa rumah satu bilik,tapi kami ni ada anak seorang dan bakal masuk 2 so memang kena cari rumah yang ada minimun 2 bilik.Kalau student,mmg ada rumah yang boleh duk ramai2.Siap kalau ada family yang sewa rumah byk bilik,diorang pulak offer sewa pd student.

Sewa kat Aussie ni kena bayar per week.

Dan setiap kali nak menyewa akan dikenakan bond.Mcm biasalah,kat tmpt kita pun ada kena bayar deposit bagai.

Dan sewanya tak murah juga.Tgk pada tempat kita nak menyewa.Biasanya foreigner macam kita ni,takdenya nak cari rumah ceruk2 pelosok kampung.Memang kita akan cari yang dekat dengan bandar ataupun senang nak access dengan segala kemudahan yang ada.

Jadi sekarang ni kerja I mencari rumah di tiga lokasi yang dipilih iaitu Banyo,Northgate dan Nundah.Last time Ariey decide nak kat area St Lucia atau Mt Gravatt.Kononnya dua lokasi tu dekat sangat dengan Queensland University kalau tak silap.

Mencari la I kat dua lokasi tu dan memang dah jumpa la 2 houses yang berkenan plus rent yang affordable untuk kami,tapi harini Ariey dah decide taknak pulak atas alasan the traffic pada weekdays teramatlah scary dan dia pun tak confident nak drive area situ sebab dia cakap area situ terlalu crowded.Pulak.

Jadi I dah bagi a few link to him,then esok dia akan pergi buat inspection dengan agent nanti.

Dan criteria yang I nak mestilah kalau boleh elak stay kat townhouse or apartment,sila la elak.Hahaha!Tapi kalau dah takde choice nak buat mcm mana.

I prefer rumah landed yang ada lawn sendiri.Dapat lawn kecik ciput macam rumah sewa kat Springfield tu pun I dah rasa syukur.I bukan apa,ada tanah sikit,boleh berbakti pada tanah plus takde la asyik nak berkurung dalam rumah jer.Rumah landed mesti ada jiran yang boleh di say Hi!Hahaha!I ni takleh kalau takde apa yang nak dibuat.Maklum la dalam otak ada 1001 benda nak dibuat.

Tapi kat Aussie ni kalau orang muda-muda payah sikit la nak berkawan tapi kalau yang tua-tua sikit kebanyakannya peramah.

Tapi kalau memikirkan rent tu,jangan la sesekali convert sebab kalau convert mmg terus nangis.Nasib la kami ni datang kerana mencari rezeki.Kalau kami datang further study,lain pulak rasanya planningnya.Hihihi!

Jadi ikut plan rumah yang akan dicari dalam range harga AUD300 to AUD350 sahaja.Tu harga per week bukan per month.Kalau gatal jugak nak convert,ini bermakna sewa adalah RM840 seminggu.I amik rent yang AUD300 per week.Sebulan dalam RM3360.Double pengsan!Sebab tu la I dah plan bebetul financial kami.I ni menteri kewangan yang dilantik suami.Maklum la PA dia pun iya juga.

Dan I mungkin rasa lega sikit sebab Damia tak perlu masuk kindy lagi.Kindy tu ada cuma umur dia kena caj adalah AUD70 sehari.Dalam RM196 duit kita.Sekolah just 3 hari jer selebihnya kena hantar Day Care.Fuh!Nasib omak kau tak kerja wahai anak.Jadi start from now,I kena dah start belajar sikit2 cara nak mengajar anak membaca.I bukan apa,takut balik Malaysia nanti Damia tak reti membaca Bahasa Melayu,mmg ketinggalan dia.So I bakal homeschooling la si anak dara seorang tu.Jenuh la berebut buku dengan adik nanti.Phew!

Tapi bila umur dia 5 years,dia boleh enter mana2 pre school dengan bayaran yang lebih murah.Kalau nasib baik,FREE.Tapi bawah 5 tahun ni,nan ado.Tapi itu apa yang Ariey cakap la.Sebenarnya kami tak habis survey lagi.

Dan satu lagi yang I rasa lega sangat,I ada join komuniti orang Malaysia yang menetap di Brisbane.Luckily,dlm komuniti tu byk sangat aktiviti diorang plus pelajaran KAFA untuk anak-anak pun ada.Yes lega.Bukan takmau ajar sendiri,tapi rasanya ilmu belum cukup utk melayakkan untuk mengajar anak.Itu yang bertungkus-lumus nak belajar dari abah tu.Walau tak banyak,sikit2 pun jadilah.Tapi bila ada pulak kelas2 mcm tu,rasa mcm syukur jugalah.

Panjang pulak celoteh.Sakit pinggang dah rasa.So THE END la bak kata Damia lepas I sounds udah-udah la cerita tu.Panjang sangat taktau bila nak habis.Hihihi!Anak dara dah pandai cerita-cerita sekarang.Kalau cerita mesti nak start Once Upon A time......bla....bla...bla....tapi jalan cerita random.Tak tahu mana relate.Hihihihi!Sabor jer la.....

Ok jer la.Till then.Bye!



Caught in action.Ngah korek hidung!

No comments:

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me