Menjaga hati

Dari seorang ke seorang dari segi cita rasa mungkin ada yang bercita-rasa yang sama,ada yang sipi-sipi dan ada juga totally tak sama.Pendek kata,tak sama taste.

Sebagai contoh I dengan akak I yang garang tu.Kami mempunyai karakter yang berbeza,citarasa terhadap benda,makanan bla bla bla pada sesuatu yang berbeza (tapi kadang-kadang ada juga yang sama),tapi itulah yang I nak highlight........sometimes BERBEDA jadi apa yang perlu kita buat adalah..................

Belajarlah menghormati kesukaan orang lain dan jangan nak duduk complained jer seolah-olah orang punya serba tak kena,kau punya jer yang perfect.

Bunyi macam marah tu.Kikikiki!
Tak marah,cuma rasa pelik.Yeah,we have a right to express our feeling tapi biarlah berpada-pada.Kalau nak express something yang boleh buat orang lain berkecil hati better jangan.

I selalu faced situasi bila orang sibuk nak jadi judges seolah-olah dia dalam rancangan masakan Masterchef.Ini kurang,itu kena tambah dan ayat paling tak tahan,"Kalau I buat lagi better kot".Phew!Statement tak agak-agak la cik kak.Kalau betul2 nak menegur,gunalah ayat yang paling berhemah sebab memasak ni penat ok.Jadi bayangkan bila kita dah bersilat gayung didapur semata nak siapkan hidangan,bila orang taste the food,1001 kelemahan kita dia boleh list seolah-olah dia perfect chef tiada tandingan.It's not good.Lagi tak bagus pada orang yang baru berjinak-jinak nak belajar memasak.Sebab tu I selalu cakap,kalau tak suka nak taste the food,better kalau jangan sentuh terus dan diam.

Dan yang paling annoying sekali I rasa adalah bila I berjumpa orang yang suka buat comparison wajah anak orang.Ini kisah benar,hahahaha!Adalah seorang hamba Allah ni dengan selamba jer claimed,"Tak comel betul la anak dia tu.Muka sebijik bapak dia yang tak hensem tu".Dang!I rasa time tu nak jer perli balik,"Eh,habis u ingat hubby u tu hensem sangat dan anak u tu adalah yang paling comel kat muka bumi ni?".Hahaha!Tapi kalau I tegur macam tu,ntah Damia masuk tadika belum tentu dia nak tegur I semula.Kikikiki!

Macam semalam,takde angin takde ribut,ada la seorang ni tegur handbag I.Berapa beli?Pendek jer I jawab,"RM4K something".Sambil jengil mata,"What?Semahal tu u sanggup beli?Serious I rasa this handbag adalah handbag yang paling ugly pernah I jumpa.Kalau u bagi I free pun I tak hingin!".Dang!Statement tak agak2 beb.Tapi I balas senyum jer la sebab pokok pangkalnya bukan mintak dia pun tolong menabung semata-mata I nak beli handbag tu.Duit suami kita juga yang kita guna.Lepas tu adik dia try cover la terus cakap kat I,"Kalau u nak let go handbag ni gtau I tau.I nak!I suka".

C'mon.Even we are trying to be honest sekalipun,I rasa diam is better than u express your feeling yang boleh membuatkan orang lain kecil hati.Tak baik tau.

Dan kalau nak ambik hati orang sekalipun,walau kita pun tak suka sebenarnya,just bagi la compliment yang biasa jangan over sangat macam contoh mementang kau nak ambik hati kau berani buat statement macam ni,"Wow Datin Ton,cantiknya baju datin mesti brand mahal and datin sorang jer pakai kat Malaysia ni!Wow!'.Walhal hakikat baju yang datin tu pakai dah macam orang sakai nak sambut keraian bila penuh rambu-rambu kat baju dengan color yang tak masuk akal.Ini orang panggil puji melampau tak bertempat.I rasa berdosa jugak sebab tak pepasal yang dipuji ada probability jadi riak.

Jadi kalau nak bagi compliment atau nak menegur sekalipun,carilah word yang paling sesuai.





No comments:

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me