Expose mistik

Sesungguhnya segala isi langit dan bumi adalah milikNYA dan tiada selain dariNYA,Allah swt..................

Kemain tajuk post "Expose mistik"
Hikhikhikhik!
Ok.I is bukan tak percaya dengan benda2 halus ni.
I tau ia ada sebab dia pun makhluk Allah swt jugak/

Cuma yang buat I is annoying tahap gila babi adalah bila orang yang suka sangat cerita pasal benda2 mistik ni secara berulang-ulang,
Sampai dah sampai tahap tiada cerita lain dari yang best selain dari cerita pengalaman dia boleh nampak benda-benda halus
Diulang,dia cerita SECARA BERULANG-ULANG,kalau kat internet diibaratkan macam viral la,
Lepas tu I rasa bosan dengar sebab kalau sekali story interesting,masuk dua kali,still interesting,tapi kalau dah masuk 3,4,5,6,7 dan 8 kali........................sumpah I rasa annoying.
Si tukang bercerita ni pulak kononnya ada kelebihan la boleh nampak tapi penakut

Selalunya bila dia start cerita ketakutan dia tu,I akan bagi solution misalnya haritu................
Dia cerita dia takut sangat setiap kali kena stopkan kereta luar pagar untuk buka pagar.............
Takut sebab gelap...........lepas tu segala bulu semua stok2 nak naik mencanak-canak sebab dah rasa seram sejuk..............
Jadi motip dia takut dengan makhluk halus la yang dikhuatiri menegurnya sewaktu dia nak open gate tu

Lepas tu I cakap la.............apa susah kau letak je spotlight kat tepi dinding rumah ni hala terus ke gate tu........confirm sampai kampung sebelah terang-benderang..........

Bila I cakap macam tu..............dan-dan tukar ketakutan dia tu sebenarnya kat ular or binatang liar sebab tepi rumah semak-samun......pufff!!!pulak dahhh............

Macam ada sekali haritu dia cerita dia nampak "somebody" kat dalam rumah,
Beria bercerita tau sampai rimas kita yang mendengar,
Lepas tu ipar pun cakap,"Next time kalau nampak lagi,panggil mommy tengok sekali.Tak best ah tengok sorang2".Tuuu diaaaa.Ajak takut sesama secara berjemaah.Tapi mmg lepas tu diam seribu bahasa la dia sebab dah takleh nak panjangkan cerita.Pufff!!

Tapi apa yang pasti,kau campak la dia dimana-mana,mmg dimana-mana la dia boleh nampak makhluk halus.
Lepas tu takut...lepas tu nak takutkan orang lain pulak.............Motif?Entahlah.
Dan sekarang I is tak tahu dia tu create cerita atau memang betul,tapi apa yang pasti memang banyak menyusahkan la.
Yang lucunya,I ada sorang anak saudara...sekolah rendah lagi...tapi jenis boleh nampak macam ni jugak la.....
Sampai kelam-kabut satu family bawak berubat...........sekali ada satu ustaz gtau....anak saudara I ni just create cerita jer.Motif tak tau.Psycho agaknya sbb orang tak pay attention kat dia.
Jadi lepas kejadian tu...........dah takde orang nak percaya lagi.
Waktu dia claimed selalu nampak tu,dia jatuh sakit sampai dah tahap masuk camera dalam mulut beb nak scan satu badan sebab nak detect sakit apa la budak ni.
Sakit luar atau sakit dalam....banyak duit habis hokkey nak berubat dia!
Moden buat,traditional pun buat.............
Sekali lepas ustaz claimed budak ni reka cerita,sampai sekarang I tengok dia sihat sejahtera.Adei!
Drama apakah ini...............tapi yang pasti,orang yang umur gap dengan budak tu 20 tahun tu jugak la masih percaya dengan cerita budak tu walau yang lain dah tak mau dengar.

Abah I mmg cukup pantang orang bukak topik cerita hantu.
Sebab tu dia marah kami tengok cerita hantu sebab dia kata macam torture diri sendiri.
Dah tahu takut nak tengok lepas tu duduk la dalam takut tu duk bayang bukan-bukan.
Jadi I memang tak suka tonton cerita hantu.
Kalau dah ada pasang tengok,tapi berusaha nak tonton memang tak la.

Macam roomate I dulu waktu di kolej,nak sangat tgk cerita hantu tapi sambil tgk muka cover dengan bantal...
Yang I rasa.........motif kau tonton?
Lepas tu nak pergi toilet takut...pendek kata serba-serbi takut.
Betul la cakap abah.........kita dah torture diri sendiri.

Macam I sendiri.bukan takde pengalaman..........
Ada jer...cuma takde la nak perbesar macam orang yang I mention kat atas tu.........
Rimas hokkey......seolah-olah itu jer topik yang paling berilmiah yang dia boleh kongsi...............



No comments:

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me