Resepi:Corba

Assalamualaikum,

First of all,nak panjatkan syukur pada Allah swt kerana walau tak confident sangat dengan Latihan Industri yang baru jer tamat baru2 ni,sekali result yang keluar I still dapat score A.Yeah!I memang bekerja keras untuk report LI tu.Harap I punya presentation pun lecturer puas hati.

So pagi ni after Subuh,lelap mata kejap sebelum bangunkan Damia dan siapkan dia untuk kesekolah.Dalam 7.30 pagi budak kecik ni bukak jer mata,duk loyar buruk mintak extend lagi 5 minit supaya dia boleh sambung tidur lagi.Hamboi!

Nak kena pujuk,nyanyi dulu,lepas tu barulah dia bangun dan I pun mandikan dia dan siapkan apa yang patut.Today bersemangat sekali sebab ada agenda nak meet dengan orang bank dalam tengahari mcm tu la.Jadi today I drive seperti biasa walau malam semalam dah start rasa sakit.Berdoa jugak mintak cepatlah baby keluar because tomorrow dah masuk 39 weeks.

Jadi lepas hantar Damia,had my breakfast with my aunt and cousin,makan nasik dagang,then lepas tu pergi lepak kat rumah dia until 12 pm.Pukul 12 pm pergi ambil Damia pulak kat kindy.And today our lunch adalah "Bubur Lambuk".Segala daun-daun yang diperlukan kutip kat depan rumah my in law.Hihihihi!Untungkan duk kat rural area.

For dinner malam ni,I don't feel nak makan nasik.Tapi perut lapar and I am thinking about satu recipe ringkas yang my friend Aida Uzunovic ajarkan.Actually ia adalah makanan orang Bosnia,dipanggil Corba.Sangat ringkas dan healthy.Dan abah I pun suka so let's cook!


Apa yang kita perlukan adalah capsicum (complete combination traffic light tu lagi bagus.Hihihihi!),tomato, satu labu bawang dan ayam or daging.

Actually I tak la suka sangat dengan capsicum ni dan lagi la kalau yang diletakkan dalam salad.Tapi memandangkan ia banyak kebaikan so paksa diri juga untuk makan.Tapi bila dimasak dengan cara ni,rasa dia mmg sedap dan totally rasa maung mentah tu mmg takde la.


Selepas semuanya dipotong dadu.


Ayam yang dah dipotong dadu.Guna bahagian isi sahaja.I prefer ayam tapi kalau nak guna meat pun boleh.Tak guna langsung kedua-duanya pun masih boleh : )


Dan ini dia my magic powder,Vegeta.Dibawa jauh oleh Aida Uzunovic dari Bosnia sana.Kalau guna this powder,no need to add salt or any perasa tambahan sebab dia dah merangkumi semua.


I love this magic wrap : ) tapi kalau nak makan dengan roti biasa pun boleh.

Jadi cara membuatnya adalah dengan menumis.Mula2 masukkan sedikit olive oil.Tak perlu banyak.Cukup untuk tumis bawang dan ayam sahaja.Then masukkan sesudu powder Vegeta.Jangan banyak sgt sbb kalau terlebih,ia akan masin.Lepas tu masukkan capsicum dan bila dah nampak capsicum mcm dah masak tu,letak air sikit then last sekali masukkan tomato.Air pun tak perlu banyak kerana dari tomato tu pun dah boleh buat meal ni berair.Maka hidanganCorba kita dah siap.

Wrap tu pulak just masukkan dalam pan,goreng kosong mcm tu je.Agak2 dah naik udara kat roti tu,terbalikkan.Siap.I tak wrap roti dgn Corba sbb berair.I prefer mcm Corba cicah dengan roti.


Maka inilah dia CORBA.Kalau takde powder Vegeta tu pun,garam biasa boleh je guna.No need letak serbuk perasa bagai.Simplekan?Ringkas dan yang pasti sangat la healthy.So inilah my dinner tonite.


No comments:

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me