Harbour Town,Gold Coast

Setelah dua hari berkurung kat rumah jer,hari ke 3 plan nak bawak my parents ke Harbour Town di Gold Coast.Harbour Town ni tempat shopping yang agak famous jugak la kat sini.Patut masuk dalam list a place u must visit la kiranya kalau datang Gold Coast.Shopping spree apa lagi.

Kami bawak parents ke sini sebab diorang awal2 lagi dah cakap takmau ke theme park.FYI,di Gold Coast ni byk theme park.Kalau ikutkan tak larat nak pergi semua.Memandangkan sebelum ni kitorang dah pergi jadi dah tahu sgt dah ada apa kat dalam theme park tu dan memang rasa tak sesuai pun nak bawak mak abah ke sana.Hihihi.Cuma satu jer mungkin boleh dipertimbangkan,iaitu bawak diorang ke Sea World.Kat sini rasanya macam ok la untuk diorang sbb byk show macam animal show,watak cartoon punya show etc.Kalau nak ke Warner Bros Studio tak sesuai sebab haram diorang bukan tahu pun cartoon character yang ada.So no fun.Hahahaha!

Perjalanan yang memakan masa lebih kurang sejam la jugak dalam 70 km ++ gitewww,jadi moh ler kita ke sana bershopping ibarat duit bawak 8 guni banyaknya.Hahaha!Dalam mimpi la jwbnya.Jadi kita bagi la chance kat mak abah kita shopping.Kita tak beli apa pun time ke sana.Masih mode blur plus no need to rushing.Fikir mana yang patut didahulukan dulu.Aish!

Jadi bangkit awal pagi walau tak awal mana dah pun.Maklum la skang ni subuh sekitar jam 3.54 pagi macam tu.Jam 5 dah mula nampak tanah.Kalau kat kampung,dah clear nampak taik ayam kat tanah.Hahaha!Jadi memandangkan masa yg masih panjang after subuh tu so sambung tidur balik then bangkit jam 9.Itupun tetiba mata terbukak dan fikir rugi pulak kalau tak keluar jalan-jalan haritu sbb tgk kat luar hari tak hujan.Cuaca agak baik pulak haritu.

Maka laju jer ke dapur prepare bekal yg nak dibawak.Kekdah terbaik ni selain jimat masa duk hunting halal restaurant.Di sini nak cari restaurant halal payah sikit dan bukan tak ada langsung.Ada tu ada cuma payah.Kadang yg ada tulis halal,kat belakang nama restaurant ada tulis bar.Confirm arak dijual jd mmg awal2 abah kita reject la.Memang dia tak akan makan.Tp kalau ke mall,Nandos kat sini mmg halal dan biasanya itu last option la sbb kami laki bini memang dari Malaysia lagi tak berapa gemar makan kat Nandos.Biasanya pilihan terakhir baru masuk restaurant ni.Selagi jumpa any kedai yang jual kebab or pizza halal,mmg say goodbye la kat Nandos ni.Macam tu sekali.Hahaha!Dengarnya ada juga KFC yg halal tp tak pernah try sbb kita bkn minat sgt KFC ni.

Tapi bila bawak parents plus abah kita very particular bab makan ni,jd menjadi tanggungjawab I la untuk bangkit dan bersilat didapur prepare apa yg patut.Di Aussie ni boleh dikatakan kalau sesuatu food tu tulis Halal means mmg Halal la takde keraguan cuma biasalah.Kadang2 datang jugak rasa tak sedap hati tu.Itulah yg abah kita rasa dan sebab tu la dia asyik request nak makan seafood jer.Rasanya dia tak sentuh lagi ayam kat sini walau berkali-kali cakap ayam tu Halal.Takpe la.I hormati la pendirian dia.Hihihihi!

Jadi pagi tu prepare wraps pakai Mission punya brand.Isi dalam I letak ready made fresh salad tu.Ala biasa kat Tesco,Tanjung Village or Cold Storage biasa jual (stok2 nak senang jer).Nak bagi berperisa sikit,udang fresh buang kulit,caramelised selabu bawang holland,masuk udang pastuh taruk black pepper sauce.Siap jer terus gaul semua tu dlm salad td then wrap la.Nak lagi sedap rasanya sblm wrap tu sapu sos cili kat wrap tu.Mayonis takde.Kalau ada lg sedap kot.Ok siap.

Lepas tu I bikin chicken with mushroom dan makan dengan nasi.Itu jer lauk simple kita masak haritu.Bwk buah-buah sikit untuk cuci mulut or menu pembuka.Hihihihi.Bekas biru tu mmg satu set tupperware khas utk picnic yg I beli sehari sebelum.Set untuk 4 orang.Just nice : )


So our luncheon is ready.Dah semua siap,jom kita gerak ke Harbour Town Gold Coast.Bertolak time dah nak masuk jam 11 pagi.Dan kalau nak tahu,sekitar jam 12 tengahari dah nak masuk waktu zohor sebenarnya.

Kami tak tunggu untuk bertolak selepas zohor sbb takut sampai lambat dan satu lagi kebanyakan mall or any shops kat sini tutup jam 5.Tak byk kedai yg bukak selepas jam 5.Jd taknak buang masa,kami gerak before zohor tanpa rasa bersalah sebab kat Harbour Town fasiliti untuk pray room disediakan.So don't worry.

Kami sampai di Harbour Town memang agak crowded jugak la dengan manusia.Hahaha!Maklum la weekend.Hari Sabtu.Damia haritu tak well behaved sgt.Banyak betul songeh haritu plus taknak bg kerjasama bila kita mintak pinjam stroller dia nak bg pinjam kat adik.Terus tarik muncung.

Si Dian kami memang tak beli lagi stroller untuk dia.Nak beli kat Malaysia,fikir susah nak berangkut.Nak beli kat sini,tiada masa lagi so hantam la pinjam stroller kakak dia dulu walau kalau ikutkan tak boleh sebenarnya sbb stroller Damia for 6 months above.Tapi letak kejap2 jer la.Itupun kalau Dian tidur.


Sebelum memulakan misi shopping tak henggat,kita solat dulu la baru tak rasa bersalah sangat.

Ok.Pray room yang disediakan mmg sangat selesa.Nak cari pun tak susah sbb siap ada map lagi diorang tunjuk.Jadi untuk enter pray room ni kita kena dapatkan kunci kat Tourism Lounge dulu.Staff kat situ sgt friendly dan membantu.

Jadi jgn panik kalau ke pray room tiba2 tgk pintu berkunci.Hahaha!Baca elok2 notice kat pintu yang diorang tampal.Bilik tu mmg sentiasa berkunci dan kunci akan diberikan bila kita nak guna bilik tu.Lepas guna kena pulangkan balik kunci.


Ruang solat lelaki dan wanita diasingkan.Cuma kita kena kongsi tempat wudu'.Kalau dtg ramai2 bercampur,bergilir-gilir la masuk.Mcm kami,habis satu family masuk conquer terus.Hahaha!


Dalam bilik solat,sejadah,telekung dan beberapa naskah Al Quran ada disediakan.Ruang solat adalah selesa dan sangat bersih.Siap ada notice tau bagitahu jgn sesekali bwk masuk kasut ke ruang solat.Tempat solat berkarpet.Dan arah kiblat dah siap2 ada.


Antara outlet yang ada kat sini.Boleh tahan gak bestnya : ) Nampak tu????70% beb.*Pengsan.


Ini Damia entah apa yang dibeleknya.Ini kat dalam butik Coach.Mak kita rambang mata tgk harga sales handbag Coach gegila.Murah sangat katanya walhal dia lupa yang murah tu dalam Aussie Dollar.Lepas convert terus kancing gigi.

Apa yg best shopping di Aussie compared to Malaysia adalah there is no double standard.Kat Malaysia kalau nak masuk butik mahal kena ada gaya sikit baru orang nak layan.Pakai selekeh silap2 orang halau keluar.

Tapi kat sini takde orang nak peduli kau tak pakai selipar tetiba masuk butik LV.Misalnya la.Dan tak pakai selipar tu mmg antara budaya orang sini.Hahaha!Tapak kaki keras sgt agaknya.

Jadi mmg I suka sebab mcm haritu selamba jer kitorang keluarkan syiling siap salesgirl dia cakap lambakkan jer kat atas kaunter tu nnt dia kirakan.Hahaha!Campur mulut I yg bising (walau satu beg pun tak beli),mulut suami yg loyar buruk duk rayu salesgirl tu tukar harga resit bg tinggi sikit nak claim tax,hahahah,pastu campur bising mulut mak kita.Kikikiki!Tapi diorang tak kesah.Layanan mmg superb.

Lepas mak dah settle beli handbag dia,dan lepas I tolong ada sorang lelaki Malaysia ni yg blur tak tau nak pilih design mana utk isteri dia,tetiba I jadi tuan penasihat pulak utk dia haritu walau I pun taktau apa nama dia.Hahaha!Actually dia datang Gold Coast sbb ada match utk badminton dan mmg datang dari Malaysia la.Orang Kelantan.Sweet sgt pilih handbag utk bagi present kat isteri.Salesgirl butik tu siap hantar kita sampai depan pintu.


Dian senyap jer haritu duk layan perasaan.Hahaha!



Just nak bg sikit info la,kalau datang ke Aussie tak melalui agen,jd kalau jumpa booth mcm ni silalah menyinggah.Diorang sgt membantu kalau kita ni blur2 ayam tak tahu nak pergi mana.Siap diorg akan bg cadangan dan yg pasti kalau datang ramai,belilah ticket masuk park diorg dgn harga pakej sbb byk benefit dan diskaun yg kita akan dapat.Dan yang pasti segala info pasal setiap tempat ada so kita akan dapat maklumat lengkap la.

Actually nak jalan2 kat Aussie ni tak susah mana sebenarnya cuma kena tahu jugaklah a few laws and regulation diorang.Sini senang sewa kereta.Pilih jer nak kereta yg macam mana.Siapkan duit jer.Dan pada yg bawak anak kecik,carseat adalah wajib.Kalau tak guna tak tertangkap selamat,tp kalau kantoi,fine dia dalam AUD300 jugak rasanya.Be careful.Law sini agak strict hokkey.


Damia as usual la.Lagi tak bagi naik,siap bergayut kat kaki.stress betul mak.

Dah settle bershopping jom la kita balik.Tapi perut dah lapar.Alang2 dah ada kat Gold Coast,bwk la my parents pusing2 bandar Gold Coast.Suami sempat tunjuk tempat dia selalu kena buat kerja.Kesian kat suami.Bukan senang hoi nak mencari sesuap nasi.Eceh!


I suggest kita berpicnic kat park jer.Banyak park kat sini so moh ler kita menyinggah ke Surfer Paradise.

Park dia sangat bersih dan haritu mmg ramai berpicnic.Jadi marilah kita makan.Abah tak makan nasik.I syak sbb lauk ayam kot.Kikiki!Dia just makan wrap dgn fruit jer.Lepas makan suami bwk Damia ke pantai.Tak lama lepas tu dia datang gtau yg building kat tepi kitorg berpicnic tu ala-ala pasar basah.Lor.I mati2 ingat restaurant sebab asal sorang keluar bwk box berisi fish and chip (nampak sgt duk teropong orang sebelah).Hahaha!

Jadi alang2 mai la kita usha kot2 ada yang berkenan.Hahaha!Boleh tahan banyak jugak pilihan tapi size dia,umang aiiiii!Besar sangat hoi!!!Jadi I just pilih udang harimau jer.AUD36 sekilo.Sekor-sekor besar gedabak.Puas hati makan.


Antara seafood yg dijual.Memang variety dan size dia stok2 tahan sebulan takyah beli ikan.Kikikiki.Besar hoi.Ketam dia punyalah besar sampai rasa putus selera nk beli sbb xtau nk msk mcm mana.Choi sgt!

Kita bagi chance Damia beramah-mesra dengan burung tu kejap.Kemain duk kejar burung tu.Actually berpuluh-puluh ekor yg ada kat situ.Semua stok2 mintak simpati nak kita hulur makanan.Huh!Jangan harap la.

So makan sudah,siap boleh beli udang lagi,so jom gerak pusing2 area Surfer Paradise cuci-cuci mata.Tapi this time tak bawak parents naik Aquaduck bagai sbb keadaan tak mengizinkan.Bwk anak kecik ni terhad sikit la pergerakan.

Pasal Quackduck tu boleh refer entry kita yang lepas , Surfer Paradise.


Area bandar Gold Coast




Night market kat Surfer Paradise.I suka sini sbb boleh jumpa banyak brg yg unik2.Hihihi.Tapi haritu tak menyinggah.Just tunjuk jer la kat my parents.Malam kang lagi meriah oiii kat sini.


Maka dah agak petang sikit tu,kami pun pulang ke Brisbane semula.Takleh lewat sgt baliknya sbb takut terlepas maghrib.

Itu jerlah cerita makan angin pada haritu.Sekian.

Blues hari pertama

Thursday morning at 7 am.Its raining outside.This is view from my window.Bersepah daun-daun gugur.Dah macam rumah tinggal pun ada.Hihihi!

Musim panas bakal pergi dan musim luruh pula bakal menyusul.Jadi sebelum nak masuk musim luruh,hujan turun dulu membasahi bumi setelah beberapa bulan panas oiii.Tapi I tak rasa sebab takde kat sana time tu.Suami la yang rasa.Balik Malaysia rentung.Ok.Ekzegeret.

Hari pertama dah Thursday blues.Choi sangat.Hiks!Dan misinya adalah kena pergi Wollie untuk beli groceries.Wollie ni singkatan dari Woolworths.Actually Woolworths ni adalah pasaraya.Kat sini ada banyak pasaraya cuma Wollie dan Coles ni memang selalu pergi.Mungkin sbb paling dekat dgn rumah kot plus ianya ada dimana2.

Sekarang kami tinggal di Taringa.Kat sini access nak ke city of Brisbane agak dekat.Rumah dulu jauh sikit.Maklum la dulu suami dan kawan dia menyewa kat luar bandar sikit tapi rumah tu dekat sgt dengan office diorang.Rumah baru ni jauh sikit tapi kat sini memang seronok sebab sini ada komuniti Melayu.So tak lonely sangat la.

Pagi ni hujan agak heavy.Tapi disebabkan stok makanan basah mmg takde langsung,nk tak nak kena keluar jugak.Maka meredah hujan la kami.



Time ni hujan tak lebat lagi cuma cuaca gelap sikit dan berangin tapi tak sejuk sangat pun.Macam kat Malaysia la time musim hujan.


Destinasi pertama kami ke DFO Brisbane.DFO ni stand for Direct Factory Outlet.Misi kesini nak membeli brg2 rumah dan dapur.Banyak jgk sales haritu jd mmg beria benar la duk shopping.Mostly brg 60% less.Oh bahagianya.Dan dari DFO terus ke Wollie yg letaknya just opposites jer dgn building DFO nih.Dan kat Wollies mmg shopping groceries la apa lagi.Dah settle semua terus pecut balik rumah.1st day tu tak plan apa2 lg.Dalam otak mmg fikir nak settle hal rumah jer dulu.Lain2 plan kendian-kendian la kita fikir.

So nnt sambung cerita jalan2 bawak parents ke Gold Coast.


Fly Fly away


Alhamdulillah 22 Jan 2014 haritu kami sekeluarga selamat tiba di Brisbane,Australia.Smooth je perjalanan tanpa drama air mata anak2.Hihihihi.Dian teramatlah behave selama 7 jam setengah tu.Syukur.Sampai ada mat salleh belakang seat kitorang puji.Good baby katanya.Eceh!

Tak ada nak story sangat rasanya dan harini rasa lega sikit bila segala benda dah settle so dah ada masa nak bersantai dan update blog.

Berbalik pada cerita waktu berangkat tempoh hari,my dear friend NANA sanggup datang ke KLIA to say goodbye.Huk!Huk!Huk!Flight kami dalam jam 9.30 pagi macam tu la dan kami sampai dalam jam 7.30 pagi kat airport.Syukur tak ramai sangat orang hari tu tak macam yang sebelum ni bila kena beratur panjang gila nak check in.This time limit luggage kami dapat 170 kg tapi sebab packing barang tak timbang dulu,ada balance lagi dalam 60 kg T_T.Boleh bawak satu kotak besar penuh dgn foods okeh.Hmmm.Rugi sangat rasa.Dah la pakaian kami,anak2 bwk sikit punyalah limited kononnya takut sangat terlebih berat.Sekali 60 kg hokkey.Sila nangis sekarang.

This time still naik MAS juga.Actually flight ke Brisbane ada jugak yg lain macam SIA semua cuma tak kuasa la nak transit bagai so kalau bawak anak kecil selesa dan ada duit lebih sikit ambiklah MAS dan jangan lupa request for bassinet cuma haritu alahai ramai pulak baby on board.Dah la bassinet tu limited.

Kalau nak lower cost boleh ambik Air Asia cuma Air Asia takde direct ke Brisbane.Kena turun kat airport di Gold Coast.Untuk ke Brisbane don't worry.MAS ada offer penerbangan pada setiap hari.Promote sket.Kakaka!



My dear friend NANA yang datang haritu siap bawak present lagi dan dari jauh nampak dia terus sebak.Peluk NANA ketat2. 


Cuaca yang sangat baik haritu.


Dian yang well behaved.Senyum jer.Hok hek hok hek time nak menyusu dan time poo poo jer.Dan advantage bwk baby kecil adalah,kita akan dapat food paling awal dari orang lain.Itu best sebab haritu lapar betul sbb tak breakfast.Maklumlah kelam kabut dengan baby kecik sampai lupa nak makan.Sebelum ni sebelum masuk flight makan dulu so tak kisah sgt kalau orang serve lambat tapi this time sampai gigil tahan lapar.Ibu yg fully BFF mana leh tahan lapar kalau perut dah memang asyik lapar jer manjang.Hahaha!

Sepangjang perjalanan 7 jam setengah tu bosan dia toksah nak cakap la.Jap2 belek jam.Jap2 mintak air.Air kosong je.Sekali je mintak coffee hasilnya sepanjang perjalanan takleh lelap.Nak layan movies,movies sama je.Jadi kejap2 tgk orang sebelah,kejap2 tgk luar mengelamun,kejap2 tengok suami.Ciss!Dia bahagia sepanjang perjalanan membuta.Bangun time makan dgn nak solat jer.Kekdah solatnya,ambik wudu',solat kat kerusi je.Menghormati masuknya waktu solat.Qiblat tak ikut dah.


Time ni masa dah berganjak nak masuk maghrib.Indahnya pandangan pertukaran waktu tu.Besarnya kuasa Allah swt.Langit yang cerah sedikit demi sedikit mulai gelap.Ini tandanya dah nak sampai dah ni.Ini pun dah masuk ruang udara Australia dah pun.Dan yang pastinya I la yang paling happy.Lega beb.Dah tak larat dah nak bergilir-gilir riba si Dian.Dekat nak touchdown tu baru Dian nangis sikit mungkin sebab sakit telinga kot.


Brisbane Airport lebih kurang jam 8 malam kalau tak silap.Dan syukur haritu start dari check in kat kastam until final check sangat mudah Allah swt bagi.Kali ni tiada sesi spot check kotak makanan kami.Kastam diorang lepas macam tu jer.Siap ada sorang ni dari jauh bagi isyarat kat kawan dia ,"Just let them go".Senyum lebar la I.Sbb everytime masuk Aussie inilah yg paling takut.Negara ni mmg sangat strict bab masuk barang dari luar.Dlm flight diorang akan bg satu card for declaration.

Sebelum ni 2 kg serunding ayam dan daging suami kastam buang dalam tong sampah.Pernah ada sorang student bawak masuk serunding jugak kena denda AUD 300 lebih kurang RM1000 dan kastam dia bagi balik kat budak tu dan tak buang then sampai sekarang terus dapat title serunding seribu.Kalau kena kat kami,I frame serunding tu.Mahal hoi!

Last time I ada bawak masuk asam keping.Kastam dia ada tanya jugak cuma mungkin kesian tgk muka I kot,dia letak balik asam tu masuk dlm kotak.Kikiki!Kali ni I tak bwk tp rasa mcm nyesal gak sbb yerlah bila diorg tak check langsung kotak makanan kitorang tu dgn memikiorkan 60 kg balance tu,arghhh!geram pulak rasa.60 kg tu I boleh isi macam2 silap2 boleh buat bisnes pulak.Choi sgt!

Dan haritu yang datang pick up kami kat airport adalah student Malaysia jugak.Sebelum ni kami ambik taxi dah satu orang student pun tak kenal lg time tu plus rumah jauh dari airport.Dulu suami menyewa kat Springsfield dan rumah sewa baru sekarang kat Taringga dan mmg tak la jauh sgt dari airport dan jugak bandar Brisbane.

Indahnya ukhwah bila masing-masing hidup merantau ni.Semua saling tolong-menolong : ) Kat area rumah sewa baru ni memang ramai orang Malaysia.Jiran sebelah kami orang Indonesia.Satu family dan diorang belajar kat sini.Tapi ingat rumah sewa lama,kami macam orang asing.Huk!Huk!Huk!Memang rasanya susah nak jumpa orang Malaysia kat situ.

Dan kejiranan baru ni memang sangat hampir dengan Queensland University so sebab tu la ramai2 diorang pakat menyewa kat sini.

So hari pertama sampai,misi adalah shopping barang rumah dulu.Suami dah beli sikit2 sebelum balik Malaysia haritu dan ada jugak barang2 yang I dah beli dulu,cuma bila family dah bertambah ni,ada la barang yang nak di top upnya.

Bersambung lagi.Daaaaaaaaaa!

1,2,3

Esok Selasa,lusa Rabu.Khamis pulak ada 1001 kerja yang menanti.Nilai tak agak2,nak nampak gempak jer letak ribu-ribu.Hahaha!    

Berkemas barang tak habis lagi,tapi esok adalah final.In sha allah.Actually banyak benda nak share kat sini cuma kita letak kat mode HOLD dulu.Kita collect bahan dulu kasi cukup baru kita pung pang pang.

Tengahari tadi pergi Sunway Pyramid tapi bertiga jer.Damia tak bawak tinggal kat mak kita.Tapi rasa lain jer outing kali ni.Maklum la bila takde drama bini tarzan menjerit ni,rasa macam romantik pulak dua merpati ni berjoli tadi.Hahaha!Dian pun sporting habis kejap2 nak tidur.Nyaman jer bila anak zzzzZZZZ dalam stroller.Sebelum ni outing kami heret dua stroller.Satu stroller budak 3 bulan tu orait la diam jer duduknya just melalak time lapar jer.Tapi stroller budak yang baru masuk 4 tahun tu memang azab.Bila bwk stroller suka hati dia jer bila rasa nak duduk,duduk,rasa nak jalan sendiri jalan.Kalau jalan tu follow makpak takpe,tapi ni spesis tak reti jalan tpi nak berlari macam orang hadap sangat nak main polis sentri dengan dia.Bila marah sentap pandai duduk balik dalam stroller.Tapi diam 4 minit setengah jer,lepas tu start balik.

Tapi kalau tak bawak stroller terus,laaaaaggggiiiii azab bila dia datang angin takmau jalan pastuh suh dukung.Arghhhh!Jadi gitulah outing kami.Nak keluar stress,kat mall stress,balik dari mall double stress.Tu tak campur masuk restoren nak makan,drama tumpah air,drama air mata.Semua ada.Itulah sebab kadang2 kalau takde hal penting sangat,mmg malas nak ke,uar.Aktiviti window shopping pun dah takde dalam list sbb dari rumah buat list,sampai kedai takde survey apa,terus beli.

Tapi tadi memang romantik habislah sampai boleh singgah dua tempat makan sambil menikmati makanan sepenuhnya.Kikikiki!Boleh masuk butik browse baju lama2 sampai suami tanya nak ukur kedai mana lagi nih?Kikikiki.Tapi tadi tujuan asal bukan nak shopping baju pun dan memang tak beli baju pun.Tujuan utama cari buku Damia maklum la this year Damia akan start homeschool.Ini yang kita nak blog nanti tapi later la after semua dah settle.Sekarang ni still kelam kabut lagi.

Actually I nak put photo the best dessert ever to me.Hihihi!Tapi taktau asal link tu sampai sudah tak keluar so sampai sini jerlah entry ni.Takde pic macam tak best pulak.Kalau boleh tunjuk pic,boleh jugak kongsi resepi ke apa.Alahai!So itu jer la.

Chow!

*Seperti biasa tajuk entry takde kena mengena dengan isi cerita T_T




Kita dan kehidupan

Pernah tak tersentuh dalam diam?

Macam I ada jugak la beberapa kali berlaku benda ni.

Lately banyak sangat berfikir jadi bila berfikir dan rasa benda tu macam positif so I pun nak share la kat sini.Ini just apa yang I pernah alami la.Apa yang berlaku disekeliling.

Waktu nak buat majlis aqiqah Dian haritu,mak warwarkan pada jiran tetangga pasal majlis tu so sehari sebelum majlis datanglah beberapa jiran wanita dengan sebilah pisau kecil nak datang tolong apa yang perlu.Biasanya diorang tolong kupas bawang or ada lah apa2 kerja yang sesuai.Kalau orang luar panggil rewang kalau tak silap tapi kat Terengganu ni I tak pasti istilah apa orang pakai.

Tapi serius seronok sebab I suka jiran2 datang bertandang kat rumah.Selalunya kalau mak datang,anak mesti macam itik haruslah follow si ibu.Hihihihi.Pastu rumah I yang makhluk tak ramai ni,terus jadi bising.I suka.Damia pun suka sebab ada kawan nak main.

Dan ada satu jiran I ni,nama rahsia la tapi diorang ada anak ramai.Family diorang nak kata susah tak juga tapi nak kata senang,tak juga.Maklum la suaminya kerja biasa jer bukan director,ahli musik,lawyer etc.Hahaha!Joking.

Tapi I respect sangat cara diorang didik anak diorang.Dalam diam I selalu buat perbandingan anak diorang dengan anak sendiri.Serious jauh panggang dari api.

Berbalik pada cerita tadi,kebetulan I duk kat ruang makan kat rumah time tu jadi ternampak dua orang anak dia.Satu umur 6 tahun,seorang lagi 2 tahun rasanya.Si kakak duk kendong si adik.Bila terpandang nasik dagang ada kat meja makan,I pun panggil si kakak suruh masuk bawak adik dia.So I tanya la nak makan or tak dan si kakak tu angguk tapi malu-malu.Segan agaknya.Jadi I cepat-cepatlah letakkan nasi dagang dalam pinggan sekali lauk dia dan sua pada si kakak tadi.

Dan inilah ceritanya.Waktu I tengok ni,terus terdiam dan tak sedar I boleh stay situ just semata-mata nak perati dua beradik ni.

Bila I sua pinggan,si kakak cepat2 angkat adiknya dan letak duduk dikerusi.Kendian dia cuci tangan dan tarik pinggan nasik tu.Slow jer dia gaul-gaul nasik tu then yang first sekali dia buat adalah suakan suapan pertama tu ke mulut adik dia.Comel jer si kecik tu nganga mulut pastu slow2 kunyah.Lepas suap adik,baru suap mulut dia.Pastu siap tanya adik nak air atau tak.Memang touching sangat rasa time time.Budak 6 tahun tu wei.Lepas tu ingat anak sulung kita.Usah nak sayang adik,stroller dia pun takleh letak adik.Marah wei.Adoi!

Dan pernah jugak I kerumah diorang,waktu tu baru lepas maghrib.Mcm I cakap tadi la,anak diorang ramai tapi rumah senyap jer takde bunyi anak duk bergumpal bergurau,nangis ke apa.Apa yang I dengar adalah sayup suara anak diorang mengaji Al-Quran.Pastu ingat anak sendiri dan anak sedara.Asal maghrib jer nak mandi kita kena jerit,nak suruh pakai baju kita kena jerit dan tu belum diorang yang menjerit bergumpal,berlari,berebut remote tv nak tgk cartoon bla bla bla.Arghh! Terus T-T

Pastu I pun suka bagi barang2 Damia yang taknak pada anak2 diorang.I perasan everytime I bagi barang,si isteri selalu sangat ucap terima kasih banyak kali walau I berkali-kali cakap takde apapun just barang yang dah pakai.Dan satu benda pernah buat I tersentuh juga bila pernah sekali I bagi sepasang kasut dan selipar Damia.Memang time bagi tu I dah cakap tak sempat nak basuh dulu tapi isteri dia cakap takpe.Dan kasut dan selipar tu tak buruk cuma bila ada lumpur and other kotor2 tu,nampak macam buruk tambah lagi Damia taknak pakai.I bagipun sebab kasut dan selipar tu baru beli dan just berapa kali jer pakai.Bila I sua,isteri dia ambil.

Tak lama lepas tu,time tu isteri dia datang rumah nak hantar something kat mak dan I nampak selipar Damia tu nampak cam baru beli weh.Pastu si isteri tu senyum2 then cakap,bila I bagi kasut dan selipar tu,balik rumah jer terus dia sental pastu jemur.Kasut tu katanya still elok dan dia bagi anak dia pakai untuk Raya.Senyap kejap kita.Terus rasa insaf.Hmm...Betapa kadang2 sesuatu kita rasa tak diperlukan,tapi pada orang lain mereka menghargai sesuatu itu.

Dan sampai malam I duk fikir macam mana la mak ayah dia didik anak-anak dia.Dan sampai sekarang masih I fikir macam mana diorang didik anak diorang saling tolak ansur antara satu sama lain.Macam mana diorang didik anak diorang terima setiap apa pun seadanya.Dan until now,yes masih I duk fikir.Sigh!

Throwback 2013

Lagi tak 5 haribulan,tak habis lagi kisah peralihan tahun.Choi sangat akak rasa.Kiskiskis!

Tapi takde apapun nak cerita.Just throwback 2013 punya cerita.

Dalam hidup ni sebenarnya bukan sebab kita tinggal dirumah besar gedabak,ada kereta besar,ada duit berguni barulah boleh bahagia.Itu fahaman salah sesetengah manusia sebab suka mengukur nilai seperti itu adalah jaminan sebuah kebahagian.Bullshit!

For me,kebahagian ialah bila ada duit yang memang cukup untuk kita tak terlalu terlebih-lebih namun tidaklah kurang sehingga membuat orang pandang pun sebelah mata atau memang orang tu kalau bercakap mesti nak senget sebelah muka dia jadi posisi tu buat kau rasa dia pandang kita dengan sebelah mata.Ok tak kelakar.Dan most important things is for me when we are surrounding by great peoples sebenarnya yang membuat kehidupan kita menjadi sangat bermakna.

Tapi manusia,still datangnya dengan kelebihan berserta dengan kelemahan.Mana ada yang perfect beb.Sometimes kita dah rasa apa yang kita buat dah betul,malah tak ada silapnya namun dalam konteks pandangan orang lain,"Excuse me.Asal awak ni annoying sangat?Sepak nak?".

Namun yang menjadi masalahnya adalah apabila lingkungan beberapa manusia yang berada keliling I ni lebih pada manusia suka pendam cakap belakang atau cakap-cakap tikam belakang.Tapi takpe la.Sempena 2014 ni,I mohon maaf pada yang pernah terasa dengan diri ku yang kerdil ini (bukan I yang pendek) dan dikesempatan ini juga I nak memaafkan semua yang pernah mencucuk lubang hati ini hingga terluka.Hamboih!Ayat tak agak2.Fuh!Lega tau bila kita maafkan orang.Perasaan dia ibarat kentut yang ditahan,lepas kentut terus lega.Gitulah kekdahnya.Tapi............................

Ada tapinya.

.................................syukur padaNya disaat 4 ketul (siap bilang) yang melukakan hati,Allah swt datangkan pada I seribu yang membahagiakan (tak terkira).Kikikikiki!

Dan sepanjang 2013,I boleh anggap juga as a the best year in my life bersama dengan orang2 yang membuatkan kita rasa happy.Mcm I pernah cakap la.Tak guna seribu kawan kalau tiada keikhlasan berkawan dan kalau ada cuma 1 kawan tapi membahagiakan itu sudah cukup cover seribu kawan yang tak mcm kawan tu.

Kita bermula dengan 1st january 2013.

Sambutan hari lahir last year celebrate di Riyaz Heritage Resort & Spa bersama dengan letupan mercun tak macam mercun sebab masuk air usai sahaja berakhirnya tahun 2012 dan masuk tahun 2013.Choi sangat bunyi mercun malam tu macam bunyi kentut ditahan-tahan.Dan haritu mereka yang celebrates my birthday adalah antara kawan rapat I.


Walau tiada sebijik kek tulis nama sendiri macam orang tak tahu nama kita,kikikiki,tapi ada jugak diorang usaha cari sebijik cupcakes jadilah ambik syarat.Hahahaha!

Apapun,sweet sangat malam tu celebrates birthday dengan my besties selama di UMT iaitu Aien (teman sepemakanan) dan Jenny (cikgu garang yang komited ngajar murid tua yang lemah ilmu hisab).Rindu woooooo kat 2 orang ni.Lagi rindu  bila teringat time Jenny membebel,Aien buat2 tak dengar lepas tu akak jugak yang kena hadap.Choi sangat!

Tahun 2013 jugak meninggalkan kenangan manis sampai harini kalau ingat balik mesti gelak.Tahun tu Damia masuk Kindy.Dua mingggu...................dua minggu beb hari2 menangis takmau pergi sekolah.Hari2 drama airmata.Tapi lepas dia dah selesa dengan teachers and kawan2 kat kindy tu,hari Jumaat Sabtu pun tanya kenapa tak hantar pergi school.Agak2 la nak.Takkan kau nak sekolah sampai 7 hari seminggu.Emak kau dulu takde la serajin itu nak.


Dan tahun itu juga kami bercuti ke Singapore stay di Hard Rock Hotel di Sentosa Island.Motif utama mestilah sebab nak pergi Universal Studio.Seronok jugalah sekali sekali bercuti 3 ketul jer nih.

Sebenarnya mmg setiap kali suami pulang pasti ada je family getaway ni.Kikikiki!


2013 juga family kecik kami bertambah satu lagi family baru.After balik dari trip ke Singapore buat pregnancy test,keluar dua jalur Alhamdulillah.


Dan tahun itu juga kali pertama dalam hidup admit ward sebab alahan teruk.Isk!Isk!Isk!


2013 juga ada dua perkara yang agak sedih bagi I sementelah kakak ipar diuji apabila anak perempuan kedua Zarith Balkis dimasukkan ke hospital due to infection pada lung.Dua bulan lebih Zarith di hospital dan selepas melalui beberapa kali detik cemas di ICU,major operation pada lung,dan kini Zarith dah kembali sihat seperti sedia kala.Alhamdulillah.

Masa Zarith sakit tu la dengan alahannya,gigih ke KL semata-mata nak bagi moral support pada ipar.


Dan yang sedih kedua adalah berpisah dengan juga one of my bestfriend.Sob sob sob!Berpisah apabila dia pulang kekampung halamannya dan gua takde lagi geng suka,duka sepanjang di UMT.Huks!Huks!Huks!Mana nak cari oiii geng yang sanggup bagi kunci bilik sebab mak buyung ngantuk asyik nak tidur jer.Hahaha!Gap antara kelas sepatutnya pergilah study kat library ke,buat revision dengan kengkawan ke,tapi I pilih untuk membuta di bilik beliau.Hahaha!Kalau tak bilik beliau,pergi bilik Aien.Tutup langsir,pastu zzzZZZZ.Heaven betul.Kikikiki!


Ini kira besar jugak la,PRU 2013.Kikikiki!



2013 juga my bestfriend forever Rifhan deliver her first baby Ambereen.A friend of mine since we are 11 years old.20 years of friendship and still counting! : )


Sambutan Hari Raya 2013,3 plus 1 (on the way).Kikikikiki!




2013 jugak,cousin yang paling close dengan kita iaitu Ba selamat menikah dan kini sudah berbadan dua.Alhamdulillah!


Dan juga majlis tunang my BFF Nana dan wedding dia juga pada 2013.Pic engagement a year before tp td godek2 gambar wedding tak jumpa T - T


Ini pun nak masuk.Walau every semester wajib ada presentation,ini kita kira kenangan sebab ini adalah presentation last kita.Elok sangat la sebab memang time ni pun group kitorang memang yang terakhir pun untuk kuliah yang terakhir bagi semester 6 tersebut.


Pic besar adalah group members bagi project Marketing (lupa pulak subject tu tapi pasal Marketing la).Ini last project yang kena buat advertising,video etc.Happy tau lecturer puji iklan kitorang.Kikiki!Rasa berbaloi juga sbb ingat senang ke nak fikir the concept.Choi sangat!Hahahhaa!


Ini pun part paling best sebab time pic ini dirakam,baru lepas habis presentation untuk practical trainning.Lega dia tu hanya tuhan jer tahu.Rasa bahagia sangat.Ini my 1st LI la sbb time diploma takde LI.
                  

Dan kenangan 2013 yang paling bermakna adalah sewaktu lahirkan puteri kedua Dian.Healthy baby was born on 24 September 2013 at Kuala Terengganu Specialist Hospital dan disambut Dr.Yusuf yang juga doctor yang sama sambut my first daughter Damia.


So itulah la the best moment during 2013.Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan olehNya.Doa I,semoga tahun 2014 ini membawa seribu lagi kemanisan dalam hidup kami sekeluarga dan sentias dibawah lindunganNya dan diberkati olehNya.In sha Allah.


1st January

1st January.Ini cerita 2 hari lepas.Apa yang special sangat dengan haritu?Nehi.Takda yang special sangat sebab I tidur jam 10 malam so ada I kesah orang letup bunga api ke,konsert ambang 2014 ke etc.Hahahaha!Kalau ngantuk,kau sua la apa yang best pun,I tetap akan zzzZZZ tanpa rasa bersalah.

So bagaimana sambutan tahun baru anda?Berada dihadapan tv sambil mengunyah kerepek ubi atau bersesak-sesak dengan orang ramai kat luar sana sambil berkongsi bau ketiak berpeluh masing-masing?I dah mention diatas,diambang 2014 adalah sedang zzZZZ dengan heavennya.Entah apa yang letih sangat tak tau la takat pergi bandar KT jer siang tu.

Dan 1st January maka genaplah umur I lapanblas<<<baca dengan penuh konfiden!

Itu seperti yang tertera kat ic.Kalau rasa ragu-ragu,pergi serang mak abah kita tanya apsal tarikh lahir I cantik sangat jatuh 1st January.Kikikiki!

Tapi I akui memang ramai manusia yang dengki dengan tarikh birthday kita yang cun sangat tu *libas rambut.

Ok.Tutup cerita pasal birthday sbb takde special pun.Usaikan kek pun takde tahun ni.Suami I ni memang betul-betul sahut seruan kerajaan nih.Jimat cermat sampai budget kek birthday bini pun kena cut.Tapi present?As usual la.Belum mintak dia kasik dulu.In advanced katanya.Tapi perfume,tak tinggal.Suami kita jenis suka beli perfume.Tak perlu tunggu hari special, suka hati dia jer rasa nak beli dia beli.I pulak bangsa takleh perfume lebih dari satu,mesti jadi tak reti nak guna mana satu.Jadi bila stuck sangat,bagi kat mak habis cerita.Sebab mak kalau guna perfume sembur dari atas sampai bawah.Spesis ni kalau anak kahwin dengan tokkey perfume pun boleh gulung bisnes kalau jenis lagu nih.100 ml dia kejap jer habis.Hahaha!

Jadi taktik jahat yang selalu I buat adalah tak pernah beli perfume yang latest pada mak.Selalu dia tak heran pun latest ke tak janji wangi.Jadi kalau kau beli perfume yang tak latest,harga dia kira ok la takde la cekik sangat sampai kalau 100ml tu more than RM300.Selalunya yang edition lama sikit,harga dia kira orait la siap tanpa rasa bersalah boleh amik yang 100 ml.Kikikiki!Harap taktik ni tidak diketahui oleh emak.Kikikiki!Ok.Lupakan cerita emak dan perfume.

19 days to go tapi satu barang pun tak kemas lagi nih.Permasalahan adalah,I taktau nak start mana dulu.Haish!

Sekarang berkira-kira nak buat preloved barang-barang yang ada.Bila dah bukak satu2 ni,baru perasan banyaknya barang duk bazir iaitu beli tapi tak pakai atau beli sekali pakai pastu simpan pastu tak ingat pastu bila tak ingat,tend to beli lagi yang baru.Huh!

I ni memang suka buat preloved nih.Suka sangat jual barang sendiri kalau tak pakai.Dari zaman kolej lagi I buat kerja ni.Kikikiki!Masuk universiti tak buat sebab tak duk asrama.Sekarang rasa macam nak buat balik tapi a few things suami suh simpan jer jangan jual.Sayang katanya.Erm!

Simpan tak pakai buat apa.Better let go jer.Mana yang belum pakai or just sekali pakai leh jual balik dan mana yang banyak kali pakai still elok,boleh bagi kat sesape yang nak.Tapi takleh consider as a sadaqah sebab macam ada pernah dengar ada satu ustaz ni cakap bagi barang yang kita taknak lepas tu claim sadaqah.Apakah itu?Sepatutnya nak bagi orang miskin biarlah barang yang masih baru.Erm!Ada betul gak.So mana barang2 yang taknak nanti,I just tanya jer la sape2 yang nak,silakan ambil.Dari dibuang adalah lebih baik kalau dipanjangkan orang yang menggunanya.

So esok kena start buat clearance my wardrobe.Bila tengok barang2 yang ada kat bilik ni,baru sedar betapa banyaknya pembaziran yang dah dibuat.Ok.Masuk dalam list azam 2014 (nak jugak berazam) walhal setiap haripun boleh jer nak pasang azam.Kikikiki!

Start from today and onward,I nak berjimat cermat.Beli barang perlu jer.Harap bersungguh-sungguh dalam mencapai azam ini walau bila gtau suami boleh dia gelak.Aiii!Pakcik nih!Agak2 la.

Dan azam untuk 3 January ni,esok mesti start kemas barang.Choii sangat!!


Throwback 2012





Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You