Sebenarnya post ni tak la relate sangat pun dengan tajuk diatas.Hehehe!Sebelum itu rasa macam tak terlambat lagi kalau I nak ucap "Selamat Hari Raya untuk semua".Maklumlah rayakan sebulan.Mood pun still mood raya lagi ni cuma agak terganggu sikit bila teringatkan test after raya.2 minggu universiti cuti maka I pun cuti sakan sampai esok nak kelas,malam tu baru I bukak buku,check organizer,bla..bla..bla..etc.Sakan betul cuti!Malam tu jugak baru I sibuk call kawan2 tanya test bila.Sekali dia hambik kau sebab 1st test adalah pada hari Isnin.Universiti bukak hari Ahad maka kelam kabut la I seperti biasa dan time tu jugak la menyesal bagai asal la tak study awal,macam mana nak pulun semua dah sah2 esok nak test,3 bab kena cover panjang giler lak tu namun nasi sudah menjadi bubur Damia.I redha jer la sebab salah sendiri.Time2 tu jugak la datang emonya sekejap menginsafi diri andai study awal2 harus skor A+ untuk paper 2.Tapi itulah I.Insaf jer selalu tapi effort kearah itu tak pernah ada.Huhuhu!Tolonglah bagi advice sikit kat I ni.Hurm..nak buat macam mana I ni dah lama sangat kena sindrome "Warm2 chicken shit".Hehehe!Dan malam ini I ada lagik 1 test iaitu test untuk subjek TITAS.Apa yang harunya adalah test start kol 9.30 malam.Abislah sebab anak I amatlah bermasalah kalau ditinggalkan malam kerana adapun dia akan menangis tercari2kan I secara bersungguh2 pulak tu sampai mak I confirm akan meroyan sekali.Tapi nak buat macam mana,I tak ada kuasa nak tukar2 tarikh test kecualilah kalau hubby I naib canselor universiti "Mungkin boleh kot?Boleh..boleh..boleh blah!" atau kurang2 buat time siang aje ke sebab apa yang pasti this is not my grandmother university.Kalau iya,barulah senang kerja I.
Bila tengok muka inilah I jadi berat hati nak tinggalkan namun I terpaksa juga menahan hati ini dari cari idea lain nak lari dari test sebab dulu dah banyak kali praktice time pregnant sebab malas pergi kelas dan apa yang pasti ada yang berjaya dan ada jugak yang kantoi.Huhuhu!So tanpa kiss,kiss,I love u I tinggalkan anak I sekejap dekat mak I dan terus pecut ke universiti.
Tapi sebenarnya tak pecut terus sebenarnya sebab dalam kereta baru perasan pencil 2B I mata pencil dah kontot habis dan I pulak tak ada sharpener.Kalau orang Trg sebut 'gorek'.Hehehe.Dulu I ada asah pakai sharpener budak kelas itupun gelak2 konon macam kelakar budak tu bawak sharpener pergi kelas sebab pada I sangat la tak cool.Cis!Gelak2 tapi I pinjam jugak.Jadi I terpaksa berenti kat kedai pulak pergi beli pencil.Settle semua I terus pergi 'u'.Sampai saja kat sana baru I perasan slot I sebenarnya pukul 8 malam tapi,hurm faham2 ajelah terlepas dapat ambil yang pukul 9.30 malam.Student untuk subjek ni mmg ramai giler.Rimas I time tunggu sebab mmg crowded gile tambah lagi I tak ada geng pulak nak buat lawak bodoh sebelum masuk dewan.Bila masuk jer dalam I cepat2 pilih seat paling belakang dengan harapan senang I nak cabut awal.Bagus betul strategy.Sementara tunggu arahan nak bukak kertas soalan,mata I melilau-lilau macam biasa.Tup2 I nampak ni...hehehe!
Bila nampak jer terus I snap cepat2 sebab tu la quality mcm hampeh sikit la.Benda ni la buat I gelak sensorang dan apa yang bermain kat dalam kepala hotak baik jahat I ni adalah memang kreatif betullah minah ni.Sebab apa I cakap kreatif?Sebab dia pakai selipar bulu yang orang pakai kat dalam rumah (biasanya bilik la),tapi dia pakai time pergi test siap ada bunny kat atas comel giler.Pink lagi.Awww!!
Masuk bab menjawab tu I memang jwb dengan confidentnya cuma result nnt tak tau la suit ke tak dengan tahap ke'confident'an time I jwb tu.Kukuku!Bkn sebab apa time nak mula test tu suara staff sokongan duk mengumpat kuat sangat dekat belakang sampai sebiji2 patah kata leh I dengar dan apa yang pasti sedikit sebanyak telah menganggu konsentrasi I untuk menjawab sebab mesti u alls tau kita kena focus pada topik umpatan diorang test kita.Kalau tak sia2 la apa yg I study last minute tu.Hehe!Study la sangat.
Habis jer test terus cabut dan singgah sini sebab baru sedar perut dah kruk kruk kruk mintak isi.Maafkan diri ini encik hubby sebab sakan tapau burger Mc D sebab time dia tanya I ckp mkn burger biasa je yg jual tepi jalan tu.Wahahaha!
Menatang ni kadang sedap kadang tak sedap tapi harini sedap pulak.Makan sambil drive pastu berlakon buat2 taring vampire guna kentang goreng letak kat mulut pastu gelak sorang2..............................dan lepas tu baru perasan kereta sebelah tgk............tiba-tiba malu sendiri.Tunduk Insaf (tunduk cover malu sebenarnya).
Sampai rumah I tengok si kecik ni dah macam ini.Comel betul!Uiks!hehehe!macam I la.
Jadi I pun layan la ini sambil online layan blog layan facebook.Still tidak mengulangkaji jugak.Selesai............................!
2 comments:
hi ummi,
hihi lama dah link blog ummi tapi dokdan nak comment g
geram guh tgk lengan damia tu lagi sedap dari drumstick KFC
eh belaja mana leni/ mi pun belaja gak tapi mmg susahla nak study sokmo sian nak tinggl baby ork?
tapi main Fb ngn blogging dan g hihih
all the best for exam
Hi mie,
Waduh2.umi pn sama.bc jer tp tak comment2.hehe.
Damia tu seperti biasa naik sokmo bdn tp mkn x kuat mana jd x heran la umur 8 bln tp pakai botol newborn lagik.hehehe
umi blajo kat umt (degree)hehehe.sigh!malu.bila dok tahu nk abis harituh rehat doh satu sem beranok.
fb/blog dop tinggal.kalaulah tekun blajo mcm tekunnya ngadap dua benda tu,mmg score la.tp hampeh.hehehe
thanks mie.mie pun sama gak.gudluck!
Post a Comment