Birbie Island,QLD

Hari Sabtu lepas takde plan apa pun tetiba decide nak ke Birbie Island.Ni kes follow my business partner yang ingin menenangkan fikiran setelah berhempas pulas dengan PHD dia lepas tu berbisnes lagi dengan I,lepas tu partner in crime pun dia jugak.Hmmm....susah jugak bila banyak sangat jawatan ni.Kikikiki!

Maka jalan2 la kita Sabtu lepas.Dah la decide nak follow tu time tu jam 7 pagi rasa nak call dia ON ke tak plan nak pergi Birbie Island tu.Sekali dia cakap ON dan sila bersiap cepat sbb jam 8.30 pagi dah nak gerak.Hmmm....apa lagi,berdesup la memasing.Nasib suami ada volunteer siapkan anak2 sementara I siapkan makanan untuk picnic.Kalau ikut my friend tu dia dah cakap takyah bwk apa2 tapi kita la rasa tak best.So I decide masak something yg cepat tp kenyang.Eh ada ke makanan yg masak tapi tak kenyang?Hehehe.

Pagi tu I just masak Spagetti Aglio Olio dan sandwich telur.Memang kejap je la masa nak memasak tu.Dan yg pasti sibuk sangat nak masak,nak bersiap sampai tak ingat nak breakfast dan mula la dalam kereta kelaparan.

Maka dekat2 jam 9 baru bergerak biasa la janji Melayu.Kikikiki! ( Aku letteewww).Stop kat petrol pump isi minyak dulu dan kami pun meneruskan perjalanan ke Birbie Island.Actually perjalanannya tak la jauh mana pun.Lebih kurang 50 minit je dari Brisbane dan Birbie Island ni merupakan sebuah pulau yang dihubungkan dengan jambatan antara pulau dan tanah besar.Pendek cerita mcm antara Singapore dan Johor atau Pulau Pinang sebelah pulau gittewww cuma dia takde la panjang mcm dua2 tempat tu.Pendek je jambatannya tapi view kat sana Masya Allah cantiknya.

Kami ni walau dah kira lama dah kat sini,banyak lagi tempat disini yang tak habis dilawati.Itupun berangan nak pergi New Zealand (simpan la dulu angan-angan tu buat pekasam).Hehehe!Bukan taknak pergi cuma buat masa sekarang banyak hal lagi nak kena settle so plan nak jalan2 makan angin tu letak dalam mode HOLD dulu.Mcm trip ke Bribie Island ni kami ON je sbb dekat je dari Brisbane.Boleh pergi balik hari so consider ok la.


Waktu start perjalanan takde snap pic pun sbb mood kelaut lagi.Mata ngantuk perut lapar so sepanjang perjalanan ku duk kunyah biskut kelapa beli kat Asian Groceries,sedap betul (tu pun nak gtau.Kikikiki)

And this is the bridge that connected the island with the mainland.Pendek je.


Dan ini pekan kecil Birbie Island yang sangat cantik tp I rasa mcm lebih kurang je ngan Rockingham.Tp kalau ikutkan kat Aussie ni mana2 pun lebih kurang je.Hehehe!



Sebelum apa2,kita menyinggah dulu kat sini untuk dapatkan khidmat nasihat nanti karang terkontang-kanting taktau nak tuju mana.Staff yg sangat membantu dan friendly telah menunjuk jalan dan memberi advice kat mana tempat yang wajib menyinggah bila dah sampai sini.



Bagi map siap dia tolong lorekkan lagi.Hehehe!



Pandangan biasa kalau area berhampiran pantai.Park dimana2 disini dengan segala kemudahan lengkap untuk beriadah.



Apa2 hal kita isi perut dulu so lepas je kami pergi Information Centre tu,terus cari port baekkkk punya untuk sesi melantak apa yg patut.Mewah woo makanan,my friend bwk nasi lemak.Dan tempat kami picnic ni pulak memang dekat betul dengan Seaside Museum jd lepas makan terus masuk museum.


10 minit pertama......................




10 minit selepas.........

Lantak korang la.Haritu kami tak mandi laut sbb sejuk.Brrrrrr.......Kalau datang time Summer memang best la berendam feeling ikan duyung dugong.Tapi haritu tak dapekk la.Just sightseeing jer la yg mampu.


The view.

Abaikan spek hitam yg powernya dah tak relevan ngan mataku lagi tu.Owh I need a new sun glasses.Tp yg ini mmg byk jasa ni.I love u tp I terpaksa curang ngan U spek.I kena cari yg baru.Kikikiki.


Jom kita pakat masuk museum dulu.Jangan tertukar.Perempuan kat atas ni bukan penyambut tetamu.Kikikiki.


Museum ni kecik je.Tak byk sangat benda yang dipamer tapi ada la sedikit info kita boleh dapat tapinya.Hehehe!


Research untuk ikan pekasam.Hehehehe!

Ni segala ikan yang entah berapa lama daaa kena awet dlm botol tu.Layannnzzzss!


Bahagian kekanak agar tak mengganggu ibu bapa tapi agak mengganggu jugak sbb bila nak balik semua pakat takmau keluar.Eyyyyyy.....Sikecik TDS siap meraung.


Next destination kita pergi melawat Buckley's Hole.Ini rombongan Cik Kiah.

Sini kalau tak silap tempat nak skodeng burung.Erkk!Yes burung : )


Luas tasiknya tapi tak sure leh mancing ke tak tapi airnya keruh semacam je I don't know ikan apa ada dalam ni.Jangan anaconda sudeyyyy.


Owh teratai layu ditasik madu.


Ok next destination,ini rombongan Cik Kiah baru nak gerak.Tapi that day syukur alhamdulillah sbb cuaca sangat baik.Redup berangin.Best la kiranya jalan2.Time nak balik baru hujan turun.Betul2 kena ngan timing.


Kita menyinggah di kawasan yg ada bunker tp malangnya takleh nak masuk so nampaknya kita bersiar-siar kat tepi pantai je la.

Pantainya Masya Allah.Cantik sangat.Kalau ikutkan pantai kat Malaysia pun cantik cuma yg membezakan mentaliti.Orang sini jaga kebersihan takde la nak buang sampah merata-rata tp pantai kita,huhuhuhu,malas la nak cakap.


Kita posing la barang seketul dua.Tapi tak duk lama sangat sebab sejuk.


Tuan tanah nak berselpui seketoi.


Ok dah moh kita blah to the next destination iaitu Art Gallery.Kemain.Kalau tanya psl Picasso mampuih takleh jawab.Hehehe!


Tapi kat Art Gallery ni kejap je sbb nampaknya si kecik ni memang pencinta lukisan.Mampuih aku kalau tgn kecik ni tonyoh lukisan kat situ,jenuh nak byr ganti rugi karang.Hihihihi!

Kat luar Art Gallery ni ada la sikit mcm botanical garden gitu tp aku tak pusing pun.Aku duk pow potato chips anak kawan aku tu.Eh,tak sampai beberapa jam perut dah lapar balik.Hihihi!


Jadi kita menyinggah la disini.Ada park kat sini so kami picnic lagi sekali makan bekal kami tu sampai licin takde baki.Sini jugak la kami stop p toilet,solat apa semua.Tak ramai orang dan rasa sangat tenang.Betul2 relax la haritu.Dan kat pantai ni port ketam.Punya la banyak tp tak tersnap gambar pulak.Alahai rugi.

Dan lapar punya pasal sampai pic picnic pun tak snap.


Dan tempat last singgah pergi cuci mata tgk kawasan perumahan sini mmg cantik gila babeng la dan disini tempat parking boat.Haritu lupa pulak bwk kunci boat kami.Cisss!Kikikiki!

Maka tamat la cerita.Apapun kalau datang Brisbane ni,Birbie Island ni boleh la masuk sekali dalam tempat yg wajib datang.Itu bg pencinta pantai la.Sbb kalau pergi ke pedalaman pun view cantik jugak.Owh ok nanti la kita plan next trip pulak In Sha Allah nak ke Central Queensland iaitu ke Rockhampton.Tp taktau bila.Motif sbb nak p umah my dear friend Kak Nora.Owh I tak pernah lagi travel berkereta kat sini.I mean tempat yg jauh sikit la.Setakat ni paling jauh ke Sutton.Kalau naik flight tu ke Perth la.Owh itu la nak gtau betapa besaunya Australia ni.Sekian terima kasih.




4 comments:

Nastyna said...

jauh demo gi tengok penyu te'lor hahaha. bagus staff siap lorek lorek lagi peta.. gelak2 I lama tak dengar perkataan lorek tu hahaha. I pun nak ke taman bunga tunggu cuaca above 20degrees sikit baru best cik jelita nak main2 air ke nanti.

rostina76 said...

assalamualaikum…apa kabo weh ? lama dok dengor citer. bestnyeeee la jalan2 aussie, dok abis2 pusing aussie ek. kami yg g kejap pun dok abis2 jugok lagi citernye. hahaha!!!!! deme bz mende tu, lama dok follow citer, rupanya bz woman ye

Unknown said...

Takdenya penyu bertelur kat sini.Orang bertelur ada.Kikikiki!Eh I pun lama tak guna word lorek tu.Kikikiki.Feeling aussie sangat (mata ke atas tak turun2 bawah.Kikikiki)

Unknown said...

Waalaikumussalam Kak Ros.Busy sgt skang bisnes kecil-kecilan.Heheheh!Best baca cerita trip OZ kak ros : )

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You