Mother's Day dah lama dah tapi harini baru nak cerita.I pun bukan nak focus cerita pasal sambutannya yadda yadda sbb memang kami tak celebrate pun cuma kebetulan disambut kat sekolah TND dan sbb berada kat sini jd sambutannya mmg meriah la sbb dah memang sambutan agama diorang.Faham2 je la.Tapi apapun yang bestnya tak kiralah Valentine's Day ke,Mother's Day ke yadda yadda yadda,mesti ada SALES harga runtuh boom boom.Itu memang I LIKE.Kikikiki.Dasar perempuan.
Jadi haritu seminggu sebelum Mother's Day tu disana sini ada sales.Fuh!Urut dada mak.Harga runtuh bukan sesikit,banyak woooo especially peralatan dapur.You name it,mixer,airtifry,food processor,iron eh ni bukan barang dapur,argghhhh malas la nak mention sbb banyak sangat dan mmg target market diorang KHAS buat wanita yang bergelar ibu yang cepat rambang mata macam I la.Kikikiki!.Tapi yang kecik atinya,duit tabung ayam tak berapa nak cukup untuk beli itu dan ini.Isk isk isk!
Dan kat sekolah TND mmg agak meriah la sambutannya siap mak-mak dijemput datang untuk jamuan ringan kat kelas anak2.Sambutan ala2 potluck bila mana mak2 masing2 bwk juadah.
Dan haritu I bawak strawberry cheese tart.Selalu yang I buat bluberry cheese tart tapi waktu p Wollies dgn Coles I rasa mcm mahal pulak blueberry yang dijual so I tukar pd strawberry yang lebih murah kosnya.Kedekut.
Dan lagi kedekut bawak 12 ketui je.Eh asal kedekut sangat perempuan ni sekarang.Hihihi!Berebut-rebut tau eleh nak cakap sedap la tu. Dan just nak gtau from the tart shell itself I buat sendiri hingga ke fillingnya tau.100% homemade.Sbb apa,kalau tart shell tu malas nak buat boleh je beli yg ready made tp gitu la.Memandangkan buatnya senang amat so decide buat from A to Z la.Kenapa buat cheese tart ni?Ini sbb my friend dari Iceland tu teringin nak cuba rasa.Sekali harung la.
Fillingnya pulak I just masak strawberry letak sikit air,sikit gula,sikit perahan lemon dan this time I tak letak corn starch untuk bagi likat tp I tuang satu botol jem strawberry yang tak berapa nak laku kat rumah ni sbb rasa yg tak berapa nak sedap.Jd bila combine mcm tu maka terhasil la filling strawberry yang sedap.Ni ilmu dari my friend Kak Dee.Bagus juga tips ni at least takde la kita biar je jem tu tak dimakan sedar2 dah rosak.Dapat la jugak kita jimat dan ingat tu membazir tu amalan syaitan nirojim.
Dan untuk sambutan Mother's Day kat kelas TND tu jugak,setiap mommy akan di spoiled kan oleh anak2 memasing apabila setiap anak akan serve makanan untuk ibu masing2.(Kejap mommy kejap ibu.Kikikiki) Dan lepas makan,para ibu boleh pergi ke satu sudut yang disediakan khas untuk menikmati hand massage (anak kita la buat).Amboi!Kemain tau.Bapak dia takde pulak offer nak belanja manicure padicure dah la kuning dah kukuku ini duk main ngan kunyit.Ciss.
Dan satu slot video ucapan anak masing2 akan ditayangkan juga.Bila sampai part video ucapan TND tergelak besar I sbb dah makin baik English dia.Dah makin lancar dan dia pun dah makin confident bercakap.Kalau tak waktu memula masuk sekolah memang payah nau nak bukak mulut.Macam ada emas dalam mulut.
Dan part berbahasa Inggeris ni I mmg tak risau sbb I percaya dia cepat belajar namun ada syarat dia bila I tak benarkan sama sekali berbahasa Inggeris dirumah.Nehi.Kat rumah kena cakap Malay.Even cikgu sekolah dia sendiri pun advise please jadikan bahasa Ibunda bahasa utama dirumah supaya tak hilang.Sebab budak2 cepat belajar.Don't worry kalau memula dulu dia mcm terkulat-kulat tp mcm my TND dia takde masalah dengan bahasa Inggeris tu udah dari umur 3 tahun lagi dia dah masuk sekolah yg menggunakan bahasa Inggeris medium utama dan dia tak kekok dengan penggunaan bahasa tu.So I tak amik port sangat cuma I risau kalau disekolah dah guna bahasa Inggeris dan dirumah pun sama,I takut nanti bg masalah pada dia dikemudian hari.Dan I pun takde la nak push sgt dia sbb rasa mcm jangka waktu kami disini mungkin lebih lama.Itu kalau ikut perancangannya la.Jadi banyak lagi masa dia nak belajar hingga fasih bahasa tu dan my part pulak kena trying hard la untuk ajar membaca bahasa Melayu.
Pada haritu juga setiap orang dikehendaki melukis wajah ibu masing2.Serious tanjat boboi lepas tgk pic dia lukis ni.Hahaha!I tanya dia kenapa I tak berhijab,dan dia jawab ni my picture waktu duduk kat rumah.Just ikat rambut.Tapi yang I wonder why and why muka I garang bebebor siap mata merah.Kikikiki.Ni mesti terbayang wajah mak dia waktu tengah menyingga muka mcm lion ni.Isk isk isk!
Tak tahan kemain merah lipstick nya dan hidung no 2.Hahaha!
Dan lepas sesi tayangan video then sambung makan-makan,sambung borak-borak,lepas tu tapau menapau makanan dan lepas tu pulang.
Jd itulah serba sedikit sambutan Mother's Day disekolah TND.Dan bila pulang eh ada orang pulak buat surprise ajak p Indooropilly Shopping Mall dan sekali dia blanje...........................................
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Owh tidak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Terima kasih ORANG tu sbb sudi belanja.Memang highly recommend menatang ni.Food processor dan sekali dengan satu blender.Kini membuat acar timun bukan lagi satu masalah.Hanya zup zap zup zap terus siap.Kikikiki!Dan bukan takat acar timun je,pendek kata memacam lagi la boleh buat dan beli ni sbb serious harga runtuh gegiler sempena Mother's Day tu.Mmg rugi tak rembat plus blender Kambrook kat rumah tu tunggu masa je nak melayang kat ayam turkey yg selalu buat bising belakang rumah ni.Ish!Tp berbaloi la pakai dah nak masuk 3 tahun dah maka biler bocor disana sini tu sbb mmg nak habis usia dah pun blender tu.
Dan bila je I dapat ni dari my kesayangan tu,taktau la nak describe perasaan macam mana tapi memang happy sangat2 tak dapat nak cerita.Memang itulah rasanya perasaan ibu yang boleh dikatakan banyak masa dihabiskan didapur harapkan tak dibentang tilam je kat lantai dapur ni.Kalau tak mmg 22 hours la kot didapur.Hahaha.Mana lagi 2 jam???Mesti la urusan lain2.Berak ke apa.Kikikiki.
Hmmmm...................tak tergambar perasaan happy ibarat gembira dia tu time dapat satu handbag Chanel hadiah dari kesayangan.Thank you sayang.Love you ketat-ketat.Mwahhhsss!
-
-
-
-
-
-
-
-
Dan persoalannya........................................................................................kau pernah ada ke satu handbag Chanel????Muahahahaha!Ada.Tapi dalam mimpi je la.Choi sangatttttttttttttttt!Chow!
4 comments:
Hadiah tu bestttt......kite pob berkenan
hihihi....tart tu pulakkk...lahaiiii terliur...hihi
Hehehe!Hanya yg faham je kan akan tahu betapa bestnya ia.Hahaha!
eh boleh jimat banyak masa ni... selalu tengok Jamie Oliver pakai benda ni, zap zap siap hahahaa.
Betul zup zap zup zap siap uolllsss.Kikikiki.Jamie Oliver kata highly recommend.Kikikiki
Post a Comment