Phew lega bangun pagi ni dah rasa fresh balik.Semalam what a very hectic day sampai rasa nak patah pinggang.Hahaha!Itu namanya takde kerja cari kerja tapi at least walau penat,berbaloi la usaha sebab semalam masak untuk event.Dua menunya tapi sbb banyak sangat step nak kena buat itu yang kelam kelibut tu.I masak dengan my friend dua orang je.Dah la ada tragedi semalam.Keskeskes!
Semalam kami masak Mee Mamak dengan Rojak Mamak.Tp disebabkan nak masak dalam jumlah yang banyak so I decide nak tumis sesiap sos untuk mee mamak tu then later la kita goreng sekali dengan mee.Jadi memasak la Mak Jemah ni sambil mulut pot pet pot pet duk bersembang.
Sebelum tu nak story la sikit perangai Mak Jemah ni yang suka sangat recycle bekas.Hahaha!Bahasa dalamnya,berjimatttt.
Ini tepung jenama Healthy Baker tapi mcm I beli pun bukan sebab tertarik dengan word Healthy dia tu.Nehi.Kikiki!Tapi I beli sbb tertarik dengan it is easy to store gitewww.Maka memang dengan niat la I beli beberapa.Maka selepas itu I hanya perlu beli yang jenis dibawah ini,dan just refill je kat dalam bekas kat atas ini.Hamboi explanation,detailsss uollls.Tapi memang dah lama dah buat kerja ni dan bukan takat buat simpan tepung je,bekas yg sama I isi jugak gula maklum la bekas gula kat kaunter takde la besau mana tp setiap kali beli gula tak agak2 serupa nak cepat kena diebetis kekdahnnya.Ia la kat sini kalau beli sesikit rugi.Time offer tu rembat packing yg dua kilo terus.Kat sini pulak gula,tepung segala packingnya dalam kertas.Tersilap koyak takleh nak tutup elok balik so solusinya masuk the balance dalam bekas mcm kat atas tu.
Dan semalam tengah elok duk masak,I rasa la sikit rempah mee tu.Bila rasa sikit,hmmm agak masin.So tambah la gula dan sekali gula yg kitorang mmg khas untuk berniaga tu habis.So I pun willing amik je la guna gula kat rumah ni je so cecepat bangun capai la gula in stock yg I letak kat dalam container tu la.Jd bila rasa sikit,masin lagi so tuang gula.Maklum la masak dalam periuk besar jd boleh bayangkan la sekali tuang tak main la sikit2.Dia bangun zummmmm bajet Gordon Ramsey kan.
Lepas tu rasa lagi,eh asal masin lagi ni.Ok tuang lagi.Zummmmm!Kikikiki!Dan lepas tu baru sel otak berhubung.Haaaa...td dia tak berhubung.Dan waktu mata tertacap kat penutup container tu,terlepas la jeritan Mak Jemah sampai tanjat business partner.Owh tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!Bekas yang sama yang I selalu guna untuk isi gula tu sebenarnya I guna jugak untuk isi cooking salt.Dan mmg I tak pernah pun isi garam dalam bekas tu tp last week punya cerita I p borong 2 kilo cooking salt sbb regenya kalau tak silap $2 lebih je kot sbb ada offer.Owh tidakkkkkk!Owh tidakkkkkkkkkkkk!Dah siap tulis kat tudung sebenarnya GARAM.
Maka dalam kekalutan tu,my friend cakap ok kita keep calm and find the solution.Serious dah rasa nak menangis dah time tu sbb u cook for 200 ppl and now you ruin everything.Ok urut dada jap so fikir solution.
Jadi I tumis balik bawang kisar dan this time tak sempat dah nak rebus cili nak buat cili kisar bagai.Terus pakai serbuk cili je then campur masuk dalam rempah yg memula td.Kami x berani nak tambah air sbb mee mamak suppose keringkan.Luckily,berjaya.Phew!Alhamdulillah.
So next time wajib beringat.Jangan pakai main taram je sesuka hati.Kikikiki!
Lebih kurang jam 5.30 petang siap masak untuk semuanya.Alhamdulillah tp penat sangat sampai rasa sakit satu badan.So semalam lepas makan,telan panadol,terus tidur.Bangun pagi ni dah rasa segar balik dan kembali pada routine asal.
Ok,to be continue.Ngantuk pulak rasa.Harini puasa.As usual la.Puasa ganti.2 days more.Hehehe!Hujung2 baru nak ganti.Hmmm...tak baik betul la.Cuma skang mmg tak terasa sangat puasa sbb sejuk dan maghrib awal.Jam 5.05 petang dah berbuka dan itu yg mampu buat cepat tu.Hehehe.
Tak lama dah nak Ramadhan.
No comments:
Post a Comment