My very first time making a sushi

Awww terharu sangat rupanya ada beberapa orang yang perasan kehilangan perempuan ni dari mengupdate blog.Kikikiki!Memula Kak Umi,lepas tu Kak Ros,lepas tu Johnny Depp eh dia pun baca blog kite ke??Hehehe.

Tapi yang buat kita semangat balik nak berblog ni bila dah tgk Mama Nastyna dah senyum semula.Jd kita pun bersemangat balik.Gitewww!

Walau apapun,lately ni memang busy teramat sangat.See?Bukan working mom pun tp busy dia mengalahkan orang kerja.Kikikiki.My TND kan dah masuk sekolah jd tak sangka la sejak masuk sekolah rendah ni banyaknya aktiviti.Dan semua aktiviti tu mmg I yg willing nak join sebenarnya dan bukan compulsory pun just bg mengisi masa.Tak sanggup la I nak duk rumah je ternak lemak.Kikikiki.At least bila gerak ni takde la laju sgt lemak terisi dalam badan.Balance orang kata bila makan banyak (hobby) dan gerak pun banyak.Jd tak sempat la lemak tu nak beramah-mesra.

TND start sekolah January haritu dan selepas tu mmg banyak la benda nak kena buat.Ini pun sbb I yg volunteer nak join parents punya aktiviti.Next month akan berlangsung satu event iaitu International Breakfast dan I and the geng ada plan  nak open stall yang jual makanan Malaysia.Jd dah start sibuk la ni.Dan ada lagi satu event besar bulan September.Orait la after Raya sbb kami pulang ke Malaysia selama sebulan nak celebrate Raya.Hoverrr tau!

Itu aktiviti community.Aktivity kelas pun banyak.Rasanya every month ada je playdate dan kalau tak playdate pun,aktiviti makan2 geng2 mak2.I pun dah ada geng kat sini jd memang tak bosan sangat la.Selain geng dari Malaysia,I pun ada geng yg selain dari Malaysian gak,hehehe,orang dari merata tempat.


Ok its me from Malaysia,Sarah from US,Hjordis from Iceland,Chris from New Zealand and Yumni Ko from Korea.International kan tu.Kikikiki!Hilang dua orang dari Hong Kong dgn sorang lagi orang Aussie.Diorang kerja kalau tak silap haritu.

Ni la masa lapang kami.

Dan busy I ni start lepas I join masak untuk event student UQ last month.Lepas tu tak putus event.Start dengan masak untuk 600 orang tapi I masak dengan my friend la dan dibantu oleh geng2 student juga.Giler kau masak untuk 600 orang alone.Mampuih!.Maklum la nak masak masakan Malaysia,harus lah kena orang Malaysia jugak yg masak.Selang 4 hari,masak pulak utk 400 orang sampaikan seminggu tak hilang sakit bahu.Kikikiki!

Dan skang pun ada la jugak lagi tempahan untuk buat kuih/lauk Malaysia untuk farewell party la,birthday party la,banyak la jugak.Memang skang siap ada space ku panggil my office sbb skang mmg kena ada organizer.Kalau tak den lupo.Sbb yg order pun ada juga dari community Indonesia.Alhamdulillah.

Dan selepasnya ada lagi cuma kuantiti tak la seramai sebelumnya tp tetap la buat Mak Jemah ni busy hinggakan skang dah takde masa nak tgk fav show kat tv.Bukan takat tak sempat tgk,kalau suami takde kat rumah dalam 2 weeks tu,tv pun jarang bukak.Anak2 tdo awal jd weekend je la tv tu berbunyi.Hehehe!Sebelum ni I selalunya akan tidur lambat malam Rabu sbb cerita best kat tv tp skang ni bukan takat nak follow tgk My Kitchen Rules (dah habis),skang Masterchef start I pun just tgk episod 1 je.Lepas tu tak follow dah.Ini sbb I tidur awal.Bayangkan skang ni Isyak jam 6 lebih dan selalunya anak2 dah masuk tidur jam 7.30 malam sbb kami mmg dinner awal,makanya dengan emaknya sekali tidur.Itu yg blog sendu ni terus tukar jadi tepu.Kikikiki!

Subuh pulak awal jd memang routine harian I start jam 5 pagi.Skang pun I dah takde masa langsung nak take a nap petang2 jd itu yg lepas Isyak tu lesu habis.Habis terus battery.Kikikiki!Inilah kenapa blog dah makin jarang update.Tp sejak dapat momentum baru ni,In Sha Allah cuba rajinkan diri update.Biarlah tak ramai yg membaca pun tp yg penting ada regular tu.Apa ingat kedai je ada regular customer?Hahaha.Satu lagi seronok juga sesekali berceloteh kat blog.

Dan cerita harini yang I nak cerita adalah keinginan nak makan sushi.Actually I ni dah start craving nak mkn sushi ni about a few months dah (tak pregnant so jgn buat spekulasi.Kikikiki) tapi takde orang nak melayan.Sedihkan.Kikikiki.

I ni sebenarnya bukan pencinta sushi ibaratnya kalau tak offer pun takpe,I tak kecik hati punya.Tp lately teringin pulak.Biasa la ni panggil gatal.Bila susah nak dapat tu la kau terhegeh-hegeh nak.Time kat Mesia bersepah sushi halal tu takdenya pandang sbb mmg tak suka.Cerita la pung pang pung pang pun.

Dekat area rumah I ni,tak la dekat sangat pun dalam 5 minit berkereta,ada la kedai ala2 makanan Jepun ni,ke lebih pada Korea...hmmmm....x sure tp apa yang pasti ada sign Halal dan my dad pernah makan ramen kat situ (Dia cakap sedap),dan itulah contoh nak gtau betapa tak sukanya makanan Jepun ke,Korea ke,sampai abah sendiri makan pun I tak menempel kat sebelah pow sikit.Hahaha!Memang x suka tp taktau kenapa sejak dua menjak ni kepingin sangat sampai masuk dalam mimpi.Kikiki!Td waktu pergi kedai tu mmg hampa sbb baru tau rupanya diorg tak jual sushi.Menu diorng lebih pd mee,tempura bla bla bla.Sushi is nehi!

Dan last Saturday suami bwk la menyinggah kedai ni.I masuk la tgk menu dan mmg hampa la.Jd tak tercapai la keinginan nak mkn sushi.Kalau ke mall tu asyik duk jeling la segala stall,restaurant yg duk jual sushi tu.Tp mmg takleh makan la kan.

Nak jdkan cerita semalam masuk malam ketiga TDS demam malam.Perubahan cuaca agaknya.Batuk makin teruk then siang td decide bwk p klinik la lepas hantar TND ke sekolah walau tahu klinik kat sini mmg payah amat nak bg ubat.Hehehe!Just check nak tau semua ok la kalau tak asyik susah hati je anak demam.Lepas hantar Damia terus pergi dan satu kena tahu klinik kat sini dia lagi prefer appointment dari walk in tp sebab kebetulan I pergi tu cakap emergency maka diorg bg kelonggaran la sikit dan dapat lah jumpa doctor yg tersangat la nice.

Settle hal kat klinik dalam jam 10.30 mcm tu,terus ke Indooroopilly Shopping Mall dan misi Mak Jemah tak lain tak  bukan nak p cari barang nak bikin sushi.Kikikiki!


Hasil tangkapan kat Wollies sekali dengan kudap-kudapan diri sendiri.Hari tu I mabuk ngan Tim Tam tp skang pandang pun tak hingin.Lepas Easter haritu (perayaan coklat bagi I la.Hihihi!),I mabuk pulak dengan Cadbury Breakaway ni.Tak putus lagi stok dan sekarang tambah lagi satu iaitu Snickers.Dulu kat Malaysia,I paling x suka makan Snickers ni sbb rasa mcm manis melampau.Skang lain pulak jadinya.Dah masuk list fav pulak.Apakah aku ni.Dah tua agaknya.Byk benda dan selera berubah.


Barang2 nak bikin sushi.

Td ada jugak jeling2 salmon smoke tp harga leh tahan.Yang dapatnya nipis je isinya.Hehehe!Lepas tu ingat nak cuba crabstick tp bila baca ingredient dia,ok letak balik.Ada campuran wine pulak.Ini yg packaging sesatu duduk sebaris dengan akak-akak,abang-abang salmon.Try usha kat peti sejuk beku yg pakai timbang kilo tu takde pulak.Ok so decide guna tuna sudeyyy.Kata first time bikin sushi jd kita try yg senang2 dulu.Jd td amik sushi rice,roasted seaweed,lebanese cucumber,smoked tuna + chillis tuna (nampak nau selera Malaysian,yg berchilli x tinggal),sushi mat.Cuka sushi dgn sauce dia tak amik so pepaham je la.Dan wasabi pun tak amik sbb I hate wasabi.Hahaha!I start gaduh ngan wasabi ni lama dulu dah.Dah lebih 10 tahun dah.Hihihi!Teringat time tu kat Shangri-La Hotel Penang kononnya nak try sushi ngan wasabi.Kalau tak silap time tu sushi yg ada isi salmon mentah on the top tu.Orang panggil apa ntah.Nigiri sushi rasanya.I pulak letak wasabi tak agak2,sekali masuk mulut terus rasa nak pitam.Giler dia punya rasa dekat seminggu I rasa loya.Dan sampai sekarang mmg big no la pada benda alah ni.Trauma tau tak.

Jadi tadi mmg wasabi tak beli,ginger jeruk tu pun tak beli walau rasa mcm terliur jugak.I ni mmg suka jeruk tp tak suka cucumber pickle yg org selalu letak dalam burger tu.Jeruk lain2 suka dan paling suka jeruk bawang putih.Hihihi!

Ok sambung cerita nak bikin sushi.Seriously ni la kali pertama I buat sushi.Jd mmg mcm cuak la nak masak beras sushi tu tp sebenarnya mudah aje.Sukatan dia kalau guna satu cawan beras,masuk la satu cawan air ikut sukatan sama.Tp kalau I la kan,lebihkan sikit air tu lagi la best tekstur beras tu.Ala instruction from A to Z ada je kat belakang pack dia tu.Follow je.

Masak beras sushi berjaya dgn jayanya dan I ada campur sikit white vinegar,sikit mayonis (I ada tgk dalam blog orang kongsi tp resepi asal x letak),lepas tu garam sikit.Suka hati dia p letak.Kikikiki.Bg rasa sket.


Guna sushi mat tu la lepas tu letak la nasi tu mcm ni tp jgn lupa kosongkan lebih kurang 3 cm kat hujung tempat last gulung tu.Jgn isi habis sbb nnt dia tak tertutup pulak bila habis gulung.Demo nak buat sushi ni I tgk dlm Youtube.Hehehe!


Permulaan ni I guna smoked tuna dengan sweet chilli tuna.Not bad la rasanya.Serious sedap.


Digulung sekali dengan lebanese cucumber dengan carrot.Tp I rasa potong nipis sgt.Patut kena tebal sikit.


Ini yg I letak sweet chilli tuna tu yg nampak keciliannya tu.Owh man.Sedap wooo!


Selepas digulung dan ready nak dipotong.Nak potong tu guna pisau tajam tau.Celup pisau dalam air panas kejap lagi cantik potongan sushi korang.Kalau pisau tak tajam nnt tak cantik dan mudah je sushi pecah perut.Kikikiki.


Taaadaaa!Sushi yang pertama kali kita buat dan tak sangka anak dara suka so boleh ulang buat lagi la.Dah la mudah dan tersangat la fun membuatnya.

Ok la nanti sambung lagi.Harini misi buat sushi lagi.Tetiba addict.Kikikiki!

Happy weekend everyone!



6 comments:

Nastyna said...

TAra...jadi pun, cantik u gulung, tangan chef chef mmg natural jadinya hehehee. Tapi I sushi rice tu selalu I buh gula, berkilat jadinya. I tula I pun jarang datang teingin makan sushi, kalau I makan pun hanya yang avocado atau telur, ikan sushi I tak makan hahahaha.. ngada2. SEronok la u banyak aktiviti, mmg tak menang tangan, I kat sini malas banyak hahahaa campur dengan communication barriers, lagi malas tahap berganda hihih. Good luck u, nnt datang la masak2 sini pulak yer.

farae al-farafisya said...

Yeay, finally akak update pun blog! I'm one of the regular too..hehehe..mcm seronok je buat sushi sendiri; dah la memang tgh craving sushi..ish, ada gak yg start kete pergi jusco ni kang walaupun it takes almost one hour to reach the nearest one...anyway, keep updating tau kak...

Unknown said...

In sha allah I datang german masak untuk u cuma persoalannya bila tu babe.Hihihi.Tapi mana la tahu kan tetiba suami out station ke sana confirm I akan mengelupur nangis hentak2 kaki nak ikut.Hehehe

Unknown said...

Owh really.Thank you dear.Happy sangat tau ada orang lain juga yang sudi baca bebelan perempuan ini.Hehehehe!

nini said...

Wahhh mcm sedap.....macam kena teraiiii la jugakkk...hihi

Unknown said...

Sila buat.Kikiki!Sonang haih!Kikikiki

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You