My secret ingredient of happiness -Part 1

Ada orang pernah tanya I "Kau ni happy je selalu.Apa rahsianya".Hahaha!Kelakar pulak ada yang tanya mcm ni.Ok let me share you my secret of happiness.Macam rajin pulak nak bercerita pasal ni sbb selalunya I rajin cerita apa yang berkisar dalam hidup seharian je dan selalunya simple thing la.Sekarang mcm malas sket nak involved dengan something yang memaksa kita berfikir secara mendalam.Sebut critical thinking,baru sedar lama dah tak pegang surat khabar atau buku2 ilmiah.Kikikiki.

Ok.The main ingredient is  "Please be yourself".

Firstly,hanya kita yang tahu tentang kehidupan,diri dan segalanya yang berkisarkan tentang KITA.Maka apabila kita dah tahu yang kita selalunya setiap beli seluar kena ambik size 30 maka jangan la gigih jugak nak cuba size 25.Itu seksa diri namanya.Faham tak ni?Ini diibaratkan,dalam erti kata lain,hidup dengan cara kita dan jangan la trying hard to be someone else.

Secondly,I tak tengok drama Melayu dan tak addicted novel Melayu.Kenapa I tak mention je yang I memang tak minat novel Melayu,tak boleh sbb I ada beberapa penulis Melayu kegemaran I makanya I baca novel Melayu tapi tidak tertarik pada novel yang jiwang leleh segala lepas tu seriously jalan cerita nampak sangat imaginasi melampau penulis ditambah impian penulis tu sendiri yg kalau kat dunia reality mmg tak mampu capai jd kau gebang la cukup2 dalam novel.Tp yang peliknya ramai pulak terbawa2 dari pembacaan novel atau tonton drama kat tv je tp emotional tu terbawak-bawak sampai siap post kat FB whatsoever kegeraman itu.I pun mcm erkkk!Tengok atau baca saje tak bolehkah?Nak mendalami watak sila mohon kerja as a actor/actress la.Mengarut.Jadi nak gtau kat sini,kalau reality kehidupan kita takde la serumit mana,maka takyah la duk rumitkan keadaan dengan terbawa2 watak drama tu masuk dalam kehidupan seharian.Itu yang life tak complicated,tp pada yang life complicated lagi terbawa2 emosi dari pembacaan/tontonan drama/filem,terus life jd makin miserable.Apa untung kau dapat?Sebab tu kadang2 I rasa baik ku baca novel Games of Thrones yang sah2 setiap watak jalan cerita tu tak wujud dan tak mungkin ada.Senang.So habis kat situ je.Jadi sini nak gtau,apa2 yang I tgk or baca,tak menjejaskan diri I.Static.

Thirdly,jauhkan la dari vibrate negative.Dalam hidup ni kita mesti akan jumpa orang yang sangat judgemental especially wanita yang mengalami kegagalan rumahtangga dan dia akan tend to pukul rata.Kalau tgk orang lain bahagia dia akan cakap tu berlakon semuanya sebab reality tak mcm tu pun.Ni jenis orang yang nak orang lain jatuh sama mcm dia.Dan kita kalau dah tahu dia mcm tu yang terhegeh-hegeh nak rapat buat apa.Jauhkan sikit agar vibrate negative dia tu tak terpalit kat kita sama.Ini tidak.I bagi contoh la.Seorang isteri yang gagal dalam rumahtangga luah perasaan sedih dia kat kawan dia yang juga seorang isteri.Let say la kes diorang bercerai tu sbb suami curang.Lepas sesi lepas perasaan,si kawan pendengar setia ni balik rumah.Bila balik rumah nampak suami terus emotional walhal suami tak buat apa2 pun.Tapi sbb terbawak-bawak cerita kawan td yang sedih sgt tu tak pepasal suami yg tak tahu apa2 tu kena marah dek mood kita yg suddenly swing tak bertempat tu.Jadi kalau dah tahu jenis macam ni,elakkan dekat atau baca luahan orang2 yg bwk angin negatif ni.Kalau kita jenis mampu dengar dan mampu buang dari otak on the spot tak mengapa.Kita mampu tekan X atau skip.Tak salah jd pendengar cuma limitkan kalau kita dah tahu yang rumahtangga kita ok sahaja.Jadi kat sini nak gtau,jauhkan dari circle orang yg negative.

Fourth,tak salah pun nak ada akaun di media social.I bg contoh Intagram dan FB.Kita punya page so kita punya keputusan la.Mcm I ni jenis hanya add orang yang I kenal.Tapi kalau ada yang nak add tu bukan friend atau entah orang dari mana ntah tak kenal tetiba nak add,mmg tak akan add la.I tak kemaruk sangat la nak ada friend list sampai beribu.I hanya add kawan2 dari circle yang buat I selesa.Dan friend yang buat I rasa annoy walau I dengan dia bertepuk tampar sekalipun didunia nyata,akan tetap ku unfriend kalau I rasa posting dia ntah hapa-hapa.Sbb apa I buat mcm tu,because my life not that so complicated so takat nak baca status dia gtau sakit hati jalan jammed I rasa mcm,hek eleh.Nak jalan smooth kejap je sampai tempat kerja,sila la buat jalan sendiri.Maknanya ni,I akan avoid any types of person yang I rasa buat kita rasa annoy.Banyakkan baca posting positif dari kawan2 yang sentiasa posting sesuatu yang positive.

Kelima,ambik balik point atas iaitu JADILAH DIRI SENDIRI DAN JANGAN HIDUP ATAS APA TANGGAPAN ORANG PADA KITA.Maksudnya,hidup cara kita la dengan takat kemampuan kita je.Takyah la berusaha sbb nak orang nampak kita hebat.Kau ingat tak letih ke jadi orang hebat??Mcm la I ni pernah jd orang hebatkan.Kikikiki.Dan I nak share satu true story ni.Maka adalah seorang perempuan ni yang post gambar handbag baru dia dan captionnya lebih kurang mcm ni "Thank u my hubby sudi belikan handbag Chanel untuk I bla bla bla".Maka berduyun la yg LIKES/COMMENT.Dan ada la sorang kawan dia ni jugak gtau "Actually ada cerita disebaliknya dimana perempuan ni mengamuk sakan mintak husband dia belikan handbag tu.Husband yang dah tak tahan tu belikan la satu dengan niat biar puas hati si isteri ni.Isteri bila dapat,tak nyempat-nyempat nak snap gambar pastu cecepat upload."Eh ada juga rupanya.Makanya sbb orang lain ada so dia nak jugak tak kiralah dalam apa jua cara,nak jugak.Nasib laki kau mampu dik oiiii.Serious I rasa kelakar.Dah dapat handbag cepat2 upload kat FB.Jd sekarang ni kita ni hidup untuk diri sendirikah atau trying hard nak impress orang lain supaya orang cakap kita ni kaya?Tak letih ke?Kalau I serious letih.Sbb kalau I jd mcm dia,baru td nampak my husband punya sepupu upload gambar dia naik kereta Lamborghini kat FB.Nak kena mengamuk sekarang ke mintak husband belikan jugak? (Tapi sah2 la tak mampu.Kikikiki!Cita2 tinggi.Nah pang sekali!) 

Jadi type panjang2 ni nak conclude bahawasanya kita ni hidup tak perlu menjadikan orang lain cermin kita kecuali kita jdkan orang lain cermin kita samada sebagai inspirasi untuk berjaya ke apa tu lain la.Tp kalau takat nak menonjol sbb nak glamour,nak nampak kaya-raya,nak nampak genius,nak nampak warak bla bla bla,takyah la.Buat je la apa yang kita rasa baik dan biar orang lain yang menilai.Takyah kita ni jd tukang marking kat mana pencapaian kita.Kan dah resmi alam ada cikgu mesti ada murid.Kalau kau cikgu dan kau juga cikgu,maka kau mengajar dan kau menilai,habislah.Hehehe.

Maka penutupnya,live your live to the fullest.Takde hebatpun kalau setiap hari kau upload mampu makan direstaurant mahal kalau lepas makan kau menyesal tak sudah sbb baru dapat gaji dah tinggal separuh.Tp sebab nak menunjuk kat media social lifestyles kau yang sangat la ikut trend,di media social kau nampak happy tapi dalaman kau sakit.Tak best life mcm tu beb.Jadi penutupnya I re-phrase lagi sekali "Please be yourself".

Dan macam I malam ni,pada suhu 15 degree,ni pun dah mampu buat I happy.........................


Maggi ayam dengan telur puyuh letak sampai 6 biji makan tak rasa bersalah walau ada yang mention telur ni not good kalau makan banyak2.Senyum je la sbb dalam 5 bulan ni,inilah julung2 kalinya I makan.But sometimes you don't need to explain to them,biarlah tanggapan itu bermain kat otak diorang je sbb yang tahu hanya kita.Chow!

5 comments:

Nastyna said...

Amboi, kau tak nak kritikal thinking, tapi buat I yang baca ni kritikal pulak hahahaha... ok kidding. and I sokong seratus lima puluh perseng la apa u cakap ni... and actually kan, selalunya orang yang tak pernah keluar dari kepompong jer yang suka nak beriya show off bagai ni.. orang yang setakat cukup-cukup jer adanya. I perati la, bukan orang kita jer, tapi mana2 la... yang takat bo bo ada. Tengok that one multi billionaaire yang simple life style nya.. dorang mampu beli anything, so dah tak feel dah segala kebendaan pada dorang.. apappun for me myself, sejak kecik our dad remind of to "ukur baju badan sendiri", so kami sentiasa la sedar diri hehehehe.

Nastyna said...

eh jap..pasal telur puyuh tu.. seriously.. pedulikan mereka yang kata ini no good that no good. persetankan mereka.. jom kongsi ngan I sikit telurs itu.

Madam Fiey said...

Betul babe.Yg suka sgt nak show off ni mmg kebanyakannya yang cukup2 ada dan kadang2 I fikir apa yang diorg cuba nak prove sebenarnya.Hehehe.

My dad pun pesan mcm tu jugak.Dan satu lagi pesanan dia,always down to earth.

Madam Fiey said...

Diorang mention kolesterol tinggi compare to telur biasa hanya utk satu biji telur puyuh.Hehehe.But I dont care sbb I mmg suka amat telur mini ini cuma takde la makan selalu.Kebetulan ternampak dekat Halal Butcher jual tu terus beli dua packs tp tak habis lagi pun.Hehehe

nini said...

So true la yunk.....org yg ada biasanya coollllll jerp and tak perlu nak tunjuk2 pon...only us noe who we are......

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me