Nasik Minyak Hujan Panas

Hari ini hari Isnin.Orang yang tak kerja macam I ni dia memang takde Monday Blues segala sebab everyday is fun day!Hahaha!

Sebut takde kerja atau istilah lain surirumah sepenuh masa,td pergi ke klinik doctor tu tukar yang I tulis 'unemployment",dia pi tukar as "housekeeper".Memana la doctor.Janji bahagia.Jangan pi letak as a "zookeeper" sudah sebab takde panda I nak tolong jaga kat sini.

Owh!Virus batuk dari Perth dan membawa sampai ke Brisbane.Hihihi!Tapi sehari dua ni makin teruk pulak dia.Itulah bahana tuan tanah makan tak pantang.Dah tau batuk sepoi-sepoi bahasa,pergi jugak makan kekacang konon jaga badan,lepas tu dari sepoi-sepoi bahasa terus la membawa ke angin taufan.Takleh tidur sampai dah dapat pakej migrain pulak.Sakit betul kepala.Batuk kuat sangat kot pastu non stop.Semalam pergi mall,beli paracetamol tak nyempat2 nak makan.Boleh nak telan pil pastu teguk ice crusher memang mencekik la kan.Vodo sungguh.Hihihi!Memang la tak jalan pil tu.Nasib tuan tanah tak tercekik pil semalam.Lepas tu baru gigih nak beli mineral water.

Tapi harini batuk sakit oiiii!Terus ajak cik abang pergi klinik.Ini kalau dah telan antibiotik tak jalan jugak ni taktau la.Sakit oiii!Bukan nak merungut tapi memang sedang merungut pun ni.Hihihi!Tapi I cuba ingatlah,sakit itu penghapus dosa.Alhamdulillah.

Ok.Harini lega suami tak jadi ke Adelaide.Tangguh pada tarikh yg akan diberitahu.Jadi Kak Kiah happy sangat harini walau batuk tak berenti,tapi semangat masak makanan fav suami.Memula I masak kuih Sekaya @ Seri Kaya @ Aku Kaya @ &^%%$**.Lepas tu masak nasik minyak.Tapi this time I masak Nasik Minyak Hujan Panas.Kalau nak tahu nasi ni femes la kat Pantai Timur ni.Apa yg best sgt dengan nasik ini?

Takde la X Factor sangat pun takat nasik minyak pastu upgrade sikit masukkan color.Tu jer pun.Ngeh!Ngeh!Ngeh!Dari mana pulak datang nama Hujan Panas?I don't know.Hahaha!

Tapi masak apapun,kalau boleh kat I memang semua nak short cut jer.Hehehe!Suka ubah resepi ikut kesesuaian.Maklum la kenkadang kalau tak cukup satu bahan,tak kuasa oiii nak pergi kedai beli.Hihihihi!Jadi manfaaat jer la apa yg ada.

Nasik ni kan,I masak dengan cara tanak bg kering sikit pastu kukus.Motif buat lagu tu?Hihihi!Sebab rasa syg setiap kali nampak nasik berkerak.Actually periuk mini yg ada kat rumah ni,kalau masak plain rice tu memang cantik la.Tp everytime I masak nasi ayam ke,nasi tomato ke,atau nasik minyak,nasik lemak kalau tak banyak,sikit pun mesti ada kerak.So rasa mcm tak suka la pulak.Jd I masak nasi ni selalunya I tanak dulu bg dah mcm kering sikit,pastu masuk dlm periuk kukus.Nasik pun jd cantik jer sebijik-sebijik.

Ramuan untuk nasi:

Kulit kayu manis
Bunga lawang
Cengkih
Buah pelaga
Bawang besar (dipotong halus)
Bawang putih (potong nipis)
Daun pandan
Halia (samada ketuk atau hiris)
Sos cili
Sos tomato
Garam 
Gula
Susu cair (suku dari sukatan)
Air

Cara sukatan yg selalu I buat.Kalau 2 cawan beras,air pun 2 cawan jugak.I guna Brasmathi so takde risau nasik terlebih or terkurang air.Selalunya cantik jer jadi.Masuk mentega pastu campur minyak sikit then tumis bahan2 yg dihitamkan sampai naik bau.Lepas tu masuk la bahan selebihnya.Susu cair pulak,let say I guna 2 cawan beras,so susu setengah cawan then air 1 1/2 cawan.Gabung dua cukup 2 cawan.Betul dak?Garam dan gula agak2 la nanti dah masuk beras rasanya ngam2 sedap.Ok bila dah menggelegak,masukkan beras.Kacau2 la pastu dah nampak beras dan sebati dan kering sikit2 tu,masukkan dlm periuk kukus pulak then kukus until nasik tu masak sepenuhnya.

Color tu pulak,bila nasik dah masak,ambik 2 mangkuk kecil,letak 2 color berlainan.Pastu combine.Jadilah nasik minyak hujan panas.Tapi versi I nasik minyak hujan panas ribut petir.Hahaha!Terlebih meriah pulak dia.

Last sekali dressing dia I tabur sultana.I like!Tapi dua orang kat rumah ni tak suka pulak.Rajin diorang kutip sesatu pastu lambak dalam pinggan kita.Haish!


Untuk acar dia,ini my mother in law punya style.Sebab anak lelaki bongsu dia suka yg ini,so wife dia bikin ini.Tapi my husband tu takde spesifik sgt kegemaran dia sbb dia cakap dia suka semua apa yg I masak.Kombang kojap lobang idung den!


Just guna carrot dan kobis.Kalau malas grate jer.Hihihi.Pastu campur sos cili,sos tomato,garam,gula,cuka / lemon jus.Gaul rata siap.Nak pedas potong cili halus2.


Memula ingat nak masak ayam masak merah tp sekali beku wesss so udang la kot cepat sikit.Cara nak masak ni tumis macam biasa jer.

Ramuan:

Bawang putih (blend sesiap)
Bawang besar (blend sesiap)
Halia (blend sesiap)
3 ni tumis dulu dengan minyak sampai naik bau.Pastu masuk paprika sebab lada lumat takde stok dah.Tumis agak2 dah garing sikit pastu masukkan udang.Pastu masukkan sos tiram,sos cili,sos tomato,garam sikit,gula sikit,air sikit (nak bg ada kuah),lastly masuk kicap manis.Siap.


Ini sambal belacan wajib ada.Hihihihi!Kat Aussie ni nak jumpa cili kecik yg pedas bedesing tu kat pasaraya susah sikit.Kira nasib la.Kadang2 ada kadang2 takde.Tp kalau ke kedai oriental atau ke pasar,selalunya ada.Jadi pergi Coles haritu I borong jalapeno chilli.Actually chilli ni dia pedas jugak tp takde la sampai berdesing.Hahaha!Tapi orang sini memang diorg dah rasa pedas sesangat dah tu.Hahaha!

Jadi I bikin sambal belacan ni 100% guna jalapeno chilli tanpa campur cili besar.Pastu masukkan la belacan sikit,gula (lebih pun takpe),pastu cuka/jus lemon.I blend jer.Tak kuasa nak tumbuk sbb lesung sini mcm tak mesra pengguna la.Hahaha!Dia tak mcm lesung Malaysia.Kikiki!

Ok.Jadi inilah lunch family kita harini.Ops!Bukan takat lunch,membawa terus ke dinner.Hahaha!Tapi apapun,berbaloi penat masak sbb licin dua orang tu makan.Dah la makan bertambah-tambah.Kalau lagu ni la,walau tak berapa sehat,tak ralat la sangat gagahkan diri masak.Sebab everytime kalau kita masak sungguh2,pastu orang yg makan pun sungguh2,kita rasa reward pd diri kita.Rasa kepuasan sangat2.Hihihi!Apapun,alhamdulilllah.Hari Isnin yang nyaman,Isnin yg penuh barakah dan moga hari seterusnya juga begini.In sha Allah.

5 hari lagi nak masuk Ramadhan : )

Autumn Harvest Festival - Rockingham

Last two week rasa sedih sangat sbb handphone rosak pastu semua gambar tak sempat nak transfer.Dah la sepanjang tiga minggu kat Rockingham ni mmg I snap picture guna handphone jer until handphone rosak baru gigih guna camera.Hihihi!

Redha jer la gambar hilang janji kenangan simpan elok2 dlm ingatan dan memang takleh delete dah.Hihihi.Ayat sedapkan diri sendiri sebenarnya.

Ok.Kami sampai ke Brisbane lebih kurang jam 6.55 petang separate flight laki bini.Hihihi!Ceritanya hari Isnin petang tu I purchase ticket balik Brisbane tp ticket suami tak beli lagi sbb itu akan dibeli oleh agent.Jadi sbb confident waktu dia datang haritu agent beli ticket Virgin Airlines jd I pun beli tiket Virgin Airlines gak la.Tapi sekali agent beli tiket untuk suami Qantas Airlines pulak.Aduhai!Terbalik la.Jadi memang pagi tu kelam-kabut betul mana nak hantar kereta sewa lagi,dengan ticket suami tak dpt lagi.Sekali dlm jam 10 kot mcm tu,HR di Perth call suami ckp tiket dia jam 1 tengahari dan I pulak sepatutnya jam 12.30 tengahari tp sekali delay pulak so I naik jam 1.30 tengahari.Terus ke airport dengan taxi dan syukur la no drama at all.Semua dipermudahkan.

Alhamdulillah jugak bila my expectation naik Virgin Airlines yg sama mcm cerita my husband dgn takde entertainmentnya bla bla bla bagai sebab Virgin ni macam Air Asia la.Tapi sekali kami naik flight besar yg sama mcm MAS.Semua ada.So Damia xder la bosan sgt sepanjang 4 jam lebih tu duk melayan cartoon.Satu jer dia tak bg iaitu blanket.Hihihi!Jual2 dalam flight mmg ada tapi diorg tetap bg lunch sekali so no need la nak beli2 bagai plus tak byk choice pun.Haritu pun I mintak nasi dengan pumpkin curry.Lauk vegetarian dan harapnya halal la.Kikiki.Kalau naik Qantas senang boleh request Halal Meal terus sampaikan ice cream pun dia bg yg ada tanda Halal.Yes,diorang mmg sgt sensitive.

Ok.Cerita psl handphone pulak,elok2 minggu lepas pergi beli yang baru,balik rumah tu sajer jer la my husband bukak balik handphone yg rosak tu sekali elok dia menyala balik.Terdiam jap kami.Mahu tak,udah la dlm seminggu handphone tu mmg takde respond langsung tetiba menyala.Erk!

Jadi cecepat la I transfer mana2 gambar masuk dlm laptop pastu copy balik number2 phone semua.So boleh cerita la pasal Autumn Harvest Festival dan yg paling happy dpt save balik segala gambar2 kat Rockingham.Hehehe!

Autumn Harvest Festival ni berlangsung satu hari jer iaitu hari Ahad start dari jam 10 pagi until 4 petang.


Ini pic dalam jam 8 pagi kot.Orang ngah buat preparation.Damia tak sabor2 nak turun.Ini snap dari balkoni apartment.Betul2 depan apartment.


Banyak stall jual makanan cuma I confident beli churros je tp tak se mahvelles churros kat South Bank.Kikikiki!


Ada la beberapa rides tapi I tak try satu pun.Nak try kang anak nak campak mana.Hahaha!Just melayan si Damia jer la.


Stall yg jual2 pun byk tp I takde beli apapun untuk diri sendiri.Beli baju Peppa Pig je 2 helai udah budak Damia nak sangat.Nak ckp murah tu,boleh la kot.Murah sikit la kalau beli kat Target atau store kat mall.

Ada live band jugak.


Ini bayar $5 kot.Pancing jer sbb confirm akan dpt hadiah.Hihihi!


Suka dapat naik ni.Sepanjang hari duk nyanyi lagu My Little Teapot.Hihihi!


Sesekali letak gambar tuan tanah.Hihihi!


Cuaca yg agak baik haritu.


Cantik dan teringin nak beli tp rasanya hubby tak setuju kot kalau beli.Huhuhu!


Dah malas dah nak upload sesatu.Combine jer la picnya.


Waktu jumpa Kak Umi petang tu,Kak Umi belanja Damia naik bungee jumping ni.Terima kasih Kak Umi.Seronok sgt Damia sbb mmg dari pagi lagi dia nak naik ni tp mak dia tak layan.Satu lagi time tu Dian dah merengek so I ajak naik dulu la.Petang tu turun balik jumpa Kak Umi.So Damia main ni dengan anak Kak Umi yg bongsu.

Malam tu berbuih mulut duk cerita kat ayah dia seronok sgt main ni.Hihihi!Dan tak sangka pulak berani dia nak cuba walau kiranya ni first time la dia cuba.

Ok dokie.Skang dah takleh nak lelama dh online.Sejak2 si Dian dah pandai merangkak,bangun ni,mmg kena tumpuan lebih pada dia.Aktif sgt bdk ni.Penat woo tetiap hari duk kutip dia ni.Hihihi!Habis satu rumah dah dia explore termasuk jamban.Phew!

Picnic - Rockingham Beach

Alhamdulillah dah berada di Brisbane tapi sbb rajin nak jugak cerita pasal Rockingham lagi.Hihihi.

Maka pada hari Ahad last week I mmg x expect yg kami akan balik ke Brisbane this week.Sbb ingatkan project postponed lagi tp last minutes suami diberitahu project dah tamat.

Jadi kena sangat la pagi tu bawak dua orang ni berpicnic.Happy kemain Damia tapi I tak bagi dia main air.Basah sikit pun dah mengigil.Sejuk betul pepagi kat sini.


Actually di Rockingham ni banyak jugak attraction cuma I tak sempat nak explore.Malas haih dgn nak bwk budak kecik 2 orang ni tambah lagi cuaca pulak tak menentu.Kadang2 sepanjang hari cerah,kadang2 hujan setengah hari.Kadang2 hujan kejap,pastu cerah balik,pastu hujan balik.

Jd memang rasa malas nak keluar.

Dan haritu tujuan asal turun bwh nak cari ubat batuk.Memang azab rupanya batuk dimusim ni sbb dia akan start batuk berterusan waktu malam.Siang hari orait jer.Mungkin sbb sejuk la kot.

So pergilah beli ubat batuk pastu tapau kat Chicken Treat.Sampai pantai bentang kain (cadar sebenarnya tu).Selamba jer.Pastu melepak la tiga beranak kat situ.Damia duk sibuk nak buat castle.Layankan jer la.

I pulak selain busy perati Dian yg asyik nak makan pasir jer,sibuk jugak duk halau seagull yg nak curik makanan kita.


Nyesal gak beli set mainan pasir tu.Iya lah walau $8 pun,I mmg ingat stay lama lagi tp sekali dah nak balik rupanya.Hahahaha!Tapi ni mmg tak angkut bwk balik.Tinggal jer kat apartment.Tak muat beg walau Damia menangis suh bwk balik.


Haaaa..........busykan tu si kecik ni.Tapi excited kemain dia.


Bajet orang tak perasan la tu datang slow2 mcm tu.


Pagi tu cuaca tak begitu cerah tp ramai jer orang duk snorkeling,main perahu layar,jogging,beriadah kat park etc.Tetiba pulak rasa rindu kat pantai ni sbb rasa mcm byk kali kot datang sini bwk Damia main kat playground.Dan walau 3 weeks kat sini I pun sempat lagi dapat kawan baru.Dan kat sini juga la dapat jumpa Kak Umi ( http://umiyumi2.blogspot.com.au/ ) : ) Kalau nak jalan2 ke Perth boleh rujuk blog Kak Umi sbb byk info.


Nun hujung sana yg nampak sikit bangunan tu,itulah apartment tempat kami menginap selama 3 weeks for us dan almost 5 weeks for my husband.Nautilus Apartment.Highly recommend.Memang serba lengkap.Nanti ada masa I review pasal apartment ni.Mana tau ada orang tetiba nak datang stay kat Rockingham ni.Kikikiki!

Kalau takde pun,ini boleh jadi sumber rujukan I sendiri di masa hadapan.


Di park kat sini sebenarnya banyak info yg boleh kita dapat.Kalau kat bench sepanjang laluan ni akan ada satu plat kayu yg tertulis ucapan pada someone yg dah meninggal dunia.I pun tak sure siapa orang yg begitu istimewa diberi penghormatan dapat letak tanda ingatan tu.Pastu kalau kat footpath tu pulak,plat petak besi tu pun ada info pasal Rockingham ni.History before or after kot.Tak sure sbb I tak sempat baca semua.This couple dgn anak dia ni diorang start baca dari hujung sana.Hihihi!Rajin betul.

Apapun cuma ada rasa ralat tak dpt jumpa Kak Umi lagi sekali sbb I ingatkan lama la lagi kat Perth ni so leh la plan nak pergi rumah Kak Umi.My friend Noot pun I tak sempat nak jumpa.Kami plan nak ke Perth City kononnya Girls Day Out.Memasing bawak anak,pastu jumpa kat train station sbb plannya nak bwk bebudak ni ke King's Park.Park ni mmg agak famous jgk la tp I sempat singgah malam sebelum balik ke Brisbane.Itu pun kawan my husband yg bawak kesana.Tapi as usual kalau malam2 kat sini,mmg takde apa2 la.Nanti next entry I jamu mata gambar city of Perth dimalam hari.My husband snap pic tapi semua tak cantik.I nak turun snap sendiri ngah menyusu anak.Dia punya confident cakap bagi jer kat dia.Dia leh snap lagi cantik dari profesional photographer kononnya.Sekali bila tgk balik gambar,sedeyyyyy hokey.

Ok la.Cau cin cau!


Menroti

Seminggu ni asyik nak menroti jer.Tapi banyak gak halangan sebenarnya.Walau pun IGA sekangkang kera dimana semua bahan-bahan nak buat roti tu dijual,masalah kat rumah ni pulak bila takde mixer.Dia ada provide mixer manual tu.Entah.Tak tau aihhh mak nak guna.

Jadi sebab perasaan yg meluap-lupa sangat nak makan bun,maka gigih la tanya pak cik google recipe.Tapi mcm tak simple sangat resepinya.Sekali haritu akak kita ada mintak resepi donut gebu tapi nak cara paling senang.Ai dah cakap nak yang paling senang,start enjin kereta,pergi beli kat kedai.Muahahaha!

Jadi semuanya bermula dari resepi donut gebu tu la tetiba dapat idea apa kata resepi yg sama kita try buat bun pulak.Sekali menjadi.Hewhewhew!

My 1st trial I buat bun ni I letak inti tuna tapi suami kita pulak nak yg plain.Jadi second time I buat bun plain pulak.Happy jer dia siap bawak bekal gi kerja.

Kalau kat tempat kita kan,asal bun mcm ni mesti nak cicah dengan tea or kopi.Kalau ada tetibe cakap ,"Ewwwww!" selagi dia bukan Europian,hahaha,kau sound jer takyah nak gedik sangat.Ini style makanan nenek moyang ni.Kikikiki!Ala!Kat obersea pun ada jer la omputessss celup mcm tu.Apa nak heran.

Menroti ni semua gara-gara rindu sangat kat roti paung kat Terengganu.Kalau roti paung dia ada yg letak inti kelapa dan inti marjerin.Sedap woooo kalau makan panas2.Dulu kalau beli tak reti nak beli sesatu,beli banyak2 pastu susun bertingkat.Maka dalam kalangan family kami,kita dah tak panggil roti paung dah,tapi panggil roti kondo.Hihihihi!

Dan bukan setakat rindu roti paung,I dua kali pregnant,stock bun mesti wajib ada.Dah mcm ganti nasik dah.Hihihi!Tapi jenama roti Sedap tu jer yg I lalu.Lain2 brand takmau.

I buat ni just taruk:

3 cawan tepung
2 sudu susu pekat
2 sudu butter (cairkan)
6 sudu gula
1 peket yis
1 cawan air suam

Tengok recipe,tak ke senang amat tu?

1st time buat mcm rentung sikit.

2nd time buat dapat jugak bagi Kak Umi Yumi rasa sikit.Hihihi!Maaflah kalau tak berapa sedap Kak Umi.


Ini dah third time buat.


Ini waktu kita bagi doh tempoh bertenang dulu sebelum masuk dalam oven.


Ini kali keempat.Uli besar sikit.Damia makan sampai 5.Itu waktu baru keluar dari oven.Mmg mahveles.


Lepas tu datang pulak idea lain nak try buat roti cheese.Tapi just tabur mozarella kat atas jer.Orait tak style I pusing2 roti tu.Kikiki!Gigih tau nak buat tu.


Tabur cheese lepas dah bagi dough beristirehat.


Inilah hasilnya.Rasa pun tak menghampakan.Tapi kalau tgk lepas bakar rupa mcm ni,baik takyah pusing2 tu.Hahaha!Hilang shape weh lepas bakar.

Dipendekkan cerita,resepi simple,senang gila nak buat pastu rasa pun sedap.Cuma kelemahan takleh simpan sampai 2,3 hari.Kalau masak harini,paling lama pun sampai esok jer.Itulah namanya homemade.Kalau kat kedai tu boleh tahan fluffy sampai seminggu sebab ada dicampur bahan tertentu nak bg tahan lama.Ok.Taknak cakap pasal makanan yg dikomersialkan.

Tapi ini memang terbaik la.Hihihihi!

Mixed meat

Bangun pagi ni laparnya perutku.Mestila lapar kat perutkan.Hihihi!

Try makan roti,haish,tak jalan.Ni dah mcm simpton kawan baik nak datang ni.Semalam rasa nak makan coklat dan pergi borong kat IGA.

Pagi ni terasa nak makan mixed meat pulak.Alahai nafsu!Tak agak2.

Jadi gigih tau kita turun bawah pergi tapau kat kedai kebab.

Alhamdulillah.


Inilah dia.Tapi dah dua kali beli ni dengan uncle.Kalau pekerja dia yg I pernah story muka mcm Melayu tu,mmg banyak gila dia letak.Pastu dia goreng daging tu lagi mouthwatering I tell u.Mungkin sbb letak byk sesoning kot.Pastu dia goreng lama sikit.Tapi this uncle kejap jer dah siap lepas tu mcm kurang sikit dari mamat tu.Kikikiki!

Sempat lagi buat perbandingan.


Sampai rumah makan ni berebut dengan Damia.Tak sangka pulak anak dara pun suka.Bendanya simple jer.Campuran daging lembu,kambing dan ayam.Pastu fries.Sos yg I mintak sweet sos.I tak suka sangat mayonnaise kat sini.Rasa mcm masam kalo letak byk.

Benda simple je tapi makan ni boleh kenyang sampai petang.Hihihi!Harga satu plate besar ni $12.90.Actually kat kedai ni ada gak jual baklava dan turkish delight tu tapi nampak mcm x menarik sangat.I ni suka gile baklava tapi tak suka yg nampak kering sangat.Hihihi.Banyak cekadak la pulak.

Niat asal post gambar ni nak bagi orang tengah pantang terliur tapi sekali tengok lauk pantang dia,memang kecik hati.Muahahaha!

Tak agak2 kau mama yang Nasty punya lauk pantang.Phew!

Cerita ceriti taik mata besar roti.Kikiki!

Teruja nak kongsi pasal Autumn Harvest Festival yang berlangsung kat Rockingham ni tapi apakan daya,handphone kesayangan panjang pula rajuknya.Dah takleh nak open dah.Charge pun dah tak masuk.Cancer apakah yg memakan sel-sel handphoneku ini.Picture during the festival semua I keep dalam handphone so rasa mcm dah boleh agak dah pengakhirannya unless kalau pergi kedai dia still boleh dapatkan balik my files.Hehehe!Tapi I pun dah malas nak berharap dah sbb takut frust menonggeng pastu tidur pun tertonggeng nanti.Kikikiki.

Itu kisah handphone,laptop Alienware terchenta pun dah merajuk jugak bila diserang virus gara2 anti virus yg dah expired.Inilah risiko laptop manja.Hahaha!Jaga pun kena teliti.Silap haribulan terbang fulusss.Tapi hati banyak sedih.Sebab laptop ni la isinya segala games I.Kalau nak tahu I ni memang gamer sejak sblm kahwin lagi.Jadi Dell Alienware memang antara laptop sesuai untuk gamer tegar.Hahaha!Laptop biasa bukan tak boleh tapi dari segi support tu kurang.Silap2 boleh jahanam part dlm.Jadi kalau anda gamer tegar,belilah Dell Alienware sbb berbaloi-baloi cuma tang berat tu takleh nak tolong la.Lebih kurang 5 kg.Kikikiki.Apalah nasib.Nak datang masalah sampai dua benda penting dan kesayangan yg rosak.Phew!

Hmmm....dah tak lama dah dibumi Perth ni.Kalau tak next week paling cepat,mungkin lagi dua minggu la kot kat sini.Owh!Now I dah mula rasa rindu nak balik ke rumah.Dah mula rindu Brisbane.Hehehe!Rindu cuaca panas kat Brisbane.Tapi taktau la still panas lagi ke tak ni.Sini pun kalau dah duk dlm rumah ni tak la rasa sejuk sangat sbb mmg pasang air cond sepanjang hari 22 degree.Tapi kalau keluar waktu pagi or dah nak ke Maghrib tu mmg sejuk la.Lagi la dengan dekat dengan laut ni.Semalam bawak bebudak ni main pasir kononnya,pastu Damia duk main air,basah skirt pun dah ketar-ketar balik rumah.Kalau cakap nak mamdi laut mmg kim salam jer la.Huhuhu!

I pulak dari semalam tekak dah rasa gatal2.Cecepat minum ubat batuk tapi sekejap jer ok.Harini rasa tak selesa balik pastu minum madu campur lemon.Harap2 tak melarat la.Jatuh sakit dengan cuaca mcm ni mmg makan hari la nak sembuh.

Aiii macam tak best pulak entry tak bergambar.Nak buat mcm mano.Kita bukan anak billionaire rosak satu handphone dapat ganti 10 terus yg baru.Kikikiki!Ni pun makan hari gak ni baru dapat yang baru.Itu kata kita la.Kalau suami cakap balik Brisbane baru beli,makan minggu oiiii!Bertabahlah.Tuhan nak kita spend masa lebih untuk anak2 la tu.Jangan duk sibuk sgt bersosial kat telepon.Skang ni pun guna laptop husband.Tp laptop pakcik ni berchenta sket.Tak laju mcm laptop kita.Jadi jenuh la duk tunggu.Itu yg kdg2 rasa malas aihhhh!Tapi bila bosan,usaha jugak bukak.

Jadi entry harini nak mengomel jer takde specific tajuk.Muahahaha!Random.

Tapi takpe.Takde handphone tak bermakna malas update blog.Camera kan ada.Haaa....baru gigih cari charger nak caj camera.Kikikiki!Tapi bila pakai camera pepaham jer la.Lambat la sikit processnya.

Dan cerita Ahad bebaru ni,berkesempatan jumpa Kak Umi. Kak Umi and family datang sini.Itulah I ada snap picture Damia dan anak Kak Umi main bungge jumping for kids tu tapi habis semua handphone takleh bukak.Dan terima kasih untuk Kak Umi susah-susah bawak buah tangan.Kak Umi bagi persimmon yg manis sangat,kiwi dan lemon.Skang kami duk ulang minum lemonade jer.Haaaa.....memang sesuai la batuk2 ni.Kurang sikit gatal tekaknya.Harap dapat bertemu lagi.Kejap sangat jumpa haritu.

Kalau Kak Umi baca ni,kalau saya nak contact akak via email jer la.WA takleh,texting pun takleh.Hihihihi!Call lagi la.Puff!Semua gone!

Sehari dua ni rajin sungguh duk menroti.Hahaha!Dah kebosanan sangat agaknya.Mahu tak bosan,anak bangun jam 6 pagi so I pun kena bangun sama la.So rutin harian start jam 6 pagi.Suami pulak jam 6 baru sampai rumah so leh bayang la betapa panjangnya masa setiap hari sampai ada hari mati kutu dibuatnya.Hahaha!Itu yg dah mula rasa rindu nak balik rumah Brisbane.Hari2 tanya suami bila project ni habis.

Nak keluar jalan2 rasa mcm tak ada keberanian sangat sbb takut sesat.Hahaha!Kat Brisbane tu dah biasa lain sbb kita dah hafal jalan2,laluan public transport segala.Sesat2 pun mcm haritu,senang je nak patah balik walau membawa anak2 bersama.Fuh!Berdikari betul.Hihihihi.

Tapikan dah ada rasa frust jugak bila suami cakap taktau ada masa ke tak nak jalan2 Perth dulu before balik Brisbane.Kalau tak sempat kita datang lagi.Ayat datang lagi tu la yg taktau bila.Hohohoho!Panjang bunyi lagu berdendang!Maklum la ticket flight company beli so mesti ngam2 habis project diorang akan beli ticket balik terus.Choi la sangatkan.Dah la datang sini jauh woooo!5 jam lebih naik flight.

Sebenarnya stay kat Rockingham ni seronok cuma kalau I ada geng yg boleh gi explore tempat ni mmg best la.Hehehe!My cousin Aimi dan-dan I datang sini dia pulak balik Malaysia.Nak ajak Hani dia ada exam pulak habis 27 Jun ni.Melbourne - Perth dah tak jauh dah.Tapi taknak la kacau dia suh datang on weekend walau dia willing nak ke Brisbane haritu on weekend kalau I ada kat rumah.Hmmmm.....

Jadi apa intipati entry ni?Hahaha!Takpe la.I citer sikit la pasal perjalanan kat sini.Sebab Kak Ros sayang,ewah!Nak datang Aussie katanya cuti-cuti Australia.Australia ni sebuah negara yg sangat besar.That's why kalau nak ke WA atau senang nak ke Perth la,orang akan stay dan jalan-jalan di Perth jer.Kalau ke Brisbane,pusing-pusing Queensland je.Queensland tu pulak state lain pulak tapi sangat besar dan satu2 tempat nak pergi tu pun jauh.Dan kalau ke Sydney or Melbourne,dua ni tak jauh sangat.So boleh la pergi dua-dua ni kalau stay lama la.Tapi jauh tak jauh pun,perjalanan berkereta tu pun hazab gak.Hahaha!Mcm my friend mintak tolong I carikan rumah sewa untuk kawan adik dia.Sekali dia cakap kat Tasmania.Pengsan I dengar.Memang tak dapek la nak nolong.Jauh giler.Hahaha!

Tapi kalau Kak Ros nak datang Brisbane ni,mmg dah tak jauh la nak ke Gold Coast.Dan di Gold Coast sana memang pusat taman tema la.Sangat sesuai kalau bawak family.Dan dah datang sini,lencong lagi ke Tasmania.Orang yang pernah pergi sana cakap memang cantik sangat tempatnya.Dan kalau pergi,don't forget your camera.Tapi kena naik flight la.

Nak cerita pasal Queensland ni,I tak pusing habis pun lagi.Boleh cerita setakat mana tempat yg I dah pergi la.Tapi my husband dah banyak tempat dia pergi tapi dia ni makhluk paling malas nak snap picture.Banyak dah experience dia selama lebih kurang nak masuk 3 tahun di bumi Australia ni termasuk pengalaman drive 2 hari ke tempat shutdown tapi OTW balik boleh dia decide nak naik flight sbb kejung bontot katanya.Hehehe!

Okie dokie.Next entry nak cerita pasal roti.Alolololo!Bestnya bunyi tajuk.Hahahaha!


Mini bun masuk semalam dah 4 kali buat.Muahaha!Permintaan tinggi sangat kat rumah ni.Hihihi.





Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You