Sakit telinga

Wah!I tahu............pandang tajuk pun dah hilang selera nak membaca ibarat merenung nasi impit bersambal yang kelihatan ohsem sekali tapi bila bukak bungkusan..............dah basi rupanya.Terus putus selera.Chait!Itulah yang berlaku kepada penulis blog bosan ini semalam.Oh!

Tetiba rasa nak cerita pasal sakit telinga.Motip?Taktau sebenarnya tapi sajer nak cerita pengalaman.Bak kata omputeh sharing is caring.Hahaha!

Haritu untuk pertama kalinya dalam hidup,I kena sakit telinga.Phew!Simpton awal takde,yang kita tahu,sakit telinga la.Bangun pagi,tetiba telinga sakit.

Nak dijadikan cerita time tu sehari sebelum nak ke KL.Bila rasa gatal,gigih la duk korek telinga pakai cotton buds.Dia start gatal pastu makin lama makin sakit.Memula I ingat ada serangga masuk ke apa.Paling scary,kutu babi.Syoooh!Terus kecut telur,eh takde telur,kecut perut.Dah beritahu suami.Nasib baik dia ada.

Nak dijadikan cerita kami 3 beranak berangkatlah nak ke KL.Dalam perjalanan kalau tak silap I masa sampai kat Kuantan,sakit dia makin menjadi-jadi.Bayangkan la sakit telinga ni.Mmg sakit hoi!

Bila sakit tu,pepaham la,mulalah empangan nak bocor.Air hingus segala dah leleh-leleh dah.Suami pun pujuk tahan la sikit.Tetengah highway ni mana la ada klinik nak menyinggah.Takkan nak masuk bandar Bentong or Temerloh pulak.So dia suruh kita tahan hingga sampai Shah Alam.So bertabahlah hati time tu.Memang Damia kena bahan la kalau buat benda yang bebukan dalam kereta.Memang I takleh nak fikir rasional dah time tu.Denyut dia tu rasa sampai satu kepala.

Dan kami sampai Bukit Jelutong dah nak masuk maghrib.Tak sempat2 nak ke rumah ipar,I dah suruh suami singgah klinik dulu.Kat Bukit Jelutong ni ada satu klinik 24 hours.So kau nak terjah jam berapa pun,don't worry doctor ada.Dulu ingat cerita 5 tahun lepas,I pernah pergi klinik ni jam 2 pagi.Siap kena kejutkan doctor sbb doctor pun zzZZZZZ.Tapi ok la.Walau time datang tu dia zzZZZ tapi ada la doctor tu yang nak rawat kita.Staff dia la yg kejutkan.Takkan aku pulak.

Jadi nasib baik orang tak ramai so tak tunggu lama sangat.Time tu mmg dah tak sabor dah rasa.Kalau boleh rasa nak terjah jer bilik doctor.Hihihi!Itu kurang ajor namanya.Lain la kalau I ada share dengan klinik tu.

So bila nama dipanggil,dup dap dup dap jugak rasa,tapi bila memikirkan cepatlah sakit ni hilang plus lagi 3 hari kalau tak silap I nak ke Singapore.Nak naik flight pulak.Alahai!Combination yang baik sgt la tu.

Pastu doctor teropong telinga kita.Lepas tu dia cakap nampak putih2.Ala sudah.Berdebar giler time tu.Dalam otak duk fikir,menatang apa la putih2 tu.

Then dengan confidentnya doctor tu cakap macam kapas.Jadi dia nak try tarik dengan batang besi penyepit tu la.So aku tadahlah telinga.Sekali dia nak tarik tak sampai pulak.Pendek kata,tak berjaya so dia cakap dia akan bg I ubat.Tujuan ubat tu nak bagi kembang kapas tu then esok pagi datang balik.Means bila kapas tu kembang senang la nak tarik.Ubat tahan sakit dan yang sewaktu dengannya ada jugak dibekalkan.So pulanglah kami kerumah abang ipar.Tak jauh pun dari klinik tu.

So malam tu I punya mengamuk kat suami sebab dia ni mmg ada satu hobi suka buat inspection telinga I guna tisu yang dia gulung2 halus.Mmg salah satu hobi.Kalau I tak bagi telinga I,dia buat kat telinga anak.So I terus jump to conclusion yg suami la punca I sakit telinga.Meraung-raung nangis.Kalau ingat balik kesian gak kalau ingat balik muka dia.Serius muka dia sedih sgt malam tu.Dang!Derhaka punya bini marah laki.

Esok paginya,I bangun secara tiba2 disebabkan tahap sakit telinga tu rasanya dah cecah level maksimum dah.Sakit yang amat dan terus nangis.Gelabah suami bila tengok isteri bukak mata jer,meraung.Hahaha!

Dan bila dia cakap jom g klinik semalam,I mmg refuse terus.I said no.Dan I decide nak ke DEMC terus.Ini dah kronik punya sakit telinga ni.Tahap rasa nak korek dengan kayu buat garu sebab sakit telinga tu datang sekali dengan rasa gatal mintak garu.So siap2,terus ke DEMC.

Dan bila dah jumpa dengan pakar telinga kat DEMC tu,dia masuk camera dalam telinga segala,siap I boleh tengok dgn jelas segala harta kat dalam lubang telinga tu,dengan jelas hokkey kat tv gitewww...kelas kau jah!Dan barulah tahu puncanya adalah infection dalam telinga.Dan paling scary adalah,color putih yg doctor klinik tu cakap macam rupa kapas itu adalah sebenarnya jangkitan kuman kat telinga so dia nampak la color putih.Jadi bayangkan kalau doctor klinik tu dapat tarik dengan besi penyepit tu,jawabnya semalam jugak I tersadai kat katil hospital.Dia akan tarik sekali dengan isi tau sebab putih2 tu melekat kat kawasan gegendang tu.Owh!

Jadi prosedur yang dilakukan oleh pakar tu adalah,letak ubat pastu cuci apa yang patut.Sedap pulak time dia korek2 tu.Rasa nak terlelap.Hahahaha!Pandai doctor ni korek telinga.Sikit tak rasa sakit walau part sembur air nak bagi bersih kawasan tu.Sejuk jer rasa waktu air tu masuk telinga.Takde pulak bunyi berdengung.Eh!Dah pakar,mesti la pakar dalam kendalikan kes.Maka lepas sesi consultation segala,selesai la.Lega la hati.Doctor bagi ubat makan untuk 3 hari.Maka dapat la enjoy kat Singapore.Satu hari jer rasa sakit.Masuk hari kedua dah gone terus sakit2 tu.Magic!Tapi ubat yang doctor kasi tu,3 hari angin keluar tak berhenti.Tiap kali keluar,lega pulak tu.Untuk I happy la tapi rupanya ada dua makhluk yang sengsara tiap kali angin keluar.Nasib la!Kalau tak bila lagi?????????????Wahahahaha!

Jadi moral of the story,benda2 dalaman ni,better terus pergi pakar la baru tahu kisah sebenar.Ewah!Kalau yang external takpe lagi kalau nak ke klinik biasa.Beberapa hari jugak trauma setiap kali membayangkan andainya doctor klinik tu dapat tarik benda putih2 tu dengan penyepit besi tu.Owh!Tidakkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


5 comments:

Nisa Yana said...

Boleh tak na tanya.. bpe rm ye kena masa cek dekat pakar??

Syafinaz Ali said...

Haritu kat DEMC caj dm RM300++.hehehe

Hana said...

Assalam hai.. Nak tny, hr tu yg dekat demc igt tak nama doctor dia..?

nor rismah datul said...

awak pergi pakar mana ya ?

Madam Fiey said...

DEMC shah alam.Dr Abdul Aziz.

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me