Segalanya tentang kawan

Dua hari lepas I ada sikit rasa sedih.Ayooo!
Bila sedih terus ingat kat one of my good friend,Aida Uzunovic.
Kawan satu universiti tapi lain course.

Mengimbas kenangan bagaimana kami rapat adalah..............
Bila kami dipertemukan dan elok sangat dua2 tengah lonely.Kikikiki!Ayat pervert sangat.

Hmmm.............waktu mula kenal dia I rasa dia ni ala2 Mrs.Arrogant gitew! (sorry tak layan series tu tapi tahu sbb ramai sgt suka update kat status.Hek sgt!-Mata keatas sambil kembangkan lubang idung)
Tapi begitulah ibarat kata orang tua-tua,tak kenal maka tak cinta.
Bila dah kenal,rupanya dia ni mmg best sgt sebenarnya.
Dan mmg I happy berkawan dengan dia.
Kelakar,kadang-kadang serious,smart dan mmg baik sangat dengan I.

Dari semester 5 time I asyik berduka lara,dia la yang meng"happy"kan kita waktu tu.
Mmg dari part 5 la kami selalu keluar bersama,dan kadang2 dia overnite kat rumah.
Dan Damia pun sgt close dengan dia sbb dia suka layan si Damia tu.

Hobi kami sama iaitu suka baca buku.
Jadi selalu bertukar-tukar buku.
Bila banyak membaca,maka banyaklah benda nak kena debate.
Kadang2 debate isu serious,kadang2 debate benda yang tak penting pun.
Lantaklah.Janji happy.Hahahaha!

Part paling I suka,dia suka masak.
Sedap pulak tu dan sempatlah dia ajar beberapa resepi negara dia.

Ingat lagi kali pertama kami hang out kat Secret Recipe.
Pergi situ pun sebab taktau dah mana lagi tmpt best kat Trg ni.
I pergi situ bukan sbb food dia maveles,tapi sbb tertutup dan beraircond.Motip sangat.
Dan rupanya last day kami pun,pergi Secret Recipe jugak.


Dan makan cake yang sama waktu 1st time jumpa dengan last day dia di Trg.
Sekarang dia nun jauh di Turkey sana.
Tapi tak payah nak "Istanbul Aku Datang" sangatlah sbb dia ada kat Ankara.
Sini I nak kongsi pengetahuan sikit yer,kot la ada yang tak tahu.
Mana yang tahu shooooh duk jauh dendiam.
Baca sini yer adik-adik...................
Ankara adalah capital city of Turkey hokkey dan bukan Istanbul.
Motip nak gtau adalah sbb selalu sangat orang,asal sebut Turkey,automatik sebut Istanbul.
Ibarat setiap kali I mention kat orang luar pasal Malaysia,automatik dia sebut Kuala Lumpur.
Ok.Selesai jawapan spot SPM.


Kerana kesuntukan masa tambah lagi I busy sangat time tu,tak sempat nak prepare present.
Pulun beli kat Body Shop jer.
Berat hati sangat dia nak terima.
Selalu macam tu.
Buat kita lagi sedih wei!


Sabun pun I nak bagi.Hihihihi!Itu add on jer hokkey.


Time ni dah 7 bulan preggy.Muka penat sangat.


Us!


She likes drink coffee tapi malangnya I allergic coffee.Kalau minum akan jadi macam orang mabuk ketum.Aish!Macam dah pernah try jer.Tak tak tak!

Sekarang rindu pulak time dua2 stress study pastu makan roti bakar tengah2 malam siap lepak atas kaunter meja dapur.
Pernah buat gila sehari sebelum Aidil adha masak banyak jenis lauk semata-mata nak celebrate Raya dengan kengkawan Bosnian lain.Kami celebrate kat rumah Boyan,one of ex T-Team player.Pemain import diorang la tapi Serbian.

Lepas tu sempat la kenal pulak dengan Damir,player T-Team baru lepas tu,tapi yang ini Bosnian.


Waktu ni kitorang celebrate birthday Jenny,antara my good friend jugak kat UMT.Dan we are missing the other one,Aien.Sorry dear : ( Jenny and Aien pun my good friends selama di UMT dan the relationship still kekal until now.Alhamdulillah!

Semua ni kecuali Damir adalah kawan satu universiti.


Tetibe selit gambar masa celebrate Jenny's birthday.Hihihihi!

Rindunya time lepak bersama-sama nih.Sob!Sob!Sob!


Nasib ada yang rajin nak tolong snap pic kami.


Jadi letak jugaklah pic orang yang tolong snap tu as a reward.Hahahaha!Ini pun one of my classmates.

For me dalam hidup ini kadang2 kita tak memerlukan a thousand friends tapi cukuplah hanya mempunyai a few friends yang beri erti pada kita.
Kawan yang ikhlas berkawan dan bukan jenis kawan yang mempunyai hasad dengki dan sentiasa berprasangka buruk pada orang lain.
Dalam berkawan jangan pernah takut untuk meluahkan andai kita rasa tak puas hati kerana dengan tikan kawan dari belakang atau jatuhkan dia adalah perkara yang cukup kejam pada I.
Berkawanlah seikhlas yang mungkin dan kiranya tidak mampu,berundurlah secara baik dan bukan dengan cara memutuskan silaturahim dan lepas tu nak diburuk-burukkan pula kawan tersebut.
Enough untuk kawan sampah macam tu.
Now I just mahu focus dan appreciate persahabatan yang I ada sekarang ini.
Ini yang lebih I hargai.


Dan tak lupa juga untuk sahabat baik I iaitu Rifhan,usia persahabatan kami telah menjangkau 19 tahun dan alhamdulillah.


Dan juga sahabat baikku Nana : )


Berita sedih

Berat rasa hati nak cakap.Tapi memang sedih la juga walau tak 100%.Uhuks!

Sedih sangat tau.Ini semua sebab......................
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Separuh pictures kat blog kita hilang.Uwaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!Taktau la kalau auto deleted selepas kita tukar ******* haritu..................

Huwarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

Sambung nangis....

Sakit telinga

Wah!I tahu............pandang tajuk pun dah hilang selera nak membaca ibarat merenung nasi impit bersambal yang kelihatan ohsem sekali tapi bila bukak bungkusan..............dah basi rupanya.Terus putus selera.Chait!Itulah yang berlaku kepada penulis blog bosan ini semalam.Oh!

Tetiba rasa nak cerita pasal sakit telinga.Motip?Taktau sebenarnya tapi sajer nak cerita pengalaman.Bak kata omputeh sharing is caring.Hahaha!

Haritu untuk pertama kalinya dalam hidup,I kena sakit telinga.Phew!Simpton awal takde,yang kita tahu,sakit telinga la.Bangun pagi,tetiba telinga sakit.

Nak dijadikan cerita time tu sehari sebelum nak ke KL.Bila rasa gatal,gigih la duk korek telinga pakai cotton buds.Dia start gatal pastu makin lama makin sakit.Memula I ingat ada serangga masuk ke apa.Paling scary,kutu babi.Syoooh!Terus kecut telur,eh takde telur,kecut perut.Dah beritahu suami.Nasib baik dia ada.

Nak dijadikan cerita kami 3 beranak berangkatlah nak ke KL.Dalam perjalanan kalau tak silap I masa sampai kat Kuantan,sakit dia makin menjadi-jadi.Bayangkan la sakit telinga ni.Mmg sakit hoi!

Bila sakit tu,pepaham la,mulalah empangan nak bocor.Air hingus segala dah leleh-leleh dah.Suami pun pujuk tahan la sikit.Tetengah highway ni mana la ada klinik nak menyinggah.Takkan nak masuk bandar Bentong or Temerloh pulak.So dia suruh kita tahan hingga sampai Shah Alam.So bertabahlah hati time tu.Memang Damia kena bahan la kalau buat benda yang bebukan dalam kereta.Memang I takleh nak fikir rasional dah time tu.Denyut dia tu rasa sampai satu kepala.

Dan kami sampai Bukit Jelutong dah nak masuk maghrib.Tak sempat2 nak ke rumah ipar,I dah suruh suami singgah klinik dulu.Kat Bukit Jelutong ni ada satu klinik 24 hours.So kau nak terjah jam berapa pun,don't worry doctor ada.Dulu ingat cerita 5 tahun lepas,I pernah pergi klinik ni jam 2 pagi.Siap kena kejutkan doctor sbb doctor pun zzZZZZZ.Tapi ok la.Walau time datang tu dia zzZZZ tapi ada la doctor tu yang nak rawat kita.Staff dia la yg kejutkan.Takkan aku pulak.

Jadi nasib baik orang tak ramai so tak tunggu lama sangat.Time tu mmg dah tak sabor dah rasa.Kalau boleh rasa nak terjah jer bilik doctor.Hihihi!Itu kurang ajor namanya.Lain la kalau I ada share dengan klinik tu.

So bila nama dipanggil,dup dap dup dap jugak rasa,tapi bila memikirkan cepatlah sakit ni hilang plus lagi 3 hari kalau tak silap I nak ke Singapore.Nak naik flight pulak.Alahai!Combination yang baik sgt la tu.

Pastu doctor teropong telinga kita.Lepas tu dia cakap nampak putih2.Ala sudah.Berdebar giler time tu.Dalam otak duk fikir,menatang apa la putih2 tu.

Then dengan confidentnya doctor tu cakap macam kapas.Jadi dia nak try tarik dengan batang besi penyepit tu la.So aku tadahlah telinga.Sekali dia nak tarik tak sampai pulak.Pendek kata,tak berjaya so dia cakap dia akan bg I ubat.Tujuan ubat tu nak bagi kembang kapas tu then esok pagi datang balik.Means bila kapas tu kembang senang la nak tarik.Ubat tahan sakit dan yang sewaktu dengannya ada jugak dibekalkan.So pulanglah kami kerumah abang ipar.Tak jauh pun dari klinik tu.

So malam tu I punya mengamuk kat suami sebab dia ni mmg ada satu hobi suka buat inspection telinga I guna tisu yang dia gulung2 halus.Mmg salah satu hobi.Kalau I tak bagi telinga I,dia buat kat telinga anak.So I terus jump to conclusion yg suami la punca I sakit telinga.Meraung-raung nangis.Kalau ingat balik kesian gak kalau ingat balik muka dia.Serius muka dia sedih sgt malam tu.Dang!Derhaka punya bini marah laki.

Esok paginya,I bangun secara tiba2 disebabkan tahap sakit telinga tu rasanya dah cecah level maksimum dah.Sakit yang amat dan terus nangis.Gelabah suami bila tengok isteri bukak mata jer,meraung.Hahaha!

Dan bila dia cakap jom g klinik semalam,I mmg refuse terus.I said no.Dan I decide nak ke DEMC terus.Ini dah kronik punya sakit telinga ni.Tahap rasa nak korek dengan kayu buat garu sebab sakit telinga tu datang sekali dengan rasa gatal mintak garu.So siap2,terus ke DEMC.

Dan bila dah jumpa dengan pakar telinga kat DEMC tu,dia masuk camera dalam telinga segala,siap I boleh tengok dgn jelas segala harta kat dalam lubang telinga tu,dengan jelas hokkey kat tv gitewww...kelas kau jah!Dan barulah tahu puncanya adalah infection dalam telinga.Dan paling scary adalah,color putih yg doctor klinik tu cakap macam rupa kapas itu adalah sebenarnya jangkitan kuman kat telinga so dia nampak la color putih.Jadi bayangkan kalau doctor klinik tu dapat tarik dengan besi penyepit tu,jawabnya semalam jugak I tersadai kat katil hospital.Dia akan tarik sekali dengan isi tau sebab putih2 tu melekat kat kawasan gegendang tu.Owh!

Jadi prosedur yang dilakukan oleh pakar tu adalah,letak ubat pastu cuci apa yang patut.Sedap pulak time dia korek2 tu.Rasa nak terlelap.Hahahaha!Pandai doctor ni korek telinga.Sikit tak rasa sakit walau part sembur air nak bagi bersih kawasan tu.Sejuk jer rasa waktu air tu masuk telinga.Takde pulak bunyi berdengung.Eh!Dah pakar,mesti la pakar dalam kendalikan kes.Maka lepas sesi consultation segala,selesai la.Lega la hati.Doctor bagi ubat makan untuk 3 hari.Maka dapat la enjoy kat Singapore.Satu hari jer rasa sakit.Masuk hari kedua dah gone terus sakit2 tu.Magic!Tapi ubat yang doctor kasi tu,3 hari angin keluar tak berhenti.Tiap kali keluar,lega pulak tu.Untuk I happy la tapi rupanya ada dua makhluk yang sengsara tiap kali angin keluar.Nasib la!Kalau tak bila lagi?????????????Wahahahaha!

Jadi moral of the story,benda2 dalaman ni,better terus pergi pakar la baru tahu kisah sebenar.Ewah!Kalau yang external takpe lagi kalau nak ke klinik biasa.Beberapa hari jugak trauma setiap kali membayangkan andainya doctor klinik tu dapat tarik benda putih2 tu dengan penyepit besi tu.Owh!Tidakkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Hari stress

This week I declare minggu stress
Haaa...sebut stress.....how u handle your stress?
Ada orang bila stress rasa nak pergi shopping or just window shopping.
Ada orang kalau stress rasa nak duduk dendiam dalam bilik takmau diganggu.
Ada orang bila stress rasa nak makan ice cream la,coklat la,pendek kata craving for something sweet.
Ada juga orang bila stress,takleh ditegur.Silap haribulan penampar jepun dapat kat muka.Free of charge.
Atau agak2 ada tak yang bila stress,kena renung sport rim kereta sendiri?Hahaha!

Dan kita bila stress pulak...hmmm...actually baru jer tadi perasan.
Rupa-rupanya setiap kali I stress,the first thing yang I akan cari adalah roti dan peanut butter.
I tak sure sangat sejak bila habit tak sehat ni bermula.
No wonder la stok peanut butter kena selalu ada even yang size paling kecik sekalipun.
Tapi yang biasa I standby Peanut Butter Ladies' Choice yang ada stripes tak kiralah apa perisa pun tapi I prefer strawberry flavor.
Dan I akan sapu tebal2 pada roti dan makan kadang2 tak sempat nak bismillah pun (buruk perangainya).
Tapi lepas makan tu confirm rasa stress tu makin kurang makin kurang.
Hahahaha............

Tadi duk fikir bila ya benda ni start.Rasanya 6 tahun lepas.Kalau 6 tahun lepas,awal kahwin la teww.Hahaha!
Yea!Yea!Dulu bukan stress dengan husband tapi stress dengan kerja.
So bila balik rumah mesti cari roti dengan peanut butter dan benda ni I tak akan makan everyday.So no wonder la selalu sgt peanut butter kat rumah melepasi expired datenya.Muahahaha!
Oh!Macam tu rupanya I mengurangkan stress.
Kalau ikutkan banyak lagi medium lain yang mampu kurangkan stress.
Hah!Jangan dandan nak cakap pergi sembahyang pastu mengaji.
Itu semua orang tahu ubat paling MUJARAB.
Tapi kalau perempuan yang tengah OFF ni,mana boleh buat dua benda tu.Hoi!

Jadi conclusionnya,roti dan peanut butter berpisah tiada...tapi time stress jer la.

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum..........

Esok seluruh umat Islam bakal merayakan Hari Raya Aidiladha.Petang raya busy betul mak kita duk prepared nasik dagang untuk esok.

Harini orang pun masing2 berebut-rebut nak dapatkan ganjaran pahala dengan berpuasa.I takleh puasa lagi.Bendera merah lagi : (

Petang tadi I dah berkira-kira kalau larat ingat nak bake cake.Hamboi!Tak padan baru hari ke 18 berpantang.Hihihihi!

So lepas maghrib tadi kononnya niat nak teman mak kita kat dapur,mula-mula tolong kupas telur lepas tu bila dah nampak banyak la pulak ingredient untuk baking yang berbaki dari Hari Raya Aidilfitri yang lepas,so plan nak bake cake mentega yang simple.

Satu lagi mmg takde dessert lain dah.Selalunya I suka bikin puding tapi agar2 pulak takde.

This time malas dah nak follow recipe sebab kali terakhir buat haritu hasilnya tak seperti yang diharapkan.Agak kering dan garing sangat bahagian atas kek.

So harini pakai main hentam sahaja recipe,sekali menjadi weh.

So I want to keep this recipe.

Dan malam ni I bake two types of cake,the first one "Butter Cake" and the second one "Dates Cake".Ewah!

Recipe sama jer cuma untuk cake kurma,I campurkan syrup kurma dan potong dadu beberapa biji kurma.Pepandai la reka.Rasa nak letak kismis jadi Raisin Cake,so pepandai la mengolah ikut kesukaan.I buat bukan ikut kesukaan,tapi sayang tgk kurma masih banyak lagi kat dalam bekas.Dari membazir,kita masukkan dalam kek.Tapi bukan pakai banyak pun.

Recipe yang I guna tadi:

4 biji telur (Tadi guna gred B)
2 cawan mentega / tadi kita guna Planta
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Setengah cawan susu pekat
1 sudu kecil perasa Rose / nak letak vanila essence pun boleh tapi I sangat suka perasa Rose sbb cake jadi bau yang sangat mahveles.

Cara membuatnya:

Pukul telur sampai kembang (asingkan dulu)
Lepas tu pukul mentega dan gula sampai kembang jugak.
Masukkan telur.
Tepung gandum,soda bikarbonat,baking powder ayak dulu lepas tu campur dalam adunan kat atas.
Masukkan susu pekat dan perasa.
Agak2 dah sebati,ready masuk dalam loyang.

Nak satu tone color jer,tuang terus dalam loyang.Kalau nak ada variasi color sikit,separate dua or tiga,then letak secara selang seli.Dah settle,guna lidi,tarik dari tengah ketepi so kita akan dapat corak sarang lelabah.Untuk cake kurma pulak,recepi yang sama,just satu bahagian letakkan syrup kurma,dan color nak nampak berwarna,guna pewarna kuning.

Bakar dalam oven pada suhu 160 darjah celcius /40 minit.Nak tahu masak,cucukkan bahagian tengah dgn lidi,kalau tiada apa yang melekat,cake tu dah masak la tu.

Dan untuk recepi ni,mmg just perfect kek tu menjadi.Kat bahagian atas kek tu lembap yo!Tak kering kontang.Suka sangat.Akhirnya.Fuh!


Butter Cake


Dates Cake

Inilah rupanya kek yang dibuat tadi.Berminat silalah follow resepi tu.Tak menghampakan.Trust me.Hahaha!

Apapun tahun ini tahun kedua Raya Haji suami tak balik.Dia ada kat Gladstone,Australia skang.Shutdown untuk 2 weeks rasanya.Tadi dia called dah bersedih-sedihan sudah.Haish!Sabor jer la!

Lambatnya December.Phew!

Esok raya,I stay kat rumah jer la kot.Just tunggu tetamu yang bakal bertandang.So nanti bolehlag serve kek ni.Hahaha!Lepas tu esok I makan hati jer la jawabnya tgk nasi dagang mak kita.

Maka disini saya ingin mengucapkan,

"Selamat Hari Raya Aidiladha untuk seluruh umat Islam seluruh dunia" -worldwide terus senang.Kikikiki!

Majlis Aqiqah Tengku Dian Soraya

Assalamualaikum...............

Minggu lepas berlangsungnya Majlis Aqiqah Dian.This time I buat awal iaitu pada hari ke 14 selepas kelahiran puteri kedua kami ini.Last time Damia kalau tak silap dia dah masuk 2 or 3 months baru kami buat majlis.Hari sunat iaitu hari ke 7,14 or 21.Bagi nama pada anak pun sama.

Sebelum tu I just nak pot pet sikit tentang my life.Biasalah dalam hidup ni,makin meningkat usia,kita akan semakin matang dalam merencana kehidupan : ) .Pernah dalam hidup ini,pada satu hari tu,bila I bangkit dari tidur,ia datang dengan pakej satu perasaan yang sukar digambarkan.A feeling when u are fulled with a hatred.Rasa sakit hati yang sukar untuk digambarkan.Iya,dalam hidup ini bila kita terasa dikhianati lebih2 lagi dengan kawan yang kita anggap seperti adik kita sendiri,kita akan rasa tersangat fuck up.Dan syukur suami sentiasa memberi semangat untuk bangkit dan dia nasihatkan saya agar just ignore those peoples.It is not worth it.Yeah!And I really hope,I don't see them anymore.Never again.Serious dah rasa serik sangat2.I pun don't understand,what kind of peoples who willing to betray a friendship hanya kerana rasa tak puas hati dan hasad dengki.Ya Allah!Apapun,thank u to Allah swt because DIA dah buka mata I dan buatkan I agar tak terlalu bermurah hati pada orang.He wants me to helps people yang betul2 perlukan pertolongan and not helping peoples who willing to put a shit on u instead of appreciates us or even say thank u.Alhamdulillah!

And the other morning when I woke up dengan perasaan yang sangat tenang apabila I decide untuk maafkan everyone yang pernah sakitkan I sbb kadang2 kita sendiri tak sedar andai kita juga mungkin pernah sakitkan orang lain juga.Hidup itu timbal balik.That was a great feeling ever and it makes me to appreciate my life more and more and until I realized that the reality is I have a great life,great peoples around me,great family and I would say 'Alhamdulillah' to Allah swt.Dengan apa yang menimpa I,Allah swt datangkan kawan yang lebih baik untuk I.A friend who always reminds me about a good thing.Seorang kawan yang meninggalkan kesan pada kita dan membuatkan kita sentiasa merinduinya.I really miss u Aida Uzunovic.A friend who always by my side at a good time and even at a bad time.She was after my lovely Rifhan.I will visit u soon Aida in Ankara,Turkey.In sha Allah.And I rindu Rifhan juga.She is in Southampton,England right now doing her master with her husband and little Ambereen.Rifhan is a friend of mine for a 19 years now.I can't ever imagine we are still together.Best friend forever : )

Ok.And I don't know why I need to make such a long introduction and the first picture that I'm going to show u just a picture of kambing for Majlis Aqiqah Dian.Hihihihi!

Ok let's start the beautiful day with a great mission to find out the goat for an event and I spend a week to get a goat that fulfilled the qualification. Mbek!Mbek!Mbek!.Cari kambing jer pun.Hahaha!And the mission accomplished when we decide to buy a goat from one ustaz yang tinggal di Rusila.Last time before we move to Marang,our family rent a house kat Rusila.Sewaktu melewati kandang kambing tersebut,terbayang-bayang diruang mata kawasan sawah yang sering kami lalui sewaktu pulang dari sekolah.Ewah!Dah macam drama dah rasa.But today,no more paddy field.


Picture sebelah kiri adalah sesi berbincang dan mintak diskaun harga.Sebelah kanan,kambing yang I pilih.Hihihihi!Bagus juga beli disini sbb kita boleh request diorang sembelihkan terus sekali dengan lapah.Daging kambing tu akan siap dipotong dan dicuci just tinggal kita nak masakkan jer.Tapi sebelum masak cuci la lagi sekali karang jadi kes dijangkiti bakteria solmonella karang.Eh!Ada kena mengena ke?Hiks.

Tapi memang mudah kerja la.Highly recommended!Thumbs up!

Maka majlis Dian bermula pada jam 3 petang dan jemputan adalah kaum wanita atau muslimat kawasan area rumah I ni la juga.

Actually this group bergerak aktif terutamanya untuk majlis usrah dan bacaan yassin.Certain tempat Majlis aqiqah jemput kaum lelaki tapi at my area,majlis aqiqah jemputannya adalah wanita.Biasanya majlis akan start dengan bacaan yassin,kemudian ada tazkirah sikit,lepas tu start marhaban (berselawat) and at the same time diadakan majlis cukur rambut bayi.


Peralatan mencukur rambut.Tak kuasa nak ambik kelapa bagai walau pokok kelapa kat tepi pagar jer.Hihihi.Please ignore mangkuk kecik percuma dari Maggi tu yer.Hihihihi!

Bekas sebelah kiri just magkuk berisi air iaitu sewaktu upacara,hadirin akan potong sikit rambut baby dan letak dalam air tu,dan yang sebelah kanan adalah air zam zam dan kurma.

I tak ada buat majlis berendoi.Nak kena pelangkung dengan my parents silakan la.Sila tempah pelamin bagai.Hihihi!Tapi I tak buat plus benda tu unnecessary pun.For me a bit membazir.I rather spent my money for good food yang kita nak serve untuk tetamu.Itu yang penting plus tujuan majlis aqiqah pun adalah bagi melahirkan rasa kesyukuran dengan kelahiran anak.Dan ia bukan wajib just sunat jika berkemampuan dan tidak wajib keatas mereka yang tidak mampu.Berendoi tu semua just adat dan bukan apa yang dianjurkan dalam Islam.

Dan untuk majlis ni I pilih untuk buat nasi minyak.So masterchef pada hari itu adalah mak kita dan dua orang makcik kita.Sesi masak2 start diawal pagi iaitu masak gulai kurma kambing,diikuti dengan masak ayam masak merah dan last sekali barulah ditanak nasik minyak.

Actually kalau tak dibuat majlis,ada juga orang yg just masakkan daging kambing tersebut kemudian disedekah/diagih-agihkan pada orang ramai.


Ini mak sedara kita mmg terrer betul masak.Dia bertanggungjawab masak nasik minyak tu.Memang tak menghampakan.Licin hoi satu periuk!


Ini mem kecik tidur kemain buka ketiak masam tu.Ini masih diawal pagi.Kasi mem kecik rehat dulu.Kalau tak cukup rehat dikhuatiri mengamuk waktu majlis nanti.


Baju yang bakal dipakai mem kecik.This time malas nak ber gown segala,panas wess.Takut mem kecik rimas dan satu lagi bukan banyak pilihan pun baju gown untuk newborn lahir tak sampai 3 kg nih.

Just a romper from Gap Kids yang dibeli waktu still pregnantkan Dian.Kuat firasat yang mengatakan I bakal dapat baby girl.Hihihihi!Ceh!Walhal dah awal2 doctor gtau.Hihihihi!


Waktu majlis tu I pakai purple.Tak sedondon pun.Pakai mix and match jer.Kan betul kita cakap,lagi berusia lagi matang,lagi berusia rumahtangga,kita lagi berhemat dalam manage financial.Tak macam sebelum ni,lebih2 lagi time Damia dulu,seriously selalu overspent dengan mendahulukan benda yang bukan priority pun.This time I dahulukan otak dari nafsu.Fuh!


Ini jemputan tak ramai lagi.Belum pukul 3 pun.Hihihi.Tak lama lepas tu,penuh rumah beb.Mem kecik time ni sangat well behave.Syabas!


Ini adalah lauk yang dihidangkan.Punyalah malas sampai snap gambar tak buka pun tudung lauk tu.Hihihihi!Nasi minyak,ayam masak merah,gulai ikan aya @ tongkol untuk pulut kuning or kalau kat Terengganu ni kami sebut nasi kunyit,acar nenas dan kurma kambing.Alhamdulillah semua lauk habis haritu takde berbaki.Syukur at least tiada pembaziran dan semua orang puas hati makan : )


I ada juga prepared 50 doorgift sekali tak cukup la sbb yang datang haritu memang ramai.Last time waktu Damia dulu I prepared 100,tapi ada jugak berbaki sikit so ingatkan tak ramai.Hmmm!

This time I just bagi a bottle yg diisi coklat,Cadbury Milk and jelly lepas tu my mom belikan surah Al-Mathurat and I masukkan jugak cake swissroll.Cukup la sebagai buah tangan para tetamu.

I baru teringat one of my friend's husband yang kurang bersetuju dengan pemberiaan doorgift untuk majlis2 macam ni.For me,benda ni depends pada kita.Rasa nak bagi,bagi jer,kalau taknak tak perlu sbb bukan compulsory pun : )


Bacaan selawat diiringi majlis mencukur rambut Dian.Tak nangis dia sbb busy nak membuta zzzZZZZ.


Penuh orang kat hall rumah my parents.

So itu sahaja untuk Majlis Aqiqah Tengku Dian Soraya.We are so happy.Dan Ariey join juga majlis.Hihihi!I buka Skype so dia boleh tgk Dian sepanjang majlis berlangsung.Manfaatkan teknology yang ada.Hihihi!

To beautiful Tengku Dian Soraya,ayahanda and bonda loves u so much!Dan tak lupa puteri sulung Tengku Nurin Damia,your sister loves u too walau until now she still can't accept that she's a big sister to u.She want us to called her BABY too.*Pengsan!

Tak banyak or mmg hampir tak ada picture of Damia sebab haritu dia meragam sangat.Majlis tak start lagi dia pulak dah tertidur.Tidur petang so muka dia tak banyak la dalam gambar.


Tengku Dian Soraya

This is a story about our second daughter,Tengku Dian Soraya.A beautiful gift from Allah swt.She came when we are so ready to have a second child.Just like Damia,we are keep waiting after two years of marriage,and Allah swt gave Damia to us.And three years later,He gave Dian.We are supposed to have three kids now,but Allah swt have a better plan for us.Saya keguguran.Secara saintifik,saya keguguran kerana menaiki penerbangan disaat kandungan belum cukup kuat dan juga kerana tidak cukup rehat.Waktu itu saya bekerja di Shah Alam.Namun dalam erti kata lainnya,sebenarnya belum rezeki kami untuk mempunyai cahaya mata ketika itu.Allah swt cuma pinjamkannya selama lebih kurang 3 bulan didalam rahim.9 months later,saya mengandungkan Damia.

Saya tahu saya mengandung Dian after kami balik dari Singapore.No wonder la walau on vacation saya rasa penat sangat2 sampai malas sangat2 nak keluar jalan2.Kalau boleh nak baring jer.


Picture of Damia and Dian.Both of them looks same.Totally!Hahaha!

First outing ke Kuala Berang untuk majlis doa kesyukuran my cousin.Dah la baru hari ke 10 berpantang.Andailah arwah tok saya masih hidup,confirm kena marah kaw kaw kaw punya.Al Fatihah untuk tok.Susah betul nak pilih baju untuk Dian.She is too small walau baju tu for newborn.I gave a birth to Dian with a weight 2.91 kg.Damia dulu lagi kecik 2.54 kg.This time dah buka mata.After bebas dari jaundis,baru nak buka mata.Kalau tak zzZZZ jer manjang.Alhamdulillah after 3 days jer.


3 in 1 rocker yang dibeli Ariey di Brisbane.Sangat praktikal and I'm thinking to bring this rocker to Aussie tapi tak tahu macam mana nak bukak balik masuk kotak.Alah sudah!Takkan nak angkut dengan gedabak macam ni jer.Serious rasa sayang.Kalau tak dapat bawak,kena let go jer la nampak gayanya.


Yes!You are our little star.Ayahanda and bonda.


Hands down.This is Damia's crib.Still in a good condition.Just a matress beli yang baru di Robinson.Last time for Damia I bought matress from Aussino but now dah takde.Seriously the material sangat2 elok.Sayangnya : (

Setiap anak adalah berbeza.Yes!Dian sangat mudah dijaga.Bukan Damia dulu susah gila nak jaga cuma Damia selalu gak menangis waktu dalam pantang tu.Tapi Dian ni menangis kalau lapar,diaper dah penuh,dan nangis sebab nak tidur.Other than that,diam jer dia.Kalau takmau tidur,dia duk kelip2 dalam crib or rocker.Sampai jiran cakap tak tahu dah bersalin sebab tak dgr bunyi baby nangis.Hihihi!

Sekarang ni Dian kuat betul menyusu.Maklum la nak membesar bagaikan juara.Hahaha!

Phew!Esok nak kena keluar pulak.Misi nak mengambil gambar passport dan visa untuk Dian.Taktau la macam mana nanti.Hmmmm...............ok,dokie.Bye!

*Suka buat cerita tergantung.Hahahaha!

Wedding 2013

Alhamdulillah akhirnya my cousin yang paling close dengan I selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya.Ewah!Tahniah Ba.

I just boleh attend majlis akad nikah jer sebab reception keesokan harinya tak dapat nak attend.I tak larat sesangat so just rest kat rumah and my cousin pun faham due to my condition yang tidak mengizinkan.

Kahwin jugak kau Ba.Hihihihi!

Hai!Rasa macam baru sangat lagi kenangan kita panjat pokok jambu,main masak2 kat belakang rumah,kacau si Azman Jantan yang kurang siuman tu,almost every night pergi tapau mee goreng Razak,dan yang paling tak leh lupa duk tgk VCD Britney Spears ulang-ulang kali sampai Harith patahkan dua baru kita stop tengok.Hahahaha!Kenangan betul la time tu.

Dan mana boleh lupa kenangan kita ke KL berdua dengan taktau apa2,pakai main redah jer,tumpang bilik kat rumah sewa Rifhan,tapi parents kita percaya jer kat kita yer.Boleh diorang bagi kita ke sana dengan naik bas,sampai kat Putra tak tau nak mengagau kat mana.Tapi survive jugak kita until selamat sampai ke tempat yang nak dituju.Hihihihi!Konon time tu dah rasa cukup dewasa sangat la tu.

Dan memory bangun awal pagi semata-mata nak pergi jogging kat Batu Buruk pastu lepas jogging makan nasi lemak 2 bungkus seorang.Bagus sangat khennn!

Dan waktu tidur kita yang sentiasa nak masuk subuh baru lelap semata-mata duk bergelak ketawa untuk isu yang ntah hape2.Bangun nyanyi lagu Wassinni sementara tunggu mee goreng siap.Ini hanya kita berdua jer tahu.Hahaha!Stress jer mak dia time tu sbb suara kitorang gelak sampai kat bilik dia.Hihihi!

Tapi itulah antara kenangan kita.

Dan last kita keluar sesama sebelum awak bergelar isteri orang waktu saya ada Annual Dinner UMT itulah.

Apapun tahniah untuk awak.Semoga Allah swt memberkati rumahtangga awak dan suami dan semoga kekal until jannah.In sha Allah.


Cantik sangat Ba malam tu.Itu abah kita.Abah kita dengan si Ba ni selalu gaduh.Pantang berjumpa.Ba ni jer the one and only anak saudara panggil abah kita Abang Ali.Hahahaha!

Pic Ba with my parents.


Hantaran dari pihak lelaki.Cantik cara diorang decorate.


Ini hantaran dari pihak perempuan.


Bergambar dengan adik si Ba ni,Fahanah.Sorry yer,already taken.Hihihi!

Dan second wedding yang I attend adalah wedding anak cousin Ariey iaitu Farah Hanum.


Ariey datang amik kat office.This time still practical lagi.Kiranya keluar time lunch.Without make up,sempoi habis.


Farah Hanum dan suami.Tahniah!Tembun sikit kita time nih.Ariey maintain jer kurus.


Mula-mula nampak ini terus menggelupur.In law cakap makan la nnt kempunan pulak.Hahaha!Tapi siap pesan lagi jangan makan byk sangat.Serious sedap sangat.Setiap kali Hari Raya,kalau ada ni,ini dulu kita try.Tak tau la asal suka sangat2.Tapai ubi kayu takde la se addict pada tapai dalam daun getah ni.Hukhukhuk!

Pandai betul orang tua2 dulu reka makanan.Hahaha!I mmg peminat makanan traditional.Dessert traditional mmg suka sangat.Kalau yang moden tu biasa-biasa ajer.


Tak tau apa motif snap fountain ni.Sebab rasa cantil kot.Hahaha!Muka biras kita nampak sebelah je.Sorry Kak Ma.


Hamboi Hanum!Ambik berkat nampak.Hihihihi!


Budak kecik ni asyik berlari ke hulu ke hilir.Maklum la cousin dia ada sekali.Tengku Batrisha dengan Tengku Aishah Rohani.Dua orang tu la yang rajin melayan.Gila selekeh anak kita.Maklum la ayahanda dia yang jaga that day.Orang lelaki ni dia pakaikan jer apa baju pun kat anak.Tak macam kita,kalau nak ke majlis kahwin ke,birthday ke,even majlis kematian,ada baju yang sesuai utk majlis tertentu.Hiks!Perempuan.Biasalah.Tapi bila lelaki handle anak,lantak la pakai apapun.Hihihi!


Damia yang kepenatan.

Ini time kitorang yum yum yum.Lauk dia mmg superb la ditambah kugiran diorang walau ahli kebanyakan dah berusia,sekali makcik tu nyanyi,perghhh suara.Sedap weh!Hihihi!Tersedak ayam kita time dengar makcik tu nyanyi.

So ok la.Till we meet again!

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You