Pesta Konvokesyen UMT 2012

Cerita pagi Rabu yang tak berapa nak best sangat bila mata still rasa kelabu-kelabu ayam kesan dari allergik taktau la sebab habuk or salah makan.Memang tak best tapi sebab nak positifkan diri dipagi yang hening ini,bangun awal dan cuba cari sesuatu yang best dulu untuk memulakan hari anda dengan senyuman.Ops!Sila gosok gigi dulu sebelum nak senyum lebih lebar.

Nikmatnya bangun awal pagi walau kadang-kadang susahnya nak bangun.Tidur lewat plus berlambak task yang nak kena buat.Dah la kelas ganti semalam habis pukul 10 malam.Kesian Damia.Dah dekat 2 minggu dia kekurangan kasih sayang.Bangun pagi ni adalah untuk siapkan assignment yang dah ter"delay" satu hari disebabkan lappy kesayangan dah buat hal pulak.

Lepas satu,satu dugaan datang.Mula2 internet problem,takleh connect.Ingatkan lappy yang masalah tapi rupanya connection Celcom yg problem.3 minggu lebih takleh connect.Ambik jalan singkat pergi beli broadband Maxis so dapat la buat assignment.Skang Celcom dah ok balik dan serious aku rasa tak happy dengan connection Maxis.Tak konsisten.Rasa nak hantar balik je tapi dah terlebih seminggu pulak.Kalau within 7 days pergi hantar,boleh dapat balik duit kita.Hmmmmm..........................

Lepas tu minggu lepas aku busy berniaga pulak.Nak buat macam mana.Minggu lepas busy berniaga.I bukak gerai you.Berniaga pasta, TEPUNG MAGIK dengan rojak buah.Business partner sorang lagi jual ice cream.Business partner la sebab kitorang kongsi duit beli satu tapak.Weekend bebaru ni pesta convo UMT.Tahun lepas jual tudung dengan bunga under club GPS.Tahun ni under club Marketing pulak.Kuat betul aku cari duit.Huahuahua!Tapi ok la.Pengalaman beb.Penat tapi seronok.Dan aku tak keseorangan pulak bila ada kawan-kawan yang sanggup nak bantu.


Habis minggu berniaga,start kuliah balik.Ada lagi assignment yang nak kena submit.Hari Isnin,dua kali aku pergi klinik.Klinik UMT ubat dia bagi tak jalan,so takde pilihan pergi klinik yg biasa aku pergi.Baru OK sikit.Nak jadi dramatik lagi jalan cerita,lappy pulak takleh baca files PDF.Nak guna Ipad,yang ni pun buat hal.Smalam aku habis kelas terus ke KT cari Apple centre.Sampai je,person in charge dah balik.Bayangkan la apa perasaan aku time tu.Malam ada kelas ganti pulak.Mcm orang gila aku cari solusi dia.Fikir punya fikir,kawan bagi buah fikiran suh aku remove mana files yang buat semak lappy.Lepas tu install files PDF baru.Assignment patut hantar 27 Nov pd bebudak ni dah drag bila pagi 28 Nov baru bersungguh-sungguh buat.Bangun awal pagi semangat berkobar-kobar buat assignement.Dah la sakit mata sebab allergik dan tahu je la ubat allergik ngantuk gila.Siap satu soalan,tertidur jap tengahari kononnya nak bagi segar sebab kelas ada jam 2.Tepat jam satu bangun,badan dah rasa seram sejuk.Haish!Tangan sejuk kaki sejuk.


So ponteng kelas.Bangun dari tidur,call member gtau tak dapat g kelas tapi aku rasa diorang ingat aku melawak agaknya.Takpe la .Kalau rasa kelakar,tolonglah gelak ramai2.Pastu dapat pulak msg runtun perasaan dari bebudak ni suh antar assignment siap bagi due sebelum pukul 6.Aku buat assignment taip laju gile.Hahahaha!Takpe la.Suh diorang check balik kalau salah,aku adjust ini malam.

Takpe la.Macam yang Aida selalu cakap,sabarrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!Baiklah.Sabarrrrr.

Ini antara pic sepanjang Pesta Konvokesyen haritu.Takde apa yang menarik sangat pun selain dari super stress yang aku dapat tapi dari segi pengalaman tu ada la dapat sikit.Tapi stress pun seronok sampai demam urat aku hari Isnin tu.Hahahaha!

Haritu Aida jual Bosnian pancakes.Dapat sambutan la jugak.Alhamdulillah!

Jual cendawan goreng guna Tepung Magik.Sold out!
Ice cream pun sold out!
Muka-muka orang kuat sepanjang pesta konvo yang berlangsung.
Penat-penat jugak.Sempat jugaklah celebrate birthday classmates yang jatuh pada hari Jumaat haritu.Balik dari UMT,time ni jam dah nak dekat kol 10 malam dah rasanya.Diorang datang rumah sebab Sabtu tu diorang ada exam untuk IELTS kat UCSI.Universiti tu tak jauh dari rumah aku so diorang stay satu malam kat rumah.

Just beli 3 slices cake from SR.Otak penat so SR je yang datang dalam kepala otak.Konon surprise sangat la.Tengah duk nyala lilin,tuan empunya diri masuk dapur.Habis kantoi!Hahaha!So aku la nyanyi walau suara tak best.Mana-mana la janji kawan-kawan happy.Diorang happy so aku pun happy la jugak!

Itu je la cerita aku minggu ni.

Tak sabar tunggu Jumaat ni.Nak bawak Damia jalan-jalan.Just a short vacation.Kesian sebab tak take care dia sgt dah dekat 2 minggu.Dua minggu aku keluar pagi balik malam.Super penat!Super stress!Superman.So mari kita happykan anak ini!

1 comment:

Rafhani said...

sian damia,huhuhuhu.Nok wat lagu mana,nilah sacrifice nama dia.Tabik ah ke mung.Kalu aku,surrender lama doh.Harus pointer below 2.0.huhuhu

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me