Hak menyusu di public pada pandangan aku

Kemain panas isu menyusu dipublic.Aku mampu senyum je la.Tapi nak tergelak pun ada jugak.Nak kata bersetuju,tak juga.Nak kata menentang,pun tak.Lalang betul.

Tapi tak apa.Setiap orang ada pendapat dia sendiri,so hormati la pendapat mereka.Masalah orang kita ni,orang KITA means tanah Melayu hokkey,dia orang pantang kena tegur-tegur ni sebab mudah nak sentap.Diorang susah nak duduk dan berfikir tapi lagi cepat nak keluarkan lahar gunung berapi diaorang.Kikikiki!

Aku sokong bila banyak kempen kesedaran yang dibuat kat Malaysia lately cuma kadang-kadang yang aku nak tergelak 120% daripadanya mesti nak tunggu orang luar buat dulu baru kat Malaysia nak buat means idea sendiri memang takde la.

Kat oversea buat Flashmob Breastfeeding,lepas tu macam demam selsema la,dia datang kat Malaysia pulak virus tu.Selalu sangat mcm tu.

Dari pengalaman sendiri,aku juga seorang ibu yang menyusukan anak selama 1 tahun 11 bulan.Aku juga mengalami masalah bila anak meraung nak susu,tergagau cari tempat menyusu sampai kadang-kadang dengan aku menangis sekali.

Dan harapan aku,biarlah diperbanyakkan fasiliti bagi kaum ibu menyusu dan kalau susah sangat nak sediakan bilik,cubicle kecik pun dah cukup janji tertutup.Dan aku pun tak setuju nak menyusu kat dalam toilet.Kotor beb.Banyak bakteria.

Sebab apa aku aku still prefer satu ruang menyusu walhal aku boleh je menyusu kat public dengan menggunakan nursing cover?

Alasannya adalah,ok,aku beli nursing cover di Mothercare yang harganya hampir RM100 untuk kain bodoh dengan besi yang melingkari kain bagi memudahkan kita nak jenguk baby waktu NIP.Kenapa aku surrender?Tangisan anak aku lagi kuat setiap kali aku guna nursing cover tu sbb dia rimas.Panas.So no point aku guna nursing cover.Itu untuk AKU la.Lain baby lain ragam.Takkan la aku nak beli pulak satu kipas angin kecik tu suh laki aku pegang sepanjang nak BF tu.

Maka dimana aku pergi pun,especially shopping mall,aku akan usaha jugak cari tempat menyusu dan kalau takde choice sgt,pergi balik kat kereta.Susah memang susah tapi sanggup ke kau menyusu anak kat public dan anak aku punya la tangan takleh duk diam,sini nak ditarik,sana nak disingkap,last2 terjojol kau punya tetek.Walau tak nampak penuh,still orang boleh nampak.Elok la kan.Orang kita mmg suka berkongsi.Tetek kita selain dari suami tengok,murah hati jugak show kat orang lain jugak tengok.Itu bagi yg bertudung.Mana yg tak bertudung tu,fikir sendiri la.

Kempen menyusukan baby aku sokong 100% tapi bila nak mintak benda2 macam ni aku rasa lucu.Kau nak kebebasan menyusu baby dimana-mana atau kau malas nak angkat bontot cari tempat menyusu yang sesuai?Sayang nak tinggalkan conversation dengan kengkawan sekejap takut termissed gossip hangat dengan kawan-kawan? (Ini bagi group perempuan menyusu yg keluar tanpa suami).

Pernah pengalaman aku di Australia dimana eskalator kat shopping mall disini yang kebanyakannya tak bertangga macam kita.Mungkin sebab mostly parents sini bawak baby dalam stroller so takyah la susah-susah cari lif.Dan bayangkan aku bertembung dengan perempuan mat salleh yang selamba NIP anak dia waktu naik eskalator tu dan sah-sah la tetek dia tersembul sebiji aku boleh nampak.For sure laki aku pun nampak jugak dan tetiba kita malu sendiri.Itu tetek orang.Walau kat sini bogel kat public itu biasa especially kat pantai tapi diorang still marah kalau kau cuba snap pic diorang walhal dah kau tayang,apahal pulak kau nak marah.Sama la macam bila kau breastfeed kat public,asal lak kau nak marah bila orang pandang kau?Samseng sangat nak pergi cucuk mata orang.Dan macam perempuan yg aku nampak tu,orang sekeliling dia still pandang jugak pastu senyum-senyum.

Dan aku tak faham apa yang kita nak mintak sekarang ni,hak untuk NIP anak dimana-mana kawasan public dan mengharapkan orang jangan stare kat kita.Ok.Aku tak faham yang ni.Serious tak faham sebab kalau anak kau meraung kat tengah-tengah shopping complex pun orang pandang,inikan kau breastfeed kat public,of cos la orang pandang jugak.

Dan aku lagi tak faham,ini aku point untuk wanita bekerjaya dimana begitu bersungguh-sungguh sekali mengepam susu dan buat stok susu,bila anak dihantar ke nursery atau rumah pengasuh,dibekalkan susu tu,pastu kalau keluar jalan-jalan dengan anak,asal tak praktik benda sama?Bawak la susu yang dah dipam tu then anak nangis,sumbat la dengan susu tu.Cara ni,kat tangga KLCC pun kita boleh buat.Kalau nak BF sangat,buat la waktu dalam kereta atau masuk nursing room,dah kalau takde sgt sbb diorang bising fasiliti tak cukup,so masuk la surau wanita.Atau malu nak masuk surau sebab nak BF anak pandai pulak masuk surau tapi time shopping nak berhenti solat pun tak ingat.

Kalau yang tak bekerja tu,mmg tak buat stok susu,itu lain cerita la bila anak direct BF.Ini yg kena cari tempat sesuai nak BF anak.

Kadang-kadang sesuatu benda bila kita rasa rumit dan susah,ia mengajar kita untuk merangka satu sistem yang memudahkan.Memang la kena effort lebih dah nak buat macam mana,dah mmg tanggungjawab takleh nak lari dah.Jadi create la satu sistem yg memudahkan kita.Rancang la sebelum keluar rumah bawak anak.

Kadang-kadang mmg takde pilihan terpaksa masuk toilet jugak bagi ibu-ibu yg malu nak singkap baju depan public,macam aku.Tapi ini satu benda aku nak luah adalah,takyah jauh la.Kawan-kawan,sedara-mara aku jugak.Kononnya ewwwww sangat masuk toilet kat public yang kotor,tak jaga kebersihan,bla bla bla.Komplen macam-macam tapi bila kita jengah rumah dia,toilet tu boleh membunuh dengan lantai berkerak,bau hancing,air berkeladak totally tak jaga pun.Janji boleh guna.Tak masuk bilik tidur lagi mana cadar sebulan sekali belum tentu bertukar,kain baju tak berlipat berbakul-bakul.Itulah maksud aku.

Eh,lari topik pulak.

Jadi untuk aku,pada pandangan aku,tak setuju tak apa sbb dah aku cakap pandangan aku,aku sokong kalau ditambahkan fasiliti untuk menyusu baby dan bukan hak kebebasan menyusu di public sbb tak semua yang orang luar buat boleh ambik 100% untuk kita especially kita wanita MELAYU ISLAM.

Nak berkempen pun agak-agak la nak menyokong.Meh kita mintak ditambahkan FASILITI UNTUK MENYUSU dan bukan hak menyusu dimana-mana.


2 comments:

  1. a'a.. flashmob tutup aurat takde plak.. hehehe ;p

    fasiliti bilik ibu menyusu masih lagi takde... mostly kerusi pon takde..camner nak menyusu..masuk lam kete..tunggu hubby beli barang..list-list semua pass kat die

    ReplyDelete
  2. Setuju kak.Flash mob tutup aurat takde pulak.Diakui Malaysia masih kurang fasiliti tu.Itu yg perlu kita mintak sebenarnya.Buat kempen itu la sepatutnya.

    ReplyDelete

Kalau rasa rajin sila komen.

Share It

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me