Nasi Kuning

Aku memang suka kongsi resepi and now aku nak kongsi resepi Nasi Kuning.Cerita pasal nasi kuning ni,dulu aku selalu konfius nasi kuning dengan nasi kunyit (memandangkan dua-dua warna kuning) walhal dua-dua totally different sebab nasi kuning nasi biasa ala-ala nasi minyak dan nasi kunyit tu adalah pulut kuning.Kat Terengganu ni orang panggil nasi kunyit @ pulut kuning.

Dan secara tradisionalnya di Terengganu,nasi kuning dan pulut kuning biasanya dimakan dengan gulai ikan aya @ tongkol.

Kalau kat rumah aku,biasanya mak aku akan masak nasi kuning bila ada lebihan gulai dari nasi dagang.Mak mertua pun sama.Kalau ada lebihan gulai nasi dagang,untuk keesokan hari punya breakfast mesti nasi kuning.Hihihihi!

Dan jujur aku cakap aku sebenarnya tak tahu pun resepi sebenar nasi kuning ni dan ini adalah nasi kuning versi aku.Just imagine color kuning,maka aku carilah bahan-bahan yang relevan untuk dimasukkan dalam masakan aku ni.

Jadi jom masak nasi kuning versi aku.Rasanya cara aku masak ni hampir sama dengan resepi asal cuma aku tak sure sebab aku tak pernah pulak tanya mak aku macam mana nak buat.Dah sampai Brisbane ni,boring gak asyik masak lauk dengan nasi putih je untuk suami.

Tetiba satu hari tu datang angin nak try masak nasik lain sikit dari biasa.Dan bukan untuk breakfast tapi dinner.Ahaks!




Maka aku cilok resepi nak masak nasi minyak cuma aku tak guna sepenuhnya bahan-bahan nak masak nasi minyak.Method je lebih kurang dimana aku menggunakan rempah empat beradik tu (tak sangka rempah pun ada sedara.Hehehehe!).


Tapi tiada susu cair,tiada minyak sapi.

Bahan-bahan untuk nasi:

Rempah empat beradik - Bunga lawang,kulit kayu manis,cengkih dan buah pelaga
Bawang besar 
Bawang putih
Serbuk kunyit
Sedikit garam
Sedikit gula (nak bagi rasa lemak)
Daun pandan

Cara-cara:

Masukkan sesudu butter / margerin
Tumis bawang besar,bawang putih,rempah-ratus,daun pandan
Bila naik bau,masukkan air (ikut sukatan beras)
Bila air menggelegak,masukkan garam,gula,serbuk kunyit (ikut kesukaan banyak mana.Untuk aku just amik syarat nak bagi nampak kuning je)
Masukkan beras (tutup periuk)

*Aku suka tumis atas dapur kemudian transfer masuk rice cooker.Selalulah gaul-gaul beras dalam periuk tu nak bagi warna kuning tu jadi sekata.

Tunggulah hingga masak.Siap.Mudahkan?



Haritu aku masak nasi kuning dengan ayam masak merah.Sedap juga.Bukan sedap aku masak tapi combination ayam masak merah dan nasi kuning pun ok juga.Ini versi ayam masak merah aku tak goreng dulu ayamnya.

Ini takyah resepi la sbb aku tahu ramai je orang pandai buat.


Ini acar timun.Kat rumah aku,mak aku sebut acar mentah.Actually acar ni banyak versi dan ini versi yang selalu mak buat kat rumah.

Cara nak buat acar ni (untuk ini aku guna apa yang ada je)

Potong timun (ini aku guna zuchinni)
Carrot
Lada besar
Bawang besar
Cuka masakan
Gula
Garam

Cara-cara:

Just gaulkan cuka masakan,gula dan garam
Then masukkan bahan-bahan yang dah dipotong tu.Nak pedas potong cili masukkan dalam tu.
Gaul.


Kalau kat rumah mak aku buat dia akan masukkan sengkuang,nenas,kismis.Tapi aku tak beli semua tu plus Ariey tak suka sangat.


Ok.Nasi kuning dan ayam masak merah bersama acar mentah.Hihihihi!Sorry la ayam masak merah aku tu nampak berminyak sikit.Hohohoho!

Masak ala kadar tapi tengok suami makan banyak dah rasa happy.Alhamdulillah!

No comments:

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me