Chermside,Brisbane

Waktu aku di Brisbane tempoh hari,tak banyak sangat shopping complex yang aku pergi ukur.Heh!Kami lebih banyak pergi theme park dan yang sewaktu dengannya.Paling lebam adalah ke bandar Brisbane.Huk aloh!Boleh dikatakan asal weekend je nak pergi.

This time just nak coret-coret waktu ke salah satu shopping complex di Brisbane iaitu Chermside.

Memandangkan waktu kesana around 10 am,mmg tak breakfast pun kat rumah,maka sampai-sampai je haruslah cari makan dulu dan tiada apa yang lebih diyakini untuk dimakan selain daripada kebab dan kebab sahaja plus mesti tertulis HALAL.Itu je pun.Sob!Kadang-kadang aku pun rasa muka dah nak hampir sama dah dengan kebab.Ahmet's Kebab tu toksah cerita la.

Dah la Ariey baru gtau pindah rumah baru,dan sejauh-jauh yang dicari akhirnya rumah baru dia dapat adalah mengadap je dengan rumah dia sekarang.Alahai!Jauhnya.Takyah sewa lori bagai nak angkut barang.Just walk je.Wakakakaka!Maka Ahmet's kebab tu mmg tak lari la.Hahahaha!


Dan bila cerita bab kebab kat sini,dia punya sayur-sayuran tu,mmg teramatlah fresh.Toksah nak cari la salad layu ditasik madu.Memang takde.Nehi.


Kemain kau Jah bercekak pinggang bagai macam nak carik gaduh walhal nak pilih kebab je.



Ini foodcourt diorang.Sangat la clean.Dan jangan terkejut kalau aku cakap takde cleaner pun yang bertugas nak kutip segala sampah,pinggan kat atas meja sebab semua tu akan dibuat oleh kita.Maknanya,kau pandai makan,kau pandai2 la kemaskan balik.Faham?Heh.



Budak kecik ni as usual takmau makan pun selain dari naik kerusi turun kerusi naik kerusi turun kerusi sampai migrain aku laki bini duk menjerit suruh duk diam-diam.

Tetiba terdengar suara menjerit-jerit.


Owh rupanya ada mini concert.Artis yg menyanyi tu familiar gak la muka sbb rasa mcm pernah tgk kat TV.Of cos la.Cara describe tu macam biasa sangat terserempak kat Giant ke,Mydin ke.Hahahaha!

Tapi yang tak tahan dengar adalah jeritan anak-anak gadis yang aku tengok dah macam nak histeria dah lagaknya.Adoi!Bukan sedap sgt pun mamat tu nyanyi.Hahahaha!Dan yang penting,tak hensem pownnnnn!Takat nak cover nyanyi lagu Vanessa Carlton dengan gaya tersendiri sumpah tak sedap.Hahahaha!

Duk pusing-pusing dalam mall tu tetiba apak si Damia ni ajak masuk sini.Dia nampak Elmo katanya.Ewah!

Bercerita pasal Elmo ni,aku just beli 1 jer CD dia tapi Damia macam suka sangat dengan karakter Elmo ni.Tak habis-habis nak baju Elmo,nak beg Elmo....bla bla bla....semua tentang Elmo.

Dan for sure la bila cakap nak beli patung Elmo,happy kemain dia.Excited beb!

Dan cerita sikit pasal Build A Bear Workshop ni adalah kedai yang menjual pelbagai jenis anak patung siap aksesories untuk anak patung tu lagi.Dan sebab benda alah ni la,salah seorang kawan kat FB dah tak tegur aku.Hahahaha!

Nak dijadikan cerita,selepas aku post pic Damia kat sini,adalah seorang hamba Allah ni mintak aku belikan untuk anak dia jugak tapi aku terpaksa menolak bukan sebab kedekut sangat nak tolong belikan tapi luggage aku dah 3 beg besar.Imagine travel dengan seorang anak kecil berusia 2 tahun plus 3 beg besar termasuk barang hand carry lagi,cukup azab hokeyyy dan bawak satu Elmo Damia tu pun dah kelam kelibut aku ini maka kau bayangkan la nak bawak dua patung.Nak masuk dalam beg mmg rugi space sebab aku ada jugak beli beberapa barangan penting untuk bisnes aku kat Malaysia.So just say sorry to her but lepas tu dia terus buat derkkkk kat aku dah tak tegur-tegur dah.Kot ye pun reply la ayat,"Tak apa la kalau tak dapat".Tapi mmg tak ada la wei.Takpe la.Bukan mudah nak puas hatikan semua orang.

Dan yang aku pelik tu entah apa yang nak emo sangat ntah sebab setahu aku kat Malaysia pun ada kedai macam ni.Of cos kat KL la.Sila search sendiri.Aku yang beli tu bukan sebab kat Malaysia takde tapi dah anak aku nak dan aku bukan stay kat KL pun.Balik dari Australia haritu pun transit kejap kat KLIA terus naik the next flight to Kuala Terengganu.Adoi la!Macam-macam.





Actually ni pic dah settle membeli.Tgk box yang Damia pegang tu,gedabak betul besarnya.Hihihihi!



Ok.We enter the shop dan budak kecik tu terlompat-lompat bila nampak Elmo.Terus grab Elmo yang that time kepala je elok.Badan kempis takde isi.


Choose which character do u want Damia.




Then time untuk isikan perut Elmo.Hehehe!Memula orang ni akan suruh Damia pilihkan heart yg nak dimasukkan kat dalam Elmo tu.Part ni tak setuju sangat aku tapi beria budak perempuan tu suruh Damia pilih satu dan gosok-gosok then make a wish.Benda common anak-anak mat salleh selalu buat tapi bukan budaya kita la.Ayah tolong Damia.Then heart tu dimasukkan ke dalam perut Elmo.




Then this girl asking Damia untuk tekan the pedal.


Pufffff!!Tak sampai seminit,Elmo yang kepala longlai tu terus gemuk.Senyum Damia.


Taaaadaaaa!Elmo dah ready untuk dimanjakan.Alahai!Kena mandikan pulak.Layankan jer la.Tak layan nanti karang sentap.Hihihihi!


Beria aku nak pilih baju untuk Elmo sekali apaknya cakap takyah.10 AUD.Membazir katanya.Ok.Akur.



Ni pulak nak register birth certificate pulak.Alahai.Macam-macam yo!Kiranya Elmo tu ada surat beranak la.Hihihihi!Nanti Damia dah besar aku nak tunjuk birth certificate tu,mesti senyum dia.

Orait.Dah settle semua,keluar shopping barang sikit sebab tujuan utama aku adalah untuk ke Mothercare cari baju tidur Damia.


Kemain Mothercare kat sini siap provide tempat kids main so diorang takla ganggu kita nak membeli.Ok.Untuk range harge,erm,aku tak berani nak cakap sini murah compared dengan Malaysia,sbb kalau tgk harga bahagia je kau pakai amik-amik,pastu lepas kau convert dengan RM,nangis*



Ok la.Meh la kita pulang.Dan kat sini untuk 3 jam pertama adalah free parking.Jadi kalau rasa kedekut sangat nak keluarkan duit parking,pepandai la bahagikan masa tu.Haks!Mcm kami,dapat free parking yo!Hahahaha!



Dan ini hobi dimana-mana aku pergi,aku suka tengok rumah orang.Sebab tu kalau kat Malaysia,selalunya aku jarang tidur kat dalam kereta sbb inilah.Suka tengok rumah orang dan paling aku suka tengok rumah tradisional orang negeri Sembilan.Sebab itu buat aku terfikir kalau dah rendah benor rabungnya,tak terhantuk kepala ke kalau orang itu adalah tinggi.Hihihihi!




Rumah-rumah yang biasa dilihat di Australia.Mcm ini la.Tak terlalu besar,dan tak terlalu kecil.Just nice dan yang pasti pagar rendah dan bersih : )


Suka ini rumah!


Macam rumah kat tempat kita jugakkan?

Ok.

Selamat bercuti pada aku yang baru je start semester break.Seminggu je pun tapi tak tenang jugak jiwa sebab assignment melambak-lambak.Phew!

Dan selamat berhujung minggu!

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You